Chereads / Into The Game I / Chapter 2 - Chapter 2:Dunia Baru

Chapter 2 - Chapter 2:Dunia Baru

Aku pulang ke rumah dengan membawa CD yang aku jumpa tadi, berharap untuk mencubanya sementara menunggu Zayyan esok. Sesampainya di rumah, benda pertama yang aku lihat ketika membuka pintu adalah…

"Aku pulang."

"Oh, Sayda, kau sudah balik. Bagaimana hari ini di sekolah?"

Suara lembut ibu menyambutku seperti biasa.

"Hmm... tak ada apa-apa yang menarik, ibu. Sama saja seperti semalam, tak ada yang berubah."

"Baguslah kalau begitu. Lagipun, malam ini ayah kamu akan balik."

Aku terhenti seketika. "Benarkah? Ayah balik hari ini?"

"Ya, ibu sedang memasak makanan kegemaran ayah kamu. Kesukaan ayah, kesukaan kamu juga, kan?"

Aku tersenyum lebar. "Wah! Terima kasih, ibu!"

Tak kusangka ayah akan pulang malam ini selepas sebulan bekerja. Pasti ada banyak cerita yang akan diceritakan.

"Kalau macam tu, Sayda masuk bilik dulu."

"Ya, jangan lupa turun untuk makan malam dengan ayah."

"Baik, ibu!"

Aku melangkah ke bilik, menukar pakaian, dan segera mengambil CD misteri yang kutemui tadi. Aku harap permainan ini lebih menarik daripada muka depannya yang kelihatan membosankan.

Aku mengambil CD itu dari beg, berjalan ke arah PlayStation, dan memasukkannya. Skrin segera menyala, mencerminkan cahaya biru di dalam bilikku yang sedikit gelap.

Aku duduk di lantai, bersandar di tepi katil. "Baiklah, mari kita cuba."

Tulisan besar muncul di skrin.

[SELAMAT DATANG]

Aku tidak membuang masa. "Start."

Klik.

Skrin memaparkan logo permainan yang simpel. Tak ada yang istimewa. Hatiku mula ragu. Adakah ini benar-benar berbaloi dimainkan?

5...

Tiba-tiba, rasa mengantuk menyerang. Aku menguap panjang.

4...

Mataku terasa semakin berat.

3...

"Kenapa..."

DUUM!

Aku tertidur, tubuhku terasa seolah-olah jatuh ke dalam kehampaan.

2...

1...

Tiba-tiba, satu ayat muncul di skrin.

[PEMAIN YANG GAGAL MENAMATKAN PERMAINAN AKAN DIHUKUM]

0...

TUPP!

Gelap.

Seperti ada seseorang yang memadamkan lampu di dalam bilik, meninggalkan aku dalam kegelapan mutlak.

Kemudian, suara asing berkumandang di sekelilingku—serak, dalam, dan menggema dari segala arah.

"Selamat datang ke Into The Game, pemain yang bernama..."

"SAYDA."

TUPP!

Aku tersentak, mata terbuka luas.

Apa...?

Alangkah terkejutnya aku melihat diri ini bukan lagi di dalam bilik, tetapi berada di sebuah hutan belantara. Aku duduk di atas batang balak besar, dengan pokok-pokok tinggi menjulang di sekeliling.

Aku melihat ke bawah. Pakaian aku... masih sama seperti sebelum aku tertidur.

"Aku... aku di mana?"

Aku memejam mata erat-erat, berharap ini semua hanya mimpi. Setelah beberapa saat, aku membukanya semula...

Hutan itu masih di situ.

"Hei... ini cuma gurauan, kan? Kenapa aku ada di sini...?"

Sebuah suara bergema lagi.

"Selamat datang, Sayda. Anda telah berjaya memasuki permainan."

Aku tersentak. "S-Siapa yang bercakap? Ini bukan main-main! Beritahu aku apa yang sedang berlaku sekarang!"

"Anda telah mendapat sebuah misi untuk diselesaikan. Tekan 'BUKA' untuk mengetahuinya."

"Misi?! Berhenti main-main, sialan! 'Berjaya memasuki permainan'? 'Misi'? Apa semua ini?!"

Aku terhenti.

Kata-kata itu membuatkan aku mengingat kembali—sebelum aku berada di sini, aku sedang mencuba permainan ini. Aku tertidur... dan sekarang aku berada di sini.

Aku menarik nafas dalam-dalam.

Fuhh...

Aku cuba menenangkan diri.

"Jadi aku berada di dalam permainan..."

Suara itu bergema sekali lagi.

"Tekan 'BUKA' untuk mengetahui misinya."

Aku mengerutkan kening. "Baiklah... aku hanya perlu tamatkan permainan ini, bukan? Dan semuanya akan kembali normal?"

"Baiklah, kalau begitu... bagaimana aku nak tekan?"

POFFP!

Tiba-tiba, sebuah peti muncul dari atas dan menghempap aku!

"Aduuh! Aku belum tekan apa-apa lagi, lah!"

Aku mengusap kepalaku dan menatap peti tersebut. Dari mana ia muncul? Apakah misinya ada di dalam?

Tanpa membuang masa, aku membuka peti itu.

Di dalamnya, terdapat sekeping kertas lama dan usang.

Ketika aku menariknya keluar, kertas itu melayang sendiri di hadapanku.

Tulisan lama tertera di atasnya:

ANDA MEMPUNYAI 4 MISI YANG HARUS DISELESAIKAN.

Cari 2 Kristal Suci dan 2 Batu Terkutuk.

Jumpa dengan Elowen.

Cari dan buka Gerbang 'Gelap, Suci, Terang, Hina'.

Cari dan kalahkan Kaelar.

Aku terdiam.

"Apa kejadah... misi macam apa ni?! Buka gerbang? Cari kristal? Cari batu? Apa semua ini?!"

Aku membaca semula nama yang tertera di misi kedua dan keempat.

"Elowen... Kaelar...? Ini... nama orang?"

Tiba-tiba—

TOFFF!

Kertas itu hilang secara tiba-tiba.

"WOI, WOI, WOI! AKU BELUM HAFAL LAGI MISINYA, KENAPA HILANG?!"

Suara itu bergema lagi.

"Kepada pemain... sila tekan 'PETA' untuk melihat lokasi anda."

Aku mendongak. "Tekan 'peta'? Macam mana aku nak tek—"

POFFP!

Sebuah kertas jatuh dari atas, dan aku cepat-cepat menangkapnya.

Aku membuka ikatan dan melihat...

"Gila... tempat ini besar!"

Di atas peta itu, tertulis satu nama.

[RANAR]

"Ranar? Nama tempat ini...?"

Aku melihat lokasi-lokasi lain yang tertulis di peta.

"Gunung Naga? Istana Naga? Kasta Helang? Kerajaan Takhta? Tempat-tempat ini..."

Suara itu bergema lagi.

"Kepada pemain...tekan peti nama 'item'untuk menyimpannya"

"untuk simpan?jadi boleh simpan barang?kalau macam tu bagaimana aku nak tekan?"

"Atau aku perlu menyebutnya?kalau begitu..."

"Peti...."

Tiada apa apa yang berlaku..

"Peti 'peta'..."

Tiada apa apa yang berlaku...

"Huh?salah ke?

"Peti 'simpan'

Tiada apa apa yang berlaku...

"Huh?dah sah game ni dah rosak"

"Peti 'simpan' 'peta'

Toff..peta hilang ditangan sayda

"Ohhh dah hilang...ia menjadi,aku dah faham...sekarang macam mana aku nak ambil semula?"

"Peti 'peta'

Poffp...peta muncul dihadapan sayda

"Baiklah aku dah faham..."

"Peti 'simpan' 'peta'.."

Tofff

Suara itu datang lagi

"Kepada pemain... lihat tapak tangan anda untuk mengetahui baki nyawa anda."

Aku segera melihat tapak tangan dan—

"10...? Aku ada 10 nyawa?"

"GUNAKANLAH NYAWA ANDA SEBAIK MUNGKIN. ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT NYAWA TAMBAHAN."

Aku menelan liur.

Tak boleh tambah nyawa...? Tak apa. 10 nyawa lebih daripada cukup."

Suara itu datang lagi.

"Gunakanlah pisau ini sebagai senjata anda."

Aku menoleh ke sekeliling. Di atas kayu balak tempat aku duduk, sebilah pisau tertanam.

Aku berjalan mendekatinya...

Suara itu kembali bergema.

"Peringatan kepada pemain... JANGAN HILANGKAN PISAU INI SEHINGGA AKHIR PERMAINAN. JIKA GAGAL, ANDA AKAN DIHUKUM."

Aku menelan air liur. "Sepenting itu?"

Aku mencapai pisau itu—

TIBA-TIBA, SEGALANYA MENJADI GELAP.

Dan suara itu datang.

"Dasar bodoh... Sayda! Apa yang kau lakukan?!"

"KAU AKAN MATI!"

"A... A... ABANG?!"

TUPP!

Cahaya kembali.

Aku tersentak.

Suara siapa itu tadi?!

Suara itu seolah olah berada dalam fikiran aku?

Sejuk mula merayap ditengkukku,tapi aku cepat cepat menggeleng.Mungkin aku cuma berhalusinasi...ya mungkin ini semua ini kesan dari kejutan permainan ini.

Dan suara itu bergema lagi

"Permainan akan bermula sebentar lagi."

Aku menghela nafas panjang.

Fuhh

Aku mengabaikan suara yang aku dengar tadi....

"Baiklah... Aku akan tamatkan permainan ini secepat mungkin dan membuat game ini menyesal kerana membawa aku masuk kedalam permainan ini."

Suara itu bergema buat kali terakhir

"Pemain akan diingatkan untuk berhati hati,semoga berjaya dan..."

"Sila nikmati permainannya"

Suara itu mula mengira untuk memulakan permainan

"3"

"2"

"1"

"0"

_______________