Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Into The Game I

Arif_syari
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
58
Views
Synopsis
Sayda seorang remaja sekolah yang gemar bermain game,suatu hari dia sudah kehabisan permainan video untuk dimainkan dan memutuskan untuk mencari game baru dan secara tidak sengaja dia terjumpa CD permainan video yang dibuang dan memutuskan untuk mengambil dan mencubanya dan secara tidak sengaja dia termasuk kedalam game tersebut.Kini dia harus mencari jalan bagaimana harus pulang ke dunia nyata.Perjalanan yang penuh dengan fantasi dan tragedi yang menunggu sayda.Apakah sayda dapat kembali kedunia nyata atau terperangkap selama lamanya didunia tersebut?

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - Chapter 1:Sayda

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Angkasa—tertulis besar di tengah bangunan sekolah, menunjukkan nama institusi tersebut. Di dalam sebuah kelas, seorang remaja kelihatan asyik termenung di tepi tingkap, memandang ke luar tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Tiba-tiba—

"Sayda! Apa yang kamu mengelamun di tepi tingkap tu? Tumpukan perhatian semasa saya sedang mengajar!"

Sayda tersentak. Rupanya, guru yang sedang mengajar di hadapan kelas itu menegurnya kerana tidak memberikan perhatian dalam pembelajaran.

"Saya minta maaf, cikgu."

Sayda segera meminta maaf.

"Baiklah kalau begitu. Mari kita lanjutkan pembelajaran kita... Seperti yang saya katakan sebentar tadi, sistem suria kita terdiri daripada beberapa planet selain Bumi. Oleh itu..."

Guru tersebut meneruskan pengajarannya seperti biasa.

---

Seperti yang kalian tahu, aku Sayda. Aku tak mempunyai ramai kawan dan jarang bergaul dengan orang lain. Mungkin aku seorang introvert? Entahlah... Aku juga selalu mengelamun di dalam kelas tanpa sebab yang jelas.

Hidup aku sama sahaja setiap hari. Bangun tidur, bersarapan, bersiap ke sekolah, balik sekolah, dan ulang semula keesokan harinya. Kehidupan yang membosankan.

Tetapi...

Ada satu perkara yang aku tak pernah bosan walaupun melakukannya setiap hari iaitu bermain game!

Tak kira game jenis apa, asalkan permainan video yang boleh dimainkan, aku pasti akan menikmatinya. Bagi aku, bermain game seolah-olah membawa aku ke dunia lain. Ia juga membolehkan aku melupakan segala masalah di sekolah.

Aku sering berharap... Alangkah seronoknya kalau aku dapat masuk ke dalam game, walaupun hanya untuk sekejap...

"KRING! KRING!"

Loceng berbunyi, menandakan waktu sekolah telah tamat.

"Yeay, balik!"

"Balik!"

"Balik, balik!"

Suara pelajar-pelajar bersorak riang, tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Sedang aku berjalan keluar dari kelas, tiba-tiba terdengar suara memanggil namaku dari belakang.

"Sayda! Tunggu sebentar!"

Aku menoleh.

"Oh, Zayyan!"

"Ya, mari kita balik sekali."

Ini Zayyan, satu-satunya kawan baik aku. Dia juga mempunyai hobi yang sama denganku—bermain game. Setiap kali kami berbual, topik kami tidak pernah lari daripada game.

"Hey Zayyan, kau tahu tak? Game yang kita main hari tu, Battle Shadow Force, aku dah naik level 100!"

"Wah, serius? Cepatnya kau naikkan level!"

"Tapi aku masih tak dapat kalahkan boss seorang diri. Apa kata lepas balik ni, kau datang rumah aku, dan kita lawan boss tu sama-sama? Macam mana?"

"Hmm... Aku minta maaf, Sayda. Hari ni aku tak boleh datang. Aku kena tolong ayah seharian ni. Tapi jangan risau, esok aku pasti datang, dan kita bantai boss tu sama-sama!"

"Oh, yakah? Baiklah kalau macam tu."

Kami berdua menaiki basikal masing-masing untuk pulang. Sampai di simpang, aku mengambil jalan ke kanan, manakala Zayyan ke kiri.

"Aku balik dulu! Esok jangan lupa, kita bantai boss tu sama-sama!"

"Ya, semestinya!"

---

Dalam perjalanan pulang, aku berbual sendiri di atas basikal.

Aku baru teringat, aku sudah menamatkan semua game yang ada, kecuali game yang satu ni. CD terakhir yang aku beli pun sudah sebulan yang lalu. Mungkin dah tiba masanya untuk beli game baru sementara menunggu Zayyan datang esok.

Genre apa yang patut aku beli? Fantasy? Story? Adventure?

Mungkin story lebih menarik sebab biasanya ambil masa lebih lama untuk ditamatkan.

Ah, tak payah pening-pening. Lebih baik aku pilih nanti di kedai.

Aku terus mengayuh basikal. Tetapi, sebaik sahaja aku membelok di satu selekoh—

"Meoww!"

Seekor kucing berlari laju ke arahku!

"Ah, sial!"

Aku panik. Tanpa berfikir panjang, aku menekan kedua-dua brek dengan kuat.

Tiiikkk!

Akibatnya, aku hilang kawalan dan terbabas, lalu...

"DUMM!"

Aku melanggar sebuah tong sampah!

Sampah-sarap bertaburan, berselerakan di atas jalan... dan aku pula terjatuh tepat di atas longgokan sampah itu.

"Aduhh... Tak guna punya kucing! Tak pasal-pasal aku jatuh... Aduhh sakit!"

Aku bangun sambil mengeluh.

"Nasib baik basikal aku tak rosak..."

Aku melihat sekeliling. Sampah bertaburan di mana-mana.

"Aduhai... Satu kerja pula aku kena kutip sampah-sampah ni. Haih, terima jelah... Mungkin ini balasan sebab aku mengelamun dalam kelas tadi... Nasib malang betul..."

Dengan berat hati, aku mula mengutip sampah satu per satu dan memasukkannya semula ke dalam tong. Selepas beberapa minit, tinggal satu sahaja sampah yang belum aku kutip.

"Fuhh... Satu lagi, dan siap!"

Aku berjalan beberapa langkah ke depan. Tetapi, aku perasan masih ada satu lagi benda tertinggal di atas tanah.

Aku membongkok dan mengambilnya. Ia seperti sebuah bekas lama yang penuh dengan debu.

Aku meniupnya.

"Fusshh..."

Dan ternyata—

"Ini... CD game?!"

Aku memerhatikan CD itu dengan teliti.

"INTO THE GAME?"

Tajuk itu tertera jelas di hadapan cakera tersebut.

Aku membaca labelnya.

Story... Fantasy... Adventure... Survival... Tragedy...?

"Wah! Semua genre yang aku suka ada dalam game ni!"

Tetapi... Kenapa CD ni dibuang?

Aku melihat reka bentuk muka depan CD itu. Ia sangat simple dan membosankan.

Hanya terdapat dua batang pokok di kiri dan kanan, dengan sebatang pokok balak rosak di tengahnya. Di atas pokok itu, ada sebilah pisau tertanam. Cahaya mentari menyinari latar belakangnya, dan di tengah-tengahnya, tertulis dengan jelas:

"INTO THE GAME"

Aku termenung seketika.

"Hmm... Rupa luarannya tak menarik langsung... Tapi entah kenapa, aku rasa nak cuba game ni..."

Tanpa berfikir panjang, aku memasukkan CD itu ke dalam beg dan terus mengayuh basikal menuju pulang ke rumah.

Aku tak tahu... Keputusan ini akan mengubah seluruh kehidupanku...