Chereads / Jarak Usia, Setia Di Hati / Chapter 6 - bercuti

Chapter 6 - bercuti

Hari itu,

Hari di mana Elena, Damian dan Rizal bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Langkawi.

"Elena, jangan lupa bawak semua barang! " kata Rizal.

"Baik papa! " jawab Elena.

Mereka bertiga berdiri di depan pintu keluar.

Lalu Rizal membuka pintu dan mengangkut semua barang masuk ke dalam bonet belakng kereta.

Elena duduk di samping Rizal di kerusi depan untuk memandu. Rizal akan memandu kereta. Damian duduk di belakang sambil main telefonnya.

Dalam perjalan, mereka bernyanyi drngan gembira.

Tiba-tiba, Rizal memicit dahinya. Elena yang ingin tahu pun bertanya

"Kenapa papa? "

"Tak ada apa-apa" Rizal memandang anaknya sambil senyum.

Tibanya di resort,

"Tada.. Papa dah sewa resort ni selama seminggu" Rizal memberikan anaknya kejutan.

Mereka membawa masuk barang mereka ke dalam.

"Elena, papa esok ada plan, apa kata kita medaki bukit? " cadang Rizal

"Boleh je" Elena setuju akan cadangan Rizal.

Keesokannya, ini hari pertama mereka bercuti,

"Pruff.. Bangun! " Rizal mengejutkan anaknya dengan wisel.

"Papa? Ye, Elena dah bangun. Good Morning Sunshine" ucap Elena yang baru sahaja bangun dari tidur.

Beberapa minit kemudian,

Elena selesai bersiap.

"Papa. Jom pergi? " Elena bersemangat untuk hari itu.

Elena melihat Damian bersiap dan memakai kasut

"Papa, pak cik ikut ke?" Elena heran

"Ye" Rizal senyum

Saat mendaki,

Rizal ketinggalan dia belakanv saat di tengah perjalan untuk ke puncak

"Elena, Damian, tunggu dulu"

Rizal duduk di atas tanah dan minum air.

Elena pergi duduk di atas tanah dengan ayahnya. Namun, Damian menunggu mereka sambil meletakkan badannya ke pokok.

"Papa, kenapa papa tiba-tiba minta cuti dan luangkan masa dengan Elena? Papa tak pernah minta cuti" Elena memandang ayahnya

"Sebab papa nak luangkan masa dengan anak papa. Disebabkan papa tak minta cutilah, papa nak cuti".

" ye lah" kata Elena dengan selamba.

Mereka menyambungkan perjalanan mereka.

Sampai di pincak,

Rizal terduduk dan memegang kepala sambil mengelipkan matanya berkali-kali

"Elena?! Elena?! Anak papa?! Mana kamu? "

"Papa! Kenapa ni! "

Elena dan Damian menghampiri Rizal.

Tiba-tiba, Rizal meletakkan tangannya ke bawah dan tersenyum

"Sayang juga kamu ke papa ye, Elena"

"Papa! Tak lawak tahu. Ingatkan apa tadi! " Elena meneteskan air mata.

"Ehh? Anak papa menangis ye? Alalala.. Kasian dia" Rizal memeluk anaknya itu.

"Papalah" ucap Elena

"Macam mana lah kalau aku tak ada nanti? " bisik Rizal.

Damian hanya menyaksikan mereka berdua.

"Lepas ni matahari terbenam" kata Damian sambil tersenyum

Beberapa minit kemudian,

Mereka bertiga menyaksikan mata hari terbenam. Elena duduk di sebelah Rizal dan Damian duduk di sebelah Elena.

"Elena,kalau kamu rasa dunia ni terlalu sunyi tanpa papa, tengoklah bintang di langit. Ayah sentiasa ada di situ untuk menemani setiap langkah kamu" Rizal memandang langit.

"Isshh.. Papa ni tak habis-habis nak buat Elena menangis" Elena memukul Rizal dengan manja.

"Papa, kenapa papa cakap macam tu? Elena perlukan papa. Tolong jangan tinggalkan Elena ye, papa? " Elena baringkan kepalanya ke bahu Rizal dan memeluk lengan Rizal.

Saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Elena, Rizal terpilu. Ingin meneteskan air mata tapi tidak sanggup.

Elena pula selalu bertanya-tanya kenapa ayahnya selalu memberikan nasihat yang menyedihkan seolah-olah dia tahu bila akan pergi meninggalkan Elena.

"Elena? Bangun? Jom. Kita balik" Rizal mengejutkan Elena yang tertidur di bahunya.

"Dah. Jom balik ke resort semula" kata Damian