Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Level up with Cultivation Class

Zul_Fikry
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
10
Views

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - 1.Prologue

Apakah belajar di akademi adalah jalan yang menuju kejayaan?

Perkataan yang selalu disebut sejak sekolah rendah.

Berbagai keluarga yang memaksa atau memberi tujuan hidup untuk belajar sampai tingkat yang lebih tinggi.

Bagi mereka yang pandai akan menuju masa depan yang cerah,dan sesetengah orang menjadi iri atau menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh.

Orang yang gagal mendapat pekerjaan menjadi penggangur atau putus asa,ya seseorang juga memerlukan keberuntungan untuk setiap orang.Walaupun kau memiliki kepandaian melebihi seluruh orang atau mendapat sijil perakuan pelajar terpandai,kalau tidak memiliki nasib yang baik atau orang dalam tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pekerjaan.

'Ya.'akulah orang yang mendapat nasib seperti itu.Bagiku yang tidak memiliki keluarga dan duit yang didapat dari beasiswa

Akademi,sekarang aku bekerja sebagai penjaga kaunter kedai dan gajinya lumayan bagi menyara hidup sendiri.

Sejak kejadian putus asaku semasa mendapat sijil pelepasan akademi,aku telah mendapat panggilan bagi bekerja di sebuah syarikat,tapi sesaat sensasi gembira semasa pulang dan bersiap untuk memulakan temu duga di syarikat itu.

Esoknya aku telah sampai dan duduk menunggu seperti yang lain pada pukul 7.30am,bermula jam bergerak hingga setengah orang telah berkurang dan berjam jam menahan diri hingga dipanggil.

Hingga aku tertinggal sendirian pada jam 3.55 pm,berharap dipanggil bagi temu duga mendekat seorang penjaga syarikat dan memberitahu bahawa temu duga telah berakhir,'Apa'maksudmu telah berakhir kenapa cuma aku yang tidak dipanggil sejak tadi.'tanpa sedar kemarahan telah menguasai fikiranku.

'Haah dah cakap waktu temu duga telah berakhir dan silakan pulang.'kata penjaga itu sambil mengerut kening dan suara yang tinggi keluar dari mulutnya.Terdiam aku mendengar perkataannya itu tiba-tiba aku ternampak pengarah syarikat turun dan aku memanggil.'Tuan kenapa saya tidak dipanggil semasa temu duga tadi?',dia berhenti yang berpusing menghadapku,'kerana kau tidak layak untuk bekerja di syarikat ini!'

Hairanku bertanya dengan cepat'Tuan bukankah syarikat ini yang memberiku panggilan jemputan padaku?'.Dia menjawab bahawa itu adalah kesalahan kerana memberi panggilan itu'apabila aku hendak keluar terpandang seseorang yang aku kenal semasa akademi yang tidak memiliki keputusan yang cemerlang dan memanggil pengarah syarikat itu dengan sebutan paman.

Terfikir sejenak dalam fikiranku kenapa aku tidak berfikir bahawa mempunyai orang dalam dapat menggantikan pengambilan orang sesuka hati yang membuatku marah kerana telah menipu dan menunggu selama berjam-jam lamanya.

*Flashback berakhir*

-Pada masa kini-

'Aku telah mencari pekerjaan lain semenjak kejadian itu tetapi tiada yang ingin menerimaku berkerja,Ya bersyukur aku dapat pekerjaan ini walaupun pendapatan yang rendah.'kataku dengan rasa sedih yang ditutupi dengan senyuman.Memejam mataku dengan mencari mengapa tuhan memberi ku ujian seperti ini dan alasan kejadian ini berlaku padanya.

Selepas habis bekerja aku menghabiskan waktu dengan membaca novel,video game,anime dan membaca buku.Dengan bermain game aku memulakan streaming bagi menjana pendapatan lebih yang kurang dari pekerjaan sambilan itu.

Besoknya aku memulakan pekerjaan seperti biasa tetapi datang pelanggan yang berpakaian gangster dengan baju terbuka badan kekar bermuka masam bersama wanitanya.'Bro kau boleh meminjamkan duitkah pada kami.'Dia bertanya padaku dengan suara yang merendahku dan ketinggian badannya itu,'maaf pelanggan kami tidak menyediakan perkhidmatan seperti itu.'Orang berpakaian gangster itu membuat muka yang marah dan menarikku keatas yang membuatku seperti pecundang.

Semenjak aku bekerja sebagai penjaga kaunter kedai itu,baru terjadinya kejadian seperti ini berlaku,yang membuatku tidak sedap hati dengan perlakuan orang ini.'kau berani tidak memberiku duit ha?'dia bercakap dengan nada yang menekan.

'Pelanggan tolong jangan membuat kekacauan seperti ini sebelum saya memanggil polis'kataku dengan suara yang rasa percaya diri dalam menangani masalah seperti.'Baiklah aku akan melepaskanmu hari ini.'Seketika dia keluar aku berasa lega tetapi aku silap pada hendak pulang.

'Tiit'bunyi penutupan kedai itu aku berjalan sambil memandang telefon hingga pertengahan jalanan pemberhentian teksi.'Datang seorang lelaki berkulit hitam didepanku berambut botak menarikku dengan kuat hingga kelorong,aku telah mencuba melepaskan diri tapi lelaki berkulit hitam ini kuat dan telah memanggil polis sebelum aku ditarik'ya aku memang menjangka mereka akan menungguku diluar tapi perkataan itu membuatku hilang kepercayaan diri selepas sampai.'

Beberapa orang memegang senjata seperti kayu,besi yang bersiap bagi memukulku mungkin,tibanya aku sampai orang berbaju gangster yang di kedai tadi berkata'ha kau ingat boleh melepaskan diri atau melarikan diri selepas membuat kejadian tadi.'Sambil menghantam badanku dengan kayu,besi bersama kawannya sampai aku menahan rasa sakit yang berdarah keluar banyak dari kepala.

'Ninoo Ninoo'selepas terdengar bunyi polis gangster tersebut berhenti dan melarikan diri, walaupun sempat polis datang lucunya aku telah kehabisan darah kerana badanku yang lemah kurus ini,mataku menjadi kabur dan mendengar panggilan polis itu.Sebelum menutup mata terdengar sesuatu bunyi dikepalaku.

[Ding,Terkesan seorang host untuk mengikat 1% 50% !! Gagal....Masalah berlaku]

'Ha...sempat lagi aku menghayal seperti novel protagonis yang mempunyai sistem.'

[Kehidupan host mula menghilang ]

[Mencari penyelesaian masalah....

[Terjumpa penyelesaian masalah....

'Terlelap mata dan berharap kalau memang ada dunia lain buatlah dia terlahir kembali'.

Dilahirkan kembali di dunia lain]