My naughty teacher

wardina_zahirah
  • 7
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 17
    Views
Synopsis

Chapter 1

Aku melangkah masuk ke kelas dengan senyuman mesra. Aku melambaikan tangan kearah Rafina yang sedang memandang aku.

"Ayreen!!" tiba-tiba seseorang memanggil namaku. Kalau dengar suara macam dah tahu. Mesti Cikgu naughty tu, huh!

"ye, saya Cikgu. Cikgu nak saya tolong apa-apa ke?" tanyaku. Mungkin dah lali sangat dengan 'Kes Cikgu Pengawas BULI Penolong Ketua Pengawas' huh! saya dah tebalkan betul-betul perkataan 'Buli' tu.

"Ayreen, please tolong saya! Urgent! Ambilkan file dekat bilik disiplin. Lagi 3 minit meeting dah nak mula! Pergi ambil cepat!" arah Cikgu Adree.

Eh, eh! Dahlah suruh orang ambilkan, pastu nak cepat cepat pulak. Lemak betul!

Tapi aku pergi ambilkan juga. 😭😭

"Nanti bagi saya dekat bilik meeting. ketuk je pintu" Sempat dia menjerit sebelum pergi ke bilik mesyuarat.

Hah?! Seriouslah?! dia nak aku hantar fail tu nanti dekat bilik mesyuarat?! Dah gila ke?! nanti apa kata guru-guru yang ada dalam bilik mesyuarat tu cakap nanti? Oh my god!

Bila aku dah ambil fail tu. Aku punya tak nak hantar sendiri dekat Cikgu Adree, aku pergi suruh budak darjah satu yang entah mana-mana je aku rembat. aku suruh budak tu hantarkan. Nasib baik lah budak tu faham.

"Cikgu Adree suruh kau buat apa?" Tanya kawan aku bila dah sampai depan kelas.

"Just suruh hantarkan fail." malas sebenarnya nak jawab. Tapi sebab diorang yang gatal nak tahu, aku pun jawaplah acuh tak acuh je.

"Maklumlah, 'Pelajar Kesayangan Cikgu Adree' untunglah" ejek Rafina.

eh!!! ni yang aku malas nih! aku dah berkerut seribu.

"Mana ada! mungkin sebab aku je yang boleh masuk bilik disiplin tu. sebab tu dia suruh aku. kalau dia suruh kau, tak pasal pasal masuk kes 'Pelajar kelas pandai pecah masuk bilik disiplin'. Kau tak nak kan?"

"Good morning class!" tiba-tiba Cikgu Alana guru bahasa inggeris, masuk ke dalam kelas. Masing-masing kelam kabut duduk tempat sendiri.

"I want to give you all a some task. Just listen to me." Cikgu Alana bercakap sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg galasnya. Nampak macam sebuah balang kecil.

"Everyone needs to take a piece of paper from this jar. On each piece of paper is written the name of a teacher at this school. Now, I want you all to take one of the papers first. Start with Darin. Then pass it to the person next to you and so on." Cikgu Alana memberikan balang pada Darin.

"Don't open it yet." sempat Cikgu bagi amaran.

Bila semua orang dah dapat kertas, balang tadi di berikan balik pada Cikgu Alana.

"Okey, Now I want you all to open the paper now." arah Cikgu Alana.

Perlahan-lahan aku buka kertas di tangan.

Adree Louris?!!

What?!

kenapa dia jugak?!

"Cikgu nak kitorang buat apa dengan nama ni?" tanya Salah seorang pelajar.

"Well, I want you to find more time by spending time with the teachers whose names you got, and write a 3-page essay about them during the time you spent with them. Then send it to me." arahan Cikgu Alana tu membuatkan aku sangat terkejut.

What the ...?!

"Understand?" tanya Cikgu Alana.

"Kau dapat Cikgu apa? aku dapat Cikgu Lily" ujar Rafina. aku pandang sekejap wajahnya. Aduh..... kenapa aku rasa hidup ni menyusahkan?

"Kau nak ajak keluar ke, dengan Cikgu Lily nanti?" tanyaku.

"Memang tu yang ada dalam kepala aku"

"Nak pergi mana?"

"maybe, paradigm" jawabnya.

oh. untunglah dapat Cikgu Lily. Dia dahlah suka belanja orang.

"aku tanya kau ni. Kau dapat Cikgu apa?" tanya Rafina. Sibuk je dengan hal aku.

Aduh... beribu masalah datang lagi...