BANG!!
Bunyi tembakan terus menerus kedengaran. Hyder dan team nya berjalan kecepatan namun tidak mengeluarkan bunyi seperti ninja.
Pistol AKM yang ada di tangan digenggam erat supaya tidak jatuh atau mudah mengangkat pistol mengarah ke arah musuh mereka nanti.
Secara tidak sengaja, anak buahnya terpijak sebuah bom yang berada di dalam tanah iaitu perangkap yang telah musuh mereka sediakan sebelum bermula peperangan ini.
BOM!!
Bunyi letupan membuat mereka semua menoleh ke belakang dan melihat salah satu rakan kerja mereka terbaring lemah di tanah dengan wajah yang sudah berlumuran darah kerana letupan itu tadi.
"Fiq!" Jerit salah seorang daripada mereka. Langkah di buka berlari menuju ke arah Afiq Ziyad yang terlentang di atas tanah dalam keadaan lemah yang tidak berdaya itu.
"Fiq. Bangun Fiq. Fiq!" Titisan mutiara mulai mengalir lewat celahan mata nya, hancur hatinya melihat sahabat baiknya terluka parah begini di hadapanya. Kemana janji lelaki itu untuk terus bertahan demi selamatkan negara mereka? Kenapa sahabat nya perlu pergi dahulu?
"Fiq? Fiq? Bangun Fiq... Buka mata kau, Fiq!" Tangannya menepuk lembut pipi Afiq Ziyad, namun tiada balasan atau gerakan yang dibuatnya. Mata Afiq masih terbuka luka, hembusan nafas juga tidak ada. Hyder hanya mampu berdoa yang terbaik untuk Afiq dan redha atas semua ujian ini.
"Innalillahi wainna Ilaihi rajiun." Tangannya pantas menutupi mata Afiq dimulakan dari dahinya dan turun ke dagu. Hyder mengeluh lembut, air liur diteguk.
"Gib, kau bawa pulang mayat Fiq. Aku dan yang lain terus fokus pada misi ini."
"Gagal misi ini, maka gagal lah kita menjadi hero untuk negara kita."
"Yang lain teruskan maju, jangan berhenti sehingga jumpa tempat persembunyian musuh-musuh kita!" Jeritnya kepada anak-anak buah nya. Mereka semua terus berjalan dengan berhati-hati dan tanpa mengeluarkan bunyi.
Setelah menemui tempat persembunyian musuh mereka, Hyder memberi isyarat tangan kepada anak buahnya untuk serba dengan cara yang tepat bukan dengan cara yang terus berhadapan.
Tak lama mereka berdiri disana, menunggu balasan anak buah nya melalui walkie-talkie bunyi tembakan kedengaran. Hyder mendongak ke langit dan melihat helikopter pasukannya.
Mu'adzam yang berada di atas dalam helikopter tersengih nakal. Kelihatan seperti dia bangga dengan diri kerana tembakannya begitu tepat pada masanya dan tersasar jauh hingga terkena musuhnya.
Walkie-talkie yang ada di sebelahnya diambil, lalu Mu'adzam bersuara melalui walkie-talkie.
"Musuh telah dihabiskan, hanya tinggal tebusan."
"Baik, terima kasih atas bantuan kau Mu'adzam."
"Itu adalah tugas saya, Tuan Hyder."
Helikopter berlepas pergi dari situ demi memulangkan mayat Afiq ke kem tentera untuk mengebumikan jenazah Allahyarham Afiq Ziyad. Mereka berjalan masuk dan menyelamatkan para tebusan yang masih hidup. Tebusan yang telah meninggal, dibawa pulang ke tanah air mereka.
_______________________________________
"Argh! Penatnya... Asal lah kerja hari ni banyak sangat?" Soalnya seorang diri. Tanganya naik merapikan rambut nya agar cantik setelah melepaskan tudung nya. Dia menatap dirinya di dalam cermin.
"Bila lah si jodoh nak sampai ni? Tak sabar ni nak kahwin."
"Ella! Turun sekarang... Makanan dah siap ni. Lambat turun syaitan makan makanan kau!" Jerit rakan serumahnya dari dapur. Kuat sungguh suaranya sampai ke bilik atas boleh mendengar.
"Ye, aku tahu. Kejap lagi aku turun bawah!" Balas Zharyella Asyura dalam nada menjerit juga. Kang kalau cakap lembut nanti tak dengar kata kita pekak lah itu ini.
Zharyella keluar dari bilik tidur nya lalu turun menuju dapur untuk makan. Perut dari tadi bunyi, kesian perut aku ni lapar. Zharyella melabuhkan punggung nya di atas kerusi empuk itu.
Perut semakin berbunyi melihat makanan yang lazat di hadapannya sekarang. Banyak, sedap, Wow meletup kebabum.
"Diyah, syukran untuk makanan ni. Kau lah cef terbaik yang pernah aku jumpa selain umi baba aku," ujar Zharyella matanya fokus pada makanan lalu menuju ke arah Sadiyah Imani yang sedang membuat air untuk mereka berdua.
"My pleasure, aku sudah anggap kau macam adik sendiri. Mestilah kena jaga kau," Ucap Sadiyah lembut, tangannya membawa dulang yang berisi gelas dan jak air. Dia menghampiri dan meletakkan dulang di atas meja makan dan mengurangkan air untuk Zharyella di dalam gelas.
"Dah, jom kita makan. Kang tak pepasal makanan kita syaitan makan."
"Jom!" Ucap Zharyella teruja. Kalau bab makanan, nombor satu lah baginya. Kalau bab kahwin nombor dua. Tangannya mula menjamah nasi putih dan lauk-pauk yang ada di dalam pinggan nya.
________________________________________
"Dude, aku tahu kau sedih tapi kau perlu makan juga."
"Aku taknak."
"Dude, kau perlu jaga pemakanan kau. Afiq ada pesan selalu supaya kau jaga pemakanan kau, jangan lupa makan tapi tengok sekarang lepas dia pergi kau terus tak mahu makan," ujar Xavier Shahryan lembut. Kena lah berlembut tuan besar ni. Kang nanti kena denda lari satu kem mampus dia. Tangan nya berada di bahu kiri Hyder Jibrail.
"Kalau Afiq masih disini, dia pasti sedih dan kecewa sebab tengok kau tak mahu makan." Sambung Xavier Shahryan. Bahunya diusap lembut oleh Xavier. Rasa lega dan tenang pun ada namun masih sedih dan sepi.
"Aku nak tidur. Jangan ganggu aku." Hyder berdiri lantas berjalan pergi dari situ. Sampai di biliknya, dia masuk lantas dia membaringkan tubuhnya ke atas katil empuk itu. Mata dipejamkan, tanpa dia sedar dia telah menangis sepanjang malam itu.