Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Kesatria Kegelapan

Kesatria_Kegelapan
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
5
Views
VIEW MORE

Chapter 1 - Reinkarnasi Di Dunia MMORPG

"Ini adalah kehidupan aku sebagai seorang gamer yang sering bermain permainan MMORPG. Kadang-kadang, aku rasa seperti orang yang tiada kehidupan sebenar. Setiap hari, aku hanya berkurung di rumah dan melakukan live streaming sambil bermain game."

"Ting!" Notifikasi telefon aku berbunyi.

"News: Dark Rise by Pixel MMORPG." Game baharu daripada syarikat kegemaran aku akhirnya diumumkan. Ini adalah hari yang sudah lama aku nantikan. Setelah bertahun-tahun menunggu, game ini akhirnya dilancarkan. Aku segera bersiap untuk ke kedai, tidak sabar untuk mendapatkannya.

Selama ini, aku lebih suka membeli barang secara dalam talian, tetapi kali ini lain. Aku terlalu teruja. Kalau beli online, aku perlu tunggu beberapa hari untuk penghantaran, dan itu sesuatu yang aku tak sanggup lakukan untuk game ini. Jadi, aku memutuskan untuk pergi sendiri ke kedai rasmi syarikat itu.

Di sepanjang perjalanan, aku mula menyedari betapa asingnya kawasan sekeliling. Sudah lama aku tak keluar rumah untuk membeli sesuatu. Dunia di luar kelihatan sibuk, dan aku rasa sedikit janggal berjalan di tengah hiruk-pikuk ini.

Tiba-tiba, satu jeritan memecahkan lamunan aku.

"Argh!" Aku menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang budak perempuan terjatuh tidak jauh dari tempat aku berdiri. Sejujurnya, aku tidak ada niat untuk membantu. Dalam hati, aku hanya fikir, "Mungkin ada orang lain yang akan tolong dia."

Namun, sesuatu yang lain menarik perhatian aku. Lori besar sedang bergerak laju, terus ke arah budak perempuan itu.

Hati aku mula rasa tak sedap. Segala-galanya terasa perlahan. Sebelum aku sempat berfikir, tubuh aku bergerak sendiri. Langkah demi langkah, semakin laju. Aku berlari sekuat hati dan menolak budak perempuan itu ke tepi jalan, menyelamatkannya.

"BAM!"

Aku rasa seluruh tubuh aku remuk apabila lori itu melanggar aku. Segala-galanya menjadi gelap.

 

Apabila aku membuka mata, aku berada di tempat yang asing. Langit ungu dengan dua matahari bersinar di atas kepala. Permukaan tanah di bawah kaki aku berwarna hitam berkilat seperti kristal. Udara di sekeliling berbau segar, tetapi ada sesuatu yang ganjil.

Di hadapan aku, muncul skrin besar yang terapung di udara, dengan tulisan bercahaya:

"Selamat datang ke Dark Rise. MMORPG sebenar bermula sekarang."

Aku terkedu. "Apa? Ini nama game yang aku nak beli tadi... Tapi, macam mana aku boleh ada di sini?" Aku cuba mengingat apa yang berlaku – lori, budak perempuan, dan rasa sakit yang luar biasa...

Sebelum aku sempat memahami apa yang sedang berlaku, suara mekanikal bergema:

"Pemain baru dikesan. Sistem akan memulakan integrasi. Selamat datang, Chosen One."

Tiba-tiba, aku rasa seakan-akan dunia ini menjadi nyata. Sebuah pedang bercahaya muncul di tangan aku, dan makhluk-makhluk aneh muncul dari bayangan sekeliling. Mereka semua menatap aku dengan niat yang jelas – aku adalah mangsa mereka.

Aku sedar ini bukan lagi permainan biasa. Ini adalah realiti baharu aku. Kehidupan lama aku telah berakhir. Kini aku berada dalam Dark Rise, bukan sebagai seorang pemain biasa, tetapi sebagai seseorang yang dipilih.

Dan semuanya bermula di sini.

Aku tertelapor ke tempat yang asing. Dalam sekelip mata, aku kini berdiri di hadapan seorang raja dan permaisuri. Di sisiku pula, terdapat beberapa orang lain yang kelihatan sepertiku—bingung dan tercengang.

"Selamat datang. Aku adalah Raja Theodore, pemerintah Kerajaan Victivis," ucap baginda dengan suara penuh wibawa. "Lihatlah di tangan kanan kalian. Senjata-senjata itulah yang akan menjadi teman setia dan membantu kalian dalam misi besar ini—menyelamatkan dunia kita. Kini, perkenalkan diri kalian satu persatu."

Seorang lelaki bertubuh sederhana tetapi tampan maju ke hadapan. "Saya Leos, dan saya telah menerima tongkat ahli sihir," katanya dengan nada yakin.

Selepas itu, seorang lelaki tegap dengan raut wajah garang melangkah. "Nama saya Stegodon. Saya adalah seorang pejuang yang akan melindungi kerajaan ini dengan tombak ini," katanya, suaranya dalam dan penuh keyakinan.

Gadis cantik di sebelahku maju dengan anggun. "Nama saya Sa Hyun. Saya dianugerahi busur dan panah ini," ucapnya dengan lembut, membuatkan aku terpegun memandang wajahnya tanpa sengaja.

Raja Theodore memandang ke arahku. "Dan kamu?" Baginda bertanya.

Aku tergagap. "Uh... Saya Arfan, Yang Mulia," jawabku akhirnya dengan rasa gugup.

Raja Theodore tersenyum tipis. "Bagus. Sebagai permulaan, setiap seorang daripada kalian akan diberikan secupak syiling emas. Gunakanlah ia untuk membeli peralatan dan keperluan bagi pengembaraan kalian." Pembantu raja segera menyerahkan syiling emas itu kepada kami seorang demi seorang.

"Terima kasih, Tuanku," ucap kami serentak, menghargai kemurahan hati baginda.

Raja Theodore memberikan kata-kata terakhir sebelum kami pergi. "Manfaatkanlah masa ini dengan sebaik-baiknya untuk bersiap sedia. Bencana besar akan segera tiba."

Sebaik keluar dari istana, Stegodon mula berbicara. "Baiklah, mari kita bahagikan kumpulan untuk meningkatkan kekuatan kita. Aku bersama Leos, manakala Arfan, kau bersama Sa Hyun. Setuju?" katanya dengan penuh semangat.

Aku hampir tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Berpasukan dengan Sa Hyun? Ini seperti mimpi indah!

"Arfan, kau dengar tak?" tanya Leos sambil menyiku lenganku.

"Eh? Ya, maaf. Aku setuju dengan cadangan Stegodon," jawabku cepat-cepat, cuba menutup rasa gugupku.

"Baiklah, mari kita berpencar," kata Stegodon sebelum dia dan Leos beredar.

Aku dan Sa Hyun memulakan perjalanan kami ke hutan. Di sinilah pengembaraan kami bermula—misi untuk meningkatkan kekuatan, mengenal diri, dan melawan kegelapan yang mengancam dunia ini.