Chereads / paksa dalam cinta / Chapter 1 - "pertemuan permataku"bab 1

paksa dalam cinta

🇲🇾Missbana05
  • 7
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 6
    Views
Synopsis

Chapter 1 - "pertemuan permataku"bab 1

Sebuah di tempat bandar yang terlihat begitu ramai orang lalu lalang.hari yang begitu cerah sekali bagi Hana untuk berjalan jalan,namun bukan berjalan jalan je tau..Hana adalah seorang pekerja restoran kopitiam yang terkenal,Hana pun berlari setelah lampu isyarat menunjukkan lampu hijau kerana terlambat bekerja.

Hana dalam hati"habislah aku ni,lambat masuk kerja lagi!"-kata hati Hana sambil berlari.semasa hana berlari,dia tidak sengaja tersenyum memandang Zack yang memandangnya,Zack pun terpanah melihat senyuman hana yang begitu manis.setelah lampu merah,zack pun mencuba memandang dari belakang jika hana masih ada untuk meminta nombor telefonnya,akan tetapi hana begitu cepat hingga membuat Zack menyesal kerana terlambat.

..."siapa wanita tadi tu?..."-kata Zack di dalam hati sambil tersenyum.

Hana yang begitu lambat terus dimarahi oleh bossnya kerana sudah terlambat sampai sebanyak 50 kali.hana yang telah berjanji untuk tidak lewat hanya terdiam dan melakukan denda mencuci pinggan sehingga jam 1 pagi.dia terus mencuci dan tidak menyerah walaupun merasa penat.

bossnya yang seorang pemurah dan baik hati merasa bersalah.jadi dia menyuruh staffnya untuk memberi makan kepada Hana sebelum melanjutkan lagi pekerjanya.hana pun terkejut kerana mendapat makanan"eh apa ni"-kata Hana sambil tersenyum.diana ialah kawan baiknya yang selalu membantunya"tu..makanan yang boss bagi macam biasa"-kata diana.hana pun makan dengan begitu gelojoh,diana pun menasihatinya untuk perlahan Lahan makan..diana yang begitu memahami Hana pun mengatakan"Hana..kalau kau nak tahu,boss tu baik dekat kau..walaupun kau lambat dah 50 kali,susah nak dapat boss yang jenis memahami ni"-kata Diana sambil tersenyum.hana yang merasa sedih pun berkata"aku tahu..tapi aku tak suka kalau aku jadi macam ni terus..boss pun tau kan rumah aku jauh..susahlah aku macam ni"-kata Hana sambil air matanya keluar sedikit.diana yang begitu baik padanya terus memeluknya sambil tersenyum."Hana..boss kita buat macam tu..sebab nak kita belajar,betapa hidup ni tak mudah untuk kita maju..jadi kitalah yang kena bangkit..faham tak?"-kata Diana,Hana pun merasa terharu lalu memeluk sahabatnya.hana memandang Diana.."dah 10 tahun kau jadi kawan aku..aku harap,aku dapat balas budi kau,Diana"-kata Hana di dalam hati.

6 tahun kemudian,kini Hana berumur 24 tahun sama seperti umur dengan Diana,mereka kini telah mendapat kerja masing masing..walaupun berjauhan,Hana dan Diana masih lagi berteman.hana menelefon Diana"ye..kalau awak nak tahu,boss saya cakap awak yang kena present perabot baru tu macam yang awak lukis hahhaha tu si Alia tu dia terdiam tau.. pastu dia marahlah kat aku..konon konon nak koyakkan kerja aku hahaha"-kata Hana sambil minum kopi.diana tersenyum"hahah tak sangkakan..akhirnya,kita dapat kerja yang busy ni,kau sekarang dah kerja syarikat perabot tu.."-kata Diana,Hana pun menjawab"eh tapi..kau kerja syarikat emas kan?..bolehlah share share hahaha takde lah aku gurau..btw aku ada kerja ni nak buat,aku matikan dulu nanti kita sambung..bye assalamualaikum"-kata Hana sambil tersenyum.setelah telefon dimatikan,betapa cantiknya apartment Hana dari ketinggian 15 tingkat..Hana pun menikmati pemandangan sambil membaca buku sebagai waktu hariannya.

Hana merasa bosan lalu keluar rumah untuk ke gym terdekatnya.setelah Hana datang,sekali lagi dia melihat Zack sambil tersenyum..Zack yang terkejut tanpa sengaja dia terpegang air yang panas semasa mengambil air di mesin air.hana yang mendengar Zack kesakitan terus mengubati Zack dengan ubatnya di rumah.

Zack senyum "terima kasih sebab ubatkan tangan saya ni.."

Hana pun berkata"takpelah..cuma saya tak boleh bawah awak masuk rumah saya lah haha"-kata Hana sambil menatap indah kepada zack.

zack pun memberanikan diri"boleh tak..saya nak berkenalan dengan awak"-kata Zack sambil tersenyum.

Hana pun menjawab"ok..boleh je"-kata Hana dengan singkat.hana pun pergi sambil tersenyum.zack pula merasa tersipu malu ketika Hana berkata seperti itu.zack begitu tampan sekali dipandang wanita,namun Zack tidak memandang wanita yang cuba menggodanya kerana wanita yang dia impikan satu satunya ialah wanita dari 6 tahun yang lalu..

Bersambung..