*perkataan BOLD ialah bahasa Rusia, manakala yang serong pula, bahasa Inggeris dan yang tiada apa-apa perubahan ialah bahasa Melayu. TQ
Apabila melihat Roselia cuba untuk mengelak, Xildun serta-merta mencengkam kedua-dua bahu dan menyandarkan tubuh badan lalu menyudutkan wanita itu ke dinding supaya tidak dapat melarikan diri daripadanya.
Sementara itu, Nyla terus beredar daripada kawasan tersebut dan pergi menuju ke area minuman untuk melegakan tekaknya akibat berbalas mulut dengan wanita sewel itu sebentar tadi.
Pada masa yang sama juga, rakan-rakan Xildun memerhati adegan Xildun dan Roselia yang berada di sudut dinding club.
"Wuu..Xildun nak kiss perempuan tu ke? Tapi dia dah ada girlfriend kan?" tanya Gabriel yang seakan-akan bersikap polos dan naif.
Lucass terus memukul bahagian belakang kepala Gabriel kerana tidak dapat menahan geramnya atas kenaifan membernya itu.
Puk!
"Haa..kan dah mendapat daripada Doktor Lucass. Kau ni pun. Buat hal la," kata Noah yang berasa puas hati akan tindakan Lucass tersebut.
"Tula kau..bongok. Nama jek inspektor.. tapi otak tinggal kat office..macam lahanat jek perangai tu," jawab Rayden sambil menunjukkan senyumannya yang datar.
"Aloo..aku gurau jekk..tokseh laa pukul-pukul kitaa. Huarghh..jahat!!" kata Gabriel sambil merengek
"Sabar-sabar. Tu baru Lucass, belom yang lain lagi. Harap bersabar..ini ujiann," pujuk Zayn sambil mengusap kepala Gabriel dengan kasar sehingga rambutnya kusut masai.
"Woii!! Kau ni, nak pujuk ke..nak membuli aku..sial la kau!!" marah Gabriel akan perbuatan best friendnya sendiri itu. Habis rambut hensemnya rosak dan tidak terurus kembali. Baru sahaja dia pergi ke salon sebentar tadi sebelum datang kemari.
"HAHAHAH..relax la brother. Rambut je pon. Nanti kita pergi salon balik. Abe Rayden belanja. Betul ak abe?" pujuk Zayn lagi sambil tersengih ke arah Rayden.
"Aahh kauu. Asyik aku jek yang kene keluarkan duit. Ingat aku ni bank bergerak kau ke hanat!" rungut Rayden
Manakala Lucass dan Noah hanya menggelengkan kepala lalu tertawa melihat aksi lucu mereka bertiga seakan-akan seorang mak sedang memarahi anak-anaknya. Tapi masalahnya ni bukan mak..ni bapak dah ni.
Pada waktu yang sama, Xildun memandang Roselia dengan tatapan dingin. Manakala Roselia masih mencuba untuk meleraikannya tetapi gagal.
'Yela..perempuan sewel tu kecik, kurus keding memang tak la..manelah kuat perempuan tu..perempuan tu kuat menggeletis jek..opss sorry,' bisik Nyla yang masih memerhati mereka berdua dari jauh sambil menikmati jus orennya.
"Hey, please...Let me go.." pujuk Roselia dengan tryhardnya untuk menjadi comel dan menggoda Xildun agar melepaskannya.
"Hmm..How about you to say sorry to my Güzel? I wouldn't let you go unless you said it," kata Xildun dengan reaksi muka yang dingin tanpa emosi.
"..b-but I said the true thing! Did you blind Xildun? You can see her personality and her appearance like perempuan kampung!!" balas Roselia yang tidak berpuas hati sehingga hilang tryhardnya untuk menjadi comel dan menggoda di hadapan lelaki pujaannya itu.
Suasana club hening seketika dan lagu-lagu yang dimainkan pula seketika dimatikan akibat pergaduhan antara mereka berdua yang telah menarik banyak pasang mata manakala Nyla hanya fokus terhadap minuman dan makanan yang diambilnya tadi.
"Baik aku makan, daripada layan drama perempuan sewel tu. Menyampah aku. Biarla Xildun sambungkan..HAHAHA. Bukan senang nak dapat makanan mahal-mahal macam ni. Agak-agak boleh tapau tak ek?" katanya seorang diri dan tidak ingin menghiraukan perkara lain.
Wajah gadis itu semakin pucat dan matanya terbeliak ketakutan apabila genggaman Xildun semakin erat pada kedua-dua bahunya.
Xildun tiba-tiba menariknya ke tubuh badannya dan berbisik di telinga Roselia. Gadis itu dapat merasakan nafas lelaki ini sejuk dan membuatkan dia menggigil
"Watch it, missy. Don't ever dare to insult my Güzel again, if you don't want to accept the consequences.." lalu Xildun melepaskan genggaman tangannya dan Roselia terus meluru pergi meninggalkan club tersebut dengan muka yang ingin menangis.
Setelah Roselia pergi meninggalkan club, lagu terus dipasangkan kembali dan suasana menjadi riuh-rendah dan mereka hanya mengabaikan kejadian tersebut walhal tidak ingin terlibat dengan permasalahan keluarga Flynn terutama Xildun.
Rakan-rakan Xildun yang tadinya memperhatikan kejadian tadi, terus saja meneruskan perbualan mereka sebelum ini.
Xildun terus meninjau kawasan dan mencari kelibat Nyla sehingga dia melihat seorang gadis yang sedang berseronok dengan makanannya lalu dia terus menuju ke arahnya dengan senyuman datar yang diukir.
"My Güzel..why are you eat lonely here?"
Xildun terus mengambil tempat duduk di sebelah Nyla sambil merangkul bahunya manakala Nyla masih sibuk dengan makanannya.
"Cause your Güzel was hungry noww.
Hehe" balas Nyla yang masih fokus untuk menghabiskan makanan mahalnya itu.
"I know that..tapi jangan la jauh-jauh sangat. Nanti saya susah nak perhatikan my Güzel ni dari jauh. Kang, jadi macam tadi. Awaknya yang terlibat, saya pulak yang uruskannya. Bukan main tinggalkan lagi ye saya dengan perempuan lain macam tu jek," sambil membuat reaksi sedih dan mula bersikap seperti Gabriel, cengeng dan merajuk.
"Yelah. Tapi lagipun saya tak kesah pun. Saya boleh jaga diri. Tadi pun saya boleh jek balas balik, tapi awak tu yang dah ada kat belakang perempuan tu. So, saya ambil la kesempatan..hehehe. And memang time tu pun..saya lapar. Terpaksalah suruh awak gantikan saya lawan perempuan sewel tu..heheh sorry," jelas Nyla secara terperinci kepada Xildun sambil tersengih ke arah Xildun.
Manakala Xildun hanya senyum dengan tingkahlaku girlfriendnya yang comel itu. Pipi gebu Nyla naik sehingga menampakkan apple cheeknya apabila melihat dirinya senyum tanpa rasa bersalah dengan perbuatannya tadi.
Xildun menyedari ada beberapa tompokan coklat daripada makanan Nyla yang masih terdapat pada kawasan pipi dan bibir kecilnya Nyla sehingga menjadikannya tampak comot. 'Geram jek tengok. Makan macam budak-budak,'
Lalu, Xildun terus mengelap comotan tersebut dengan ibu jarinya lalu membersihkannya dengan menjilatinya kembali.
"Kenapa awak jilat? Kan ada tisu?" soal Nyla yang sedar dengan perilaku Xildun sebentar tadi.
"Biarla, baru lah sweet. Ke nak saya kiss my Güzel punya pipi and bibir tu? Bagi bersih sekali," kata Xildun sambil tersengih dan terus meluru menghinggap bibirnya ke bibir Nyla.
Nyla terus meleraikan ciuman itu sehingga membuatkan Xildun terkejut dan pelik dengan sikapnya.
"Why my Güzel, awak tak suka ke?" soal Xildun.
"Urm, bukan macam tu. Saya rasa macam tak selesa la. Kalau kita already have a kiss before we get married. Kalau lepas kahwin takpela, hehe," jawabnya sambil mengalihkan pandangannya ke arah yang lain dan masih rasa bersalah dengan Xildun.
'Hish! Kenape kau ni Nyla. Dah diberi kesempatan dah tu untuk dapat kiss daripada Xildun. Kau gilaa kee?! Ingat senang ke nak dapat kiss daripada seorang Xildun Xiruff?' gumam sisi jahat nya dalam hati.
'..memang nak kiss tu. Tapi, rasa ada yang janggal. Macam ada sesuatu yang halang aku buat benda tu. Tapi tak tahu apa..' gumam sisi baiknya pula.
"Ouh yeke..urm sorry my Güzel. So, what can I do in our relay?" soal Xildun lagi.
"Urm, kita boleh hug and pegang tangan. Is it okay? Cause that's the only thing that makes me comfortable," jawab Nyla dengan nada yang sedikit malu sambil memandang Xildun.
"Hurm, okay. I will do anything as my Güzel ni selasa," kata Xildun sambil mencuit hidung mungil Nyla.
Nyla hanya tersenyum palsu dan merasa bersalah dengan dirinya dan tertanya-tanya mengapa dia merasa sebegitu rupa.
-------------
Setelah beberapa jam di klub itu, Nyla mencuit lengan Xildun yang berada di sebelahnya. Rancak sungguh mereka berbual. Selepas makan tadi, Xildun terus mengajaknya untuk duduk sahaja di sebelahnya sambil menemaninya berbual dengan membernya agar dia dapat menjaga Nyla tanpa merisaukan apa-apa perkara yang akan berlaku seperti tadi.
Xildun menyedarinya dan bertanya kepada Nyla.
"Yes my Güzel.. what's wrong dear?" soal Xildun yang terus memberhentikan percakapannya dan fokusnya dengan para membernya.
"Urm, dah lewat ni. Saya nak balik boleh? Saya naik teksi jek. Awak tak payah hantar. Awak pun tengah syok berborak. So, saya balik sorang jelah. Kesian pulak awaknya," jawab Nyla dengan muka sebersalahnya kerana menganggu perbualan Xildun dengan rakan-rakanya itu.
"Eh,no. Saya hantar Güzel balik jek. Lagipun diorang ni banyak kali saya jumpa. Dah jom-jom. Kesian my Güzel ni penat," jawab Xildun.
"Wei aku caw lu. Sian Güzel aku ni," pinta Xildun lalu meminta diri dengan rakan- rakannya itu.
"Okayy. Carefull Xildun..Nyla!!" kata Gabriel sambil melambai tangannya pada Nyla juga. Gabriel saja satu-satunya yang paling rapat dengan Nyla dalam circle Xildun ini.
Nyla terus membalas dengan senyuman dan menganggukkan kepala sahaja. 'Comel,'
"Ouh. Ha yela. Be carefull. Tengah malam gini tengok sikit jalan tu. Dah la kau tu bawa anak dara orang," pesan Lucass yang risau dengan keadaan mereka berdua. Maklumlah, jiwa kedoktoran semestinya ada di dalam dirinya. Nanti tak pasal-pasal dirinya menjadi doktor tanpa bayaran.
"Betul tu. Nanti yang risaunya bukan kitaorang. Tu ha, parents kau. Lebih-lebih lagi, Aunty Dania. Habis nanti kitaorang yang diliat telinganya. Sakit dok! Aku dah masak asyik kena liat telinga dengan mommy aku. Nak putus pun ada. Haih.." keluh Noah apabila teringat kembali keadaan yang sentiasa menimpanya itu. Mana tidaknya, Aunty Dania A.K.A ibu kepada Xildun dan mommynya ialah best friend sejak universiti lagi. So, memang sikap pun dua kali lima jek la samanya.
"HAHAHAHAH. Siannn. Nasib mak aku dah takde," gelak Zayn sambil membuat dark jokes itu.
Semua yang mendengarnya terkejut dan terpaku dengan ayat yang dikatakan Zayn tadi.
"Woi! Dark sangat gila! Lampu mana lampu!!" marah Rayden kepada Zayn yang sengaja berkata demikian sambil memukul lengan sasa Zayn itu.
Nyla hanya menggelengkan kepalanya dengan kelakuan mereka semua. Sungguh comel dan bahagia dapat mengenali mereka. Sporting and masuk air abiss.