Chereads / JodohDisebelahRumah / Chapter 3 - Bab 3:Bayang di tengah malam

Chapter 3 - Bab 3:Bayang di tengah malam

"Good Morning, ma," ucap Natasha sambil mencium pipi mamanya, Datin Humaira, yang sedang membelek majalah di ruang tamu.

"Morning too, sayang," balas Datin Humaira sambil tersenyum lembut. "Rayyan dan Amirul dah bersedia?"

"Sudah, ma. Diorang tengah tunggu kat luar," jawab Natasha sambil memperbetulkan rambutnya. Dia mencapai beg sandangnya yang sudah diletakkan berhampiran pintu.

"Alya, ingat pesan mama. Belajar elok-elok, dan jangan lupa jaga diri. Apa-apa hal, mama ada untuk kamu," pesan Datin Humaira dengan nada penuh kasih sayang.

Natasha mengangguk sambil tersenyum. "Okay, ma. Tasha pergi dulu."

Keluar dari rumah, Natasha melihat kereta BMW X6 M milik Rayyan sudah terparkir kemas di luar. Dia berjalan menghampiri kereta itu dengan langkah yakin, sementara Amirul, yang duduk di tempat belakang, melambai padanya.

"Princess dah sampai. Cepatlah masuk. Kita tak nak kau lewat," usik Amirul dengan nada bergurau.

Natasha hanya menjeling. Dia membuka pintu depan dan duduk di sebelah Rayyan, yang sudah bersedia memandu.

"Semua okay?" tanya Rayyan sambil memeriksa cermin sisi.

Natasha mengangguk. "Jom, sebelum jam."

Sepanjang perjalanan, Amirul sibuk menyanyi kecil dari tempat duduk belakang, membuat Natasha menghela nafas panjang. "Amirul, kau boleh diam tak? Aku nak tenang sebelum sampai."

"Relaxlah, Princess. Kau nervous ke? First day, kan?" balas Amirul sambil ketawa kecil.

"Aku tak nervous. Aku cuma nak focus mode," jawab Natasha, cuba menenangkan dirinya.

Rayyan mencelah tanpa memandang Natasha. "Nak kami drop kau dekat mana? Dalam kawasan universiti ke terus depan bangunan fakulti?"

"Eh, tak payah sampai dalam," balas Natasha pantas. "Drop aku kat luar pintu masuk je. Aku tak nak orang tahu aku ni... you know."

"Orang kaya?" Amirul menyampuk sambil ketawa kecil.

Natasha memutar matanya. "Amirul, aku serius. Aku nak low profile, okay?"

Rayyan mengangguk tanda faham. "Okay, luar pintu masuk. Tak ada masalah."

Kereta berhenti perlahan di luar kawasan universiti, tidak jauh dari pintu pagar utama. Natasha membuka pintu sambil menghela nafas panjang, cuba menenangkan perasaan bercampur-baur yang melanda.

"Okay, thanks guys. Doakan aku hari ni berjalan lancar."

"Good luck, Princess," kata Amirul sambil melambai dari tempat duduk belakang.

"Take care," tambah Rayyan ringkas.

Natasha mengangguk dan menutup pintu kereta. Dia melangkah masuk ke kawasan universiti dengan langkah yakin, cuba mengabaikan debaran di dadanya. Di sebalik semua usahanya untuk kelihatan biasa, Natasha tahu ini adalah permulaan baru yang mencabar, tetapi dia juga tahu dia tidak bersendirian—ada Rayyan dan Amirul yang sentiasa di sisinya.

Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan universiti, Natasha merasakan semua mata tertumpu kepadanya. Sudah biasa dengan perhatian, namun hari itu, dia merasa sedikit gelisah. Mungkin kerana suasana baru, dia berusaha untuk tidak menarik perhatian lebih daripada yang diperlukan.

Walaupun sudah pernah melihat universiti ini sebelumnya, Natasha berjalan dengan tenang, seolah-olah sudah lama mengenal selok-belok tempat ini. Namun, meskipun cuba tidak peduli, dia dapat merasakan pandangan tajam yang ditujukan kepadanya. Suasana agak sesak dengan mahasiswa, mahasiswi yang berjalan-jalan, dan ada yang jelas-jelas memandangnya dengan kehairanan.

Tak mahu terus menjadi pusat perhatian, Natasha memutuskan untuk mencari tempat yang lebih sunyi. Dia berjalan perlahan menuju ke taman universiti dan mendapati seorang perempuan sedang duduk seorang diri di bangku taman. Natasha menghampiri perempuan itu, berharap dapat meminta sedikit bantuan tanpa terlalu mencuri tumpuan.

"Excuse me, boleh tolong tunjukkan tak di mana ruang Naib Canselor?" tanya Natasha dengan nada tenang, namun cukup jelas agar tidak terlepas.

Perempuan itu mengangkat muka, terkejut sedikit melihat Natasha yang datang mendekatinya. "Awak mahasiswi baru di VIRE UNI? Kenalkan nama saya Nabila Azzahra, boleh panggil Bella," ucap perempuan itu sambil menghulurkan tangannya kepada Natasha.

Natasha tersenyum sedikit, rasa lega kerana akhirnya dapat berbual dengan seseorang. "Oh, ya. Nama saya Alya Natasha, boleh panggil Tasha. Anyway, thanks for the information Bella." Natasha menyambut huluran tangan Bella dengan lembut, seolah-olah mahu membiasakan diri dengan persekitaran baru yang penuh dengan wajah-wajah yang belum dikenali.

Bella mengangguk, memandang Natasha dengan senyuman ramah. "Tak masalah. Naib Canselor punya bilik tu sebenarnya dekat dengan bangunan utama, tak jauh dari sini. Kalau nak, saya boleh temankan."

"Tak perlu, saya boleh cari sendiri. Terima kasih lagi, Bella," jawab Natasha dengan senyuman. Dia tak mahu terlalu bergantung pada orang yang baru dikenalinya, walaupun dia sangat menghargai bantuan tersebut.

Bella tersenyum. "Sama-sama. Kalau ada apa-apa hal, jangan segan untuk tanya. Saya kat sini selalu."

"Baiklah, terima kasih." Natasha memberi isyarat untuk berpisah. Dia melangkah dengan penuh keyakinan menuju ke arah bangunan utama, meskipun hatinya sedikit berdebar dengan segala yang baru di hadapannya.

Namun, di dalam hatinya, Natasha tahu satu perkara—dia harus berusaha untuk menjadi biasa dalam dunia baru ini. Walau dengan segala rahsia yang dibawanya, dia ingin berfokus pada pelajaran dan tidak mahu dikenali lebih daripada yang sepatutnya.

Natasha melangkah masuk ke dalam pintu VIRE UNI dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia meneliti sekeliling, merasai aura baru yang ada di universiti itu. Suasana di dalam bangunan utama sangat sibuk, dengan pelajar-pelajar baru yang sedang mencari tempat dan orang yang mereka kenal.

Berjalan di koridor yang luas, Natasha berasa sedikit canggung. Walaupun dia sudah pernah melihat universiti ini sebelumnya, suasana sebenar membuatkan dia berasa seolah-olah seorang pendatang di dunia yang baru. Namun, dia cuba untuk tidak terlalu terpengaruh dengan perasaan itu.

Dengan langkah yang penuh yakin, Natasha berjalan menuju ke arah bilik Naib Canselor. Koridor panjang yang membentang di hadapannya dipenuhi dengan poster dan papan kenyataan mengenai acara universiti. Di sepanjang jalan, dia dapat mendengar suara-suara riuh pelajar yang berbual sesama mereka, tetapi dia memilih untuk fokus pada tujuannya.

Tiba di hadapan bilik Naib Canselor, Natasha menarik nafas panjang. Dia menekan loceng pintu dan menunggu seketika. Pintu terbuka perlahan, dan seorang wanita berpakaian rasmi muncul di sebalik pintu.

"Ya, boleh saya bantu?" tanya wanita itu dengan senyuman yang ramah.

"Saya Alya Natasha, mahasiswi baru. Saya datang untuk berjumpa dengan Naib Canselor," jawab Natasha dengan yakin, meskipun ada sedikit debaran di dalam hati.

Wanita itu mengangguk. "Oh, Natasha. Mari, masuk. Naib Canselor sedang menunggu."

Natasha melangkah masuk ke dalam bilik yang luas itu. Di dalamnya, Naib Canselor yang berusia pertengahan duduk di sebuah meja besar. Wajahnya kelihatan serius, namun ada kehangatan dalam pandangannya.

"Selamat datang ke VIRE UNI, Natasha," kata Naib Canselor sambil tersenyum. "Saya Naib Canselor, dan saya sangat gembira kamu memilih untuk menyertai kami di sini."

Natasha mengangguk hormat. "Terima kasih, Datuk. Saya sangat teruja untuk memulakan pengajian saya di sini."

Naib Canselor memandang Natasha dengan pandangan yang tajam namun penuh perhatian. "Saya percaya kamu akan membawa sesuatu yang berharga ke universiti ini. Harap kamu dapat menyesuaikan diri dengan cepat."

Natasha hanya mengangguk, tetapi hatinya sedikit berdebar mendengar kata-kata itu. Bagaimanapun, dia bertekad untuk memberikan yang terbaik sepanjang pengajiannya di sini.

"Saya akan memberi kamu jadual kuliah dan beberapa maklumat penting. Kalau ada apa-apa soalan, jangan ragu untuk datang berjumpa saya," tambah Naib Canselor sambil memberikan beberapa dokumen kepada Natasha.

"Terima kasih banyak, Datuk," balas Natasha, sambil menerima dokumen yang diberikan.

"Sama-sama. Semoga berjaya, Natasha."

Natasha memberi salam hormat dan keluar dari bilik Naib Canselor. Begitu melangkah keluar, dia terasa lega. Satu langkah besar sudah diambil, dan dia bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya di universiti.

Selepas keluar dari bilik Naib Canselor sekitar jam 9:30 pagi, Natasha merasa masih ada masa sebelum kelas bermula. Jadi, dia memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan VIRE UNI, menikmati udara segar dan melihat keadaan kampus yang penuh dengan pelajar yang sibuk.

Sambil berjalan, matanya tertumpu pada pelbagai pemandangan di sekelilingnya. Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila dia terdengar suara yang agak keras. Natasha yang mula merasa tak sedap hati menghampiri sumber suara tersebut, dan apa yang dia saksikan membuatkan hatinya terdetik rasa marah yang mendalam.

Di sebuah sudut yang agak terpencil, dia melihat seorang mahasiswi yang sedang dipaksa untuk menjilat kasut seorang mahasiswa. Mahasiswa itu jelas kelihatan memaksa dengan suara yang keras dan memaki mahasiswi tersebut, "Kau patut tahu tempat kau! Lakukan sekarang atau aku akan buat kau rasa lebih teruk!"

Natasha menggigit bibirnya, menahan kemarahan yang mula membuak. Dia benci melihat ketidakadilan dan kekejaman seperti ini. Tanpa berfikir panjang, dia berjalan pantas menghampiri mereka. Sebelum mahasiswa itu sempat menampar muka mahasiswi yang ketakutan itu, Natasha cepat-cepat menahan tangannya.

"Berhenti!" Natasha mengarah dengan tegas, suara penuh amarah. "Apa yang kau buat ni?!"

Mahasiswa itu terkejut dengan kemunculan Natasha dan segera menarik tangannya kembali. "Kau siapa nak halang aku?" dia membentak, dengan muka yang penuh kebencian.

"Aku tak peduli siapa kau, tapi aku takkan biarkan kau buli orang macam ni," balas Natasha dengan suara yang tegas, matanya tajam memandang lelaki itu.

"Kau tak berhak memaksa orang lain, apatah lagi memperlakukan mereka dengan begitu."

Mahasiswi yang berada di bawah tekanan itu hanya terdiam, masih teragak-agak untuk mengangkat kepalanya. Natasha berpaling ke arah wanita itu dan memberinya senyuman lembut. "Jangan risau, kau tak sendirian," ujar Natasha sambil menariknya sedikit ke belakang, menjauhkan dia dari lelaki tersebut.

Mahasiswa yang memaksa itu marah, tetapi dia sedar dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi. "Kau akan menyesal," katanya dengan nada mengancam, sebelum berjalan pergi dengan wajah penuh kemarahan.

Dalam kekalutan Natasha dan mahasiswa tersebut beradu mulut, tiba-tiba suara seorang perempuan memanggilnya dari jauh.

"Tasha!" jerit suara itu dengan nada yang jelas. Natasha sejenak terhenti, lalu berpaling ke arah sumber suara.

Di kejauhan, Natasha melihat Nabila yang berjalan mendekat dengan senyuman lebar di wajahnya. Namun, sebelum Natasha sempat memberi respon, suara lain turut memanggil seseorang.

"Fariz! Iz!" panggil seorang mahasiswa yang kelihatan agak mesra dari arah belakang kumpulan itu. Mahasiswa tersebut adalah kawan kepada Fariz, yang sedang berhadapan dengan Natasha.

Fariz, yang tengah memanaskan suasana dengan Natasha, secara spontan menoleh ke arah kawan baiknya itu, begitu juga dengan Natasha yang turut melihat ke arah Nabila yang kini semakin dekat. Keadaan menjadi hening seketika, dan mereka berdua bertukar pandang seolah-olah ingin bertanya tentang siapa yang memanggil mereka.

Namun, perbualan itu terhenti apabila Nabila akhirnya sampai di dekat mereka. Nabila segera melangkah ke hadapan, dengan wajah sedikit cemas. "Fariz, maafkan saya. Dia baru saja sampai di sini, mahasiswi baru di VIRE UNI. Saya yang bawa dia tadi," ujar Nabila dengan nada lembut, sambil cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada Fariz.

Fariz, yang masih kelihatan marah dan agak terganggu dengan situasi ini, menatap Natasha dengan tajam sejenak. Tidak mahu melayan lebih lama, dia hanya mengangguk acuh tak acuh sebelum mengalihkan pandangannya dan melangkah pergi dengan langkah yang berat.

"Jaga mood kau, Iz," kata Arden, yang hanya tersenyum sinis melihat reaksi Fariz.

Fariz hanya memberi isyarat dengan tangan, tanda tidak peduli, sebelum terus menjauh tanpa berkata apa-apa lagi. Setelah Nabila menjelaskan hal tersebut kepada Fariz, suasana menjadi tegang untuk beberapa saat. Fariz yang masih tertekan dengan kejadian itu hanya memandang Natasha dengan wajah masam.

Arden, yang menyedari keadaan menjadi semakin tegang, segera melangkah ke depan dan memanggil nama Fariz dengan nada yang ringan, cuba mengalihkan perhatian daripada situasi tersebut. "Iz, mari. Jangan fikirkan sangat, nanti kita cerita lain," katanya dengan nada ceria namun agak tergesa-gesa.

Fariz hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa, lalu bersama beberapa teman mereka, mereka meninggalkan tempat itu dengan langkah cepat, seolah-olah ingin menghindar dari situasi yang makin memanas.

Melihat mereka beredar, Nabila menghela nafas lega, namun dia tidak mahu Natasha terus berada dalam ketegangan. "Tasha, jom ikut saya," ajaknya dengan senyuman kecil.

Tanpa berkata apa-apa, Natasha hanya mengangguk dan mengikuti langkah Nabila yang sudah mula bergerak ke arah taman tempat mereka tadi. Keduanya berjalan dalam diam, dengan suasana yang lebih tenang setelah kejadian tadi.

Sesampainya di taman, Nabila berhenti sejenak dan memandang Natasha dengan penuh perhatian. "Saya minta maaf tentang apa yang berlaku tadi," ujar Nabila, sedikit tergagap. "Fariz memang begitu, dia cepat marah dan kadang-kadang bertindak tanpa fikir panjang. Tapi saya janji dia tak akan ganggu lagi."

Natasha hanya menggelengkan kepala, menenangkan Nabila. "Tak apa, Bella. Saya tak ambil hati pun. Cuma, saya memang tak suka tengok orang lain dibuli. Itu yang buat saya tak tahan tadi," kata Natasha dengan tenang.

Nabila tersenyum mendengar penjelasan Natasha. "Saya faham, Tasha. Kamu memang berani. Saya kagum."

Mereka berdua duduk di bangku taman, menikmati ketenangan seketika sebelum kelas bermula. Nabila kemudian mengubah topik untuk mengajak Natasha berbual tentang kampus dan kehidupan universiti.

Natasha memandang Nabila dengan teliti. Dia dapat melihat ada sesuatu yang berat di fikiran Nabila.

"Bella, are you fine?" tanya Natasha, cuba membaca ekspresi sahabat barunya itu.

Nabila hanya mengangguk lemah, namun wajahnya tetap menampakkan kegelisahan. Natasha tidak puas hati dengan jawapan itu.

"If you have any problems, you can share with me," tambah Natasha, dengan nada lembut namun tegas, berharap Nabila akan terbuka.

Nabila menghela nafas perlahan sebelum memandang Natasha dengan ragu-ragu. Setelah beberapa saat, dia akhirnya bersuara.

"Tasha, sewaktu awak dan Fariz tengah beradu mulut tadi, ada tak dia cakap sesuatu di telinga awak... macam berbisik dan hanya awak saja yang dengar?" tanya Nabila perlahan, nadanya serius, seperti sedang memeriksa sesuatu yang penting.

Natasha terdiam sejenak, memikirkan kembali pertembungannya dengan Fariz tadi. Dia teringat bagaimana Fariz mendekat dan berbisik sesuatu kepadanya sebelum meninggikan suara lagi.

Natasha mengangguk perlahan, mengingat kembali kata-kata yang dibisikkan Fariz di telinganya. "Dia kata, 'Jangan fikir kau akan tenang belajar di sini. Dunia ni kecil, dan orang macam kau tak akan bertahan lama.' Itu saja."

Wajah Nabila berubah serius. Dia kelihatan seperti bergelut sama ada mahu memberitahu Natasha sesuatu atau tidak. Akhirnya, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata, "Tasha, awak kena tahu sesuatu. Fariz... dia bukan orang biasa."

Natasha mengerutkan dahi, tidak mengerti apa yang dimaksudkan Nabila. "Maksud awak?"

Nabila memandang sekeliling, memastikan tiada siapa yang mendengar sebelum mendekatkan dirinya ke arah Natasha. "Fariz adalah salah seorang daripada VILE FOUR."

"VILE FOUR?" Natasha mengulangi dengan nada bingung.

Nabila mengangguk, wajahnya penuh dengan kegelisahan. "VILE FOUR adalah kumpulan pelajar paling berkuasa di VIRE UNI. Mereka terdiri daripada Fariz, Arden, dan dua lagi orang yang mungkin awak belum jumpa—David dan Ethan. Mereka tak hanya berpengaruh kerana keluarga mereka kaya dan terkenal, tapi juga kerana mereka tahu bagaimana nak manipulasi orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu."

Natasha mendengar dengan penuh perhatian. "Jadi, mereka ni pembuli profesional?"

"Lebih daripada itu," jawab Nabila dengan nada serius.Nabila menarik nafas panjang sebelum mula bercerita.

"Fariz Azhari... dia ketua kumpulan VILE FOUR. Semua orang di VIRE UNI takut padanya. Dia kejam, tak ada belas kasihan, dan dia anggap lelaki atau perempuan semuanya sama—kalau dia nak buat seseorang tunduk, dia akan buat. Fariz juga anak salah seorang donatur terbesar di VIRE UNI, jadi mungkin sebab tu dia besar kepala. Setiap kali dia buli orang, tak ada siapa yang berani masuk campur. Kalau ada yang cuba, orang tu pasti akan jadi 'patung bermain' dia seterusnya."

Natasha menggenggam erat begnya, geram mendengar itu.

"Dan yang tadi? Arden? Siapa dia sebenarnya?"

"Nak cakap dua kali lima dengan Fariz, bolehlah... Tapi Arden Izhan ada sedikit sisi belas kasihan, walaupun dia ni sangat tenang dan misteri. Arden adalah orang kepercayaan Fariz, orang kanan dia, malah bestie dia sejak kecil. Mereka dah lama kenal sebab keluarga Fariz dan Arden pun akrab, mungkin sebab urusan bisnes."

Nabila berhenti sejenak, memandang Natasha dengan penuh serius.

"Tapi jangan tertipu. Arden juga licik dan sangat berbahaya. Dia ada gelaran—'The Shadowmind'. Kalau Fariz adalah yang kelihatan, Arden adalah bayang-bayang dia. Ada satu peristiwa dulu yang buat semua orang takut dengan Arden, sampai sekarang tak ada siapa yang berani main-main dengan dia. Dia mungkin nampak lebih 'polos' daripada Fariz, tapi bila dia bertindak... tiada siapa boleh lari darinya."

Natasha cuba memproses semua itu sebelum bertanya lagi.

"Bagaimana pula dengan dua lagi ahli mereka?"

Nabila menghela nafas panjang lagi.

"David Firas. Dia ni otak strategik kumpulan tu. Pakar memerangkap orang, kejam, dan playboy. Kalau dia mula merancang sesuatu, memang susah nak lepas. Orang selalu jatuh dalam perangkap dia, dan dia tahu macam mana nak gunakan kelemahan orang untuk keuntungan sendiri. Kalau dia senyum pada awak, percayalah, itu tak bermakna dia suka awak. Biasanya, dia ada rancangan tersembunyi."

Natasha mengetap bibir, matanya semakin tajam.

"Dan Ethan?"

"Ethan Zafir," Nabila menyebut nama itu dengan nada berat. "Dia nampak tenang, ceria, tapi... dia jenis yang tak suka buang masa. Kalau awak nak bercakap dengan dia, terus ke point. Kalau tidak, dia akan hilang mood dan abaikan awak. Tapi yang paling bahaya tentang Ethan adalah dia takkan lepaskan 'mangsa' dia kecuali mereka ikut apa saja kemahuan dia, walaupun kemahuan tu tak masuk akal."

Nabila memandang Natasha dengan mata penuh kerisauan.

"Tasha, berdasarkan apa yang Fariz bisik pada awak tadi... saya takut dia dah target awak. Dan bila Fariz dah mula, David, Ethan, dan Arden akan ikut. Awak kena berhati-hati."

Natasha menarik nafas panjang, matanya penuh tekad.

"Saya takkan biarkan mereka buat apa-apa pada saya, Bella. Kalau mereka cuba, mereka akan tahu mereka salah pilih orang."

Nabila hanya mampu tersenyum kecil, walaupun hatinya masih dipenuhi kegelisahan.

Natasha berfikir sejenak sebelum bertanya lagi.

"Tadi awak kata Fariz salah satu anak donatur di VIRE UNI. Maksudnya, ada lagi lah anak donatur lain?"

Nabila mengangguk perlahan.

"Ya, selain Fariz, ada dua lagi anak donatur. Anak donatur kedua ialah Arianna Luxe. Dia juga ada geng sendiri—CHIC QUEENS. Geng ni sama bahaya dengan VILE FOUR, cuma beza mereka... kedua-dua group ni tak akrab langsung. Sebabnya? CHIC QUEENS ni tergila-gilakan VILE FOUR, sampai ke tahap obses nak memiliki mereka. Tapi VILE FOUR rasa rimas dan panggil mereka 'kuman'. Di mana ada VILE FOUR, di situ ada CHIC QUEENS yang selalu ikut-ikut mereka."

Natasha tersenyum sinis.

"'Kuman'? Itu cukup jelas. Apa background geng tu?"

Nabila menghela nafas sebelum memulakan ceritanya.

"Leader mereka ialah Arianna Luxe. Dia seorang influencer terkenal, dengan berjuta followers di IG, TikTok, dan macam-macam lagi platform. Tapi Arianna ni obses dengan Fariz. Walaupun dia kaya, cantik, pandai, dan popular, Fariz langsung tak sukakan dia. Dia ni jenis yang tak terima penolakan, jadi dia akan buat apa saja untuk dapatkan Fariz."

Natasha mengetap bibir, berasa jengkel.

"Lagi?"

"Member kedua ialah Sasha Velvet. Dia join CHIC QUEENS sebab nak tumpang populariti Arianna. Dia nak followers dia naik dengan cepat, dan disebabkan Arianna influencer, Sasha memanfaatkannya. Sasha ni tergila-gilakan David, walaupun David tu playboy."

Natasha mencemuh kecil.

"Suka orang yang tak peduli, huh? Memang cari masalah."

Nabila mengangguk kecil sebelum meneruskan.

"Member ketiga ialah Jessica Sinclair. Dia dan Arianna sama-sama orang putih, jadi dia selalu jadi orang kepercayaan Arianna. Jessica ni pula tergila-gilakan Ethan, sampai sanggup buat apa saja untuk tarik perhatian dia. Tapi macam biasa, Ethan langsung tak layan."

Natasha mendengus kecil.

"Macam pertandingan obses pula."

"Betul," kata Nabila. "Yang keempat pula ialah Zara Rose. Dia pun sama dua kali lima dengan Sasha dan Jessica, tapi dia lebih obses dengan Arden. Arden yang licik dan dingin tu buat Zara lagi teruja nak kejar dia. Tapi seperti yang awak tahu, Arden tak pandang pun."

Nabila berhenti seketika, menatap Natasha dengan penuh serius.

"Tasha, nasihat saya, jangan cari masalah dengan mana-mana group ni. VILE FOUR dan CHIC QUEENS sama-sama berbahaya. Akibatnya boleh fatal."

Natasha mengangguk perlahan, tetapi masih ada soalan di mindanya.

"Bagaimana pula dengan anak donatur ketiga?"

Nabila kelihatan ragu-ragu sebelum menjawab.

"Itu... anak donatur ketiga ni lain sikit. Tak ada siapa tahu identiti sebenarnya. Setiap kali ada mesyuarat bulanan, hanya papa dan abang dia yang hadir. Sedangkan semua anak dan parents patut datang. Anak donatur ni tak pernah nampakkan diri, dan khabarnya dia sangat licik. Kalau awak cuba cari maklumat tentang dia di media sosial atau mana-mana platform, memang takkan jumpa. Seakan-akan dia ni hanya wujud untuk orang tertentu saja."

Natasha mengerutkan kening.

"Jadi, langsung tak ada maklumat?"

Nabila mengangguk.

"Ya, dan sebab tu lah Fariz geram sangat. Dia rasa tercabar dengan anak donatur ketiga ni. Fariz tak suka ada orang yang dia tak boleh kawal atau fahami. Tapi sampai sekarang, anak donatur ketiga tu tak pernah muncul. Semua ni buat Fariz lagi tertekan."

Natasha termenung sejenak selepas mendengar penjelasan Nabila, namun bibirnya melukis senyuman nipis—seakan-akan dia sendiri menyimpan sesuatu rahsia.

Nabila memerhatikan raut wajah Natasha dengan penuh rasa ingin tahu.

"Tasha, kenapa awak senyum macam tu? Ada apa-apa yang saya tak tahu?" tanya Nabila, suaranya sedikit cemas.

Natasha menggeleng perlahan, senyumannya masih terukir.

"Tak ada apa-apa, Bella. Cuma menarik saja dengar cerita tentang anak-anak donatur ni," balas Natasha dengan nada santai.

Nabila mengerutkan kening, tidak puas hati dengan jawapan Natasha.

"Tasha, awak betul-betul tak sembunyikan apa-apa ke?"

Natasha memandang Nabila dengan tenang.

"Bella, ada perkara yang lebih baik biarkan sebagai misteri, kan?" jawab Natasha dengan nada sinis tetapi masih tersenyum.

Nabila menghela nafas berat, tahu dia tidak akan mendapat jawapan sebenar daripada Natasha.

"Awak ni memang peliklah, Tasha. Tapi, apa pun, saya tetap nasihatkan awak berhati-hati. Dunia di VIRE UNI ni lebih gelap daripada yang awak sangka."

Natasha hanya mengangguk, senyum nipisnya tidak pernah pudar.

Sementara itu, di cafeteria VIRE UNI, Arden sedang duduk berhadapan dengan Fariz yang wajahnya masih tegang.

"Iz, tenanglah. Dia cuma mahasiswi baru. Tak ada gunanya kau marah sampai macam ni," ucap Arden dengan nada tenang, sambil memutar gelas kopinya.

Fariz menghempaskan tangannya ke meja, matanya tajam memandang ke depan.

"Dia berani campur tangan urusan aku, Arden.Dia fikir dia siapa?" bentak Fariz, masih tidak dapat mengawal emosinya.

Arden menghela nafas perlahan, cuba bersabar dengan sahabatnya itu.

"Dia baru je sampai sini. Mungkin dia tak tahu siapa kau. Lagipun, aku dah suruh kau bertenang tadi, kan? Jangan buat keadaan makin rumit."

Tiba-tiba, dari arah belakang, Ethan dan David muncul.

David menepuk belakang bahu Fariz dengan kuat.

"Relax, bro! Jangan biar budak baru tu kacau mood kau," katanya dengan senyuman sinis.

Fariz memandang David dengan pandangan tajam.

"Kau nak aku relax, David? Kau tahu tak dia panggil aku 'bullies' depan semua orang?" suaranya meninggi.

Ethan, yang berdiri di sebelah David, menyampuk sambil bersandar di kerusi berdekatan.

"Well, dia memang berani, aku bagi kredit kat dia. Tapi berani tak bermaksud dia tahu apa akibatnya, kan?" ucap Ethan sambil tersenyum kecil, namun matanya tajam memandang Fariz.

Arden memotong perbualan sebelum Fariz semakin marah.

"Sudahlah. Jangan kita panjang-panjangkan isu ni. Kita ada hal lagi nak buat. Lagipun, kalau kau betul-betul nak ajar dia, tunggu masa yang sesuai," ucap Arden sambil memandang Fariz dengan serius.

Fariz menggenggam tangannya kuat, cuba menahan amarah.

"Dia akan tahu siapa aku, dan siapa kita. Aku pastikan dia menyesal sebab campur tangan."

David dan Ethan ketawa kecil sambil memandang satu sama lain, seolah-olah sudah merancang sesuatu.

"Kalau kau perlukan bantuan, kau tahu kami sentiasa ada, bro," kata David sambil tersenyum sinis.

Arden hanya menggeleng perlahan, tahu tiada gunanya menasihati mereka bila Fariz sudah nekad.

Tiba-tiba, suara Miss Ardina bergema dari speaker di seluruh kawasan universiti.

"Diminta kepada mahasiswi yang bernama Alya Natasha untuk segera ke ruang Naib Canselor, manakala mahasiswa dan mahasiswi yang lain, sila ke kelas masing-masing. Sekian, terima kasih."

Natasha, yang sedang berbual dengan Nabila di taman, menghentikan langkahnya dan mendengar dengan teliti.

"Nampaknya mereka cari aku," kata Natasha sambil menghela nafas pendek.

Dia mengukirkan senyuman kecil kepada Nabila.

"Jaga diri, Bella. Kita jumpa lagi nanti," ucap Natasha sebelum melangkah pergi.

Namun, sewaktu melintasi kawasan cafeteria, Natasha memperlahankan langkahnya. Matanya menangkap Fariz dan member VILE FOUR yang duduk di sudut ruangan.

Dengan penuh keyakinan, dia mengukirkan senyuman sinis, cukup untuk menarik perhatian Fariz dan yang lain.

Fariz, yang masih berangin, memicingkan mata ke arah Natasha. Melihat senyuman itu, bibirnya turut membentuk senyuman sinis, penuh tanda amaran.

Arden, yang duduk di sebelah Fariz, menyedari interaksi senyap antara mereka berdua.

Namun, seperti biasa, dia hanya diam, memilih untuk memerhati tanpa berkata apa-apa. Matanya mengekori langkah Natasha yang semakin menjauh.

David dan Ethan, yang sibuk berbual tentang sesuatu, tidak menyedari ketegangan itu. Namun Fariz bersandar ke kerusinya sambil tersenyum kecil, seolah-olah sudah mula merancang sesuatu.

"Tasha... kau benar-benar menarik perhatian aku," gumam Fariz perlahan, cukup untuk Arden mendengarnya.

Arden hanya mengangkat kening, tetapi tidak memberikan sebarang komen.

Dalam diam, dia tahu bahawa perkara ini akan menjadi lebih rumit.

Natasha terus menuju ke ruangan Naib Canselor seperti yang diarahkan. Setibanya di sana, dia terlihat Miss Ardina yang sudah menunggunya.

"Alya Natasha, mari saya bawa awak ke kelas awak sekarang," ucap Miss Ardina dengan nada tegas tetapi sopan.

Natasha hanya mengangguk dan mengikut langkah Miss Ardina dari belakang, tidak berkata apa-apa.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai di sebuah kelas yang tertulis "Ekonomi" di pintu masuknya.

Miss Ardina berhenti seketika, memandang Natasha, dan memberi arahan.

"Masuklah, perkenalkan diri awak kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain," katanya sambil memberi ruang untuk Natasha melangkah ke dalam kelas.

Natasha menarik nafas dalam sebelum membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam kelas yang dipenuhi pelajar. Suasana menjadi sunyi seketika ketika semua mata tertumpu ke arahnya.

"Perkenalkan diri awak," pinta pensyarah yang berdiri di hadapan kelas dengan senyuman kecil.

Natasha berdiri di hadapan kelas dengan penuh keyakinan, walaupun dia dapat merasakan semua mata memerhatikannya.

"Nama saya Alya Natasha. Saya baru sahaja berpindah ke sini. Harap dapat bekerjasama dengan baik," katanya ringkas tetapi jelas.

Sewaktu dia memandang sekeliling untuk mencari tempat duduk, matanya tertangkap pada dua wajah yang dikenali — Nabila dan... Arden.

Nabila tersenyum kecil dan mengangkat tangan sedikit, memberi isyarat kepada Natasha untuk duduk di sebelahnya.

Namun, pandangan Natasha terhenti pada Arden yang duduk di sudut kelas dengan ekspresi tenang tetapi penuh misteri.

Arden memandang Natasha sejenak sebelum kembali memfokuskan perhatian ke bukunya, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Natasha memilih untuk tidak terlalu memikirkannya. Dia melangkah menuju ke tempat duduk kosong di sebelah Nabila, mengukirkan senyuman kecil kepada sahabat barunya sebelum duduk.

"Selamat datang ke kelas Ekonomi," bisik Nabila dengan nada ramah, cuba menceriakan suasana.

Natasha hanya mengangguk, tetapi dalam hatinya, dia tahu kelas ini akan menjadi lebih menarik daripada yang dia jangkakan.

Selepas kelas tamat, Natasha menghilangkan diri dengan pantas sebelum sempat Nabila mengajaknya untuk makan tengah hari bersama di cafeteria. Nabila yang baru ingin membuka mulut untuk memanggil Natasha hanya mengeluh kecil apabila melihat tempat duduk Natasha sudah kosong.

Di sisi lain, Natasha kini berada di rooftop VIRE UNI. Duduk sendirian sambil mengelamun, angin lembut bertiup, tetapi wajahnya jelas menunjukkan dia tenggelam dalam fikirannya. Tiba-tiba, kenangan percakapannya dengan keluarga tentang kepindahannya ke VIRE UNI kembali menghantui.

❀❀❀

𝙵𝙻𝙰𝚂𝙷𝙱𝙰𝙲𝙺...

"Mama dah memutuskan bahawa Natasha akan berpindah ke VIRE UNI," ucap Datin Humaira dengan nada tegas tetapi penuh keyakinan.

"Jika VIRE UNI bukan tempat yang sesuai untuk Natasha, kita akan usahakan Natasha sambung belajar ke overseas," tambahnya sambil memandang ketiga-tiga anaknya, Natasha, Amirul, dan Rayyan.

Natasha memandang mamanya dengan raut wajah tidak puas hati, tetapi dia hanya diam. Amirul dan Rayyan, kelihatan sama-sama tidak setuju dengan keputusan itu, tetapi mereka juga tidak berani melawan.

"Untuk Amirul dan Rayyan," Dato Arkan,papa mereka, menyambung, "buat masa sekarang kamu berdua perlu kekal di universiti kamu sekarang. Bulan depan baru kamu akan berpindah ke VIRE UNI. Natasha akan mendahului."

"Kenapa mesti begitu, papa?" soal Rayyan, tidak dapat menahan rasa hairannya.

"Kami buat begitu agar kamu berdua tidak terlalu menonjol di VIRE UNI. Kehadiran kamu bertiga serentak hanya akan menarik perhatian lebih banyak pihak. Jadi, lebih baik Natasha pergi dahulu dan kamu berdua menyusul kemudian," jelas Dato Arkan dengan tenang tetapi tegas.

Ketiga-tiga mereka saling berpandangan, jelas tidak suka dengan keputusan itu. Tetapi tiada siapa yang berani membantah lagi. Mereka hanya mampu menerima.

𝙵𝙻𝙰𝚂𝙷𝙱𝙰𝙲𝙺 𝙴𝙽𝙳𝚂...

Natasha tersentak sedikit daripada lamunannya. Dia memandang ke langit, mata terpejam rapat seolah-olah cuba menenangkan diri. "Kenapa mesti begini?" bisiknya perlahan, hampir tidak kedengaran.

Angin di rooftop semakin kencang, tetapi Natasha tetap tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia tahu, masa depannya di VIRE UNI baru sahaja bermula, tetapi segala rahsia dan konflik yang menantinya sudah mula terasa menghampiri.

Tiba-tiba, telefon bimbit Natasha berdering. Dia dengan pantas menjawab panggilan tersebut, dan wajah dua abangnya, Amirul dan Rayyan, muncul di skrin melalui panggilan video.

"Hai, sis! Macam mana hari pertama di VIRE UNI?" tanya Amirul dengan senyuman santai.

"Ada apa-apa cerita menarik ke? Atau 𝚔𝚊𝚞 dah buat drama macam biasa?" tambah Rayyan sambil ketawa kecil.

Natasha tersenyum nipis tetapi sedikit penat. "Tak ada drama. Aku okay je. Cuma... ada banyak benda yang aku kena biasakan diri," balasnya. Dia mula menceritakan sedikit tentang kesehariannya di VIRE UNI, seperti kelas yang dia hadiri dan suasana kampus. Namun, dia sengaja tidak menyebut tentang VILE FOUR atau CHIC QUEENS.

Ketika mereka rancak berbual, tiba-tiba wajah Natasha berubah sedikit tegang. Ingatannya tentang pertemuan dengan sekumpulan mahasiswa di lif sewaktu turun dari rooftop semalam kembali menghantui.

"Mir, Ray," Natasha memanggil nama mereka berdua dengan nada serius, menarik perhatian mereka berdua. "Kamu berdua masih ingat tak sekawan mahasiswa yang kita terserempak di lif waktu nak turun dari rooftop VIRE UNI kemarin?"

Amirul dan Rayyan saling berpandangan sejenak sebelum mengangguk serentak. "Ya, kenapa? Ada apa-apa pasal mereka?" tanya Amirul dengan kening sedikit berkerut.

Natasha menarik nafas dalam sebelum menjawab, "Aku dah tahu identiti sebenar lelaki yang aku cakap dia perasan akan kewujudan kita. Namanya Arden Izhan."

"Dan dia... dia classmate aku di kelas EKONOMI," sambung Natasha dengan nada yang lebih perlahan tetapi penuh makna.

Amirul dan Rayyan terdiam seketika, memproses maklumat tersebut. Mata mereka membulat tanda terkejut. "What?!" seru Rayyan, hampir tidak percaya. "Arden Izhan?!"

"Kembar Fariz tu?" Amirul menambah, nadanya jelas menunjukkan kebimbangan. "Natasha, kau pasti ke? Itu Arden Izhan yang sama?"

Natasha mengangguk perlahan. "Ya, dia orang yang sama. Dia kelihatan berbeza dalam kelas, tapi mata dia... aku tahu aku tak salah."

"Natasha, kau kena berhati-hati," kata Amirul dengan tegas. "Kalau dia betul-betul salah seorang dari VILE FOUR, kau mungkin dah dalam radar mereka. Jangan buat sesuatu yang boleh tarik perhatian."

Rayyan pula menambah, "Betul tu. Arden mungkin nampak tenang, tapi jangan lupa dia juga berbahaya. Aku rasa kita kena cari lebih banyak maklumat pasal dia dan group dia. Jangan ambil risiko."

Natasha hanya diam seketika, merenung ke arah langit. "Aku tahu... tapi aku rasa ada sesuatu tentang dia yang aku tak faham. Sesuatu yang... lain."

Panggilan tersebut tamat selepas beberapa minit lagi perbincangan, tetapi Natasha masih tidak dapat menghilangkan kegelisahan yang menyelubungi hatinya.

Setelah menenangkan fikirannya di rooftop, Natasha akhirnya memutuskan untuk turun. Waktu sudah berlalu lama, dan dia tidak mahu menarik perhatian dengan terlalu lama menyendiri. Dia berjalan ke arah lif dengan langkah perlahan sambil berusaha menenangkan debaran hatinya.

Sewaktu dia menekan butang lif, pintu terbuka perlahan, dan tanpa disangka, wajah-wajah yang dikenalinya muncul di hadapan. VILE FOUR.

Natasha terkejut sejenak tetapi dengan cepat menyembunyikan perasaannya. Dia melangkah masuk ke dalam lif dengan wajah tenang, seolah-olah tidak terusik dengan kehadiran mereka. Tangannya dengan pantas menekan butang untuk turun ke tingkat bawah.

Arden, yang berada di depan bersama Fariz, kelihatan menyedari kehadirannya. Namun, mereka tidak berkata apa-apa. Hanya pandangan sekilas dari Fariz yang tajam dan sedikit dingin, sementara Arden tetap dengan ekspresi misterinya. Ethan dan David, di belakang, kelihatan lebih santai tetapi tidak menunjukkan minat untuk memulakan perbualan.

Natasha dapat merasakan atmosfer yang sedikit tegang tetapi memilih untuk mengabaikan mereka. Baginya, tiada manfaat untuk melibatkan diri dengan VILE FOUR, lebih-lebih lagi dengan reputasi mereka yang selalu mengundang drama.

Pintu lif tertutup perlahan. VILE FOUR tidak menghalangnya, dan itu membuatkan Natasha sedikit hairan. 'Kenapa mereka membiarkan aku pergi begitu saja?' fikirnya sejenak. Namun, dia segera membuang fikirannya jauh-jauh.

Lif bergerak turun, dan Natasha berdiri tegak sambil menarik nafas perlahan. Dia enggan membiarkan emosinya terganggu oleh sekumpulan mahasiswa yang kelihatannya sangat suka mendominasi perhatian orang lain.

"Mereka semua tak penting," bisiknya perlahan, lebih kepada dirinya sendiri. Saat pintu lif terbuka di tingkat bawah, Natasha melangkah keluar dengan penuh keyakinan, bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang menantinya di sisa hari itu.

Setelah menenangkan fikirannya di rooftop, Natasha akhirnya memutuskan untuk turun. Waktu sudah berlalu lama, dan dia tidak mahu menarik perhatian dengan terlalu lama menyendiri. Dia berjalan ke arah lif dengan langkah perlahan sambil berusaha menenangkan debaran hatinya.

Sewaktu dia menekan butang lif, pintu terbuka perlahan, dan tanpa disangka, wajah-wajah yang dikenalinya muncul di hadapan. VILE FOUR.

Natasha terkejut sejenak tetapi dengan cepat menyembunyikan perasaannya. Dia melangkah masuk ke dalam lif dengan wajah tenang, seolah-olah tidak terusik dengan kehadiran mereka. Tangannya dengan pantas menekan butang untuk turun ke tingkat bawah.

Arden, yang berada di depan bersama Fariz, kelihatan menyedari kehadirannya. Namun, mereka tidak berkata apa-apa. Hanya pandangan sekilas dari Fariz yang tajam dan sedikit dingin, sementara Arden tetap dengan ekspresi misterinya. Ethan dan David, di belakang, kelihatan lebih santai tetapi tidak menunjukkan minat untuk memulakan perbualan.

Natasha dapat merasakan atmosfer yang sedikit tegang tetapi memilih untuk mengabaikan mereka. Baginya, tiada manfaat untuk melibatkan diri dengan VILE FOUR, lebih-lebih lagi dengan reputasi mereka yang selalu mengundang drama.

Pintu lif tertutup perlahan. VILE FOUR tidak menghalangnya, dan itu membuatkan Natasha sedikit hairan. 'Kenapa mereka membiarkan aku pergi begitu saja?' fikirnya sejenak. Namun, dia segera membuang fikirannya jauh-jauh.

Lif bergerak turun, dan Natasha berdiri tegak sambil menarik nafas perlahan. Dia enggan membiarkan emosinya terganggu oleh sekumpulan mahasiswa yang kelihatannya sangat suka mendominasi perhatian orang lain.

"Mereka semua tak penting," bisiknya perlahan, lebih kepada dirinya sendiri. Saat pintu lif terbuka di tingkat bawah, Natasha melangkah keluar dengan penuh keyakinan, bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang menantinya di sisa hari itu.

Natasha berjalan ke arah cafeteria dengan langkah yang tenang, meskipun hatinya masih dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bercampur aduk. Dia melihat sekitar, dan akhirnya matanya menangkap sosok Nabila yang sedang duduk seorang diri di meja, menikmati makan tengah hari.

Tanpa banyak bicara, Natasha menghampiri Nabila dan duduk di hadapannya. Nabila yang pada mulanya tidak menyedari kedatangan Natasha, akhirnya menoleh dan tersenyum sedikit.

"Awak datang seorang diri?" tanya Nabila sambil mengangkat sedikit alisnya, melihat Natasha yang kelihatan agak terganggu, namun tetap mencuba untuk senyum.

Natasha hanya mengangguk perlahan, "Yup, just needed some time to clear my mind."

Nabila mengangguk faham. "Sama juga. Tapi kalau awak terus duduk seorang diri, nanti saya risau, takut awak akan semakin jauh dari semua orang."

Natasha mengangkat bahu, "Kadang-kadang, kita perlu masa sendiri untuk memproses semua yang berlaku, bukan?"

Nabila tersenyum pahit, "Saya faham. Tapi jangan terlalu jauh, Natasha. Kita masih ada satu sama lain."

Natasha tersenyum tipis. "Terima kasih, Nabila. Saya hargai itu."

Mereka berdua duduk bersama, berbual sedikit tentang kelas dan kehidupan di VIRE UNI, meskipun di belakang fikiran Natasha, masih ada persoalan tentang VILE FOUR dan rahsia yang mereka sembunyikan.

Namun, dia memilih untuk tidak menceritakannya kepada Nabila buat masa ini, kerana dia tahu, ada lebih banyak perkara yang perlu dia hadapi sebelum segala sesuatu menjadi lebih jelas.

Selepas habis kelas, Natasha dan Nabila duduk di taman, menikmati udara segar selepas kelas yang padat. Natasha sedang menunggu Amirul dan Rayyan seperti yang diperintahkan oleh abangnya, Tuan Muda Ardan, yang terlalu protektif terhadapnya. Dia tidak dibenarkan balik sendiri, jadi dia terpaksa menunggu Amirul dan Rayyan menjemputnya seperti biasa.

"Natasha, awak rasa macam mana kelas tadi?" tanya Nabila sambil memandang Natasha dengan senyuman.

Natasha hanya mengangkat bahu, menyandarkan tubuhnya ke bangku taman. "Biasa saja, Nabila. Tak ada apa-apa yang luar biasa," jawabnya dengan suara yang agak dingin, meskipun dia tidak mahu terlalu terbuka.

Tiba-tiba, suasana yang tenang itu terganggu apabila muncul Fariz dan anggota VILE FOUR yang lain. Fariz berjalan ke arah Natasha dengan langkah yang pasti, matanya tajam memandang ke arahnya. Anggota VILE FOUR yang lain turut berdiri di belakang Fariz, memerhatikan situasi dengan penuh perhatian.

Nabila yang berada di sisi Natasha perasan perubahan pada ekspresi wajah Natasha. Dia cepat-cepat bangun dari tempat duduk, berasa sedikit cemas.

"Natasha, ada apa-apa ke?" tanya Nabila, bimbang dengan kehadiran Fariz.

Natasha menghela nafas, berusaha untuk tetap tenang. "Tak ada apa-apa. Biarkan saja mereka," jawabnya, walaupun dalam hatinya terasa sesuatu yang tidak menyenangkan.

Fariz berhenti beberapa langkah di hadapan Natasha, wajahnya kelihatan serius. "Natasha, kita perlu berbincang," katanya dengan nada yang agak tajam.

Anggota VILE FOUR yang lain hanya berdiri diam, seakan-akan menunggu reaksi Natasha.

Natasha tidak menghiraukan mereka dan hanya memandang Fariz dengan pandangan yang tenang namun penuh misteri. "Berbincang tentang apa?" tanyanya dengan suara yang tenang, seolah-olah tidak terganggu dengan kehadiran mereka.

Fariz memandang Natasha dengan penuh keinginan untuk membuat perhitungan. "Kita tidak selesai dengan perkara yang berlaku sebelum ini. Aku tidak suka cara kau berkelakuan," balasnya, suaranya sedikit lebih keras.

"Dan aku juga tidak suka dengan cara kau yang suka mengganggu orang yang tidak ada kaitan dengan hidupmu," jawab Natasha dengan tenang, meskipun dalam hatinya dia merasa sedikit geram.

Fariz menatap Natasha dengan intensitas yang tinggi. "Kita akan lihat siapa yang lebih kuat dalam hal ini," ujarnya, sebelum berbalik dan berjalan pergi dengan anggota VILE FOUR yang lain.

Natasha berdiri tegak, memandang mereka pergi tanpa rasa takut. Dia tahu dia perlu berhati-hati, tetapi dia tidak akan membiarkan sesiapa pun, termasuk Fariz dan VILE FOUR, menghalang jalan hidupnya

Fariz berdiri tegak di depan Natasha, matanya tajam memandangnya. Anggota VILE FOUR yang lain hanya berdiri di belakang Fariz, mengawasi setiap gerak-gerik yang berlaku. Fariz memandang Natasha dengan senyum yang sinis, jelas terlihat bahawa dia sedang menguji kesabaran gadis itu.

"Natasha," kata Fariz dengan nada yang berat dan penuh keyakinan, "Aku akan memaafkan segala kesalahanmu dan melupakan kejadian tadi... asalkan kau sujud di kakiku dan minta maaf dengan ikhlas. Kalau boleh, cium kasutku."

Natasha yang mendengarkan kata-kata itu terasa darahnya mendidih. Dia tidak tahan dengan sikap sombong dan merendahkan diri itu. Sejak kecil, dia tidak pernah membiarkan sesiapa memperlakukannya seperti itu. Kakinya tiba-tiba terasa berat, tetapi kebanggaannya dan rasa hormatnya terhadap diri sendiri membuatkan dia bangkit, memandang Fariz dengan penuh keberanian.

Tanpa ragu, Natasha menolak tawaran Fariz dengan kasar. "Aku tidak akan pernah sujud pada orang seperti kau, Fariz," jawabnya dengan suara yang tenang namun penuh tegas. "Tidak ada maaf yang perlu aku minta jika itu hanya untuk menghinakan diriku."

Fariz terkejut sejenak, namun senyuman sinisnya tetap ada di wajahnya. "Kau sangat keras kepala, Natasha. Tapi itu tidak mengubah apa-apa."

Di sisi lain, Nabila yang berada di tempat itu hanya menggelengkan kepala, merasa semakin bingung dengan sikap Fariz. "Apa yang sedang berlaku ni? Fariz, dia tak pernah menawarkan perkara macam ni sebelum ni," bisiknya pada dirinya sendiri.

Fariz seakan-akan mengabaikan Nabila yang terperangkap dalam kekeliruan itu, menatap Natasha dengan pandangan tajam. "Baiklah, kalau kau memilih untuk tidak menurut, itu urusan kau. Tapi ingat,aku tidak akan membiarkan hal ini berakhir begitu saja."

Natasha menatapnya dengan penuh keyakinan, tidak tergoyahkan sedikit pun. "Suka hati kamu, Fariz. Aku tidak akan menundukkan kepala kepada kau hanya kerana kau mahu berkuasa atas diriku."Sewaktu Fariz dan anggota VILE FOUR berbalik untuk pergi, langkah mereka tiba-tiba terhenti apabila suara Natasha memanggil Fariz dengan nada yang mencabar. "Fariz!" teriak Natasha dengan suara yang cukup lantang, matanya menatap tajam ke arah mereka.

Nabila yang terkejut dengan tindakan Natasha segera menarik lengan

Natasha, berusaha menghentikannya. "Natasha, jangan!" katanya dengan suara cemas. "Jangan teruskan, mereka bukan orang yang patut kita cabar macam ni!" Nabila jelas risau jika Natasha semakin terjerumus dalam masalah besar.

Namun, Natasha tetap berdiri teguh, tidak menghiraukan nasihat Nabila. "Kau dengar baik-baik, Fariz! Kalau kau rasa berkuasa sangat, datanglah. Aku tak takut!" ucapnya dengan penuh tantangan. Matanya masih tak beranjak dari Fariz yang kini seakan-akan tercabar.

Fariz yang mendengar panggilan Natasha dengan jelas, berhenti sejenak. Satu senyuman sinis muncul di wajahnya. Rasa marah dan tercabar yang terasa di dalam dirinya kini mendorongnya untuk kembali menghampiri mereka. Tanpa berkata apa-apa lagi, Fariz melangkah menuju Natasha dan Nabila, diikuti oleh anggota VILE FOUR yang lain.

Sewaktu VILE FOUR dipanggil dan Fariz berjalan menuju ke arah Natasha dan Nabila, langkah Fariz terlihat tegas dan penuh dengan niat untuk memberi peringatan kepada Natasha. Namun, Natasha yang melihatnya hanya diam dan berjalan dengan tenang, menuju ke arah Fariz tanpa rasa gentar sedikit pun.

Sampai di hadapan Fariz, Natasha berdiri sebentar sebelum perlahan-lahan membisikkan sesuatu ke telinga Fariz. Fariz terdiam seketika, wajahnya berubah seakan-akan terkejut dan bingung dengan apa yang baru saja didengarnya. Sebelum Fariz sempat bereaksi lebih lanjut, bunyi deringan telefon bimbit Natasha memecah kesunyian.

Natasha tanpa ragu-ragu, segera mematikan telefon itu dan tersenyum. Dia tahu bahawa Amirul dan Rayyan sudah sampai untuk menjemputnya. Tanpa memberikan peluang kepada Fariz atau VILE FOUR untuk bertanya lebih lanjut, Natasha mengucapkan selamat tinggal kepada Nabila dengan senyuman singkat, kemudian berpaling untuk meninggalkan tempat itu.

Fariz dan VILE FOUR yang masih tercengang melihat Fariz hanya terdiam selepas dibisikkan sesuatu oleh Natasha, semakin bingung dan tak tahu bagaimana untuk bertindak selanjutnya. Arden yang menyedari kejanggalan itu, menepuk bahu Fariz untuk menyedarkannya dari lamunannya. "Bro, kenapa diam? Apa yang dia katakan?" tanya Arden dengan nada penuh tanda tanya.

Fariz, yang seperti tersedar dari lamunannya, mengerutkan dahi dan mendengus keras. Tiba-tiba, tanpa kata-kata lagi, dia menumbuk batang pokok yang ada di taman dengan penuh kekuatan, hingga terdengar bunyi dentuman yang kuat. Tangannya terkepal erat, tanda ketegangan yang masih menyelubungi dirinya.

Melihat tingkah laku Fariz yang semakin melampaui batas, VILE FOUR hanya berdiri terdiam, bingung dengan situasi yang baru saja mereka alami. Sedangkan Natasha, yang kini sudah cukup jauh dari taman tersebut, melemparkan senyuman puas dari kejauhan kepada Fariz. Senyuman yang penuh dengan keyakinan dan kepuasan, seakan-akan mengalahkan permainan mereka.

Dengan langkah tenang, Natasha terus berjalan menuju keluar kawasan VIRE UNI, memastikan identitinya tetap terlindung dari mata mereka semua. Tidak ada jejak yang tertinggal, hanya kenangan yang mungkin akan menghantui Fariz dan VILE FOUR.

Setibanya di kereta, Natasha memasuki tempat duduk belakang dengan tenang, masih ada senyuman di bibirnya. Amirul dan Rayyan yang memerhatikan perubahan itu saling bertukar pandangan. Keduanya merasa ada yang tidak kena, sebab Natasha yang selama ini dikenal dengan sifat tomboy dan serius, kini terlihat tersenyum dengan cara yang agak aneh.

Amirul memecah kesunyian, "Natasha, kenapa tiba-tiba senyum macam tu? Tak pernah nampak kau macam ni sebelum ni." Dia bertanya dengan nada penuh rasa ingin tahu, seakan merasakan ada sesuatu yang tidak biasa.

Rayyan yang turut tertarik, menambah, "Iya, betul. Kau selalu serius je, tiba-tiba senyum macam orang menang loteri. Ada apa-apa yang kau sembunyikan ke?" Rayyan memandangnya dengan mata tajam, cuba mencari petunjuk.

Natasha hanya tersenyum lebih lebar, namun kali ini ada sedikit kelucuan dalam pandangannya. "Oh, tiada apa-apa, cuma rasa sedikit puas aje." jawab Natasha dengan nada santai, mengelak untuk menjelaskan lebih lanjut.

Amirul dan Rayyan saling pandang, masih tertanya-tanya, tetapi tidak berani memaksa. Mereka berdua tahu, Natasha bukan jenis yang mudah untuk menceritakan apa yang berlaku dalam hidupnya, terutama perkara yang melibatkan orang lain.

"Kalau kau kata begitu, kita ikut je lah. Tapi kalau ada apa-apa yang buat kau tersenyum macam tu, beritahu je lah nanti," Amirul berkata, masih dengan nada prihatin.

Rayyan pula hanya mengangguk setuju, "Ya, kita selalu ada untuk kau."

Natasha hanya tersenyum lagi tanpa berkata apa-apa, dan kereta itu pun mula bergerak meninggalkan kawasan VIRE UNI. Namun, di dalam hatinya, dia tahu bahawa senyuman itu adalah hasil dari pertemuan yang tidak dijangkakan dan perasaan puas yang sukar untuk dijelaskan.

Setelah melihat Natasha berlalu begitu sahaja, Nabila menghela nafas panjang. Dia masih terkejut dengan kejadian yang baru berlaku, terutama reaksi Fariz yang tiba-tiba menumbuk pokok di taman tersebut. Suara tumbukan itu cukup kuat sehingga membuat Nabila terdiam sejenak, memandang ke arah Fariz dan anggota VILE FOUR yang kelihatan bingung dengan keadaan pemimpin mereka.

Tanpa banyak bicara, Nabila perlahan mengemas buku dan botol airnya yang ada di bangku taman. Dia tak ingin terlibat lebih jauh dalam situasi yang semakin tidak masuk akal ini. Sambil berdiri, Nabila sempat melirik ke arah Fariz, yang masih berdiri dengan tangan dikepal, pandangan tajamnya tertuju ke arah jalan tempat Natasha tadi menghilang.

"Apa-apalah, aku malas nak masuk campur," bisik Nabila pada dirinya sendiri.

Dia melangkah perlahan meninggalkan taman, cuba menjauhkan diri sejauh mungkin dari aura tegang yang melingkupi kawasan itu. Namun, sebelum dia benar-benar pergi, dia sempat mendengar salah seorang anggota VILE FOUR, David, bersuara, "Bro, kau okay tak ni? Jangan buat benda yang merosakkan tangan kau."

Fariz tak menjawab, hanya menarik nafas panjang sambil melepaskan kepalan tangannya. Nabila mempercepat langkahnya, enggan mendengar lebih banyak lagi. Fikirannya kini bercampur-baur—dia masih tidak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku antara Natasha dan Fariz, tetapi satu hal yang dia tahu pasti: Natasha bukan mahasiswi biasa. Ada sesuatu yang istimewa tentangnya, sesuatu yang membuat Fariz kelihatan begitu terganggu.

"Macam ada misteri besar je," gumam Nabila sambil menuju ke arah bangunan kelasnya.

Setelah kepergian Natasha dan Nabila, suasana di taman itu terasa berat. Fariz masih memandang kosong ke depan sambil duduk di bangku taman, kedua tangannya di atas lutut, cuba menenangkan dirinya. Wajahnya yang biasanya sinis kini tampak keruh, penuh dengan perasaan bercampur-baur yang tidak dapat ditebak.

Arden, Ethan, dan David berdiri tidak jauh darinya, masing-masing terdiam. Mereka sudah cukup mengenali Fariz untuk tahu bahawa bila dia dalam mod "iblis", mengganggunya hanya akan memperburuk keadaan. Ethan sempat ingin mengatakan sesuatu, tetapi Arden menepuk bahunya perlahan, memberi isyarat untuk tidak mencuba. David hanya bersandar di dinding berdekatan, matanya sesekali memandang Fariz dengan rasa ingin tahu yang jelas.

Setelah beberapa minit, Ethan akhirnya berbisik kepada Arden, "Apa benda sebenarnya yang Natasha bisik kat dia tadi? Kau nampak tak reaksi dia? Macam kena panah petir."

Arden menggeleng perlahan. "Tak tahu, tapi apa pun yang dia cakap, jelas berjaya buat Fariz hilang akal. Aku tak pernah tengok dia macam ni sebelum ni."

David akhirnya bersuara, suaranya rendah tetapi cukup jelas. "Dia memang bukan perempuan biasa. Fariz takkan terganggu macam ni kalau dia target yang mudah."

Fariz tiba-tiba bersuara, memotong perbualan mereka. "Dia rasa dia dah menang." Nada suaranya dingin, tetapi ada kemarahan yang terpendam di dalamnya. "Tapi aku takkan biarkan dia menang dengan mudah."

Arden, Ethan, dan David hanya saling berpandangan, tidak berani menjawab. Mereka tahu, apa pun rancangan yang sedang bermain dalam kepala Fariz, ia tidak akan berakhir dengan baik—terutama untuk Natasha.

"Jom," ujar Fariz akhirnya sambil bangkit dari bangku. Dia merapikan jaketnya dan berjalan perlahan meninggalkan taman itu, tanpa menoleh ke arah teman-temannya.

Arden hanya mendesah panjang sebelum mengikutinya. "Aku harap kita tak masuk dalam perang besar kali ni," gumamnya perlahan, tetapi cukup kuat untuk didengar oleh Ethan dan David.

"Kalau dia nak perang," balas Ethan, "kita kena bersedia. Sebab yang satu ni lain macam."

Setelah beberapa minit berlalu dalam keheningan di kafe kegemaran mereka, pelayan membawa pesanan Arden, Ethan, dan David. Fariz masih belum memesan apa-apa, hanya duduk dengan pandangan kosong. Arden yang tidak tahan melihat sahabatnya begitu, akhirnya bersandar ke meja dan bertanya, suaranya lembut tetapi tegas.

"Fariz, aku tahu kau tengah serabut. Tapi apa sebenarnya yang Natasha bisik sampai kau jadi macam ni? Aku rasa kita layak tahu, kan?"

Ethan dan David memandang Fariz dengan penuh harapan, masing-masing menanti jawapan. Fariz menghela nafas panjang, seperti cuba menyusun kata-kata di kepalanya. Akhirnya, dia membuka mulut, suaranya perlahan tetapi penuh emosi.

"Dia cakap macam ni," Fariz memulakan, menatap meja. "'Jangan banyak tingkah, kalau tidak mungkin parents-mu yang tahunya kau mahasiswa yang baik rupanya pembuli yang ditakuti oleh mahasiswa dan mahasiswi yang lain. Anyway, macam mana kalau orang yang kau sayang tahu kau ni begitu? Maksud aku, sahabat masa kecilmu mesti dia akan rasa kecewa sangat berat kalau tahu.'"

Saat itu, suasana di meja menjadi tegang. Arden, Ethan, dan David langsung terkejut mendengar kata-kata itu. Mereka tahu apa yang Fariz maksudkan—sahabat masa kecilnya yang selalu dia ceritakan kepada mereka, seseorang yang dia cuba cari bertahun-tahun.

Ethan bersandar ke belakang kerusi, matanya membulat. "Natasha tahu tentang sahabat masa kecil kau? Macam mana dia boleh tahu hal tu? Kau tak pernah cerita pada sesiapa pun selain kami, kan?"

David, yang biasanya diam, kini bersuara, suaranya rendah tetapi serius. "Mungkin dia hanya meneka. Tapi kalau dia tahu sesuatu yang lebih dari itu, kita kena berhati-hati. Dia bukan sembarangan orang."

Arden mengangguk, menyetujui. "Fariz, kau rasa dia memang tahu sesuatu, atau dia cuma guna intuisi? Sebab kalau dia betul-betul tahu, itu maksudnya dia dah siasat kau."

Fariz mengepalkan tangan di atas meja, rahangnya mengetap. "Aku tak tahu macam mana dia tahu, tapi kalau dia berani main kotor, aku akan pastikan dia tak menang dalam permainan ni."

Arden, Ethan, dan David saling berpandangan, kebimbangan jelas terpancar di wajah mereka. Situasi ini bukan lagi sekadar pergaduhan kecil antara Natasha dan Fariz—ia kini melibatkan sesuatu yang lebih dalam, sesuatu yang mungkin menggali rahsia yang Fariz simpan selama ini.

Ethan akhirnya bersuara, cuba meredakan suasana. "Apa pun, kita kena cool down dulu. Jangan buat apa-apa melulu. Kalau Natasha tahu tentang sahabat masa kecil kau, mungkin ada cara untuk kau tahu dari mana dia dapat maklumat tu."

Fariz hanya mengangguk perlahan, tetapi dalam hatinya, dendamnya kepada Natasha semakin membara. Dia tahu, apa pun yang terjadi, dia tak boleh biarkan rahsianya terdedah—terutama kepada seseorang seperti Natasha.

Di sisi yang lain...

Natasha, Amirul, dan Rayyan baru sahaja naik ke tingkat atas dan menuju ke swing chair di balkoni ruang tamu atas untuk berehat setelah seharian di universiti. Namun, langkah mereka terhenti apabila pandangan mereka tertumpu ke arah ruang tamu bawah. Terlihat Dato Arkan, Datin Humaira, dan abang mereka, Ardan, sedang duduk di sofa dengan wajah serius, seolah-olah menunggu mereka bertiga pulang.

Natasha mengerutkan dahi, merasa pelik dengan situasi itu. "Kenapa mereka macam tunggu kita? Ada apa-apa yang kita tak tahu ke?" soalnya dengan nada perlahan, tetapi cukup untuk Amirul dan Rayyan mendengar.

Rayyan mengangkat bahu, cuba meneka. "Entahlah, tapi tengok muka papa dan mama, macam ada sesuatu yang penting. Tengok abang Ardan pun... dia nampak lebih tegang dari biasa."

Amirul memandang Natasha dan Rayyan dengan ekspresi serius. "Korang rasa ni pasal apa? Tentang kita, atau pasal Natasha dekat VIRE UNI?"

Natasha menghela nafas panjang. "Tak tahu, tapi aku rasa kita tak ada pilihan lain selain turun dan hadapi mereka. Lagi lama kita elak, lagi susah nak tahu apa yang sebenarnya mereka nak bincang."

Rayyan dan Amirul saling berpandangan sebelum mengangguk setuju. Mereka bertiga pun berjalan perlahan turun ke tingkat bawah. Saat mereka sampai di ruang tamu, ketiga-tiga orang dewasa itu memandang mereka dengan penuh perhatian.

Datin Humaira bersuara dahulu, nadanya lembut tetapi tegas. "Duduk dulu, ada benda yang mama dan papa nak bincangkan dengan kamu semua."

Natasha, Amirul, dan Rayyan mengambil tempat di sofa berdekatan, masing-masing menunggu dengan sabar tetapi penuh debaran. Ardan, yang sedari tadi diam, akhirnya bersandar ke sofa dengan tangan bersilang, menatap mereka bertiga.

"Natasha," suara Dato Arkan akhirnya memecah kesunyian. "Macam mana keadaan kamu di VIRE UNI? Ada apa-apa yang berlaku yang kamu tak beritahu kami?"

Natasha sedikit tersentak, tetapi dia berjaya menyembunyikan reaksi itu. Dengan tenang, dia menjawab, "Keadaan okay, papa. Semuanya berjalan seperti biasa. Tak ada apa-apa yang luar biasa berlaku."

Ardan mengetap rahang, jelas tidak puas hati dengan jawapan itu. "Betul tak ada apa-apa? Tak ada siapa ganggu Sha, atau Sha buat hal dengan sesiapa?" tanyanya dengan nada mencurigakan.

Natasha menggeleng perlahan, senyumannya tipis tetapi cukup meyakinkan. "Tak ada, abang. Sha cuma fokus pada kelas dan cuba sesuaikan diri. Itu sahaja."

Datin Humaira memandang Natasha dengan penuh perhatian, seolah-olah cuba membaca sesuatu yang tersembunyi. Namun, dia memilih untuk tidak menekan lebih lanjut. "Kalau begitu, baguslah. Tapi ingat Sha, apa pun yang terjadi, keluarga kita sentiasa ada untuk sokong kamu. Jangan simpan sendiri."

Natasha mengangguk, tetapi dalam hatinya dia tahu dia tidak boleh memberitahu mereka tentang apa yang sebenarnya berlaku di VIRE UNI. Identitinya sebagai anak donatur dan kedudukannya sebagai anak orang kaya perlu terus dirahsiakan.

Ardan akhirnya bersuara lagi, suaranya lebih lembut kali ini. "Natasha, apa pun yang berlaku, kalau Sha perlukan abang, abang sentiasa ada.Sha tahu abang tak akan biarkan apa-apa jadi pada Sha, kan?"

Natasha memandang Ardan seketika sebelum mengangguk dengan senyuman kecil. "Saya tahu, abang. Terima kasih."

Dengan itu, perbincangan beralih kepada topik lain, tetapi dalam hati Natasha, dia tahu rahsia yang dia simpan kini menjadi semakin berat untuk dipikul.

Ketika suasana mulai tenang, tiba-tiba Dato Arkan bersuara lagi, kali ini nadanya sedikit mendesak.

"Natasha," panggil Dato Arkan, menatap anak perempuannya dengan serius. "Papa dengar nama seorang mahasiswi baru, Nabila. Siapa dia? Sha berkawan dengan dia?"

Natasha yang sedang cuba menenangkan fikirannya tersentak mendengar nama itu disebut. Wajahnya sedikit berubah, tetapi dia segera mengawal ekspresinya supaya tidak kelihatan terlalu terkejut. Bagaimana papa tahu tentang Nabila? fikirnya dalam hati. Setahu Natasha, dia belum pernah menyebut apa-apa tentang sahabat barunya itu kepada keluarganya, apatah lagi menyebut namanya.

"Nabila?" Natasha mengulang perlahan, cuba berlagak tenang. "Dia... dia kawan sekelas saya, papa. Kenapa tanya tentang dia?"

Dato Arkan bersandar ke sofa, memandang Natasha dengan tajam. "Papa ada dengar sedikit tentang dia. Katanya dia seorang yang bijak, tenang, dan agak rapat dengan Sha sejak Sha masuk VIRE UNI. Apa betul?"

Natasha terdiam sejenak, memikirkan jawapan yang sesuai. "Betul, papa. Tapi kami baru berkawan. Dia cuma seorang kawan sekelas yang suka temankan saya makan di cafeteria dan berbual di taman. Tak lebih daripada itu," katanya dengan nada yang cuba meyakinkan.

Datin Humaira memandang Natasha dengan senyuman kecil. "Itu bagus kalau Sha dah mula berkawan. Mama tak nak Sha terlalu menyendiri. Tapi..." dia berhenti sejenak, pandangannya berubah sedikit tajam. "Pastikan Sha pilih kawan dengan baik,Tasha. Jangan terlalu percaya pada orang lain. Ingat kedudukan Sha. Kalau ada apa-apa terjadi, ia bukan hanya tentang Sha, tapi tentang keluarga kita juga."

Natasha mengangguk perlahan, walaupun dalam hatinya dia sedikit gelisah. Adakah papa dan mama dah tahu lebih banyak daripada apa yang mereka tunjukkan? fikirnya.

Ardan yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. Sha rasa dia boleh dipercayai, Tasha?" tanyanya dengan nada yang lebih lembut tetapi masih serius.

Natasha memandang abangnya sejenak sebelum menjawab. "Setakat ni, saya rasa dia tak ada niat buruk. Lagipun, saya tak pernah cerita apa-apa yang terlalu peribadi tentang diri saya pada dia. Jadi, saya rasa tak ada apa yang perlu dirisaukan."

Amirul dan Rayyan saling berpandangan, masing-masing cuba membaca situasi tersebut. Rayyan akhirnya bersuara, suaranya lebih santai. "Relax lah, papa, mama, abang. Natasha ni bukan jenis yang senang percaya orang. Kalau dia cakap dia tahu jaga diri, kita percayalah pada dia."

Dato Arkan menghela nafas panjang sebelum mengangguk perlahan. "Baiklah. Tapi ingat, Natasha, kalau ada apa-apa yang mencurigakan atau Sha rasa tak selesa, beritahu kami. Jangan simpan sendiri."

Natasha mengangguk lagi, tetapi di dalam hatinya, dia tahu peringatan itu bukan sekadar amaran biasa.

Keluarganya mungkin sedang memantau pergerakannya lebih dekat daripada yang dia sangka.

Tiba-tiba, Natasha bangun dari sofa dan bergerak menuju pintu. Ardan yang menyaksikan kelakuan adiknya segera menghalangnya. Tanpa mengetahui alasan di sebalik tindakan adiknya, yang pasti, dia perlu menghalang Natasha sebelum dia pergi. Datin Humaira yang menyedari perubahan itu terus bertanya, "Sha, nak ke mana sekarang ni? Bukannya tadi nak berehat ke?"

Natasha tersenyum ringkas sebelum menjawab, "Macam biasalah, ma. Hari ni kan Isnin, so Sha nak pergi lah. Tentang rehat tu, bila-bila saja Sha boleh berehat. Yang penting, Sha kena pergi sekarang. See you in the dinner, love you." Natasha mencium pipi Datin Humaira dan dengan pantas berjalan keluar setelah melihat abangnya lengah. Dia melangkah menuju Lamborghini Urus miliknya dan memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

Datin Humaira segera memberi arahan kepada Amirul dan Rayyan. "Mirul, Ray, tolong mama. Kamu berdua kena ikut Sha dan beritahu mama ke mana dia pergi setiap Isnin."

Mereka berdua mengangguk tanda setuju dan bersedia untuk keluar. Namun, langkah mereka terhenti seketika apabila Dato Arkan bersuara, "Biarkan Sha pergi ke mana pun. Tak perlulah nak suruh Amirul dan Rayyan ikut dia. Dia boleh jaga dirinya sendiri jika ada masalah."

Datin Humaira yang mendengar itu membalas tegas, "Saya mama kandungnya, dan saya ada hak untuk tahu ke mana dia pergi dan dengan siapa."

Dengan itu, Datin Humaira tetap mengarahkan Amirul dan Rayyan untuk mengikut Natasha. Dato Arkan hanya mendiamkan diri, tidak mahu melibatkan diri dalam perdebatan dengan isterinya. Seperti biasa, dia hanya mendengar pepatah, "𝐏𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫."

Semasa dalam perjalanan, Natasha yang menyedari tangki petrol keretanya hampir kosong segera berhenti di sebuah stesen minyak terdekat untuk mengisi minyak. Sementara sedang refuel, secara tak sengaja, matanya tertumpu pada sebuah motor Kawasaki Ninja H2R yang tidak jauh dari stesen minyak tersebut. Natasha menyedari bahawa itu adalah motor Amirul dan Rayyan. Dengan cepat, dia menyedari bahawa mereka berdua pasti diarahkan oleh Datin Humaira untuk mengekorinya.

Tanpa membuang masa, Natasha membuat keputusan untuk meninggalkan stesen minyak itu secepat mungkin. Dia melihat sebuah kereta yang sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak. Tanpa ragu, dia masuk ke dalam keretanya, berfikir untuk menggunakan kereta itu sebagai penutup agar tidak diketahui. Dengan langkah cepat, dia memandu keretanya keluar dari stesen minyak dan memastikan untuk tidak terlihat oleh Amirul dan Rayyan.

Natasha berjaya dengan rancangannya. Setelah mereka berdua menoleh kembali ke arah stesen minyak, dia sudah tiada di situ. Amirul yang sedar mereka telah kehilangan jejak Natasha memarahi Rayyan, "Kenapa tadi kau toleh belakang? Kalau kau tak buat macam tu, kita mungkin boleh terus ikuti dia."

Rayyan yang kelihatan kecewa dan cemas segera mengeluarkan telefonnya dan menelefon Datin Humaira. "Mama, kami gagal... Kami terlepas Natasha. Dia tahu kami ikut dia," ujar Rayyan dengan nada panik.

Setelah mendengar laporan Rayyan, Datin Humaira menghela nafas panjang dan berkata dengan nada tegas, "Cukup, balik sekarang. Sha tak akan membiarkan sesiapa mengekorinya. Dia pasti tahu kita sedang mengikuti dia, dan dia akan membuat sesuatu untuk mengelak. Jangan buang masa lagi."

Amirul dan Rayyan yang mendengar arahan itu hanya dapat mengangguk, memahami bahawa Natasha memang seorang yang bijak dan sukar untuk dikawal. Mereka berdua pun memutar kembali motosikal mereka dan meninggalkan stesen minyak tersebut, kembali ke rumah.

Datin Humaira yang masih gelisah menggelengkan kepala, merasa sedikit kecewa kerana tidak dapat mengetahui lebih lanjut tentang ke mana Natasha pergi. Namun, dia juga tahu bahawa Natasha tidak mudah dipengaruhi atau dikawal, dan dia harus mencari cara lain untuk mengetahui lebih banyak tentang anak perempuannya yang misterius itu.

Beberapa minit kemudian, Natasha sampai di sebuah taman terbiar yang penuh dengan kenangan. Taman ini adalah tempat di mana dia menjalin persahabatan dengan Iz dan mengenalinya dengan lebih dekat. Suasana di taman itu terasa sepi dan sunyi, seakan-akan masa sudah lama meninggalkan tempat ini.

Natasha terus melangkah menuju buaian yang sering dia duduki semasa kecil. Buaian itu masih ada di situ, namun kelihatan usang, seiring dengan perubahan waktu yang telah berlalu. Dia duduk sejenak, merenung taman yang pernah menjadi saksi bisu cerita persahabatan yang penuh makna.

Namun, matanya tertarik pada sesuatu yang tak biasa—sebuah dinding besar yang berada tepat di tengah taman tersebut. Dinding itu cukup tinggi dan menutupi sisi taman yang lain, membuatnya tidak dapat melihat apa yang ada di baliknya. Natasha mengamati dinding itu dengan teliti. Keretakan di sana sini jelas menunjukkan bahawa dinding itu sudah sangat lama, dan lumut yang tumbuh pada setiap permukaan dinding itu semakin membuatnya terlihat lebih usang.

Suasana taman yang sunyi dan dinding yang terbiar memberi rasa sepi dan misteri di dalam hati Natasha. Dia berasa ada sesuatu yang tersembunyi di balik dinding itu, seolah-olah ada rahsia yang belum terungkap. Namun, dia tahu, dia harus berhati-hati. Setiap keputusan yang dia buat di sini mungkin akan membawa dia lebih dekat pada sesuatu yang tak pernah dia jangkakan.

Natasha kemudian berpaling ke arah kiri, matanya tertumpu pada sebuah tasik yang terletak tak jauh dari tempatnya duduk. Tasik itu begitu tenang, permukaannya yang rata memantulkan langit biru yang cerah, seakan-akan tidak pernah terganggu oleh waktu. Suasana di sekitar tasik itu terasa damai, tetapi bagi Natasha, tempat itu lebih daripada sekadar keindahan alam.

Ini adalah tempat di mana dia dan Iz dulu sering datang untuk meluangkan masa bersama, berbicara tentang impian, harapan, dan segala sesuatu yang mereka hadapi dalam hidup. Tasik ini menyimpan banyak kenangan indah, namun juga memendam kepahitan yang hanya mereka berdua tahu. Setiap sudut tasik ini membawa kembali ingatan tentang Iz—tentang gelak tawa mereka, dan juga tentang perpisahan yang begitu mendalam.

Natasha menatap tasik itu, matanya sedikit berkaca. Dia tahu, tempat ini bukan sekadar lokasi persahabatan mereka, tetapi juga tempat di mana dia harus menghadapi banyak hal yang belum dia selesaikan. Ada rasa rindu yang tiba-tiba muncul, tetapi dia juga sedar bahawa waktu telah banyak mengubah segala-galanya.

Tasik ini kini terlihat seperti tempat yang penuh misteri, tempat di mana masa lalu dan masa depan bertemu, namun juga membawa perasaan yang tak mudah untuk diungkapkan. Natasha menarik nafas panjang, merasakan hembusan angin yang menyejukkan, dan berusaha untuk menenangkan dirinya. Namun, dalam hatinya, dia tahu ada sesuatu yang perlu dia hadapi, sesuatu yang lebih besar daripada sekadar kenangan lama.

❀❀❀

"Iz, kau di mana? Dah 13 tahun sejak pertemuan terakhir kita di taman ini. Mesti sekarang kau dah jadi lelaki yang tinggi dan handsome. Kau masih ingat aku lagi tak? Kalau kita berjumpa, perkara pertama yang aku nak buat ialah minta maaf sebab dulu aku tipu kau tentang diriku yang sebenarnya. Aku takut kalau kau tahu, kau rasa kita tak patut berkawan. Jadi, maafkan aku, ya.

Walaupun aku banyak tipu kau, kau perlu tahu satu perkara. Aku dah lama suka kau, Iz, sejak kali pertama aku selamatkan kau. Kau selalu teman aku main buaian di sini. Orang mungkin kata ini cuma 'cinta monyet,' tapi bagi aku, ini bukan. Aku pendam perasaan ini selama 13 tahun, dan aku yakin aku memang cinta kau.

Sebenarnya aku nak bagitahu kau dulu, tapi aku kena pindah ke luar negara sebab urusan perniagaan papa aku. Jadi, aku terpaksa simpan semuanya dan tinggalkan kau. Selama aku di sana, aku tak pernah berhenti fikir tentang kau. Walaupun dah bertahun berlalu, aku masih ingat tentang kau dan persahabatan kita.

Aku selalu cari kau. Aku pindah dari universiti ke universiti hanya untuk cuba jumpa kau. Tapi parents aku cakap kalau di VIRE UNI pun aku tak jumpa kau, aku kena sambung belajar di luar negara. Aku tak nak itu terjadi sebab aku takut kita tak akan jumpa lagi.

Kau tengok rantai dan gelang ni, Iz. Aku tak pernah tanggalkan, walaupun waktu tidur atau mandi. Aku tak nak simbol persahabatan kita ini hilang seperti kita dulu berpisah. Aku harap kau pun masih simpan rantai dan gelang yang sama.

Iz, kau nak tahu tak? Tadi di VIRE UNI, aku nampak seorang mahasiswa buli mahasiswi lain. Aku rasa kasihan sangat dengan dia. Tapi, masa itu aku terkejut sebab salah seorang pembuli dipanggil dengan nama 'Iz.' Untuk sesaat, aku ingatkan itu kau. Tapi, aku yakin bukan. Kau tak mungkin buat benda macam itu.

Kau orangnya penakut, Iz. Waktu dulu kau diganggu budak-budak nakal, kau tak pernah lawan. Kau biar diri kau dipukul. Untung aku datang waktu itu, kalau tak mungkin kau kena hantar ke klinik. Aku tahu kau tak akan guna apa yang aku ajar tentang bela diri untuk menindas orang lain.

Iz, aku balik dulu, ya. Nanti minggu depan aku datang lagi. Tak lama lagi maghrib, dan aku tak boleh balik lambat."

Natasha mengelap sudut matanya yang basah. Dia berpaling, melangkah menuju ke arah Lamborghini-nya, lalu memandu pergi

Di sisi lain taman, seorang lelaki yang sedang bermain buaian tersenyum kecil. "Sudah puas 'bercerita' dengan kekasihmu itu?" tanya Arden, memecah kesunyian.

Fariz hanya mengangguk perlahan, matanya tetap memandang arah tasik.

Fariz dan geng VILE FOUR akhirnya tiba di rumah Fariz setelah perjalanan yang diisi dengan suasana yang agak senyap, mungkin kerana masing-masing masih memikirkan apa yang berlaku sepanjang hari itu. Seperti kebiasaan, balkoni atas menjadi destinasi pertama mereka, tempat di mana mereka selalu berbual panjang sambil menikmati angin malam.

Setelah masing-masing duduk di kerusi kegemaran mereka, David memecahkan kesunyian dengan soalan yang tak disangka-sangka.

"Fariz, apa sebenarnya yang kau fikirkan tadi masa di taman tu? Kau nampak lain macam."

Fariz hanya menghela nafas sambil memandang ke langit malam yang dihiasi bintang.

"Tak ada apa-apa. Cuma… ada benda yang aku fikirkan. Tapi aku tak pasti sama ada aku patut ceritakan atau biarkan saja," jawab Fariz dengan nada tenang tetapi penuh misteri.

Arden yang sememangnya paling lantang dalam kalangan mereka terus menepuk bahu Fariz.

"Bro, apa yang kau rasa patut kau simpan, simpanlah. Tapi kalau kau perlukan kitorang, kau tahu kitorang sentiasa ada untuk kau," katanya, cuba mengurangkan beban yang Fariz mungkin rasa.

David dan Ethan hanya memandang Fariz, menunggu jika dia ingin berkongsi sesuatu, tetapi mereka tahu sifat Fariz yang jarang meluahkan perasaannya. Sebaliknya, Fariz bangun dan menuju ke tepi balkoni, menghadap ke pemandangan kota yang terang benderang.

"Aku rasa… ada seseorang yang aku perlu cari. Tapi aku tak tahu di mana nak mulakan," ucap Fariz perlahan, tetapi cukup untuk didengari oleh semua.

Mendengar itu, geng VILE FOUR saling berpandangan, masing-masing tertanya-tanya siapakah yang Fariz maksudkan. Namun, mereka memutuskan untuk tidak memaksa Fariz bercerita lebih lanjut. Mereka tahu, apabila tiba masanya, Fariz sendiri akan membuka cerita.

Malam itu, suasana di balkoni dipenuhi dengan perbualan ringan dan ketawa kecil, tetapi di hati Fariz, memori tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya bermain seperti pita rakaman yang tak henti-henti.

Perbualan di balkoni Fariz terus berlarutan, penuh dengan gelak tawa dan cerita-cerita yang melucukan. Masing-masing seakan tidak peduli dengan masa, terlalu seronok menikmati saat-saat kebersamaan setelah sekian lama. Mereka berbincang tentang segala-galanya, dari perkara kecil hingga yang lebih besar, tanpa sedar bahawa waktu berlalu begitu cepat.

Arden yang biasanya paling cepat bosan, kali ini betul-betul asyik mendengar cerita kawan-kawannya.David pula sempat bercerita tentang plan masa depan yang penuh dengan impian dan harapan, sementara Ethan sesekali mencelah dengan lawak spontan yang membuatkan semua ketawa.

Namun, tanpa mereka sedari, jam sudah pun menunjukkan pukul 7:00 malam. Fariz yang mula merasa keletihan dan kelaparan menoleh ke arah jam di dinding balkoni dan terkejut melihat masa yang telah berlalu.

"Eh, dah pukul 7:00 malam!" kata Fariz dengan nada terkejut, memandang jam yang sudah hampir menunjukkan waktu untuk berbuka puasa.

Rayyan yang mula merasa lapar, segera berdiri dan menyarankan, "Jom, kita order makanan. Semua dah lapar ni, kan?"

David mengangguk sambil menyandarkan badannya pada kerusi, "Yup, kita semua memang patut makan. Lapar dah, dan perut pun dah mula berbunyi."

Mereka semua akhirnya bersetuju untuk berhenti sebentar daripada berbual dan fokus pada perut mereka yang sudah mula memberi amaran. Fariz terus bangun dan menuju ke dalam rumah, memikirkan apa yang terbaik untuk mereka malam itu. Walaupun masa berlalu begitu cepat, namun detik-detik tersebut tetap memberikan kenangan manis buat mereka berempat.

Setelah makanan yang diorder oleh mereka sampai, mereka tetap makan di balkoni sambil terus bercerita. Tiba-tiba Arden bersuara, "Iz, siapa yang duduk di rumah banglo mewah sebelah rumah kau?" tanya Arden sambil menunjukkan rumah yang dimaksudkannya.

"Aku pun tak tahu siapa sebenarnya pemilik rumah tu, tapi entah kenapa setiap hari Isnin, sekitar jam 4 pagi, aku selalu terdengar suara enjin kereta yang masuk ke perkarangan rumah tu," jawab Fariz dengan nada pelik.

"Kau rasa yang tinggal kat rumah tu lelaki ke perempuan?" tanya David, terlihat sangat tertarik dengan gender pemilik rumah itu.

"I don't know, besides, it's not my business so why should I care who's the owner of the house?" jawab Fariz sambil mengangkat bahu, sedikit acuh tak acuh.

"How about kita sendiri yang cari tahu siapa pemilik rumah ni?" ucap Ethan dengan senyuman nakal.

Semua ahli VILE FOUR, kecuali David, terlihat tidak berapa suka dengan cadangan Ethan. Mereka lebih suka meneruskan perbualan lain, tetapi akhirnya mereka terpaksa menyertai cadangan Ethan juga, kerana mereka sendiri pun ingin tahu siapa yang tinggal di rumah besar itu.

Rayyan, yang lebih suka sesuatu yang lebih senyap, memberi pandangannya, "Kita tengok dulu. Kalau nampak sesuatu yang mencurigakan, baru kita buat tindakan."

David, yang sedikit gelisah dengan idea itu, berkata, "Tapi, aku rasa ini boleh jadi masalah. Kalau kita terlibat dalam hal orang lain yang tak kita kenal, tak ke nanti susah?"

Ethan memandang David dengan sinis. "Tenanglah, David. Bukan kita nak buat apa-apa buruk, cuma nak tahu je. Kita bukan nak ganggu orang."

Akhirnya, setelah beberapa minit berdebat, mereka pun sepakat untuk memerhati rumah itu dalam masa terdekat, untuk mencari tahu siapa sebenarnya pemiliknya. Namun, ada sesuatu yang membingungkan mereka. Kereta yang masuk setiap Isnin pagi itu seperti milik seseorang yang cukup misterius. Mereka hanya berharap tidak ada kejadian aneh yang berlaku dalam pencarian mereka.

Ethan melihat ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 9 malam. "Kita ada waktu 7 jam lagi sebelum pukul 4 pagi," katanya, sambil mengira waktu dalam kepala. "Macam ni, kita semua tidur dulu, dan bangun 30 minit lebih awal—pukul 3:30 pagi. Setiap orang pastikan alarm pukul 4 supaya tak tertidur mati," sambungnya dengan penuh keyakinan.

Semua yang lain mengangguk setuju, walaupun mereka tahu ini bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Fariz mengeluh, "Kalau macam tu, jangan sampai kita tertidur pula. Tapi, baiklah, kita cuba saja. Kalau ada yang tertidur, jangan salahkan aku."

David, yang agak malas untuk ikut serta, hanya mengangguk lesu. "Okay, okay... Tapi kalau apa-apa jadi, jangan kata aku tak beri amaran," katanya sambil tersenyum sinis.

Setelah sepakat, mereka pun bersiap-siap untuk tidur, memastikan alarm di telefon masing-masing diatur. Namun, dalam hati masing-masing, mereka teruja dengan misi malam itu. Mereka semua tahu, semakin dekat dengan pukul 4 pagi, semakin banyak persoalan yang perlu mereka jawab.

Beberapa jam kemudian...

Terlihat Fariz dan Arden yang keluar dari bilik terlebih dahulu sekitar pukul 3 pagi, bangun 30 minit lebih awal daripada waktu yang dijanjikan. Kedua-duanya saling berpandangan dan senyap-senyap keluar dari bilik, berusaha untuk tidak mengejutkan yang lain. Mereka berdua memutuskan untuk duduk di balkoni sambil berjalan perlahan-lahan agar tak menimbulkan suara, seolah-olah mereka sedang menjalankan misi rahsia.

Balkoni yang biasanya menjadi tempat mereka berbual, kini terasa seperti lokasi yang penuh ketegangan. Fariz melabuhkan punggungnya di kerusi sambil memandang rumah banglo mewah yang berada di sebelah rumahnya. "Kau rasa siapa yang tinggal kat rumah tu, Arden?" tanya Fariz, bisu seketika oleh suasana malam yang sunyi.

Arden menggeleng, matanya masih tertumpu pada rumah itu. "Tak tahu, bro. Tapi aku rasa ada yang pelik dengan rumah tu. Setiap minggu, jam 4 pagi, bunyi enjin kereta... macam seseorang yang suka keluar masuk dengan teratur."

Mereka berdua terus memerhatikan rumah itu dengan penuh perhatian, berharap dapat melihat sesuatu yang tidak biasa. Fariz merasakan ada sesuatu yang misterius tentang rumah itu, tetapi dia juga tidak mahu terlalu banyak berfikir. "Biar saja, kalau memang ada yang kita perlu tahu, pasti akan terjawab nanti," katanya perlahan, sambil memandang jam tangannya.

Beberapa minit berlalu, dan suasana yang hening semakin membuat mereka berdua tertanya-tanya, apakah mereka akan benar-benar mendapat jawapan malam ini.

Dengan, betulkah cerita yang kau sampaikan tadi kepada kami tu?" tanya Fariz, memecah kesunyian.

"Yang mana?" balas Arden, dengan nada sedikit bingung. Soalan dijawab dengan soalan.

"Yang tentang Natasha dan dua lelaki misteri tu," ucap Fariz, menegaskan maksudnya.

Arden diam sejenak, cuba mengingat semula cerita yang dimaksudkan Fariz.

Flashback

"Kamu semua rasa Natasha tu lain daripada yang lain tak? Like, dia agak unik, simplenya. Aku dapat rasakan dia mempunyai aura yang dapat membuatkan orang di sekitarnya tertarik untuk mengetahui latar belakang dia, macam tadi. Dia dengan beraninya buat Fariz macam patung—seakan dipanah petir." ucap Ethan sambil tersengih.

Semua hanya mengangguk, setuju dengan pendapat Ethan.

Tiba-tiba David bersuara, "Den, kau memang kenal ke dengan siswi baru tu?" tanyanya, ingin tahu.

"Tak, namanya saja aku tak tahu. Macam mana pula aku boleh kenal dia," balas Arden ringkas.

"So, kenapa kau nampak macam shocked sangat tengok dia tadi? Seakan-akan kau dah lama tahu sesuatu pasal dia... atau mungkin pasal latar belakang dia," David terus mendesak, menatap Arden dengan serius.

Fariz dan Ethan turut memandang Arden dengan penuh tanda tanya.

Arden menghela nafas panjang sebelum berkata, "Fine. Aku memang shocked tengok siswi baru tu tadi, tapi aku memang tak kenal dia, apatah lagi latar belakang dia. Aku shocked sebab wajah dia sangat familiar bagi aku."

"Familiar macam mana?" tanya Fariz, semakin berminat.

Arden merenung sejenak, cuba menyusun kata. "Cerita ni berlaku beberapa bulan lepas. Waktu tu, aku disuruh ke supermarket untuk beli barang dapur. Sewaktu nak balik, tiba-tiba hujan lebat. Aku terpaksa berteduh di supermarket walaupun aku sebenarnya boleh saja redah hujan, tapi mengingatkan kereta aku parking jauh, aku tunggu hujan reda dulu."

Dia berhenti seketika, memandang mereka bertiga sebelum menyambung. "Dalam sunyi malam tu, aku ternampak seorang pelajar perempuan sekolah menengah sedang diganggu oleh sekumpulan pelajar lelaki. Aku dah nak call polis, tapi aku terhenti bila tiba-tiba ada seorang pakai hoodie hitam datang tendang salah seorang pelajar lelaki tu."

"Kemudian apa jadi?" tanya Ethan, makin teruja.

"Aku hanya perhati dari jauh sebab takut aku pula kantoi ada kat situ. Salah seorang pelajar lelaki tu, yang nampaknya ketua geng, menarik orang misteri tu ke lorong gelap. Aku fikir, dah lewat malam dan hujan lebat, orang misteri tu mesti kalah. Tapi yang keluar dari lorong tu adalah orang misteri tu—tak ada calar pun. Dia berjalan ke arah sebuah kereta, dan dalam kereta tu ada dua lelaki lain, juga pakai hoodie hitam."

Fariz dan yang lain diam, menunggu Arden menyelesaikan ceritanya.

"Sewaktu mereka berbincang sesuatu yang aku tak dengar, tiba-tiba orang misteri tu buka topi hoodie dia. Aku terkejut sangat—orang tu perempuan. Dan dia adalah Alya Natasha, mahasiswi baru di VIRE UNI."

Arden berhenti untuk menarik nafas sebelum menambah, "Lepas mereka bertiga pergi, aku tengok keadaan budak-budak lelaki tadi. Badan mereka penuh lebam, dan aku rasa ada yang mungkin gegar otak."

Flashback Tamat

Fariz menelan air liur, merenung wajah Arden yang kelihatan serius selepas selesai bercerita. Suasana di balkoni menjadi sunyi seketika, hanya diiringi oleh angin malam yang sejuk.

"Jadi... kau pasti itu Natasha?" tanya Fariz, memecah kesunyian.

"Ya, aku pasti," jawab Arden sambil mengangguk perlahan. "Wajah tu sangat familiar. Aku tak mungkin salah."

Fariz berpeluk tubuh, memandang ke langit malam yang dipenuhi bintang. "Tapi Den, kalau betul dia yang kau nampak malam tu... maksudnya dia ada kaitan dengan dua lelaki misteri tu juga, kan?"

Arden mengangguk perlahan. "Itulah yang aku fikirkan. Tapi aku tak ada bukti lebih. Hanya apa yang aku nampak malam tu."

Fariz menghela nafas panjang. "Jadi sekarang, kau rasa apa yang patut kita buat? Aku tak rasa ini sesuatu yang kita patut abaikan. Tapi, David dan Ethan belum tahu kisah ni sepenuhnya."

Arden merenung ke arah pintu balkoni, seakan memikirkan sesuatu. "Buat masa ni, kita tunggu dulu. Aku tak nak terburu-buru. Kalau aku salah atau tersilap tafsir, benda ni boleh jadi masalah. Tapi kalau apa yang aku fikirkan ni betul, Natasha bukan gadis biasa."

Fariz tersenyum kecil. "Aku setuju. Tapi Den, kau tak takut ke? Kalau Natasha betul-betul ada kaitan dengan dua lelaki tu, mungkin dia lebih berbahaya daripada apa yang kita sangka."

Arden diam sejenak sebelum bersuara, "Takut tu memang ada, tapi rasa ingin tahu aku lagi kuat. Kau tak rasa ke, apa pun rahsia dia, ia akan beri jawapan kenapa dia... lain daripada yang lain?"

Fariz hanya mengangguk, tidak mahu menambah. Dia sendiri tidak pasti apa yang patut mereka lakukan.

---

Beberapa minit kemudian, bunyi jam loceng dari dalam rumah memecah keheningan malam, menandakan pukul 3:30 pagi. Fariz dan Arden sama-sama menoleh ke arah pintu balkoni.

"Kita kejutkan Ethan dan David?" tanya Arden sambil bangun dari tempat duduk.

Fariz mengangguk. "Baiklah. Lagi pun, masa kita dah makin dekat."

Mereka berdua masuk ke dalam rumah dengan langkah perlahan agar tidak mengganggu ketenangan rumah Fariz.

Setelah semua sudah bangun, mereka berempat berkumpul di balkoni, menunggu masa untuk melaksanakan "misi" mereka. Masing-masing sibuk dengan telefon bimbit, ada yang bermain permainan, ada yang memeriksa media sosial. Sesekali, mereka berbual untuk mengusir rasa mengantuk yang mulai menyerang.

"Fariz, kau rasa owner rumah tu macam mana orangnya?" tanya Ethan tiba-tiba, memecah keheningan.

"Aku tak tahu, dan honestly aku tak nak tahu, tapi korang je yang sibuk nak ambil tahu," balas Fariz sambil meletakkan telefon bimbitnya. Dia kelihatan sedikit malas melayan topik itu.

David menyampuk, "Eh, kau tak curious langsung ke? Mana tahu dia ni CEO ke, artis ke... mungkin ada something interesting tentang dia."

Fariz menggeleng. "Aku lagi prefer tak masuk campur hal orang."

"Tapi kita kan dah di sini," ujar Arden sambil tersengih. "Mungkin ada sesuatu yang menarik untuk kita tahu."

Mereka terus menunggu sambil sesekali mengintip ke arah rumah banglo mewah itu. Jam sudah menunjukkan pukul 3:45 pagi.

"Okay, plan kita macam mana?" Ethan bertanya, cuba memastikan semua bersedia.

"Kita tunggu sampai pukul 4 tepat. Kalau ada bunyi enjin, kita observe dulu. Jangan buat apa-apa yang obvious," balas Fariz. "Dan jangan pergi dekat sangat."

David menambah, "Kalau tak ada apa-apa yang berlaku, kita balik ke bilik masing-masing. Jangan buang masa."

Mereka semua mengangguk setuju, sambil menahan rasa ingin tahu yang semakin membuak-buak. Suasana balkoni terasa semakin hening, hanya bunyi cengkerik menemani.

Tepat pukul 4 pagi, bunyi enjin kereta memecah keheningan malam. Mereka berempat menyorok di sudut balkoni sambil memerhati dengan penuh perhatian. Sebuah kereta sport hitam memasuki perkarangan rumah banglo mewah itu. Lampu kereta menyala terang, memberikan bayangan samar pada sosok pemandu yang memakai hoodie gelap.

Kereta itu berhenti perlahan di hadapan pintu utama. Pemandunya keluar dengan langkah yang agak berat. Mereka sempat terkejut melihat darah yang menitis keluar dari dahinya, meninggalkan jejak kecil di atas lantai marmar. Namun, langkah individu itu berhenti sebelum melangkah masuk.

Sebaliknya, individu itu beralih menuju ke paip air yang terletak di taman rumahnya. Dengan tenang, dia mencuci luka di dahinya. Darah bercampur dengan air, mengalir ke lantai taman, suasana malam yang sunyi membuat bunyi percikan air itu jelas terdengar hingga ke balkoni mereka.

Fariz dan yang lain memerhati dengan teliti. "Apa yang dia buat? Kenapa dia tak terus masuk rumah?" bisik David.

"Dia cuci lukanya... tapi kenapa dia berdarah?" sahut Arden, cuba memahami situasi.

Setelah selesai mencuci luka, individu itu berdiri sejenak di taman.Dia terlihat sangat tertekan, seperti memikul beban yang sangat berat. Dia kemudian duduk di kerusi taman sambil memegang kepalanya. Gerak-gerinya menunjukkan bahawa dia sedang bergelut dengan masalah besar.

Tiba-tiba, tanpa diduga, dia bangkit berdiri. Langkahnya tegas menuju ke dinding berdekatan. Dengan satu tumbukan kuat,dia menumbuk dinding itu hingga bunyi retakan kedengaran. Darah mengalir deras dari tangannya yang kini penuh dengan luka namun dia tidak menunjukkan rasa sakit.

"Apa yang aku baru tengok ni?" Ethan bersuara perlahan,hampir tidak percaya dengan apa yang berlaku tadi.

"Dia... dia nampak macam tengah hilang kawalan," tambah David, sedikit tergamam.

Fariz mendiamkan diri, matanya terpaku pada individu tersebut. Dia cuba memahami apa yang sebenarnya berlaku. "Orang ni... siapa sebenarnya? Apa yang dia sembunyikan?" bisik Fariz,suaranya penuh dengan tanda tanya.

Individu itu akhirnya memegang tangannya yang berdarah, melihat sekeliling sekali lagi, sebelum kembali ke keretanya. Mereka semua menahan nafas, berharap tidak menarik perhatian. Namun, seolah-olah tidak peduli dengan dunia sekeliling, dua mengambil sesuatu dari keretanya dan berjalan masuk ke rumah.

Keadaan sunyi kembali, tetapi jantung mereka semua masih berdegup kencang. "Korang rasa... patut ke kita teruskan nak tahu siapa dia ni?" tanya Arden perlahan memecah keheningan.

Fariz menarik nafas panjang. "Aku rasa ini lebih besar daripada yang kita bayangkan... Tapi aku tak rasa kita patut berhenti di sini."

Setelah "misi" selesai dan suasana kembali sunyi, mereka berempat berjalan perlahan masuk ke dalam rumah Fariz, masing-masing menuju ke bilik mereka. Langkah mereka berat, dan tiada siapa yang bersuara sepanjang perjalanan. Kejadian tadi terlalu aneh dan mendebarkan, membuatkan fikiran mereka terus berkecamuk.

Fariz menutup pintu biliknya perlahan, tetapi dia hanya mampu duduk di tepi katil tanpa memejamkan mata. Wajah pemandu misteri itu, darah yang mengalir, dan tindakannya menumbuk dinding berulang kali muncul di benaknya.

Di bilik sebelah, Ethan memandang siling dengan mata terbuka. Dia cuba menganalisis setiap perincian yang mereka lihat. "Kenapa dia bertindak macam tu? Apa masalah dia sebenarnya?" bisiknya kepada dirinya sendiri.

David, yang biasanya suka tidur dengan nyenyak, kini hanya berbaring dengan resah. Dia menggenggam selimutnya sambil memikirkan semula percakapannya dengan Arden dan Fariz tadi. Perasaan ingin tahu dalam dirinya bercampur dengan rasa takut.

Arden pula duduk di kerusi dekat tingkap biliknya, memandang keluar ke arah rumah banglo itu. Lampu di rumah tersebut sudah dipadamkan, tetapi dia yakin orang di dalam rumah itu belum tidur. "Siapa kau sebenarnya?" bisiknya perlahan sambil matanya tertancap pada jendela rumah itu.

Malam itu, walaupun mereka kembali ke bilik masing-masing, kejadian aneh tersebut terus menghantui fikiran mereka. Misi mereka yang asalnya sekadar ingin tahu kini terasa seperti membuka sebuah pintu kepada misteri yang jauh lebih besar daripada yang mereka bayangkan.