Chereads / BETWEEN YOU AND ME / Chapter 1 - CHAPTER 1: "Misteri Lelaki Mata Biru"

BETWEEN YOU AND ME

Rui_Scarefey
  • 7
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 9
    Views
Synopsis

Chapter 1 - CHAPTER 1: "Misteri Lelaki Mata Biru"

Waktu pagi pada jam 8:00 AM

"KECEMASAN! KECEMASAN! PESAKIT DARI KEMALANGAN KERETA MEMERLUKAN WAD KECEMASAN SEKARANG!". Sistem siaraya yang berbunyi dalam hospital dengan tegas memanggil para doktor untuk membawa pesakit ke bilik pemeriksaan. Doktor-doktor lain sedang mendengar pengumuman itu sambil merawat pesakit di bilik masing-masing. Di Dalam bilik Wad, Doktor-doktor yang terlibat sedang berusaha menyelamatkan pesakit itu, namun nyawa pesakit itu berada dalam keadaan kritikal. Para doktor yang berpangkat tinggi sedang melihat rawatan itu sambil mencatat dan menilai dari atas melalui kaca yang besar.

"Kau pasti ke kita dapat selamatkan nyawa dia ni? Denyutan jantung dia ni makin tak seimbang." Keluh seorang lelaki yang memegang pisau dengan darah yang banyak di hujungnya terlihat sangat risau melihat denyutan jantung pesakit itu di dalam monitor jantung. "Yakin jelah, Adrian. Kita doktor, kita boleh buat ni!." Seorang perempuan yang terlihat confident berusaha mengeluarkan kaca di bahagian kiri bawah jantung menggunakan skalpel. "Ehm..Sarah, Aku rasa skalpel yang kau guna tu tumpul pastu yang kau tak guna forsel kenapa? Besar dah lubang tu, kau guna skalpel tu nant-." Cakap Adrian tapi ayatnya di potong oleh Sarah. "Aku tahu lah apa aku buat! Senang je kau cakap, bukan kau yang bedah badan dia ni." Sentap Sarah. "Eh, Aku nak beritahu perkara yang betul je. Kalau jadi apa-apa macam mana? Haah." Jawab Adrian dengan penuh jengkel sambil merawat pesakit itu. "Eh, kau-". Semua doktor lain yang merawat hanya mampu melihat mereka dan mengabaikan mereka tanpa menghilangkan fokus mereka merawat pesakit itu.

Sementara itu, Para doktor yang berpangkat tinggi masih mengawasi mereka dari atas. "Hmm..mereka masih kurang profesional dalam pembedahan ni, dalam beberapa minit pesakit tu dah boleh wafat." Ucap seorang wanita bertek nama Prof. Aisha memakai tudung berwarna putih menyilangkan kedua-dua tangan di bahagian dadanya sambil melihat pembedahan itu dengan tajam. "Susah juga ni, Biarpun ini hanya simulasi latihan klinikal tapi pesakit mereka bukan orang yang palsu." Ucap seorang lelaki bertek nama Prof. Lucas memegang dagunya dengan tangan kanannya sambil membaca situasi yang berlaku di bawah.

"Alah, Bukan orang palsu ke? Habis lah." Kata seorang lelaki yang bertek nama Prof. Liam dengan nada yang mengejek sambil tersenyum sengih melihat latihan itu berlangsung. Prof. Aisha mengangkat wajahnya seakan teringat sesuatu. Dia melihat ke arah seorang lelaki yang diam berdiri di bahagian kirinya melihat pembedahan itu dengan penuh fokus. "Dia tak datang ke hari ini, Prof. Iman?". Tanya Prof. Aisha dengan nada yang tegas. Prof. Iman melihat kembali ke arahnya dan senyum. "5 minit." Prof. Aisha mengangguk paham. Professor lain juga tertanya-tanya seperti Prof. Aisha tetapi hanya berdiam diri. Aku berjalan tergesa-gesa di koridor hospital, melalui semua bilik pesakit dengan pantas sambil memakai pakaian pembedahan. Doktor-doktor lain yang berjalan melepasi ku melakukan tunduk hormat and berlalu pergi.

Aku menghampiri bilik Wad dengan wajah and serious dan tenang. Aku tarik nafas dan membuka tombol pintu sebelum memakai mask muka ketika masuk ke dalam bilik Wad. Apabila pintu terbuka, Para doktor berpaling ke arah ku dengan wajah yang terkejut. Aku pun mengambil endoskopi iaitu sejenis tiub fleksibel yang mempunyai kamera kecil di hujungnya. Melalui endoskop ini, doktor boleh melihat keadaan organ dalaman pesakit secara langsung di skrin monitor. Para doktor mengangkat tangan mereka seketika berhenti melakukan sesuatu pergerakan kerana melihat aku mengecek organ dalamannya. Mata mereka berfokus ke arah monitor.

Prof. Iman tersenyum misteri dari atas. "Okey, Semua tukar sarung tangan. 2 orang pegang forsep, Seorang bagi dia suntikan semula pada bahagian perut. Tarik nafas dalam-dalam dan mula". Doktor-doktor itu menganggukkan kepala. Sarah di sisi terlihat hilang keyakinan sewaktu melihat ku bekerja. Wajahnya seakan membenci untuk melihat aku memberikan dalam pembedahan yang berlangsung ni. Kami semua pun merawat pesakit itu dengan penuh cekap dan mengalihkan serpihan kaca itu dengan perlahan. Doktor lain juga membantu menghentikan pendarahan itu dan menambah oksigen. Dalam beberapa minit kemudian, Denyutan jantung pesakit tersebut kembali seimbang. Mereka semua menghembuskan nafas lega setelah pembedahan ini berakhir. Doktor-doktor lain tersenyum riang melihat semuanya selesai dengan baik kerana aku. "Alhamdulillah! Nasib kau sempat datang!". Ucap doktor lain yang merawat pesakit tadi. "Yelah, kalau tak mesti kita dah gagal. Thank you sangat-sangat Umie". Ucap Adrian dengan penuh lega. Aku hanya menghela nafas lega dan tersenyum dengan lembut. "Terima kasih". Ucap ku. Mereka pun berpaling ke arah satu sama lain dan melihat ke arah aku balik. "Ceria lah sikit. Tak kan itu je ayat yang kau nak keluarkan? Macam robot ah". Ungkap Adrian dengan nada bergurau. "Ish kau ni, biar lah dia. Bukannya apa-apa pun." Ungkap doktor lain sambil menepuk belakang Adrian. Adrian hanya tergelak kecil sambil memegang lehernya. Aku tergelak kecil kemudian terhenti seketika melihat Sarah keluar dari bilik wad sendirian. Aku tertunduk,hairan. Para doktor berpangkat tinggi masih melihat memberikan tepukan. Kami semua melihat ke arah mereka. Tingkap kaca di atas yang besar pun terbuka. Prof. Aisha mula bercakap sambil meletakkan kedua-dua tangannya di belakang dan berdiri dengan tegak. "Tahniah, Kamu semua telah menyelesaikan latihan klinikal ini, Markah telah dinilai. Kita akan berjumpa esok pagi. Bersurai". Katanya dengan nada yang tegas. Kami semua berasa gembira dan akhirnya bergerak keluar dari bilik wad. Sebelum aku berjalan pergi, Aku merasakan pandangan tajam dari Prof. Aisha sebelum dia meninggalkan kawasan tersebut. "UMIE!". Prof. Iman jerit nama ku dari atas membuatkan diri ku terpaku melihatnya. Doktor-doktor yang lalu hanya menatap kami dengan pelik dan membisik ke arah satu sama lain. "Dia ni..biar betul..". Ngeluh aku dalam hati sambil memberikan senyuman janggal dekat Prof. Iman. Jam 11:00 pagi, Kami berdua duduk di meja makan dalam restaurant. Prof. Iman menghirup kopi sambil menyilangkan kedua-dua kakinya di bawah meja. Pelayan-pelayan dan juga pelanggan lain terpukau melihat kehenseman Prof. Iman yang terlihat elegan dan kemas. Aku pun mula mengeluarkan suara. "Ada apa-apa kah Professor nak inform?". Prof. Iman tersedak semasa menikmati kopinya. "Professor? Kan saya dah kata panggil saya dengan nama saya. Tak perlu Professor professor ni". Cakapnya dengan nada yang tegas tapi lembut. Prof. Iman ni boleh dikatakan softboy agaknya. Aku hanya senyum. "Alah, mana boleh. Awak punya taraf lagi tinggi dari saya lah". Bantah saya dengan selamba. "Eh, kita dah kenal dari high school kot? Saya anggap awak macam adik kandung sendiri dah". Lawannya semula sambil mendekatkan mukanya ke arah ku dan merehatkan wajah di atas tangannya. Wajahnya penuh bersinar-sinar. Aku berkelip dalam beberapa saat kemudian melepaskan nafas mengalah. "Suka Hati kau lah, Iman". Kata ku sambil senyum. Senyuman yang lebar terukir di bibir Prof. Iman. Dia menarik wajahnya ke belakang dan bersandar pada kerusinya semula. "Barulah, macam ni saya suka. Hah, lagi bagus kalau tambah abang-". 

"Jangan harap ye." Aku potong ayatnya dengan tegas sambil meminum teh. Prof. Iman hanya mampu tergelak kecil. "Yelah yelah." Aku mengangkat wajahku semula. "Jadi, ada apa Iman panggil saya kat sini? Perkara penting ke?". Soal ku dengan wajah yang tertanya-tanya. Prof. Iman pun menjawab. "Malam esok, mereka nak jumpa balik." Aku pun mengerutkan kening. "Siapa yang nak jumpa?". Iman pun menghirup kopinya sebelum menjawab. "Rakan sekolah yang dulu". Aku terkejut seperti beribu-ribu pisau berada disekeliling jantung ku. "Rakan sekolah? Maksudnya batch kau dengan batch aku?!". Aku sentap. Prof. Iman meletakkan kopinya di atas meja. "Iya, mereka dah rancang 2 hari lepas." Aku terdiam seketika. "Kau okey ke?". Tanya Prof. Iman. Aku menghembus nafas perlahan. "Semua orang..maksudnya dorang pun. Cikgu pun sama ke?". Soal ku. "....Iya, diorang nak jemput guru-guru kegemaran." Jawab Prof. Iman. Wajah ku terlihat pucat mendengarnya sambil menunduk ke bawah meja. Aku menggenggam erat seluar ku. Kalau semua orang datang….maksudnya perempuan jalang tu pun datang..haah, banyak betul memori buruk aku masa sekolah menengah dulu..Sampai guru-guru pun ada yang terlibat..Aku menutup mataku untuk menenangkan diri. "Umie..Umie?". Suara Prof. Iman yang kedengaran lembut membuatkan aku terjaga semula. Aku melihat ke arahnya dengan wajah yang pucat. Prof. Iman memberikan aku senyumannya manis yang risau. "Kalau kau tak nak datang, tak pe..Aku boleh cakap yang kau ada hal nak buat-". Ayatnya terpotong oleh ku.

"Aku datang." Aku cakap dengan pantas. Raut wajah Prof. Iman bertukar menjadi terkejut. "Kau pasti?". Tanyanya. Aku angguk. Yelah, mungkin agak memaksa diri tapi sampai bila aku nak menyembunyikan diri aku? Aku bukan seorang pengalah dalam hal-hal macam ni. Aku hanya sekadar hadir pastu aku balik lah. Apa susahnya?"Iya, jam berapa mula?". Soal ku. "8:00 malam…" Jawabnya. "Okay." Jawab ku dengan selamba menghirup semula tea ku dengan wajah yang tenang. Prof. Iman terdiam seketika dan kembali dengan senyuman sinisnya. "Kalau macam tu, kita pergi sama-sama lah." Jawabnya dengan friendly. "...Tak de masalah, guna kereta ak-." Ayat ku dipotong olehnya. "Kereta aku, aku ambil sekali hantar kau pulang. Jangan risau aku tahu kat mana alamat rumah kau". Jawabnya. Aku pun mengalah je lah. Iman ni tak boleh nak dibantah. Pada waktu petang, angin bertiup kencang sehingga lab kotku mengikut hembusannya. Aku berjalan di luar hospital sambil memasukkan tangan ke dalam poket lab kotku. Fikiran ku mengimbas kembali masa lalu di sekolah menengah di mana berlaku kekacauan yang masih menghantui ku sehingga sekarang. Perempuan jalang tu…Aku tak boleh lah nak tengok muka dia apa lagi nama dia. Rasa macam dan kerat dia hidup-hidup. Dah lah gilakan lelaki, two face pula tu. Entah apa je dia nak dari aku tapi betul aku benci perempuan tu seumur hidup. Apa yang aku ada dia mesti ambil. Aku menenangkan diri dengan duduk di atas bangku taman. Tenang…Aku dah menang, perjuangan aku dah tamat tapi kenapa aku masih rasa takut? Aku berjaya mendapat tawaran belajar di luar negara iaitu universiti Harvard dan mendapat pengajian tinggi dalam umur ni. Tapi..setiap kali aku ingat dia memang buat diri aku rasa muak. Best friend konon. Aku nak buat dia rasa menyesal, aku nak dia menderita macam apa yang aku rasa dulu tapi aku dah menang dalam hal yang lebih besar. Biarpun aku balas dendam, pasti akan kembali juga dengan aku. Susah juga nak tahan diri…Aku penat lah..Sebab dulu aku bukan pelajar yang smart sangat..Boleh dikatakan aku pelajar yang paling bodoh dalam sekolah tu tapi entah macam mana boleh masuk kelas sains. Perempuan jalang tu..memang sial-

"Excuse me, Miss". Suara seorang lelaki yang deep berdiri di hadapan ku kelihatan sangat tinggi melihat ke arah bawah dan bertentang mata ke arah ku. Aku terpaku oleh kehenseman wajahnya yang putih melepak dan mata biru laut yang pudar.. Rambut dia sangat kemas dan hitam..memakai kot gelap sambil meletakkan kedua-dua tangannya ke dalam poket. "Miss?" Dia panggil sekali lagi membuat aku terjaga. "Ah..Oh, I'm sorry. Is there anything you need?" Aku tanya dalam bahasa english..wajah dia ni macam dari luar negara. "Yes, I'm looking for someone names Umie Zuelaikha." Jawab lelaki itu. Aku pun mengangkat kedua-dua kening ku hairan orang yang dicarinya ada di hadapan mata. "Sayalah Umie Zuelaikha." Aku memperkenalkan diri. Wajah lelaki yang serius itu terus berubah semasa mendengarnya. Senyuman sinis terukir di bibirnya. "Boleh tahan.." cakapnya sambil memandang ke arah badan ku. Aku rasa tak selesa dengan pandangannya. Aku pun memetik jari untuk menyedarkannya. "Sir, do you know what time it is?". Aku tanya dengan senyuman palsu dan mata yang tajam. Dia pun melihat ke arah mata ku dan senyum. "4:15 pm dear". Aku pun rasa jengkel. "Do I know you?" Aku tanya dengan nada yang tegas tetapi lembut. Kalau tengok betul-betul, Dia ni tampak lebih tua dari aku..Siapa dia ni?. Lelaki itu lantas melangkah ke hadapan mendekatkan dirinya ke arah ku. "Your lovely husband." Aku buat muka terkejut pada masa yang sama risau. "Uhh..There must be a mistake. I'm not married yet". Jawab aku sambil berpaling wajah darinya rasa tak sedap hati. Lelaki itu pun menundukkan kepalanya melihat ke arah ku. "Of course, It's long enough to see you darling." Jawabnya. Aduh, jawapan dia ni buat aku rasa baran lah. Dah lah aku tak kenal, Orang asing agaknya. "I'm not even know your name." Jawabku dengan nada yang jengkel.

Lelaki itu kemudian ketawa kecil. "Elias Constantine, Dear, Remember it please." Cakapnya dengan nada yang lembut. Batas aku dah sampai dah ni. Aku menolak dia berundur ke belakang menggunakan bahagian atas telefon. "Jaga jarak ye." Aku cakap dengan nada yang lembut tapi penuh dengan amarah. Lelaki itu agak terkejut dengan kelakuan aku tapi dia kembali senyum. "Garangnya". Kata lelaki itu dengan nada yang bermain-main. Aku memang betul-betul rasa jengkel tapi agak terkejut dengan sesuatu…Dia boleh cakap Melayu? Wajah seakan-akan bercakap apa yang aku fikirkan. Elias tersengih melihat ku. "Sayang fikir saya tak boleh cakap melayu ke? Hm?" Jawabnya. Dari mana pula sayang-sayangnya niii, aku belum kawinnn. Sapa mamat ni??! Oiii. Aku tahan diri. "Tuan, Saya Muslim." Cakap ku dengan senyuman palsu. "Wah, Alim betul, Macam ni sayang suka. Sayang pun Islam juga". Jawabnya dengan tenang tak terganggu pun panggil aku sayang. Mamat ni biar betul. "Dah cukup." Cakap ku dengan tegas hilang senyuman dari wajah ku. Lelaki itu terkejut sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke udara. "Sabar,sabar..". Katanya sambil senyum. Wajah aku dah nampak jengkel dah ni…Aku tak kenal, jangan-jangan perempuan jalang tu hantar dia untuk kenakan aku. Perempuan tu, kalau lah membunuh tak haram kan. Dah lama aku buat-. "Maaflah, mesti first time awak jumpa saya kan?" Cakap lelaki itu. Wajah yang dipasangkan olehnya terlihat jujur dan tulus. "Umie…" Sambungnya lagi. "Berapa umur?" Tanyanya. Aku pun menjawab selepas menelan air liur. "23..." Wajahnya lelaki itu masih sama terlihat tulus dan tenang. Secara tiba-tiba dia mengambil telefon dari tangan ku. "EH?". Dia pun berpusing ke belakang membuka aplikasi whatsapp dalam telepon aku. "Apa kau buat tu?? Bagi balik!" Cakap ku cuba menggapai telephone ku tapi dia ni agak tinggi. Kemudian dia berputar kembali dan memberi semula telepon ku. "Baguslah..Sayang tak ada contact mana-mana lelaki." Katanya melihat ke arah ku dengan senyuman manisnya. "Buat apa aku contact lelaki? Kau gila ke? Pehal ambil telepon aku tiba-tiba huh?". Jawabku dalam keadaan marah. Dia masih terlihat tenang. "Your lovely husband. Saya ada letak nombor saya dalam tu, jangan padam ye sayang." Katanya. "Nombor kau? Kau serius lah." Jawabku lagi.

Elias tergelak kecil dan akhirnya berjalan pergi sambil melambaikan tangan. "Jumpa malam esok, My sweetheart." Aku hanya terkaku di situ. "....Elias?". Bisikku sendirian.