Chereads / Love You The Way You Smile / Chapter 4 - Bab 3: Mak Cik Cleaner

Chapter 4 - Bab 3: Mak Cik Cleaner

***

Setelah berada di tempat yang sedikit lengang dan abangnya sudah berhenti ketawa, Airish bertanya kepada abangnya. "Dah habis gelak?"

Amir melihat ke arah Airish sambil terbatuk-batuk. "Uhuk! Uhuk! Amboi adik, menyindir nampak."

"Dah tu abang gelak tak ingat dunia." Getus Airish dengan muka cemberut.

Amir hanya mampu tersenyum melihat gelagat adik kesayangannya. "Yela, yela. Maaf. Abang tak boleh kawal ketawa tadi. Dahtu kau buat macam tu buat aku tak boleh tahan gelak."

"Maaf diterima."

Airish hanya mengangguk apabila mendengar perkataan abangnya. Kemudian, dia menggeleng kepalanya dan menghela nafas.

"Hmm...Terserah kau la abang."

Amir hanya mampu tersengih macam kerang busuk mendengarkan keluhan Airish. "Eh, bagasi kau kat mana, adik?"

Mata Airish terbeliak sebelum memandang di sekelilingnya. Dia menepuk dahinya dan mengeluh perlahan. 'Aduh...Ni mesti tertinggal dekat tempat tadi. Amir punya pasal lah ni!'

"Rasanya tertinggal dekat tempat tadi la abang Amir."

"Ish, jom la balik sana semula." Ajak Amir sambil memaut lengan adiknya dengan pantas.

Airish hanya mampu terdiam dan mengikut sahaja langkah kaki abangnya. Dia membiarkan sahaja Amir menarik lengannya.

***

Di tempat berdekatan dengan tandas awam. Airish melihat dua bagasi miliknya. Wajahnya bertukar menjadi ceria dan lega kerana bagasinya tidak hilang.

Tiba-tiba datang mak cik cleaner yang memerhatikan Airish tadi, keluar daripada tandas awam berserta peralatan pembersihan.

"Oh nak, ini beg kamu kan? Mak cik tolong jagakan tadi sebab tengok kamu berdua tergesa-gesa pergi. Suami kamu ketawa kuat ya tadi?" Tanya mak cik itu sambil tersenyum ke arah Amir.

Raut wajah Airish bertukar kelat.

'Eh...Suami???'

Amir pula hanya mampu tersengih-sengih menampakkan giginya yang putih apabila mendengarkan pertanyaan mak cik itu.

"Eh-eh..Tak mak cik! Ni bukan suami saya, ini abang saya!" Balas Airish dengan tergagap dan gelisah.

Kemudian, Airish menyambung percakapannya dan menundukkan sedikit kepala terhadap mak cik itu. "Ta-Tapi terima kasih kepada mak cik sebab dah tolong jagakan bagasi saya!"

Mak cik cleaner itu menunjukkan riak terkejut. "Oh abang ya? Maaf la nak, mak cik ingatkan suami sebab tengok kamu berdua ni serasi sangat...Sama-sama nak, tadi tu kebetulan je mak cik jaga beg ni."

Amir sudah mula tergelak di samping Airish yang membulatkan mata memandangnya.

'Kurang asam punya abang! Boleh pulak ea dia gelak camtu!'

Kemudian, Airish berpaling dan tersenyum memandang mak cik di hadapannya. "Hahaha...Tak apa mak cik. Mungkin sebab kami adik-beradik, sebab tu mak cik nampak macam itu."

Mak cik itu hanya tersenyum sambil mengangguk. "Oh macam tu ye, kalau macam tu semoga dipermudahkan urusan kamu berdua ya. Mak cik nak sambung buat kerja."

Namun, sebelum mak cik itu melangkah, Airish menghentikannya. Dia memaut tangan mak cik dan memberikannya sesuatu. "Mak cik, kejap. Ni sedikit hadiah daripada saya. Semoga dapat bantu meringankan pekerjaan mak cik, ya."

Mak cik itu terkejut melihat apa yang diberikan Airish. Kelihatan beberapa gumpulan wang kertas bernot RM 50 berwarna hijau berada dalam telapak tangannya. Dia menggelengkan kepala dan cuba memberikan kembali kepada Airish. "Eh, apa ni nak? Banyak sangat ini. Tadi mak cik ikhlas bantu kamu, jadi tak perlu sampai bagi duit sebanyak ini dekat mak cik."

Airish menggelengkan kepalanya sebelum memberikan kembali dan mengenggam tangan mak cik itu dengan lembut. Kelihatan tangannya sudah tua dan berurat. Lapisan telapak tangannya juga terasa kasar.

'Usia dia sama macam mak...Kesian mak cik ni masih bekerja di usia sebegini...'

Airish tersenyum manis kepada mak cik itu. "Ambil saja mak cik, saya pun ikhlas bagi wang ini. Anggap sahaja hadiah kecil dari saya."

Kelihatan dahi mak cik itu berkerut perlahan dan matanya berkaca-kaca sebelum mengenggam erat tangan Airish. Rasa hangat terus memenuhi tangan keduanya. "Ya Allah...Terima kasih nak, semoga Allah membalas jasa kalian berdua."

Airish hanya mampu tersenyum dan membalas dengan nada yang lembut. "Amin...Semoga saja ya, sama-sama mak cik."

Mak cik itu menyentuh wajah Airish dengan perlahan. "Panggil saja mak cik ni, Suraya, kalau kita berjumpa lagi, mak cik pasti akan tolong kamu, nak. Mak cik takkan lupakan kebaikan yang kamu lakukan terhadap mak cik."

"Baiklah, mak cik Suraya." Airish tersenyum dan mengangguk.

"Mak cik nak bercakap lama lagi dengan kamu, tapi mak cik ada kerja yang perlu selesaikan. Mak cik pergi dulu ya, nak."

"Hati-hati, mak cik Suraya. Selamat tinggal."

Mak cik Suraya itu hanya tersenyum dengan penuh makna kepada Airish dan Amir sebelum beredar dari sana.

Airish melambai-lambaikan tangannya ke arah mak cik Suraya sebelum beliau hilang daripada pandangannya.

Amir yang terdiam sedari tadi hanya mampu memandang ke arah Airish dengan penuh rasa kagum. Dia tidak menyangka adiknya masih sama seperti dahulu, iaitu baik hati dan pemurah. Tidak segan untuk menolong orang yang lagi tua daripadanya. Ini membuatkan dia menyayangi adiknya lebih mendalam dari sebelum ini.

Selepas itu, Amir berpaling menghadap bagasi yang kelihatan baru di samping adiknya.

"Eh adik, sejak bila kau beli bagasi baru? Tak silap aku kali terakhir kau beli haritu warna pink macam Hello Kitty dan Barbie tu kan?"

Airish tersentak daripada lamunannya dan berpaling ke arah abang yang berada di sebelahnya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh itu...Panjang ceritanya. Kau nak dengar ke cerita tu, abang? Hahaha..."

"Tak apa, cerita je, Airi. Meh, sini aku dengar."

Amir memaut bahu kanan Airish sambil menggalas bagasi berwarna pink milik Airish yang sudah rosak. Dia mahu mendengar cerita apa yang mahu disampaikan Airish sambil berjalan menuju ke kawasan parkir kereta.

"Yela, baik abangku yang sporting."

Airish yang sedang menyeret bagasi warna ungu miliknya pula hanya mampu menghela nafas panjang sebelum mengikut rentak kaki abangnya.

'Semangat betul abang aku ni. Time bercerita nombor 1! Hahaha...'

***