Chereads / HER ASSASSIN / Chapter 1 - Prologue

HER ASSASSIN

Fatimah_Azman_8709
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 161
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Prologue

Aria Devika, seorang gadis yang sangat baik dan penyayang orangnya. Jikalau memiliki waktu lapang, dia akan membantu sesiapa sahaja orang yang memerlukan bantuannya tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

"Botol air, sapu tangan, first aid-kit, done"

Aria sedang berdiri di hadapan cermin sambil mempersiapkan dirinya. Dia ada tugas yang penting, iaitu jalan sekitar kawasan tamannya untuk mencari sesiapa yang memerlukan bantuannya.

"Kau nak pergi mana, Aria? Bantu orang lagi?" tanya Emma, merangkap sahabat baik dan housemate Aria.

"Yup. Saya dapat rasa harini akan ada orang yang memerlukan bantuan saya" jawab Aria ringkas. Dia masih sibuk membelek bahan yang diperlukan untuk membantu orang, seperti orang yang terluka dan memerlukan bantuannya.

"Kau..tak bosan ke dengan semua ni, Ari?" tanya Emma secara tiba-tiba.

"Maksud awak?" tanya Aria yang tidak memahami maksud sebenar Emma.

"Maksud aku...kau tak rasa penat ke dengan semua ni. Kau bantu orang sana sini tanpa fikirkan diri kau sedangkan kau, siapa yang akan fikirkan kau? Kalau kau sakit, siapa yang akan bantu kau? Kau tu anak orang kaya, Ari. Semua kerja yang kau buat tu, bukan kerja yang layak untuk orang berstatus tinggi macam kau, Ari" Aria terdiam seketika. Memang betul yang dia memang berasal dari keluarga yang kaya raya, tapi itu tak bermaksud dia tak boleh bantu orang yang memerlukan atau dalam kesusahan.

"Itu parents saya yang kaya, bukan saya" jawab Aria setelah dia mendiamkan dirinya tadi.

"Sampai bila kau nak lakukan semua benda ni, Ari? Aku tahu niat kau baik, baik sangat tapi ada ke kau fikirkan juga tentang diri kau? Termasuk minggu ni, berapa kali kau dapat rehat dengan secukupnya?" tanya Emma.

"Dalam...1 atau 2 kali. Kenapa?" Emma mengeluh apabila Aria memberitahu tentang berapa kali sahaja dia dapat rehat. Nampaknya Emma memang tidak pernah mendapat rehat yang secukupnya.

"Dalam 1 atau 2 kali je kau dapat rehat, tapi masih berfikir nak bantu orang lain? Pernah tak sekali je kau fikirkan diri kau tu sama? Kau tu bukan robot nak kerja 24 jam tanpa rehat" Emma sudah penat memberi nasihat kepada kawannya yang tetap tidak mahu mendengar nasihatnya. Degil!

"Dah lah, saya dah lambat ni. Saya pergi dulu tau. And maybe saya akan balik lambat sikit petang ni, so jangan tunggu saya" Aria mengambil begnya dan segera keluar dari rumah tanpa sempat dihalang oleh Emma.

Emma hanya mampu mengeleng melihat gelagat Aria. Nampak sangat nak lari daripada mendengar bebelan dia.

"Aku harap ada 'seseorang' yang akan dapat bantu kau, Ari"

"Haish, mana pergi orang tua gemuk ni?"

Jarrel memandang ke arah sekeliling mencari pakcik tua gemuk yang sudah meminta bantuan dan khidmat mereka tapi masih belum muncul sampai sekarang. Jangan cakap orang tua tu lupa sudah lah.

Azrael yang tengah sibuk membelek pedangnya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Aku harap orang tua tu tak lupa dengan janji dia" rokok yang sudah habis dihisap, dicampak ke tanah dan Jarrel segera memijak rokok itu.

"Jom, Az. Kita pergi tengok orang tua tu ada dekat mana" Jarrel dan Azrael segera beredar dari tempat itu. Mereka harus segera mencari pakcik tua tersebut.

"Kenapa kita ada dekat sini, Sergeant Hajame?" tanya Rin, seorang pemuda yang merupakan pegawai polis yang masih baru di situ.

"Ohh, kita tengah tunggu mereka" jawab Hajame.

"Mereka? Siapa?" tanya Rin penasaran.

"Azrael dan Jarrel, seorang pembunuh upahan yang hebat dalam memburu sesiapa sahaja yang diamanahkan kepada mereka"

"P-pembunuh..upahan?? Kenapa kita kena tunggu diorang? Sepatutnya kita kena tangkap diorang. Saya takut kalau kita pula yang dibunuh oleh mereka" Rin sudah mengigil ketakutan. Maklumlah dia masih baru menjadi pengawai polis jadi dia masih belum berpengalaman untuk berhadapan dengan penjenayah yang berat.

"Nope, kita takkan tangkap diorang sebab kita sangat memerlukan khidmat diorang. Aku perlukan mereka untuk segera menangkap Zero dan ahli kumpulannya yang lain sebelum mereka semakin berleluasa melakukan kejahatan dan jenayah" Rin tercengang dibuatnya. Biar betul nak tangkap kumpulan mafia yang paling digeruni dengan perlukan dua orang pembunuh upahan sahaja?

"Sebentar nanti kau akan tahu kehebatan sebenar diorang, Rin" jawab Hajame.

"Oii, orang tua. Jangan kau lupa janji kau dengan kami" tiba-tiba Jarrel muncul tepat di hadapan Hajame sebaik dia memandang ke hadapan.

"Ohh, akhirnya korang datang juga" Hajame segera mencampak rokok yang dihisapnya ke lantai.

"Kau, seorang polis pun menghisap rokok? Kau memang gila, orang tua" Jarrel tersenyum sinis kepada Hajame.

"Heh, rasanya kau tahu aku oran--"

"Ahhhhh!!!" jeritan Rin mengejutkan Jarrel dan Hajame yang tengah berborak kosong.

"K-kau siapa? Apa kau buat atas kereta ni??" tanya Rin yang menatap Azrael yang selamba sahaja berada di atas kereta polis, siap duduk bercangkung lagi.

Azrael tidak menjawab melainkan hanya memandang ke arah Jarrel, memberi isyarat kepada Jarrel dalam diam.

"Kau masih belum berubah, Azrael. Masih orang yang sukar dijangka" kata Hajame. Dia lansung tidak memarahi akan sikap selamba Azrael.

"Sekarang berbalik kepada urusan kita. Jangan cakap kau lupa, orang tua. Kami takdak masa untuk ditipu" wajah Jarrel terus berubah serius apabila berkaitan dengan urusan bisnes pekerjaan mereka.

"Aku sudah tahu lokasi Zero dan anggotanya yang lain. Itu sahaja yang aku boleh bantu, yang lain sila uruskan sendiri. Tentang bayaran, sudah aku transfer pada akaun kalian" kata Hajame sebaik dia memahami maksud pandangan Jarrel ke arahnya.

"Bagus, itu yang kami mahu dengar. Ayuh, Azrael" Jarrel dan Azrael terus pergi dari situ untuk segera menjalankan tugas mereka untuk memburu mangsa mereka. Lagi cepat mereka jalankan tugas mereka, lagi cepat mereka siap.

"Mereka...aneh" Rin masih terkesima dengan gelagat Jarrel dan Azrael yang lansung tidak nampak seperti pembunuh upahan.

"Ayuh, ikuti mereka" Hajame masuk ke dalam kereta dan memandu kereta polis itu mengikuti langkah Jarrel dan Azrael dari jauh.