*Di sebuah dunia dimana pelbagai fantasi dunia berada termasuk alam manusia, tercipta secara tidak tersengaja. Di sinilah dimana teknologi, magis dan pengembaraan mula berkembang bersama...*
Nabas : *Menguap* Lama lagi kah kita mahu sampai, Lee?
Ilee : Sabarlah, aku pun bosan juga. Lagipun, kau tidur je kan sepanjang perjalanan kita ke bandar Cyber.
Nabas : *memuncungkan mulut* Alah, aku tanya je. Nipis betul lah kesabaran kau ni Lee.
Ilee : Apa kau cakap? *Ilee tersenyum, tetapi aura disekitarnya membuat Nabas tidak sedap hati*
Vithra : Sudah² lah tu... Tak penat ke tiap² hari nak gaduh? Lagipun, bekalan makanan kita dah habis.
*Suasana berubah sunyi untuk seketika*
Nabas dan Ilee : Tu kau punya pasal kan?! *Kata mereka secara serentak*
Vithra : *Tersentak* T-tapi mana aku tau bekalan tu cukup atau tak. Lagipun, makanan buatan makcik Lee sedap sangat.... *Berkata dengan muka tidak bersalah*
Nabas : *mengeluh* Aku rasa kita patut fokus mencari makanan sekarang... Hey Lee, apa kata kita berhenti dekat kawasan hutan ni. Mungkin ada makanan.
Ilee : Baiklah. Kita akan cari disekitar sini. Dan kau Vithra, pastikan kau bawa dulu makanan tu ke sini sebelum kau makan.
Vithra : Ya, aku tahulah. Aku taklah sampai makan tumbuhan beracun tau. *Kata Vithra sambil memuncungkan mulutnya*
Nabas : *mengeluh* Korang memang tak boleh akrab- *Nabas melihat sesuatu dengan kecepatan tinggi mengarah kepada mereka* Jaga²! Tembok Perangkum! *Nabas mengerahkan kuasanya untuk menghalang benda tersebut terkena mereka*
*Benda itu kemudiannya meletup dan menghancurkan persekitaran. Tiba², terdengar suara yang lembut dan lunak daripada asap tersebut*
??? : Huhuhu~ Boleh tahan...
-Bersambung-