Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Dante De Lucca : Black Jaguar

roti_celup
--
chs / week
--
NOT RATINGS
149
Views
Synopsis
Dante De Lucca seorang lelaki berdarah kacukan Itali dan China. Lucca yang bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat penerbangan miliknya sendiri. Pada masa yang sama, dia juga merupakan ketua Black Jaguar yang yang kejam. Rania Zahra seorang gadis yg berusia 20 tahun yang tinggal bersama ibu tirinya yang kejam dan tidak perikemanusiaan yang ingin menjual anak tirinya kepada tauke kelab malam untuk dijadikan pelacur. "I want you to trust me, believe in my every action"- Dante de Lucca "I know my husband is a man who keeps his promises. I believe what you do. I will always to support you and help you from your behind. I love my husband"- Rania Zahra

Table of contents

Latest Update1
Bab 12 months ago
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1

Bang! bang! bang!....

Bunyi tembakan memenuhi ruang Villa Sora House dan darah tepercik merata-rata tempat. Mayat-mayat bergelimpangan diatas lantai.

Bang!

"Zarif, kau okey ke? Zarif" teriak Rayyan sambil menggoncangkan badan Zarif akibat terkena das tembakan musuh.

"Kau nmpak aku okey ke sekarang ni?" jeling Zarif. Dah tengok aku nak nazak, lagi dia tanya aku okey ke tidak.

"Yelah, aku risau kan kau. Nasib peluru tak kena tempat-tempat penting" kata Rayya dengan nada meleret. Bahu Zarif dicucuk perlahan dengan jari telunjuk. 

"Aku okey je lah. Kena dekat bahu je pun. Acah2 risau konon" Zarif menjeling geram sambil menepis tangan Rayyan di bahunya. 

"Dah, jom balik. Semua dah settle. Aaron bawa orang tua tak guna tu balik ke markas kita. Jangan sampai dia lari. Lagi satu, aku nak kau orang bersihkan tempat ni. Jangan ada yang tertinggal satu pun. Mayat-mayat tu bakar je" arah Lucca kepada anak buahnya.  Dia hanya bercekak pinggang seketika melihat ruang Villa Sora House. Dah macam tongkang pecah. Serpihan pasu dan barangan rumah berepah sana sini. 

"Okey bos"

Sampai sahaja di rumah banglo milik Lucca, Rayyan terus mencampak Zarif ke sofa.

"Woi, kau apa hal tolak-tolak aku, aku dah la tengah sakit ni" pekik Zarif. Dahinya berkerut menahan sakit di bahunya.  Sempat matanya menjeling kearah Rayyan.

" Alah, yang sakitnya bahu kau bukannya kaki kau setan nak suruh aku papah kau pulak" marah Rayyan. Bdan dihempas ke sofa. Penat bertarung!

Lucca berlalu meninggalkan Zarif dan Rayyan di ruang tamu menuju ke bilik bawah tanah. Dia belum selesai lagi dengan musuhnya yang satu itu. Dendamnya belum berakhir. Mummy...daddy, I've done do my revenge for you!

"Wei, kau nak pergi mana tu, alahh relax dulu, orang tua tu tak lari mana lah" kata Zarif. Tangannya memegang bahunya bagi mengurangkan kesakitan.

"Aku nak pergi menjahanamkan orang tua tu, aku nak seksa dia sampai aku puas hati" ujar Lucca dengan amarahnya sambil berlalu pergi. Zarif memandang belakang tubuh Lucca yang sudah meninggalkan mereka di ruang tamu.

Di bilik bawah tanah, Lucca memilih beberapa senjata tajam untuk menyeksa Dato Hisyam yang telah diikat kemas diatas kerusi. Lantas engan itu, Lucca duduk mencangkung di hadapan Dato Hisyam sambil mata tmeepat mandang tajam ke arah Dato Hisyam.

"Kau siapa hah? Kenapa kau culik aku? Kenapa kau bunuh anak bini aku? Aku tak pernah cari pasal dengan siapa-siapa sebelum ni. Siapa kau?" jerkah Dato Hisyam kepada Lucca. Tangan yang diikat di belakang kerusi cuba dirungkaikan namun tidak berjaya. 

"Aku? Kau tak ingat ke dulu kau pernah bunuh mummy dan daddy aku? 16 tahun yang lalu kau bunuh mummy dan daddy aku depan mata aku!! Aku anak Dato Lucas Alexander dan Datin Angeline Rose. Kau bunuh mereka depan aku!!! Sekarang tiba masa aku pula nak balas dendam bagi pihak mummy dan daddy aku". kata Lucca dengan pandangan sinis sambil memainkan pisau rambonya di wajah Dato Hisyam.

Flashback

Di ruang tamu, mummy dan daddy Lucca sedang meluangkan masa bersama anak lelaki mereka pada malam hari kerana kesibukkan kerja. Sedang asyik menonton televisyen bersama tiba-tiba semua lampu terpadam. Blackout!

"Mummy??Daddy?? Lucca takut la" panggil Lucca

"Ya sayang, mummy dan daddy dekat sini? " sahut mummy. Tangan menggosok belakang tubuh anaknya. 

"Sayang dengan Lucca tunggu sekejap, daddy nak pergi tengok main distributor box kejap". kata daddy sambil berlalu pergi. Telefon yang berada diatas rak hiasan dicapai. Flashlight dibuka. Kaki mula melangkah kearah main distributor box. peti dibuka dan button arus ditolak naik. On.

Rumah yang gelap kembali terang, namun seseorang bertopeng hitam telah memegang Dato Lucas Alexander sambil mengacukan pistol di tepi kepalanya. Tanpa sempat berbuat apa, satu tembakan kedengaran kuat. 

Bang!!

"Ya Allah !! Abang!!" jerit Datin Angeline. Terkejut melihat keadaan suaminya yang sudah menyembah lantai.

"Daddy!!" jerit Lucca yang berdiri kaku

Datin Angeline Rose berlari mendapatkan tubuh suaminya yang rebah berlumuran darah sambil menangis.

"Abang... bangun abang. Jangan tinggalkan sayang dan anak." rayu Datin Angeline. Pipi suaminya ditepuk perlahan. Lucca menggocang perlahan tubuh daddynya yang lemah.

Bang!! Bang!!

Datin Angeline jatuh diatas dada suaminya. Darah mummynya bercampur dengan darah daddynya. Lucca terkedu memandang mummy dan daddynya sudah terbaring kaku dengan berlumuran darah. Tangan dikepal menggenggam penumbuk.

"Hello bos, settle semuanya" kata lelaki bertopeng hitam.

End flashback

"Kau anak diorang? Hahahahaha, kenapalah aku tak bunuh kau sekali waktu tu" Dato Hisyam menggelengkan kepala beberapa kali. 

"Sebab kau bodoh, kau pikir budak macam aku tak tahu cara balas dendam. Dasar orang tua bodoh!!" jerkah Lucca. Matanya merah menahan amarah yang mendalam. Dendamnya pada Dato Hisyam semakin mebuak-buak. 

"Yoo!! Laa hidup lagi orang tua ni? Aku ingat dan mampos dah! Kalau kau tak nak bunuh dia bak sini pisau tu aku nak buat eksperimen sikit dekat orang tua ni" Zarif terus merampas pisau rambo ditangan Lucca. Pisau ditangan dipusing beberapa kali.

Zarif mendekati Dato Hisyam. Lantas dengan itu,  dia duduk mencangkung dihadapan orang tua tu.

"Jadi ni lah orang tua yang tak sedar diri tu" kata Zarif sambil menoreh pisau rambo ke perut Dato Hisyam tanpa sempat berkata apa-apa. Darah meleleh keluar mencemari lantai dan tubuhnya.

"Kau bunuh sajalah aku" ujar Dato Hisyam. wajahnya berkerut menahan sakit.

"Bunuh kau? Nanti dulu aku belum puas nak bermain dengan pisau kesayangan aku. Hahahaha" pisau rambo diciumnya sekilas. 

"Tangan ini yang tembak mummy dan daddy Lucca kan?" Zarif mengambil kapak disisinya lalu memotong kedua dua belah tangan Dato Hisyam. Darah memancut keluar tanpa henti.

"Arghhhhh.. sakit" jerit Dato Hisyam. Tubuhnya mengelupur kesakitan.

"Sakit? Kau tahu tak aku lagi sakit tengok mummy dan daddy aku meninggal depan mata aku!!" jerkah Lucca. Naik turun nafasnya menahan amarah. 

"Giliran kau pulak Rayyan" kata zarif sambil menghulurkan pistol Glock-17 kepada Rayyan.