Chereads / Martial X / Chapter 1 - Bab 1

Martial X

MQxt
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 745
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab 1

Pagi yang cerah, langit yang biru dan burung-burung mula mengonggong. Terlihat seorang lelaki yang sedang tertidur sambil tidak memejam mata.

"Woah! Sungguh pagi yang indah bagaikan anjing dengan kucing... celaka!" Kata dirinya sambil melihat kearah jam loncengnya yang sudah hancur berkecai disebabkan anomali.

Suasana ruangan biliknya begitu bersepah dan hiruk-piruk. Banyak seluar dalam yang dah setahun tak basuh tergeletak di lantai biliknya. Lalu, ada seseorang yang memanggilnya dengan nada penuh kasih sayang dan prihatin.

"Arlain! Bangun cepat, sampai bila kau nak membuta! Dah pukul 7:30 pagi dah ini!" Ujar ibunya sambil mengetuk pintu biliknya dengan kuat bagaikan kapal terbang dengan kecepatan 9.11 km per min menghempas World Trade Center.

Arlain hanya mendengarnya sambil mewing dan menikmati suasana pagi yang begitu huru-hara, rumah jiran yang terletak tepat dihadapan rumahnya terbakar tadi pagi. Punca daripada kebakaran tersebut adalah diakibatkan seorang lelaki yang mencuba merebus telur guna microwawe. Arlain sangat terganggu dengan bunyi bising siren bomba dan warga setempat yang menjerit. Lalu, ibunya mengobrak pintu biliknya sampai hancur lalu menyimbah air kearahnya.

"Argghh! Apa yang ibu buat ini? Habis basah bilik Arlain." Ujarnya dengan nada sedikit terkejut dan marah kerana ibunya yang sekali lagi menghancurkan pintu biliknya yang diperbuat daripada konkrit.

"Bangun cepat! Kau dah berapa kali dah lewat pergi sekolah? Aku tak nak lagi pergi sekolah semata-mata nak dengar pengetua sekolah kau membebel berjam-jam." katanya dengan nada yang tegas, melihat kearah Arlain dengan ekspresi tajam seakan-akan ingin menjadikannya samsak tinju.

"Arghh! Awal lagi, sekarang baru pukul 7.40, pintu pagar sekolah kan tutup pukul 7.15, masih ada 23 jam 35 minit lagi."

Ibunya yang mendengar hal itu, mengeluarkan senjata handalan yang mampu menundukkan sesiapapun termasuk suaminya yang suka curang dengan janda jiran sebelah. Ibunya lalu membaling sendal kayu jati kearah Arlain sehinggalah membuatkannya kesakitan.

"Cepat mandi! Ibu bagi 10 minit untuk kau bersiap, ibu tahu kejap lagi ibu cek kau dah siap pakai baju sekolah." Ibunya lalu pergi sambil menghempaskan pintu... Tapikan... pintu dah rosak?

Arlain yang kesal lalu pergi ke bilik air dan mandi sambil nyanyi lagu skibidi.

Selepas mandi dan memakai baju sekolahnnya, Arlain lalu terjun dan lompat tepat diatas meja makan.

"Ibu masak apa hari ini untuk sarapan!"

Katanya dengan nada yang sopan... kalau telinga kau bermasalah lah.

"Sarapan? Kepala bapak kau sarapan! Cepat pergi sekolah!" Kata ibunya dengan nada marah dan masih memegang dengan erat sendal kayu jati miliknya.

"Apa? Ibu tak buatkan Arlain sarapan?Ibu nak Arlain mati kebulur ker? Inilah mentaliti orang tua zaman sekarang, kedekut nak mampus! Orang lain datang sekolah nak belajar sejarah, anak sendiri, jadi sejarah" Arlain dengan nada tak puas hati sambil melihat kearah emaknya dengan ekspresi marah.

"Baguslah itu, nanti ibu buat majlis tahlil kematian kau. Dah sekarang cepat pergi sekolah!"

"Yelah-yelah, tak sabar-sabar."

Arlain lalu pergi menyarung kasut Nike Air seharga RM 800 dan bersiap sedia untuk bergerak pergi ke sekolah.

"Ibu! Arlain gerak dulu!" Katanya dengan lantang sebelum bergerak pergi dengan pantas.

"Arlain! Kalau ibu dapat tahu kau lepak lagi kat rumah Haziq, siaplah kau!"