TANPA mempedulikan mata-mata yang memandang, Erza mempercepatkan langkahnya. Dia sesekali menoleh ke belakang. Kelihatan dua tiga orang lelaki bersuit hitam mengekori setiap langkah kakinya. Erza merengus keras. Daddy! Melampau betullah. Adakah patut diupahnya bodyguards untuk mengekori setiap pergerakannya. Huh! Tak bestlah macam ni.
Erza mematikan langkah tepat di hadapan sebuah butik. Terpampang jelas perkataan Butiq Angel's pada dinding berkaca itu. Suasana butik itu agak eksklusif. Dekorasi dalamannya simple tetapi cantik. Walaupun simple namun ruangannya masih jelas kelihatan moden dan mewah.
Hari ini dia akan shopping di butik lain selain butik pakaiannya sendiri. Erza membuka Butik EA selepas saja dia graduate. Butiknya itu sudah membuka beberapa cabang di luar negara selain Malaysia iaitu China, Indonesia, dan Korea. Dan jika semuanya berjalan lancar, Erza nak buka branch pula di negara lain.
"Welcome to Butiq Angel's. May I help you, miss?" sapa pembantu butik itu mesra. Senyuman manis cuba dilemparkan buat pelanggan yang cantik bergaya itu. Kedatangan gadis jelita itu menjadi tumpuan mereka sebentar tadi. Tambahan lagi dengan kehadiran tiga orang pengawal peribadi yang sedang berjaga di luar butik itu membuatkan mereka tertanya-tanya siapakah gerangan gadis tinggi lampai cantik jelita tersebut.
Erza mengukir senyum. "Thanks. I nak cari present for my Mom, but I tak tau nak pilih apa."
"Mama cik suka apa ya? Sebab kita boleh cadangkan mengikut cita rasa Mama cik." Ujar pembantu butik berwajah manis itu. Mesra.
"She's like dress, beg, perfume. Hmm... apa lagi ya?" Erza kerut dahi. Cuba mengingat semula kesukaan Mummy.
Pembantu butik itu tersenyum kecil melihat gelagat Erza. Tidak sangka gadis anggun itu memiliki sisi comel.
"Pilih dress aje la..." putus Erza. Malas berfikir panjang.
"She's like colours apa ya?"
"The red one and purple,"
Pembantu butik berwajah manis itu mengangguk. "Sebentar ya..." dia bergerak ke bahagian dress.
Erza mengekori langkah gadis comel itu. Dia turut membelek dress yang berada di depan matanya. Hmm... not bad. Kerjayanya sebagai Pereka fesyen membuatkan dia sangat teliti dalam memilih pakaian yang diinginkannya.
"Miss, yang ni macam mana?"
Erza menoleh. Dress panjang berwarna merah hati yang berada di tangan pembantu butik itu agak cantik sekali. Rekaannya simple tetapi cantik. Leher dress itu berbentuk V. Sesuai dengan selera Mummy. Pasti wanita kesayangannya itu menyukai dress tersebut.
Erza tersenyum lebar. Puas hati. "Okey, I nak itu la."
Selesai menjelaskan bill. Erza melangkah keluar dari situ.
*****
"Leave me alone, can you?" pinta Erza. Geram. Sakit hati dan matanya melihat bodyguards upahan Daddynya masih setia mengekori dirinya. Naik segan dia dengan tumpuan yang diberikan oleh para penggunjung shopping mall itu.
"Sorry, Miss Erza. Ini adalah arahan Tan Sri dan kami mesti patuhinya." balas salah seorang pengawal peribadi itu. Yang lain hanya mengangguk setuju.
Erza merengus keras. Smart phone yang berada di dalam beg tangan LV miliknya diambil. Nombor telefon milik daddy didail pantas.
"Daddy," sergah Erza geram. Lupa seketika untuk memberi salam pada Daddynya itu.
"Yes, sweetheart." jawab suara di talian. Garau namun masih tampak kasih sayang pada nada keras itu.
"Suruh bodyguards Daddy tu balik. Tak selesa la begini. Nak shopping pun susah..." rengek Erza, manja. Sesekali anak mata dilirik ke arah bodyguards yang masih setia mengekorinya itu.
Suara di talian tergelak besar. "Sweetheart la yang suruh. Apa pulak Daddy,"
Erza ketap bibir. Geram dengan perangai kuat mengusik Daddynya.
"Daddy please... malu tau orang tengok Erza semacam aje."
Makin kuat gelak ketawa di talian. "Untuk kebaikan anak Daddy juga pun kan..."
"Daddy!"
"Yes, my dear. What can I help you?" gurau suara garau itu sambil ketawa kecil. Sengaja mengusik anak gadisnya yang degil itu.
"Ishhh... benci la." talian dimatikan. Merajuk. Erza menjeling tajam pada bodyguards yang berada dibelakangnya itu. Sakit hati. Tak apa.. tengok la apa aku nak buat. Bisik hatinya nakal.
Idea! Mata diliarkan ke sekeliling. Mencari sesuatu. Cap! Bibir sudah mengorak senyum.
Erza berhenti. Dia menoleh ke belakang. "I nak ke ladies. So, don't you dare to follow me. Okey!" Suara sengaja dikeraskan. Tidak mahu plannya diketahui.
Pengawal peribadi upahan Daddynya itu mengangguk serentak.
Erza mengulum senyum dalam hati. Wajah cuba diseriuskan. Takut plan untuk melarikan diri dari situ gagal. Laju kakinya dihayun menuju ke tandas. Dia berpura-pura memasuki tandas wanita. Setelah yakin bodyguards Daddynya itu tidak menoleh ke arahnya. Laju sahaja kaki Erza berlalu dari situ.
Dia cuba menyelit-yelit di antara orang ramai yang berkunjung di shopping complex itu. Tidak dipedulikan lagi keadaan di situ. Apa yang dia tahu, dia mesti melarikan diri daripada kawalan bodyguards Daddynya. Peduli la dengan kemarahan Daddy. Bisik hati nakal Erza. Tersenyum puas.
Setelah memastikan tiada kelibat mereka mengekori dirinya, Erza melangkah pantas keluar dari bangunan shopping complex itu. Deringan yang bertalu-talu dari smart phone miliknya tidak dihiraukan. Dia yakin dan pasti bahawa panggilan tersebut daripada Daddy. No need to worry Dadd. Erza tersengih.