Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 70 - BAB 64 : HOPE, KELUARGAKU

Chapter 70 - BAB 64 : HOPE, KELUARGAKU

"Kerajaan telah menyerahkan dokumen yang sebelum ini rahsia tentang apa yang sebenarnya terjadi selepas tragedi serangan di markas Pasukan Khas. Dokumen ini menerangkan pelbagai benda tentang sel mutasi, teknologi yang sedang dicipta untuk menangani isu sekarang dan tentang Mutants yang sebelum ini digelar 'Superhuman.'"

"Beberapa hari sudah berlalu sejak serangan Mutants yang dipercayai kumpulan samseng The White Tigers terhadap markas Pasukan Khas, ramai yang terbunuh dan cedera parah hasil tragedi ini namun hadirnya juga kumpulan Mutants lain yang menyelamatkan juga ramai orang…"

"Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan kumpulan Mutants yang membantu Pasukan Khas dan bertarung dengan White Tigers tempoh hari."

"Dunia kita makin bahaya…Memanglah ada kumpulan Mutants yang kononnya di pihak kita tapi kita pun tak tahu objektif sebenar mereka!"

"Bagi saya, Mutants yang bertarung untuk kita haritu ialah harapan! Harapan untuk kita lawan mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka. Saya berharap sangat mereka bekerjasama dengan kerajaan…"

"Berapa ramai lagi anggota pihak berkuasa perlu mati? Berapa ramai lagi rakyat perlu berubah menjadi rasaksa? Adakah ini…kebinasaan umat manusia?"

Suasana markas Pasukan Khas yang sudah hancur kelihatan muram dengan pekerja-pekerja yang masih sedang merobohkan bahagian bangunan dan meruntuhkan dinding-dinding markas itu. Kesan pertarungan sebelum ini menyebabkan pelbagai kontena berisi barangan seperti senjata dan alatan berterabur, khemah-khemah hancur dan lubang besar yang menuju ke arah makmal terhasil.

Syafiq membantu dalam proses gotong royong itu dengan beberapa anggota Pasukan Khas yang lain.

"Saya sekarang berada di markas Pasukan Khas yang sedang diruntuhkan, mereka bakal berpindah pada markas baru yang akan dirahsiakan tempatnya demi mengelakkan tragedi sebegini terjadi lagi…"

Televisyen sedang terbuka di dalam sebuah bilik wad, mata Rose terbuka perlahan, dia sedang terbaring di katil hospital, kepala dan tengkuknya berbalut. Apabila pandangannya yang tadinya kabur kembali terang, dia menoleh ke tepi untuk melihat Ehsan yang tertidur sedang duduk di tepi katilnya.

"En-Encik Ehsan?" soal Rose. Ehsan terus terjaga, matanya terus terbuka luas.

"Kau dah sedar, Rose! Kejap…Aku panggil doktor!" Ehsan melihat dahulu keadaan Rose sebelum berjalan keluar dari wad itu dengan pantas.

Dua orang doktor memeriksa Rose, Bella berjalan masuk ke dalam bilik wadnya sejurus Rose selesai diperiksa. Kedua-dua tangannya berada di dalam kot makmal, Bella berjalan ke arah Rose yang sedang bersama Ehsan.

"Begitu…" Rose mengangguk faham selepas mendengar penerangan apa yang terjadi selama Rose koma beberapa hari sebelum ini. Bella menyilang tangan dengan riak wajah kurang selesa.

"Aku tak dapat apa-apa contact dengan HOPE, Encik Ehsan pun tak dengar apa-apa dari Nasuha…Mereka betul-betul hilang kali ni. Tambahan pula, Shaurya bermutasi lepas kau kena serang." kata Bella.

"Ap-Apa? Shaurya?" Rose terus kelihatan risau.

"Dia ada di makmal aku sekarang…Terpaksa tidurkan dia sedang badan dia memulih. Bila dia sedar, aku akan bagitau kau." balas Bella.

"Macam mana pula dengan HOPE?" soal Rose.

"Aku tak tahu nak buat apa…Dah bukak juga phone kau, mereka tak balas mesej atau panggilan dari telefon. Mereka block kau." Bella menyerahkan telefon ke arah Rose, dengan pantasnya Rose melihat mesej dan log panggilannya.

"Media sedang cari mereka sekarang, masa pertarungan sebelum ni, ada yang topeng terkoyak dan ada gambar wajah mereka, Pasukan Khas dedahkan identiti mereka…"" terang Bella, Rose meletakkan telefonnya ke bawah.

"Kau tahu Mei? Di rumah dia? Ada sesiapa tak?" tanya Rose lagi.

"Tiada. Percayalah, aku dah selongkah telefon kau, cari semua informasi aku boleh pasal HOPE tapi mereka memang hilang. Rumah Mei kosong…Yang aku jumpa hanyalah Lelaki Bertopeng, si Ali, dia seorang saja yang tak menyorok." balas Bella, teringat akan perjumpaannya dengan Ali.

"Ali? Dia…bukannya ahli HOPE pun."

"Dia pun kunci mulut dia, tak beri aku apa-apa…dan beri aku amaran, jangan cari HOPE sekarang." keluh Bella.

"Aku akan fikirkannya…Semua benda ni lepas aku pulih." Rose menyandarkan kepala di bantal, riak wajahnya kesal dan penat.

"Baiklah, aku faham." Bella kembali berdiri, dia memandang pula Ehsan.

"Tolong terus tengokkan dia, Encik Ehsan." pinta Bella.

"Ya, jangan risau." balas Ehsan dengan senyuman kecil.

***

"Boleh gerakkan tangan kau?" tanya Aisyah, dia dan Ali sedang berada di ruang tamu rumahnya. Ali mengenggam tangannya beberapa kali kemudian melihat tapak tangan sendiri, uratnya bercahaya biru kemudian menghilang dengan perlahan.

"Nampaknya dah pulih sepenuhnya. Baguslah…" kata Aisyah, Ali mengeluh kecil.

"Terima kasih, Aisyah." Ali memandang Aisyah dengan senyuman pahit, kelihatan matanya yang sayu.

"Okay…Kenapa nampak macam anak anjing yang sesat ni?" soal Aisyah, Ali mengalihkan pandangan namun Aisyah menyepak kakinya perlahan.

"Aku…Aku tak dapat ubah apa-apa. Pada akhirnya, aku fikir bunuh Danielle ialah pilihan yang betul tapi aku salah juga, aku masih gagalkan dia." keluh Ali.

"Ada orang memang dah sesat jalan dan tak boleh ditarik balik. Dia dah bunuh ramai orang…Kau boleh ke maafkan tu? Kalau kau boleh sekalipun, macam mana pula dengan mangsa dia? Dan keluarga mangsa dia?" Aisyah memandang Ali dengan riak wajah keliru.

"Bunuh dia…ialah satu keadilan juga dan jalan untuk selamatkan dia." sambung Aisyah, kali ini dengan wajah yang lebih tenang, Ali terdiam saja, memproses apa yang Aisyah katakan.

"Danielle ialah tanggungjawab aku tapi HOPE, mereka yang tanggung hasil tindakan Danielle…Apa aku boleh buat untuk bayar jasa mereka?" tanya Ali, matanya sedikit berkaca.

"Pikul tanggungjawab tu bersama, Ali. Ada untuk mereka." pujuk Aisyah.

"Aku cuba."

"Bagi aku…kau dah jadi salah seorang ahli HOPE sudah. Sertailah perlawanan mereka pula, Ali. Jangan berseorangan." Aisyah tersenyum, Ali mengangguk faham.

"Bercakap pasal HOPE, apa mereka buat sekarang?" soal Aisyah.

"Mereka…"

Kyoko meletakkan tangannya di generator, kilat unggu keluar dari tapak tangannya, memberi tenaga pada generator itu. Lampu terbuka, menunjukkan sebuah ruang tamu yang disusun dengan sofa,televisyen, beberapa meja dan kerusi serta almari. Di dinding terdapat simbol 'HOPE' dengan tangan yang memegangnya.

Lampu terbuka pula di sebuah koridor dengan bilik-bilik khas untuk setiap ahli HOPE, nama mereka tertulis di hadapan pintu. Mei memasuki bilik yang paling hujung, ruangnya luas dengan pelbagai alatan untuk berlatih seperti sasaran, punching bag dan barangan gim.

Terdapat dapur di mana Nasuha dan Khairul sedang menyusun barangan di peti ais dan almari dapur bersama. Mikael terduduk di dalam biliknya, terdapat hanya sebuah katil, meja kerusi dan sebuah almari. Terdapat beberapa buku dan fail serta bingkai gambar Mikael bersama dengan arwah isterinya, Syakila dan anaknya, Farah.

"Urgh…Akhirnya…Aku penat…Harap Nasuha masak sedap hari ni…" Nur terbaring diatas katil biliknya. Terdapat beberapa patung watak kucing disekeliling katilnya, Nur mengambil salah satu patung itu dan terus memeluknya erat.

"Ini dia, rumah baru kita." kata Khalid, dia bersama Chyou memasuki bilik latihan HOPE di mana Mei sedang berada. Simbol HOPE yang besar juga berada di dalam bilik itu.

"Inilah perjalanan baru kita." Mei memandang simbol HOPE itu dengan senyuman sayu, Chyou berdiri di tepinya.

"Terima kasih atas usaha semua selama beberapa hari ni. Aku tahu apa yang aku minta hampir mustahil tapi bersama, sebagai kumpulan, kita dirikan markas bawah tanah ini bersama. Inilah rumah kita sekarang. Lagi sekali, terima kasih,ahli HOPE semua!" Khalid mengangkat gelas berisi air oren, dengan senyuman dia memandang semua ahli HOPE yang berada di meja makan bersama dengannya.

"Terima kasih pada aku! Sebab kuasa aku yang paling banyak guna!" Nur mengangkat gelasnya dengan wajah yakin.

"Adillah lepas kau runtuhkan rumah kawan, kau ganti dengan rumah lain." perli pula Kyoko sambil mengangkat gelasnya, riak wajah Nur terus berubah serba salah.

"Dah lama dah tu…Saya redha." Nasuha tersenyum pahit mengangkat gelasnya.

"Terima kasih juga semua, aku tak pernah dapat peluang untuk cakap betapa aku hargainya korang, bersama disisi aku masa bertarung dengan ayah aku…" Khairul menfokuskan pandangannya pada Nasuha, Nur dan akhirnya pada Mikael, dia tersenyum kecil kemudian mengangkat gelasnya.

"Kita dah berkorban pelbagai benda, kehidupan kita takkan senang tapi kita keluarga sekarang. Marilah terus kuat bersama, HOPE." Mei mengangkat gelasnya diikuti Chyou yang diam saja.

"Banyak lagi cabaran kita bakal hadapi, tapi macam Mei cakap, kita akan terus bersama. Aku takkan kecewakan keluarga baru aku." Mikael orang terakhir yang mengangkat gelasnya.

Semua ahli HOPE melanggar gelas masing-masing, di meja terdapat hidangan ayam bakar dan beberapa lauk lain seperti sayur dan tempe goreng. Nasuha menyendok nasi kemudian menyerahkannya, masing-masing menikmati makanan yang terhidang.

Sambil mengunyah, Khairul memandang saja Nasuha yang sedang tersenyum bersembang dengan Kyoko dan Nur. Mei meletakkan lauk di pinggan Chyou dan memaksa dia untuk memakan sayur, riak wajah Chyou berubah mual melihat sayur yang banyak dipinggannya. Mikael makan dengan senyap saja.

Khalid memandang ahli kumpulannya kemudian tersenyum pahit dan tertunduk perlahan.

Aku tak sempurna.

Kebanyakkan masa…aku gagal lebih dari aku berjaya.

Tapi mereka berada di sini, di sisi aku, percaya pada aku…

Takkanlah aku nak khianati kepercayaan tu hanya sebab aku tak percaya dengan kemampuan aku?

Aku sepatutnya cuba lebih baik lagi, menjadi ketua HOPE…

Beberapa hari lalu…

Mei membuka telefonnya, artikel-artikel, berita dan media sosial sedang hangat tentang serangan yang berlaku terhadap markas Pasukan Khas. Semua ahli HOPE termasuklah Ali sedang berada di rumah Aisyah, masing-masing masih separa cedera dengan pakaian kostum masing-masing ada yang terkoyak.

Aisyah membuka pula televisyen, berita menunjukkan kesan pertarungan di markas Pasukan Khas, kerosakan menyeluruh dengan adanya dinding yang runtuh hasil Nuclear Punch milik Ali dan lubang besar di mana Lilly mengeluarkan pokok besar dan akar-akarnya sebelum ini.

"Tengoklah ni! Diorang hantar gambar-gambar muka kita dengan topeng berkoyak, ada yang tak jelas tapi…dengan gambar macam ni, diorang boleh tahu identiti kita." keluh Kyoko, Pasukan Khas telah menghantar gambar rakaman CCTV di mana adanya wajah-wajah ahli HOPE.

Ali segera membuka telefonnya, dia melihat gambar-gambar itu namun nasib baiknya, hanya ada gambar Ali dari belakang saja dan wajahnya tersorok namun bagi ahli HOPE lain, terdapat beberapa gambar yang jelas dan kurang jelas di mana wajah mereka kelihatan.

"Nasuha…Mei…Dua gambar ni jelas nampak muka korang." Kyoko menunjukkan pada semua, gambar wajah Nasuha dan Mei yang kelihatan jelas pada rakaman CCTV sedang mereka bertarung.

"Pasukan Khas dah lama tahu identiti aku…tapi Akak Mei." Nasuha menoleh ke arah Mei dengan riak wajah risau.

"Tak guna!" marah Khalid, semua di situ kelihatan terkejut,mereka tidak pernah nampak Khalid marah sebegitu.

"Apa sebabnya Pasukan Khas hantar gambar-gambar ni pada media?! Mereka memang sengaja nak kita datang pada mereka, serahkan diri?! Kita pertahankan mereka tapi mereka khianat kita!" Khalid bengang, dia menghentak kakinya dengan kuat.

"Bersabar, Khalid…" pesan Mikael.

"Macam mana?! Semua ni…Kita…Semua ni salah aku…" keluh Khalid.

"Apa yang kau cakapkan, Khalid? Kenapa kau salah?" soal Khairul yang keliru.

"Sebab aku sepatutnya…tak letak kita dalam bahaya macam ni lagi…Sekarang, kemungkinan besar pihak berkuasa, ramai netizen dah tahu identiti kita…Mana kita nak letak muka kita? Apa jadi kalau keluarga korang tahu-?" Sebelum sempat Khalid menghabiskan ayatnya,telefon seseorang berdering. Ianya telefon Mei, terpapar nama 'Mom' di skrin telefonnya. Mei memandang semua dengan wajah kesal.

"T-Tak…" Chyou juga sedar apa terjadi.

"Aku jawab call ni kejap." Mei berdiri dan terus berjalan pergi.

"Sial…" Khalid tertunduk.

"Korang kena low profile lagi…Apa plan korang kali ni?" soal pula Aisyah, dia menyilang tangan dengan wajah tertanya.

"Satu apapun…aku tak tahu nak buat apa." balas Khalid.

Mei kembali, dia terus mengenggam telefonnya sehingga ianya hancur, terbelah dua. Serpihannya jatuh ke lantai dan Mei terus memijaknya lagi.

"Mei?" Khalid terkejut.

"Keluarga aku dah tahu. Sekarang ni mereka sedang hantar orang ke rumah aku untuk ambil aku dan Chyou, kita tak boleh balik ke sana sekarang…" kata Mei.

"Nani? Mana kita nak pergi?" soal Kyoko.

"Korang, hancurkan telefon, hancurkan nombor korang…Jangan biar ada mana-mana pihak yang boleh track kita sekarang. Aku serius." arah Mei, Kyoko dan Nasuha melihat telefon mereka berdua.

Khalid tanpa berfikir panjang terus memijak telefonnya sehingga hancur juga, dia menoleh ke arah Mei dengan wajah sayu.

"Apa-apa jelah! Kalau keluarga aku tahu dan cari aku pun…Jadi masalah nanti." Kyoko menyebabkan telefonnya meletup di tangan dengan mencajnya secara berlebihan dengan kuasa kilatnya.

"Khai…tolong." Nasuha menyerahkan telefonnya ke arah Khairul.

"B-Baiklah." Khairul memandang saja riak wajah takut Nasuha, dia mengambil telefon Nasuha kemudian mengeluarkan bilah pedangnya dan menikam telefon itu.

"Sekarang ni kita tak boleh dikesan langsung. Jangan nampak sisa pun, buat masa ni kita bergerak dulu pada rumah Khalid untuk fikirkan pergerakan kita…Chyou, boleh tak kamu teleportkan kami satu per satu…Kita tak boleh bagi sesiapa pun nampak kita." pinta Mei, dia kelihatan berbeza, lebih tegas dan serius. Khalid perasan akan perubahan itu, termasuklah ahli HOPE lain.

"Boleh, kakak." Chyou mengangguk saja.

"Ada apa-apa aku dapat tolong?" tanya Ali, dia berdiri dan mendekati Mei.

"Ada. Kalau boleh aku nak kau ikut kami juga Ali, perlukan kekuatan beberapa orang."

Selepas seketika, sekarang mereka berada di rumah Khalid. Semua ahli HOPE dan Ali berada di ruang tamu, suasana tegang saja, masing-masing diam dan muram, tidak tahu apa yang patut dilakukan.

"Aku…memang dah lama terputus talian dengan keluarga aku tapi korang…" Nur menoleh ke arah Nasuha kemudian pada Kyoko.

"Korang tahu ASADA Corporation?" soal Kyoko.

"ASADA Corporation? Tak silap salah satu syarikat keluarga terbesar Jepun…" balas Mikael.

"Ya…Nama aku penuh aku Kyoko Asada." kata Kyoko dengan senyuman pahit.

"Apa ahli keluarga Asada buat belajar di Malaysia dalam banyak-banyak negara?" Mikael terkejut beruk sedang yang lain tidak tahu apa sangat tentang ASADA Corporation.

"Aku sebenarnya lari…Sebab benda bodoh…Sebab aku jatuh cinta, dengan budak Melayu. Sanggup belajar Bahasa Melayu, datang belajar ke sini, akhirnya kami break jugak…Sebabkan budak Melayu, aku jadi Mutant." cerita Kyoko.

"Puf." Khairul hampir tergelak namun Nasuha menyikunya.

"Takpe, gelak je…Memang lawak dan menyedihkan sejujurnya." tegur Kyoko.

"Jauh jugak sebenarnya cinta bawa kau." kata pula Ali, Kyoko mengangkat saja kedua-dua bahunya.

"Kenapa dengan ASADA Corporation, Mikael?" tanya Nasuha.

"Korang budak-budak jadi mungkin korang tak tahu sangat tapi…ASADA Corporation ialah syarikat besar yang didirikan oleh keluarga Asada, keluarga Kyoko. Mereka memegang teknologi robotik dan cybernetic terhebat dunia, dan beberapa lagi bisnes. Teknologi mereka banyak digunakan diseluruh dunia sekarang." terang Mikael.

"Banyaknya kau tahu pasal keluarga aku…" balas Kyoko.

"Aku baca banyak surat khabar dan artikel dulu…jadi aku tahu serba sebanyak." kata Mikael.

"Tch, lupa kau tua kadang-kadang." perli Kyoko, Mikael terus menjelingnya dengan wajah mengalah. Sedang yang lain mulai rancak, Chyou menoleh ke arah pintu bilik di belakang mereka dengan riak wajah risau.

Mei dan Khalid berada di bilik yang berbeza, Khalid tertunduk saja sedang Mei berdiri di hadapannya dan tersandar pada dinding.

"Khalid…Kumpulan perlukan kau sekarang. Aku ada plan dan aku nak kau dengarnya…Dah lama aku plan benda ni sebenarnya." kata Mei.

"Mei…Maafkan aku, sebab aku…kau terpaksa…ketuai…" keluh Khalid, Mei terus memegang kedua-dua bahunya dan memaksa Khalid memandangnya.

"Lagi sekali…Kau nampak sama macam mana pertama kali aku jumpa kau di kolej. Kau sedang mengalah pasal sesuatu, pasal impian kau." Mei memandang Khalid dengan wajah sayu.

"Aku tak boleh ketuai HOPE…Aku tak layak,tak cukup kuat…Seseorang macam Mikael atau Ali lagi bagus dari aku…" Badan Khalid menggeletar sedang dia mengakui kelemahannya, Mei terus memeluknya membuat Khalid terkaku.

"Aku nak kau ketuai HOPE. Bukan orang lain. Aku tak kisah sama ada kau layak atau kuat mana…Aku nak kau, Khalid…Kau hero aku." kata Mei, suaranya berubah serak, riak wajah Khalid berubah terkejut mendengar kata-kata Mei.

"Khalid, kau hero…Dan ada masa hero perlu diselamatkan. Aku ada di sini, yang lain pun, aku tak kesan satu keraguan pada hati mereka…Mereka mungkin ada masa takut dan gelisah tapi mereka percayakan kau…Kau ketua kami." Mei melepaskan pelukannya dan kembali memandang Khalid, dia meletakkan dahinya pula pada dahi Khalid.

Memori mereka semasa kecil bermain, kemudian semasa pertama kali berjumpa di kolej. Semasa Khalid di Dimensi Minda dan mendapatkan kuasa Mutantnya, perisai Beast Tiger terbentuk sedang dia menghadapi Stray. Pertemuan mereka dengan Khairul dan Nasuha, dengan Ali. Pertarungan mereka bertarung dengan White, Zaki dan Danielle. Memori terakhir yang terpapar ialah semasa semua ahli HOPE di meja makan, berseronok dan tergelak bersama.

"T-Terima kasih, Mei." kata Khalid sambil Mei menggerakkan dahinya perlahan dari Khalid.

"Apa plan kau?" Senyuman kembali di wajah Khalid, kali ini dengan tekad terpapar. Mei tersenyum.

"Mari cipta…markas untuk HOPE!"