Siren polis dan ambulans kedengaran, kelihatan ramai orang kawasan perumahan keluar dari rumah masing-masing untuk lihat apa yang terjadi, polis menghalang mereka dekat dan meletakkan pita larangan masuk. Seorang anggota polis menangkap gambar rumah Hazim, segala kerosakan, keadaan bersepah di ruang tamu dan kolam darah yang berada di lantai jalan tar.
"Bagi laluan!" Rose bergegas bersama Shaurya untuk lihat apa yang terjadi, matanya terbeliak melihat Khairul berada di dalam ambulans, Rose berlari ke arah ambulans itu.
"Saya kenalan dia!" kata dia, Rose terus menaiki ambulans itu, Shaurya pula melihat sekeliling, dia perasan akan bilah pedang yang berlumuran darah. Shaurya mendekati bilah pedang itu kemudian teringat akan lengan pedang yang Khairul boleh keluarkan.
"Khairul…" Rose memandang Khairul dengan wajah sayu. Alat pernafasan di pasang pada Khairul, Rose melihat kedua-dua lengannya yang dibalut namun darah masih berjalan keluar, dia meletakkan tangannya di atas tangan Khairul.
"Bertahan, budak." kata Rose.
Setibanya di hospital, Khairul di letakkan ke zon kecemasan merah, Rose sedang menunggu di lobi hospital sedang Khairul di x-ray, Shaurya tiba ke lobi kecemasan hospital, dia segera bergerak ke arah Rose yang kelihatan murung.
"Akak Rose." tegur Shaurya.
"Shaurya…Macam mana urusan disana tadi?" tanya Rose.
"Semuanya okay saja. Akak nampak tak okay sangat…" Shaurya risau, Rose mengeluh dan terus tertunduk.
"Apa yang terjadi? Nasuha pun hilang. Khairul dalam keadaan macam tu…Kerja White Tigers ke? Tak mungkin…Kenapa mereka tak serang saja semua ahli HOPE? Kenapa Khairul dan Nasuha saja?" Rose pening cuba memikirkan apa yang terjadi, Shaurya duduk di tepinya, dia meletakkan tangannya di bahu Rose.
"Akak…" panggil Shaurya, Rose menoleh ke arah Shaurya, matanya lebam, wajahnya pucat. Shaurya memeluk Rose perlahan, Rose terus membalas pelukan Shaurya, dia mengeratkan pelukan mereka.
"A-Aku…tak tahu….Tak tahu,Shaurya…Aku tak tahu…Uh…" Rose mula menangis, Shaurya menepuk saja belakang badannya.
"Ya…Aku faham, aku faham." kata Shaurya perlahan.
Selepas urusan di bilik x-ray selesai, Khairul di letakkan terus ke dalam wad kritikal. Seluruh badannya berbalut, dia memerlukan alat pernafasan dan masih tidak sedarkan diri. Rose dan Shaurya duduk di tepi katil hospitalnya, envelop x-ray dibuka oleh Rose, menunjukkan tulang rusuk Khairul yang hancur.
"Doktor kata sepatutnya mustahil Khairul hidup…tapi dia Mutant. Nampaknya doktor tu pun perasan yang tulang Khairul bergerak dan pulih dengan sendirinya. Ini bahaya…kalau orang tak sepatutnya tahu. Khairul bakal berada lagi dalam bahaya." keluh Rose, dia menyimpan semula gambar x-ray itu kemudian mengurut kepalanya sendiri.
"Boleh ke kita bawa Khairul keluar dari hospital?" soal Shaurya.
"Aku tak pasti…Ah, aku tak tahu nak buat apa…Nasuha…Nasuha mana?" Rose menepuk kepalanya.
"Akak Rose. Sudah tu." tegur Shaurya, Rose memandang saja Khairul.
"Cepatlah bangun, Khai…Kami perlukan kau untuk cari Nasuha." pinta Rose, tiada tanda pun menunjukkan Khairul akan sedar.
Kehidupan aku selama ini ianya menyakitkan, tiada hala tuju.
Aku hanya hidup saja…
Apa sebabnya aku terselamat dari kemalangan tu?
Kenapa ibu yang harus mati?
"Kalau kau tak lahir, Aina hidup sekarang. Aku tak jadi rasaksa ni. Bayangkannya, Khairul…Kehidupan tanpa kau…Indah betul tak?"
Apa gunanya semua kuasa ni?
Semua yang aku hadapi?
Kalau kawan aku sendiri pun aku tak dapat pertahankan.
Kalau orang yang aku sayang pun aku tak dapat pertahankan.
Mati jelah…
Tolonglah mati.
Mati jelah, Khairul…
Jangan bukak mata kau. Jangan bernafas…Jangan degupkan jantung kau lagi.
Berhenti…
"Aku sayangkan kau jugak, Khai. Dah lama aku rasa macam ni…"
"Ini…Ini air mata gembira. Hehe."
Nasuha, indahnya kau. Aku…hampir lupa untuk benci diri sendiri apabila nampak kau.
Kau berikan aku sebab…
Aku tak kisahlah apa nak jadi dengan dunia ni. Aku tak pernah kisah.
Tapi kau nak terangkan dunia ni dengan kuasa kau. Untuk jadi bintang harapan.
Nasuha, aku tak baik macam yang kau sangkakan…Aku buat banyak benda teruk sebelum kau kenal aku.
Aku sama saja macam budak-budak sialan yang buli kau. Aku sakiti orang lain…Aku tak berubah, kuasa aku hanya benarkan aku sakiti orang saja…
Aku tak boleh tolong bawa orang terbang, atau faham apa yang bermain di minda seseorang, menyambar selaju kilat atau teleport untuk jaga orang lain, aku takde perisai untuk orang menyorok di belakangnya dan aku tak dapat kawal bayang untuk cipta dinding demi jaga orang yang aku sayang.
Sikit pun tak istimewa, aku hanya bunuh, bunuh, bunuh dan bunuh. Tapi kau masih peluk orang teruk macam aku…
Apa yang istimewanya aku ni pada mata kau?
Kenapa kau pandang aku dengan wajah tu? Kenapa kau cakap kau sayangkan aku?
Hazim…Aku gagalkan kau. Letak kau dalam bahaya, letak Nur dalam bahaya juga…Aku yang salah, semua ni salah aku.
Khalid…Aku tak berguna langsung. Kau tak perlukan aku…
Mei…Kau cuba tolong aku dan aku hargainya. Terima kasih…
Kyoko…Kau bising dan selalu membontotkan diri kau dalam hal aku dan Nasuha tapi aku tak benci kau…Kau selalu tolong aku. Tak rasa aku sampai sejauh ni tanpa kau juga.
Chyou…Maaflah aku tak cuba faham kau. Mungkin kita boleh jadi kawan kalau aku pandai bercakap juga.
Mikael…Aku minta maaf tak dapat selamatkan anak perempuan kau. Aku kagum kau boleh berdiri semula selepas semua yang terjadi dan ambil pilihan yang berat.
Kalaulah aku boleh jadi sedikit macam korang…
Aku…gagal…
"Tak, Khai…Kau tak." Suara Mei kedengaran, Khairul menoleh ke belakang, dia sedang berada di dalam Dimensi Minda yang terbentuk seperti bilik lamanya yang bersepah.
"Mei?" Khairul pelik.
"Khai, badan kau berhenti pulihkan diri sendiri. Apa yang kau buat ni? Takkanlah kau nak mengalah? Nasuha dalam bahaya. Kawan kau dalam bahaya…" kata Khalid pula, tiba-tiba dia dan Khairul berada di ruang tamu lama Khairul.
"Aku minta maaf juga…sebab aku tak pandai bercakap…dan aku pelik…Aku tahu tu…" Chyou pula muncul, mereka berdua di bumbung sebuah bangunan, Khairul masih terdiam.
"Come onlah, Khai…Ini bukan masa nak mati." kata Kyoko, dia dan Khairul sedang terjatuh dari langit bersama.
"Bangun!" Kyoko menyambar kilatnya ke arah Khairul.
"Budak, aku faham kau sakit…tapi kalau kau mati sekarang. Ramai orang akan sakit lagi, jangan tinggalkan orang yang perlukan kau. Kami perlukan kau, budak." Mikael menangkap pula Khairul dengan cecair hitam, dia menarik Khairul ke tengah.
Tiba-tiba Khairul di kelilingi semua ahli pasukan HOPE, dia terduduk dan duduk saja di tengah-tengah mereka, di bawah lampu yang malap.
"Aku letakkan tanggungjawab berat bagi kau dan Nasuha sebab aku takut. Sebab aku tak tahu nak buat apa, lawan dengan Strays buat aku takut…Untuk diri sendiri, untuk anggota di bawah aku. Aku sepatutnya jadi orang dewasa yang lebih bagus lagi. Aku sepatutnya pertahankan korang berdua dengan lebih baik lagi…tapi aku tak…Aku yang gagal." Rose ke hadapan, dia mengenggam bajunya dan suaranya berubah serak, Khairul terangkatkan kepalanya sedikit.
"Tolonglah…Khairul…Selamatkan Nasuha…Aku merayu." Ehsan juga memunculkan dirinya, dia terduduk di hadapan Khairul, wajah mereka bertembung. Ehsan kelihatan sayu dan terdesak sedang Khairul kelihatan kosong, tiada emosi.
"Aku…tak boleh…Tak boleh menang…lawan dia." Khairul mengangkat kedua-dua tangannya, dia mengenggam erat namun tiada apa yang keluar selain daripada darah yang mengalir dari tempat di mana bilah pedang di lengannya akan keluar.
"Aku bukan Mutant dah…Aku takde apa-apa senjata…kuasa…untuk lawan…Aku tak guna…Aku lemah…" keluh Khairul. Titisan darah itu terkena pada lantai, Khairul tersujud lemah di hadapan semua ahli pasukan HOPE dan Rose serta Ehsan.
"Biar jelah aku mati. Aku memang sepatutnya mati pun. Kau boleh baca minda aku kan, Mei? Ambik je apa kau perlu…Biar…aku…mati…" rayu Khairul.
"Kau nak mati ke, Khai?" Nasuha tiba-tiba muncul, tinggal hanya dia dan Nasuha saja di dalam Dimensi Minda itu.
"Nas-"
"Khai…Kau tak boleh mati" kata Nasuha, Khairul terdiam.
"Jangan mati, Khai." Hazim pula muncul.
"Kalau kau rasa bertanggungjawab…selamatkan kami…" kata Nur selepas itu.
Semua orang terus hilang, meninggalkan Khairul sendirian di dalam Dimensi Mindanya yang kosong.
"Lepas kau selamatkan mereka…Baru kau fikir sama ada kau nak mati atau tak!"
Mei menampar wajah Khairul, mata Khairul terus terbuka. Dia sudah kembali ke dunia realiti semula, Khairul melihat sekeliling, semua ahli pasukan HOPE berada di situ bersama Rose, Shaurya dan Ehsan, mereka semua kelihatan terganggu dan sayu.
"Sanggup…kau fikir…dan cakap semua tu? Kau tak tahu ke…betapa sayangnya Nasuha pada kau? Betapa…kami kisahkan kau? Huh?!" marah Mei.
"M…Mei…" Khairul memandangnya saja, matanya terus berkaca.
"Chyou, bawa Mei pergi bertenang dulu." pinta Khalid.
"Baik." Chyou membawa Mei pergi dahulu, Khairul mengangkat kedua-dua tangannya yang berbalut.
"Aku tak percaya kau memang mengalah pulihkan badan sendiri supaya kau boleh mati. Rose dah menggila bila kau flatline tadi…" tegur Kyoko pula, Khairul mengalihkan pandangannya.
"Khai…" panggil Rose pula.
"Aku panggil mereka…sebab aku memang buntu sangat tadi." sambung Rose, Khairul langsung tidak memandangnya.
"Aku tahu kau takkan dapat cakap apa-apa pada kami sekarang, Khai…Tapi bagitau saja, apa jadi dengan Nasuha?" soal Khalid.
"Ayah aku…Dia…dengan Mutants lain…mereka bawa Nasuha lari…" balas Khairul dengan perlahan.
"Baiklah…jadi mereka tak bunuh Nasuha terus, maksudnya mereka ada sebab mahukan Nasuha hidup-hidup." Khalid meletakkan tangannya di dagu.
"Nasuha…masih dalam bahaya. Tolong cepat cari dia…" pinta Ehsan, Khalid menoleh ke arahnya dengan wajah serba salah.
"Mutants yang serang Khairul dan tangkap Nasuha…Mereka pastinya tahu serba sebanyak pasal kita, mereka mengintai dan menyelidik kami tanpa kami perasan. Kemampuan mereka juga tak diketahui sepenuhnya, kali terakhir kami membuta babi hadap musuh, kami semua hampir mati." terang Khalid, Ehsan mengenggam tangannya dan terus pergi dari situ.
"Khalid, kita bincang apa untuk dilakukan dekat tempat lain dulu…Dalam keadaan Khairul yang sebegini, kita masih takkan dapat apa-apa. Berikan masa untuk dia proses semua yang terjadi." bisik Mikael, Khalid mengangguk faham saja, dia berjalan pergi juga dari wad Khairul, Mikael mengekorinya tidak lama kemudian.
"Haih…Aku pun tak tahu nak buat apa langsung…" Kyoko pergi, dia kelihatan rimas. Rose dan Shaurya saja yang tinggal disisi Khairul.
Lagi sekali…Aku terselamat dan orang yang lebih baik daripada aku dalam bahaya.
Akhirnya Khairul di tinggalkan sendirian, dia mengenggam kedua-dua tangannya, lengannya menggeletar.
Khairul teringat akan semasa kuasa Mutantnya pertama kali keluar, dia ingin bilah pedang di lengan kanannya masuk semula.
"Masuklah…Masuk!"
"Keluarlah…Keluar…Keluar!" Khairul meraung sendirian di dalam bilik wadnya yang gelap, bilah pedang dari lengannya tidak keluar. Dia tidak dapat rasakannya seperti sebelum ini, Khairul menghentak kepalanya berkali-kali sebelum menarik selimut. Khairul mula menangis.
"A…Arrghh!"
Di sebalik tirai yang berada di katilnya, Mikael, Khalid dan Mei mendengar teriakan Khairul. Riak wajah Mikael berubah sayu, Mei tertunduk saja sedang Khalid kelihatan risau yang amat. Chyou dan Kyoko sedang berjalan di koridor hospital sambil membawa beg plastik berisi snek dan roti. Rose dan Shaurya pula sedang berbincang dengan anggota polis lain yang bertemu dengan mereka berdua di hospital itu.
Aku fikir aku dah berubah.
Akhirnya aku sama je…
Jam menunjukkan sudah pukul jam 12 tengah malam, mata Khairul terbuka saja, tirai katil wadnya dibuka oleh Kyoko. Khairul langsung tidak memandangnya semula, Kyoko duduk di tepi katil Khairul kemudian membuka telefonnya.
"In case kau lupa, Nasuha perlukan kau." Kyoko menunjukkan gambar yang ditangkapnya sedang dia bersama Nasuha dan Khairul, di belakang mereka pula langit yang terang dengan awan. Kelihatan Nasuha sedang tersenyum manisnya di dalam gambar itu.
"Aku…tak boleh buat apa…" kata Khairul.
"Kalau kau ada pedang kau balik, kau rasa kau boleh pergi selamatkan Nasuha?" soal Kyoko, Khairul meletakkan lengan di atas wajahnya.
"Tak…"
"Apa yang kau nak buat, Khai? Sampai berapa lama lagi kau nak ada dalam keadaan macam ni?" tanya Kyoko lagi, kali ini, Khairul terdiam saja.
"Dengar ni. Kehidupan kau memang macam tahi. Kau kena dera, kau hilang orang kau sayang dan kau budak saja. Memang otak kau celaru nak proses semua benda alah ni. Semua orang faham tu…tapi Khai ini bukan masa untuk kasihan kau. Nyawa orang dalam bahaya." Kyoko menggerakkan lengan Khairul dari wajahnya, dia memandang Khairul tepat pada matanya.
"Kau bukan budak biasa lagi, kau Mutant. Takde apa yang terjadi akan ubah tu lagi. Kau sendiri cakap betul tak? Apa yang penting ialah apa yang berlaku sekarang…Nasuha perlukan kau sekarang." kata Kyoko, Khairul menghembuskan nafas panjang, dia menarik tangannya semula.
"Kenapa…korang perlukan aku pun? Untuk apa? Aku tak boleh jejak Mutants macam korang.Aku takde kuasa pun dah….Apa yang korang tak faham lagi? Aku takde apa! Aku sepatutnya mati! Faham tak?!" marah Khairul, Kyoko terus terkebelakang dengan wajah terkejut.
"Sial!" Khairul menghentak palang besi di tepi katilnya, terus menyebabkan ia tercabut. Kyoko terus keluar dari wad Khairul tanpa berkata apa-apa, sejurus dia berada di luar, kelihatan Mikael sedang berada di situ bersama dengan Khalid.
"Kau serius keluar sekarang? Apa jadi kalau CCTV tangkap muka kau?" soal Kyoko.
"Mei gunakan kuasa dia untuk kawal kamera CCTV berdekatan sini…Aku dengar Khairul ada menjerit, nampaknya semua yang kita cakap, tak masuk pada dia." balas Mikael, Kyoko menyilang tangannya dengan riak wajah kecewa.
"Mei, Chyou dan aku pun tak dapat jejak ayah Khairul…Dia boleh sembunyikan aura dia ke? Selama ni dia perhatikan kita tanpa kita sedar, aku susah nak percayanya. Mei pasti akan tangkap aura dia…" Khalid buntu.
"Kita dah hadap banyak jenis Mutants dan Strays…Aku tak terkejut kalau dia ada kuasa yang luar dari kefahaman kita." keluh Kyoko.
"Aku tak salahkan Khairul rasa mengalah sebegitu. Apa yang dia hadapi, takde budak sepatutnya hadapi. Ayah dia bukan manusia, sebelum dia jadi Mutant sekalipun…Aku akan bunuh dia kalau aku dapat hadap dia." Mikael tekad, dengan wajah bengis. Khalid dan Kyoko menoleh ke arahnya, mereka berdua kelihatan terganggu.
"Dia tak bekerja sendirian juga. Ada Mutants lain bersama dengan dia. Arh, penjenayah Mutants lagi…Reputasi kita bukannya baik sangat lepastu ada pulak kes jenayah yang dilakukan Mutant terbongkar dalam jangka masa terdekat." Khalid menepuk perlahan wajahnya.
"Pentingkan fokus kita. Kita kena cari dan selamatkan, Nasuha." tekad Kyoko.
"Ya. Apa-apa terjadi…kita akan bawa Nasuha pulang. Sama ada Khairul ada atau tiada sekalipun atau betapa kuatnya pun ayah Khairul." Khalid mengangkat wajahnya, riak wajahnya berubah bengang.