"Terima kasih untuk selama ni, Rose. Maaflah, mereka perlukan aku." kata Bella, dia memasukkan begnya ke dalam bonet belakang kereta, Rose mengangguk faham saja."Terima kasih juga, Bella.""Bila hal di sana selesai, aku datang tolong kau balik." Bella menepuk bahu Rose dengan senyuman, Rose memeluknya perlahan, Bella membalas pelukannya."Hati-hati, jangan pergi mati pulak." pesan Bella, Rose tersenyum pahit dan mengangkat saja bahunya. Bella masuk ke dalam kereta dan terus memandu pergi dari rumah Rose.Tidak lama kemudian, Rose juga bergerak pergi dari rumahnya. Dia memandu melalui jalan yang kosong, radio dibuka."Tetapi...ada juga Superhuman yang membantu kami. Mereka menyelamatkan saya dengan kumpulan saya. Bukan semua Superhuman musuh kita. Jadi saya seru, kepada Superhumans di luar sana! Yang berada di Malaysia! Kami perlukan bantuan anda! Sertailah Pasukan Khas, bantu kami!" Suara Syafiq kedengaran dari hujung radio.Rose menongkatkan kepalanya sambil mendengar saja radio itu, hanya tangan kirinya saja memegang stering.Rahsia dah terbongkar, huh? Masa ni akan datang tapi tak sangka ianya secepat ini tapi Pasukan Khas dan kerajaan nampaknya takdelah berikan reaksi yang aku sangkakan.Ataupun itu hanya wajah yang mereka letak untuk tipu Mutants lain di luar sana. Tak mungkinlah kerajaan akan tenang saja lepas apa yang terjadi semalam.Itu tak penting sekarang...Yang penting ialah...Nasuha mendaratkan ahli pasukan HOPE ke dalam halaman rumah Mei, dia mendarat selepas mereka kemudian terus mengelap peluh. Khairul mendekati Nasuha, kelihatan riak wajahnya yang prihatin, Nasuha tersenyum saja ke arah Khairul."Aku okay." kata Nasuha."Aku...tak tanya lagi...""Aku tahu kau akan tanya, Khai." balas Nasuha, Khairul mengeluh kecil. Kereta Rose berhenti di hadapan rumah Mei, dia terus keluar dan memandang mereka."Akak Rose?"Rose berjalan masuk, dia tersenyum ke arah semua ahli pasukan HOPE."Kerja yang baik semua." puji Rose."Ingat kau akan marah kami..." keluh Khalid dengan senyuman pahit."Tulah...Sekarang kerajaan dah tahu pasal kami dan lebih lagi pasal Mutants." sokong Kyoko pula, Rose menyilang tangannya."Takkan dapat lari selamanya korang, aku sendiri pun tahu tu. Korang dah bertarung, jaga keselamatan ramai orang dan bantu Pasukan Khas. Takde sebab nak marah korang...Sejujurnya aku takjub sangat, korang dapat lakukan apa yang korang lakukan." terang Rose, Nasuha tersenyum mendengar kata-kata Rose itu."Nasuha dan Khairul...Korang memang terbaik, hero." Rose memandang mereka berdua pula, dia kelihatan bangga, Nasuha terus menangis namun segera mengelap air matanya dan Khairul pula tersenyum kecil."Masih banyak lagi untuk difikirkan tapi untuk hari ni, rehatlah semua." Rose membelai kepala Nasuha."Ya! Aku mintak cuti seminggu!" Kyoko mengangkat tangannya, semua tergelak melihat gelagatnya."Aku perlukan masa juga untuk fikirkan dan analisis apa yang terjadi semalam. Setiap kegagalan ialah tangga untuk capai kejayaan, White Tigers takkan terlepas lagi." kata Mikael pula."Bersemangat, huh? Nampaknya ada orang dah suka feeling jadi superhero, humm?" perli Kyoko, Mikael tersenyum kecil."Mungkin. Ianya menyeronokkan sejujurnya...bila aku takde kena tikam dengan kuasa sendirilah." balas Mikael, Kyoko terdiam dan terus mengalihkan pandangannya,tidak menyangka akan reaksi Mikael itu."Aku nak ucap juga, terima kasih semua. Aku akan belajar juga dari kesilapan aku dan pastikan operasi kita berjalan lebih lancar..." kata Khalid pula, Mikael menepuk bahunya."Kau dah buat terbaik, kapten." balas Kyoko."Alang-alang pun, a-aku nak minta maaf...Ada masa aku terkasar bahasa...lagi-lagi dekat Akak Kyoko...dan aku buat pilihan...yang kurang bijak..." Nasuha malu-malu, teringat akan semasa dia menjerit pada Kyoko dan semasa Pasukan Khas menembak roket RPG mereka."Dimaafkan.""Bukan salah kau." kata Kyoko dan Khairul serentak."Hei, kamu pun buat terbaik, Chyou." tegur Mei, Chyou menghembuskan nafas panjang."Saya...tak buat kerja sangat dengan baik...Khalid banyak kali terkena serangan...sebab saya silap fokus..." keluh Chyou."Kamu fokus menjaga kakak, salah kakak juga. Kakak kena belajar untuk gunakan kuasa kakak lebih pantas dan cepat dapatkan fokus." kata Mei, Chyou menoleh kearah Mei dan mengangguk saja."Saya akan pastikan...saya tak gagal lagi..." balas Chyou.Akhirnya semua ahli pasukan HOPE bersurai, termasuklah Rose. Masing-masing bergerak pulang, Khairul dan Nasuha berjalan kaki saja, hasil cuara pagi yang tidak terlalu panas, mereka berdua ingin menikmati masa bersama."Aku kena berlatih lagi...Kena jadi lebih kuat. Lebih yakin, lebih fokus. Bila aku teragak-agak, orang lain akan tercedera." kata Nasuha, Khairul memandang saja dia."Aku pun...Kena lebih hati-hati dan tak melulu saja. Kau tak boleh fokus sebab aku bodoh jugak, aku tak pandai berfikir macam orang lain, hanya mengharapkan deria aku saja." balas Khairul, dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya."Nampaknya kita berdua kena berlatih lebih lagi." Nasuha tersenyum."Ya.""Ah...Seronok jugak jalan-jalan macam ni, ambil udara segar." Nasuha meregangkan badannya, Khairul melihat sekeliling."Mungkin sebab takde kereta yang cemarkan udara...""Betul jugakkan?""Rasanya Hazim bising ke aku hilang semalaman? Mesti dia bising, huh...Dah lah adik dia syak sesuatu tak kena." keluh Khairul, teringat akan Hazim dan Nur."Aku boleh teman kau balik dulu...Kalau aku ada, perhatian diorang mesti tertarik dekat aku pulak." Nasuha menundingkan jarinya kearah dirinya sendiri."Sejujurnya...Idea bagus." balas Khairul.Pada akhirnya, Nasuha tetap membawa Khairul terbang bersama. Mereka berdua mendarat berdekatan dengan kawasan gerai burger milik Hazim. Khairul melihat saja gerai burger itu dengan senyuman sedang dia dan Nasuha lalu d ihadapannya.Memori semasa dia pertama kali datang ke situ, semasa Hazim membantunya, semasa dia membawa Nasuha makan dan semasa Hazim memeluknya selepas dapat mengetahui Khairul dalam keadaan selamat.Kawan pertama aku, kawan yang sebenar. Orang pertama yang layan aku macam manusia...Beri aku tempat, berikan aku makna.Di pandangan orang lain, mungkin bekerja di gerai burger itu nampak biasa saja.Tapi gerai burger Hazimlah tempat yang menyelamatkan aku.Dia buat aku percaya, manusia tak guna, lemah dan tak baik macam aku pun ada sebab untuk terus hidup...Untuk buat burger.Harap aku dapat bayar balik semua jasa baik Hazim.Aku janji.Khairul menekan loceng rumah Hazim beberapa kali, tiada yang datang keluar membuka pagar. Nasuha keliru kenapa di dalam rumah Hazim kelihatan gelap saja, Khairul menggaru kepalanya yang tidak gatal, pelik juga dengan apa sedang terjadi."Peliknya...Hazim bangun lambat ke? Tak pernah pula. Kalau Nur sorang je kat rumah, aku faham lagi tapi van Hazim ada je sini..." Khairul berfikir, Nasuha membuka pagar rumah Hazim, ianya tidak berkunci."Tak kunci?" Khairul bertambah pelik."Hazim selalu kunci pagar ke?" tanya Nasuha."Tak pernah nampak pagar tu tak kunci..." keluh Khairul.Dia dan Nasuha berjalan saja ke pintu rumah dan terus membukanya, Khairul berjalan masuk, rumah Hazim gelap saja, Nasuha melihat sekeliling."Hazim! Nur! Ini aku, Khai! Kenapa gelap je ni?" Khairul membuka suis lampu, Nasuha mengekori saja dia dari belakang."Aku bawak Nasuha. Kau ada kata nak jumpa dia lagi, kan? Haz-zim...." Khairul memasuki ruang tamu, dia terus terdiam dan terkaku. Nasuha berlanggar dengannya."K-Kenapa, Kha..." Nasuha juga terdiam selepas melihat siapa yang sedang berada di ruang tamu, mata Khairul terus berubah gerun, dia bernafas berat, degupan jantung menjadi kencang dan tangannya menggeletar."Wajah macam tu...kau buat lepas sekian lama tak jumpa orang tua kau, Khairul?" soal Zaki, dia sedang duduk di sofa dengan cawan kopi di tangannya. Senyuman melekat pada wajah."A-Apa?""Kau...fikir aku dah mati ke, dasar budak bodoh." balas Zaki, dia meletakkan cawan kopinya, Nasuha terus meletakkan perisai di hadapanya dengan Khairul, kuasanya terus diaktifkan."Bagus...Budak perempuan tu pun ada." Zaki berdiri pula, Khairul terus mengeluarkan kedua-dua bilah pedang di lengannya, wajahnya yang tadi gerun berubah bengis."Mana Hazim?! Mana Nur?! Mana mereka?!" jerit Khairul, Zaki menjelingnya, Khairul terus terkaku lagi dan terlangkah kebelakang."Jaga mulut kau...Diorang hidup lagi, jangan risau." kata Zaki, Khairul mengetap giginya, dia cuba mengenggam tangannya yang menggigil ketakutan."Macam mana...kau hidup lagi?" soal Nasuha."Aku pun tak tahu...Aku hanya bernasib baik saja. Atau mungkin kerana kuasa aku." Zaki berjalan mengelilingi Khairul dan Nasuha, perisai cahaya bertambah sehingga mengelilingi mereka berdua, Nasuha menfokuskan saja pandangannya pada Zaki sedang Khairul mengelakkan diri dari memandang pun wajah Zaki."Itu tak penting. Yang penting sekarang...Mangsa aku dah sampai dan aku takkan biar kau ganggu aku, budak sialan. Kau mangsa bagi rakan aku." Sejurus Zaki menghabiskan ayatnya, akar-akar tajam muncul dari siling dan terus menangkap Nasuha."Nasuha!" jerit Khairul, sebelum sempat bertindak, Nasuha ditarik ke atas dengan pantasnya. Zaki mengambil peluang semasa Khairul terganggu untuk mencekik dan menolaknya sehingga berlanggar dengan televisyen."Urgh!""Arh!" Nasuha melepaskan dirinya dengan menghasilkan pancaran dari tangannya dan membelah akar-akar yang mengenggamnya. Lilly sedang berada di tingkat atas, dia melepaskan lagi akar-akar tajam ke arah Nasuha.Perisai cahaya tercipta di hadapan Nasuha, Lilly dapat menolak dia keluar dari tingkap atas rumah itu."Silap...bawa aku keluar." kata Nasuha, dia terbang di udara dan menghalakan tangannya ke arah bumbung rumah Hazim.Pancaran laser merah ditembak ke arah Nasuha, dia terkena tepat pada perutnya menyebabkan pakaian Nasuha terbakar dan dia hampir terjatuh ke lantai tanah namun Nasuha sempat menangkap dirinya sendiri."M-Mutants lain?" keluh Nasuha, kelihatan perut Nasuha yang terbakar sedikit. Sebelum sempat dia berfikir, perempuan berambut pendek menuju ke arahnya, kelihatan batu-batu di jalan tar berkumpul pada seluruh tangannya, perempuan itu cuba menumbuk Nasuha namun dia sempat mencipta perisai untuk menghalang serangan itu, batu-batu jalan tar itu terus pecah menunjukkan wajah Nur yang kosong dan bermata putih saja."Tiada sesiapa akan tolong kau kali ni. Aku akan bagi kau peluang terakhir, tunduk jadi alat aku atau mati." Syakir menunjukkan dirinya, kelihatan dia sedang mengawal Hazim dan Nur melalui wayar-wayar di jarinya. Nasuha menerbangkan dirinya ke udara semula dan menjeling tajam Hazim."Apa kau buat dengan mereka?" soal Nasuha."Risaukan diri sendiri." balas Syakir, dia menggerakkan Hazim memandang ke atas."Argh!" Hazim meraung kemudian melepaskan pancaran laser merah dari kedua-dua matanya, Nasuha mencipta perisai cahaya namun perisainya terus ditembusi pancaran laser itu memaksa Nasuha untuk mengelak."A-Apa...kau...nak?" soal Khairul, Zaki mengheretnya di dinding. Perlahan-lahan seluruh tubuh badan Zaki berubah, badannya menjadi lebih besar dan berotot, bulu tumbuh di seluruh badannya sehingga mengoyakkan pakaiannya, kuku Zaki menjadi tajam seperti bilah pisau."Kali ni...aku akan...seksa kau...Musnahkan kau sepenuhnya! Semua yang kau sayang, aku akan hancurkannya. Dan kau akan sedar...Kenapa budak macam kau sepatutnya mati saja!" Suara Zaki berubah garau semakin wajahnya berubah menjadi seumpama serigala, dia membaling Khairul keluar melalui tingkap hadapan rumah Hazim."Waaarrrghhhh!" Zaki menyerang Khairul dengan pantas, dada Khairul dicakarnya. Khairul cuba membalas serang namun Zaki dapat mengelak serangannya dan terus menikam Khairul di perut menggunakan kukunya pula."Kargh!" Khairul termuntah darah. Zaki menyepaknya pula kemudian melutut dagu Khairul, dia menumbuk Khairul berkali-kali pula, tidak memberi ruang untuk Khairul membalas serang semula."Harharharhar! Lawanlah, Khairul! Ini saja ke! Kecewa betul!" jerit Zaki, dia melepaskan tumbukan tepat mengena tengah wajah Khairul, darah mengalir dari bibir dan kedua-dua lubang hidung Khairul."Aaarrghhhh!" Khairul dapat melukakan dada Zaki dengan belahan dari bilah pedangnya, Zaki tersenyum. Serangan mereka berkali-kali bertembung, Zaki menghentak Khairul ke van Hazim kemudian menyepaknya sehingga pintu kereta itu tercabut, Khairul mengambil pula pintu van itu dan menghentak kepala Hazim menggunakannya.Perlawanan mereka menyebabkan darah terpercik ke merata tempat, seluruh badan Khairul dipenuhi dengan luka cakar sedang Zaki hanya mempunyai luka belah di dada dan bahunya saja. Dia menarik rambut Khairul kemudian menghentak dia ke pagar rumah Hazim sehingga pagar itu roboh, Zaki menghentak lagi kepala Khairul sehingga meretakkan jalan tar di bawahnya.Khairul cuba menikam Zaki namun dia dapat memegang kedua-dua bilah pedangnya, Zaki tersenyum sehingga menunjukkan giginya yang tajam melihat keadaan Khairul yang cedera dan berdarah."Ah...Aku rindukan perasaan ni, Khairul...Nampak kau dekat lantai...Mengharapkan kau mati supaya aku boleh buang saja mayat kau dekat sungai dan buat tidak tahu saja. Ianya memang memuaskan, belasah kau separuh mati...Tapi aku sedar sesuatu." Zaki menguatkan genggamannya pada kedua-dua bilah pedang Khairul.Sedang Khairul bertarung dengan Zaki tadi, Nasuha masih mengelakkan diri dari serangan laser dan juga batu-batu tar besar yang menuju ke arahnya. Perisai cahaya tidak dapat menepis laser Hazim, Nasuha tidak dapat melepaskan serangan juga.Lilly memerhati saja dari tingkat atas rumah Hazim, melihat Nasuha yang bersusah payah mengelak dan Khairul yang berada di jalan tar, ditahan oleh Zaki."Maaflah..." kata dia perlahan."Kalau kau betul-betul mati. Aku takkan puas...Yang puaskan aku ialah buat kau terseksa. Adillah, kan? Kau yang buat aku terseksa dulu sebab kau lahir. Kau tak sepatutnya lahir pun...Huh, Khairul? Kenapa kau tak mati je dalam perut Aina? Kenapa kau tak boleh tinggalkan saja kami berduaan?" soal Zaki, matanya tepat memandang mata Khairul."A-Apa...?" Khairul terus berhenti melawan, kata-kata Zaki itu membuat dia celaru."Kalau kau tak lahir, Aina hidup sekarang. Aku tak jadi rasaksa ni...Bayangkannya, Khairul. Kehidupan tanpa kau...Indah betul tak?" Zaki mencabut bilah pedang Khairul di lengan kirinya, darah terpercik sehingga terkena pada wajahnya yang memandang Khairul dengan riak wajah dingin."Ar-Arrghhh! Arghhh!" Khairul meraung kesakitan, air mata juga mula mengalir."K-Khai!" Nasuha gerun melihat apa yang terjadi pada Khairul, dia mengendahkan segala serangan yang bergerak menujunya dan cuba terbang ke arah Khairul namun dia terkena tembakan laser di sisi badannya sebelum terkena pula balingan batu tar pada kepalanya menyebabkan Nasuha terjatuh dan terheret di lantai.Dia terus tidak sedarkan diri, darah mengalir dari kepalanya. Khairul menoleh ke Nasuha, tangan kanannya cuba mencapai dia."N-Nas...Nasuha..." panggil Khairul. Dia ternampak juga Nur dan Hazim yang dikawal oleh Syakir, mata Hazim mengeluarkan asap hitam sedang seluruh badan Nur ditutupi oleh batu-batu tar."Pandang mana tu? Aku belum habis cakap lagi..." Zaki memaksa Khairul untuk memandangnya, dia menarik pula tangan kanan Khairul dengan bilah pedang di lengan kepada arahnya."H-Hentikannya...Bunuh...jelah...aku...Jangan...Jangan sakitkan...Nasuha...Jangan...sakitkan diorang...Tolonglah...Tolonglah...A-Aku merayu...Aku merayu, orang tua..." Khairul merayu teresak-esak, Zaki tersenyum melihatnya."Tengoklah...betapa menjijikkannya kau sekarang." Zaki mencabut pula bilah pedang di lengan kanan Khairul."Arghhh! Arghhhh!" jerit Khairul, Zaki memijak dada Khairul dan menekannya sehingga tulang rusuk Khairul retak beribu."Kargh!" Khairul termuntah darah lagi, badannya menggeletar lemah, kedua-dua bilah pedang dicabut, luka-lukanya tidak pulih. Khairul dibasahi kolam darahnya sendiri."Aku...takkan bunuh kau lagi. Aku dah cakap...Aku akan musnahkan semua benda yang kau sayang. Kita akan berjumpa lagi, Khairul." kata Zaki, Khairul menguatkan dirinya untuk menoleh kearah Nasuha, pandangannya semakin kabur.Kelihatan biji benih besar menelan Nur dan Hazim, Lilly turun dan mendekati Nasuha pula, dia mengeluarkan biji benih yang membesar kemudian menelan Nasuha. Ketiga-tiga biji benih yang menyimpan Nur, Hazim dan Nasuha berubah menjadi kecil dan bergerak ke tapak tangan Lilly.Dia memandang saja Khairul dan terus mengalihkan pandangannya, air mata kembali mengalir dari mata Khairul."N...Na..."Menggunakan akarnya, Lilly membawa Syakir dan Zaki pergi dari situ. Pandangan Khairul semakin menggelap, badannya yang tadi menggeletar mula berhenti bergerak.N-Nasuha...Gelap sepenuhnya, Khairul tidak bernafas, tidak bergerak. Terbiar saja ditengah-tengah jalan, berlumuran dengan darahnya sendiri.