Aku selalu tertanya...Apa salah aku sebenarnya?Kenapa tiada sesiapa sedar situasi aku sebenarnya?Terduduknya seorang budak perempuan berambut panjang yang basah kuyup bersama dengan seragam sekolahnya yang lenjun, dia memeluk kedua-dua lututnya, menutup wajah dengan mata yang lebam dek menangis tidak lama tadi.Selepas seketika, dia keluar dari bilik air. Masih dalam keadaan basah, dia berjalan saja melalui koridor sekolah. Kelihatan suasana sekolah yang sunyi menandakan ramai sudah pulang. Budak perempuan itu tiba di tangga, terdapat dua orang budak lelaki sedang rancak bersembang, mereka berhenti seketika apabila melihat budak perempuan itu namun mereka endahkan saja dan terus berjalan pergi.Budak perempuan itu membuka pintu kelasnya, matanya terbuka luas seketika apabila melihat meja dan begnya habis dikotorkan dengan sampah sarap. Dia membuang semua sampah yang berada di dalam begnya dengan kelam kabutnya kemudian keluar saja dari kelas sambil mengheret beg yang sudah habis kotor itu.Riak wajahnya yang tadinya sayu berubah bengang, kelihatan kerut di dahi sambil dia berjalan kearah bilik dengan papan tanda 'Unit Displin' dan mengetuknya beberapa kali. Pintu bilik itu terbuka dengan perlahan, seorang guru lelaki berkaca mata dan berperut buncit yang membukanya."Cikgu Syahir, apa lagi bukti saya kena bagi? Ini dah cukup bukti yang Hanna dengan kawan-kawan dia tu buli saya, kan?" soal budak perempuan itu sambil menunjukkan begnya yang kotor dan busuk."Dengar ni, Nasuha...Kamu datang pada cikgu dengan takde adabnya. Cikgu dah tak nak layan kes kamu ni lagi, berapa banyak kali dah orang buktikan kamu tipu pasal dibuli semata-mata nak burukkan Hanna." terang Cikgu Syahir dengan wajah malas, Nasuha menggenggam tali begnya, ikut hati sudah lama dia baling beg ini pada wajah Cikgu Syahir namun dia menahan dirinya."Diorang tu semua yang tipu, cikgu! Saya tak faham...Saya tak faham kenapa mereka buat semua ni ataupun kenapa orang sokong mereka. Tapi saya tak tipu!" Nasuha menaikkan suaranya, Cikgu Syahir hanya mengeluh kemudian menutup sedikit pintu biliknya itu."Baik kamu pergi je dari bilik cikgu sekarang sebelum cikgu kenakan tindakan displin pada kamu, cikgu bagi kamu lepas kali ni, baik kamu fikirkan pasal apa yang kamu lakukan." Cikgu Syahir hanya menutup saja pintu biliknya, Nasuha terkaku seketika dihadapan bilik 'Unit Displin' itu, tangannya yang menggenggam begnya itu terjatuh ke bawah.Semuanya bermula beberapa bulan lepas...Hubungan aku dengan semua orang dalam kelas normal saja. Aku ada beberapa kawan dalam kelas itu malah dengan Hanna juga. Semua benda biasa saja, tiada apa yang pelik sehinggalah...Hanna putus dengan lelaki yang dia bersama, dia budak lelaki dalam kelas yang sama. Tiba-tiba saja budak lelaki itu suka dengan aku dan dia confess pada aku tak lama selepas putus dengan Hanna.Aku tak terima dia. Pada masa itu aku tak fikir panjang pasal hal tu tetapi sedar-sedar saja, aku difitnah curi lelaki tu daripada Hanna.Nampaknya lelaki itu tak terima yang aku menolak dia dan dia kembali pada Hanna hanya untuk buat semua orang benci pada aku.Dia tak serang aku secara langsung tapi dia buatkan Hanna dengan perempuan lain dalam kelas membuli aku.Hanya sebab aku tak terima dia...Dan Hanna pun percaya buta-buta saja pada budak lelaki itu.Kehidupan aku setiap hari aku di sekolah ni berubah terseksa.Mereka malah fitnah pada satu sekolah, setiap kali mereka buli fizikal pada aku dan baju aku habis kotor, meja aku diconteng dengan ayat-ayat buruk...Mereka fitnah yang aku lakukan semua benda tu pada diri sendiri untuk dapatkan simpati.Cikgu-cikgu pun percayakan mereka.Malah..."Kenapa balik lambat lepastu basah-basah ni?" soal ayah Nasuha dengan riak wajah marah dan tertanya-tanya, Nasuha meletakkan saja begnya yang kotor di lantai kemudian membuka kasutnya."Kalau Nasuha bagitau Ayah pun, Ayah percaya ke?" Nasuha menjawab, ayah Nasuha menyilang tangannya."Nasuha...Ayah takde kat sekolah kamu jadi Ayah memang tak tahu apa yang terjadi tapi takkanlah cikgu-cikgu kamu nak menipu pulak? Kamu pun dah mula biadap dengan ayah sejak ada perangai pelik ni! Siapa ajar kamu!?" marah ayah Nasuha."Dahlah, Ayah. Nasuha dah penat nak gaduh mulut dengan Ayah pasal ni." Nasuha hanya ingin pergi dari situ, dia mengambil semula begnya dan melajukan langkahnya menuju ke tangga."Nasuha! Iman Nasuha!" jerit ayah Nasuha sebelum menangkap tangan anaknya dan memegangnya erat, Nasuha menoleh kebelakang. Ayahnya terus menampar wajah Nasuha.Nasuha terdiam saja selepas itu dengan matanya terbuka luas, pipinya kemerahan kerana tamparan itu, riak wajah ayah Nasuha berubah bengang."Jangan malukan ayah lagi dengan perangai macam ni!" marah ayah Nasuha.Air mata terus mengalir dari mata Nasuha, dia langsung tidak memandang wajah ayahnya lagi. Ayah Nasuha melepaskan genggaman tangannya, dia seumpama terkejut melihat reaksi Nasuha itu.Pergelangan tangan Nasuha yang digenggam ayahnya tadi kemerahan juga."N-Nasu-" Ayah Nasuha cuba mencapai anaknya namun Nasuha menjauhkan dirinya."Ja-Jangan sentuh...Nasuha penat..." kata Nasuha dalam keadaan menggigil dan dia terus bergegas menaiki tangga dan menuju ke biliknya.Sejurus memasuki bilik, Nasuha terus mengunci pintu kemudian tersandar pada dinding. Dia tidak dapat menghentikan tangisannya, dia terduduk dan hanya meraung saja sambil menutup wajahnya.Selama ini...Aku buat yang terbaik.Untuk diri sendiri, untuk ayah.Aku tak pernah sakitkan orang lain macam ni.Kenapa?Nasuha sedang berada di dalam bilik air biliknya dan memandang saja cermin. Rambutnya serabai dan kusut, matanya lebam dan bahagian wajahnya yang ditampar masih kemerah-merahan.Di tangan kanannya, pisau kertas. Nasuha perlahan-lahan mengeluarkan bilahnya dan dia meletakkannya di atas pergelangan tangan kirinya.Semua benda menyakitkan aku...Aku tak tahan.Aku-Beberapa titisan darah terjatuh ke lantai, Nasuha terus membaling pisau kertas yang dipegangnya tadi jauh daripadanya. Darah dari luka kelar di tangan kirinya keluar dengan banyaknya, Nasuha menggenggamnya dengan erat cuba memberhentikan darah yang mengalir.Dia tercungap-cungap, sedar akan apa yang hampir dilakukannya, dia menggeletar dan terduduk saja di lantai bilik air. Seragam putih sekolah Nasuha dimerahi darah lukanya yang tertumpah.Pengecut. Aku pengecut."Seronok ke mandi semalam, Nasuha?" bisik Hanna sedang dia bersama rakan-rakannya lalu di tepi Nasuha sedang mereka berada di pagar sekolah, senyuman sinis terukir di wajahnya. Nasuha hanya tertunduk dan diam saja.Hanna memandangnya pelik kemudian hanya terus berjalan pergi daripadanya. Mata Nasuha kelihatan kosong saja.Hari ni agak pelik, semua orang menjauhkan diri daripada aku daripada mengacau aku. Mungkin sebab aku nampak macam mayat sekarang ni.Rasanya aku lagi suka macam ni. Ya, buat je tak tahu.Buat je aku tak wujud.Jangan dekat je dengan aku-Sedang Nasuha fikir dia sudah ditinggalkan sendirian dan sedikit lega. Tiba-tiba makanannya yang berada di atas mejanya ditolak sehingga habis mengotorkan seragam sekolahnya. Nasuha terjaga dari mengelamun dan dia terus menoleh keatas.Seorang lelaki memandangnya dengan senyuman puas. Dia ialah orang yang memulakan kempem buli terhadap dirinya, kelihatan tag nama pada seragam lelaki itu tertulis 'Syauqi'. Nasuha terus berdiri dan menarik baju lelaki itu, semua pelajar yang berada di kantin memerhati mereka dalam keadaan terkejut."Apa kau nak buat? Fikir diorang akan percaya kau ke?" soal Syauqi, selepas seketika, Nasuha melepaskan baju lelaki itu dan hanya berlari pergi saja daripada kantin.Kenapa?Tinggalkan jelah aku! Kau dah menang! Kau dah dapat semua yang kau!Aku dah mati dari dalam!Ini apa yang kau nak?Kenapa kau...kacau aku lagi?Nasuha duduk sendirian di bahagian belakang sekolah, air mata membasahi pipi. Dia mengeluarkan bilah dari pisau kertas yang dibawanya.Baik aku pergi mati je.Ataupun...baik aku bunuh je diorang lepastu pergi mati je sekali...Aku hanya kena berhenti jadi pengecut saja."Hah...Apa benda yang aku fikir ni?" keluh Nasuha sendirian, dia menepuk wajahnya.Kedengaran tapak kaki mendekati, Nasuha terus menyorokkan pisau kertasnya dan menoleh kearah bunyi tapak kaki itu. Pelajar lelaki dengan mata kiri yang lebam mendekatinya, dia memandang Nasuha dengan riak wajah pelik."Kau. Apa kau buat sini?" soal pelajar lelaki itu, suaranya garau dan dia seperti menjeling Nasuha."Takde apa..." Nasuha terkejut mendengar suaranya, lelaki itu ternampak akan pakaian Nasuha yang kotor dek terkena makanan tadi kemudian dia melihat pula wajah Nasuha yang masih basah dengan air mata."Takpelah. Maaf kacau." Pelajar lelaki itu mengalihkan pandangannya kemudian berjalan pergi, Nasuha memerhati saja dia pergi."Kau...tak kacau. Kau nak makan sini, kan? Aku pergi sekarang." panggil Nasuha sambil berdiri, dia perasan akan beg plastik berisi bungkusan makanan yang dibawa pelajar lelaki itu."Sambung jelah menangis. Aku pergi duduk hujung sana supaya takde orang lalu dan nampak kau. Pergi basuh jugak sikit baju tu, sempat lagi kot nak hilangkan kesan tu tapi aku tak pasti." terang pelajar lelaki itu panjang lebar dengan riak wajah janggal, Nasuha memandang saja dia kemudian air matanya sambung mengalir.Kenapa...Kenapa aku menangis sekarang ni?Tapi pada masa sama, aku rasa..."Ah...Hahaha." Nasuha tergelak sambil menutup wajahnya, pelajar lelaki itu mula kelihatan risau, dia menghadap Nasuha."Uhm...aku tahu ni soalan bodoh nak tanya tapi kau okay tak?" tanya pelajar lelaki itu, Nasuha kembali memandangnya dengan senyuman."Tak langsung...Aku rasa nak bunuh orang." balas Nasuha. Pelajar lelaki itu menggaru kepalanya beberapa kali."Baiklah, aku boleh faham." Senyuman pahit terukir di wajah pelajar lelaki itu."Macam mana kau fikir kau boleh faham?" keluh Nasuha, senyumannya tadi hilang dan mengelap saja air matanya, pelajar lelaki itu terdiam saja."Tiada sesiapa boleh faham rasa sakit macam ni." sambung Nasuha dengan suaranya berubah serak."Siapa yang buat kau macam ni? Apa nama dia?" tanya pelajar lelaki itu."Hah?" Nasuha pelik dengan pertanyaan itu."Jawab jelah...Siapa?""Nama dia...Syauqi dari Kelas 4-A.""Boleh aku tanya kenapa dan apa dia buat pada kau?""Aku sejujurnya tak tahu kenapa tapi aku reject dia. Sekarang dia dengan girlfriend dia buli aku hampir setiap hari, takde cikgu yang percayakan aku. Dia fitnah aku buat semua benda buruk ni pada diri sendiri sebab aku nak perhatian...Gila ke? Aku tak...Siapa yang sanggup buat macam ni dekat diri sendiri, setiap hari?" keluh Nasuha."Rasanya aku ada dengar pasal kau." kata pelajar lelaki itu."Aku tak buat semua ni kat diri sendiri!" Nasuha mengenggam pakaiannya sambil tertunduk."Aku percayakan kau." balas pelajar lelaki itu, Nasuha kembali memandangnya lagi, riak wajah pelajar lelaki itu kelihatan dingin saja."Jangan risau, aku bakal buat dia tak kacau kau lagi." kata pelajar lelaki itu sebelum berjalan pergi dengan pantasnya, Nasuha memerhati saja dia pergi tanpa berkata apa-apa.Aku tak faham apa yang terjadi.Sudah lama aku pendam apa yang aku rasakan dan aku hanya luahkannya saja pada budak lelaki yang aku tak tahu.Dan sedar-sedar saja..."Hah...Uh..." Pelajar lelaki yang bercakap dengan Nasuha tadi tercungap-cungap, hidungnya berdarah dan bibirnya pecah. Kelihatan ramai pelajar berkumpul di tengah-tengah perkarangan sekolah, Nasuha juga berada disitu, dia kelihatan terkejut dan terpinga-pinga seperti semua pelajar lain yang berada disitu.Syauqi sedang berada di lantai dengan wajahnya habis lebam, pelajar lelaki itu memukul dia sehingga dia lemah tidak mampu berdiri."Kenapa?" soal Nasuha sendirian, pelajar lelaki itu mengalihkan wajahnya kearah Nasuha kemudian mengelap saja darah dari hidungnya."Oi! Apa terjadi!" Dari jauh, Cikgu Syahir bersama seorang lagi guru lelaki mendekati sekumpulan pelajar yang mengelilingi kawasan Syauqi dipukul oleh pelajar lelaki itu tadi.Kenapa...dia pukul Syauqi?Pelajar lelaki itu keluar dari bilik 'Unit Displin' dengan kapas menutup hidungnya, dia mengeluh kemudian berjalan pergi dengan kedua-dua tangannya berada di dalam poket seluar."Tunggu!" Nasuha menegurnya, pelajar lelaki itu menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah Nasuha."Maaflah. Lepas aku bantai dia pun...Dia tetap terus menipu depan Cikgu Syahir." kata pelajar lelaki itu, dia menggaru belakang kepalanya dengan wajah kecewa."Apa? Kenapa? Ah! Aku tak faham...Sumpah aku tak faham...Kenapa?" keluh Nasuha, dia hilang kata-kata untuk pelajar lelaki itu."Aku benci je orang macam dia sebab tu aku pukul dia." balas pelajar lelaki itu, Nasuha menepuk wajahnya kemudian memandang pelajar lelaki itu."Diorang akan buat hidup kau macam neraka kat sekolah ni." kata Nasuha."Takdenya...Aku mesti kena buang punya lepas kes ni. Cikgu Syahir pun dah semak tengok muka aku. Ni dah kes kali ketiga aku buat macam ni. Takde amaran dah lepas ni. Tapi kalau entah macam mana aku tak kena buang, diorang mungkin akan berhenti sasarkan kau dan sasarkan aku pula." Pelajar lelaki itu mengangkat saja kedua-dua tangannya dan tersenyum sinis."Aku tak faham kau, kenapa? Kenapa kau nak jadi target diorang?" soal Nasuha, makin bercakap dengan pelajar lelaki itu, dia hanya bertambah bingung."Janganlah fikir panjang sangat. Aku memang nak kena buang pun, hanya cari sebab je. Orang macam dia pun layak kena bantai, kan?" keluh pelajar lelaki itu."Huh? Kalau ya pun...Ahh...Kau memang pelik! Kau pelik!" kata Nasuha sambil menunding jari ke arah pelajar lelaki itu."Aku tahu. Tapi hei, kemungkinan mereka akan berhenti kacau kau lepas apa yang terjadi. Tapi aku tak jaminlah." Pelajar lelaki itu mengangkat kedua-dua bahunya dan tersenyum pahit."Apa nama kau?" tanya Nasuha tiba-tiba, mengubah topik perbualan mereka."Nama aku...Khairul." balas Khairul, dia mengalihkan kepalanya sedikit."Terima kasih, Khairul. Entah kenapa, puas hati tengok muka Syauqi tu lebam." Nasuha juga tersenyum, Khairul memandang saja dia."Oh ya, nama aku Nasuha...Aku rasa aku kena bagitau sebab sekarang aku tahu nama kau." kata Nasuha, Khairul mengalihkan pandangannya."Okaylah, Nasuha...Kalau aku tak kena buang, mungkin kita jumpa lagi tapi kalau aku kena buang.. Aku cakap jelah awal-awal, jaga diri kau." pesan Khairul sambil berjalan pergi, Nasuha lagi sekali, memerhati saja dia pergi dari belakang.Budak lelaki pelik yang aku tolong aku. Tanpa aku sedar masa itu, segala tentang kehidupan aku bakal berubah.Kerana pertemuan ini...