Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

DAIRI TEMPAT KERJA PERTAMAKU

Zahreen_Ren
--
chs / week
--
NOT RATINGS
1.1k
Views
Synopsis
Kisah-kisah sedih, bahagia, perit perjalanan hidup ku di tempat kerja pertama ku

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - Sale Assisten

Aku Zahreen. Aku baru ja habis dari spm dan aku macam biasa menjalani hidup selepas tamat sekolah menengah. Tamatnya sekolah menengah dan habis spm aku pun melanjutkan hobi ku menonton anime setiap hari nya sambil menantikan results spm ku. Ibuku menyuruh ku untuk mencari kerja aku pun rasa macam malu dan malas mulanya nak cari dalam fikiran ku rasa nak mengannggur je. Tapi kalau ku menganggur ku tak ada duit dan aku pun takdapat nak beli barang-barang hobi anime ku itu. Lalu ku pun berfikir, aku harus mencari kerja untuk mendapatkan duit bagi hobiku itu. Aku bertanya kepada ibuku apakah ada kerja kosong untuk ku interview? Mak ku berkata ada ibu bertanya dekat supermarket emart suruhku jumpa dengan in-charge mereka.

Esok nya aku niat nak pergi bersama sahabat ku Adam tapi mak ayahku membawaku keluar berjalan. Tiba di sebuah supermarket mak ayahku ingin membeli barangan keperluan harian memasak tibanya di sana mak aku menyuruhku membuka mulutku untuk tanya cashier tersebut. Tapi ku lupa bahawa ku ini pemalu untuk bertanya. Maklumlah introvert. Aku dan adekku jalan dalam kedai tersebut pura-pura ingin membeli sesuatu dan kami pun beli aiskrim dan membawa ke cashier. Cashier tersebut mengucapkan selamat petang dan scan barang yang aku beli bersama adekku. Dalam hati ku berkata aku harus bertanya, aku harus bertanya, demi hobi ku... Lalu ayat pertama ku cakap, Kak nak tanya ada kerja kosong ka dan dia memanggil seorang wanita berisi memakai vest hijau yang pangkat nya branch in-charge tersebut menyuruh ku ke servis kaunter.

Ku pun ke servis kaunter. Kakak vest hijau itupun memberiku borang interview dan aku pun mengisinya bersama ibuku. Selepas ku habis tulis borang interview. Baju hijau intu tiba-tiba menelefon seseorang atau dikenali sebagai management. Management itu pun mensetujui apa yang dibual-bual akak vest hijau tersebut. Ku tertanya di dalam hatiku apa yang dibual mereka? Seterusnya akak vest hijau itu pun mula interview ku dan bermulanya pertanyaan kepada ku. Dia bertanya berapa umurku, dah habis belajarka atau masih mahu sambung belajr, berapa orang adek beradek,anak keberapa, tinggal dimana status bujang atau dah kawin, merokok ke tidak dan berbagai lagi. Selepas itu, ku menjawap semua soalan-soalan tersebut dan akhirnya ku diterima di tempat tersebut kerja pertama ku bermula sebagai Sale Assisten.

Inilah mula kisah " DAIRI TEMPAT KERJA PERTAMAKU" .