𝗣𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴: 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗻𝗼𝘃𝗲𝗹
[Di mana ini?
Apa yang terjadi?
Kenapa semuanya warna merah?
Ahh!
Aku baru ingat...
Apa aku bakal mati?
Di sini?
Pada masa ini?
Haihh...
Aku berfikir untuk menikmati hidupku...
Tapi aku terpaksa mati muda...
Aku berharap aku dapat hidup bahagia dan tenang di kehidupan seterusnya...
Mata aku sudah tidak boleh tahan...
Selamat tinggal dunia...]
Sebuah aplikasi web novel yang aku sedang baca terpapar jelas di layar telefon bimbitku.
'Dah tamat ke?!'
Aku melihat semula telefon bimbitku dan tidak diragukan lagi bahawa cerita ini sudah 'tamat'.
𝗧𝗮𝗷𝘂𝗸: Pengorbanan Sang Puteri
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴: Chelgitz1
𝗝𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿: 351
𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀: Tamat
Cerita ini betul-betul sudah tamat.
'Pengorbanan Sang Puteri' ialah cerita yang bertemakan fantasi, sejarah, sihir, kerajaan, seni bela diri dan akademi. Jumlah 𝘤𝘩𝘢𝘱𝘵𝘦𝘳 dari prolog hingga akhir ialah 351 𝘤𝘩𝘢𝘱𝘵𝘦𝘳𝘴.
Aku sudah baca cerita ini selama hampir 2 tahun.
Aku baca cerita ini walaupun dalam keadaan yang tidak tertentu. Aku baca cerita ini kerana watak utamanya seperti diriku. Sendiri, tidak ada yang peduli, dikhianati, dipergunakan tetapi dia tetap kuat dan sanggup berkorban demi orang yang dia sayang.
Bagaimanapun...
[𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿: Terima kasih kerana membaca
"Ahh... Mati-matian aku fikir cerita ini sudah habis... Rupanya epilog ditunda dahulu kerana ada masalah."
Ting!
'Eh? Ada notifikasi? Dari siapa ini?'
Arah mataku melihat ke arah layar skrin telefon bimbit ku. Aku memeriksa notifikasi yang muncul di layar bar status ku.
[𝗖𝗵𝗲𝗹𝗴𝗶𝘁𝘇𝟭: Hai, saya pengarang dari cerita P... ]
Itu yang terpapar di bar status ku.
'Chelgitz1?! Itu bukan ke pengarang Pengorbanan Sang Puteri?!'
Aku segera menekan notifikasi itu apabila aku melihat yang notifikasi itu berasal dari penulis kegemaranku.
- 𝗖𝗵𝗲𝗹𝗴𝗶𝘁𝘇𝟭: Hai, saya pengarang dari cerita Pengorbanan Sang Puteri.
- 𝗙𝗲𝘇𝗲𝗹: Pengarang?!
- 𝗖𝗵𝗲𝗹𝗴𝗶𝘁𝘇𝟭: Ya. Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada anda kerana telah menemani saya menulis cerita ini dari awal hingga akhir selama 2 tahun ini.
- 𝗙𝗲𝘇𝗲𝗹: Sama-sama... Cerita tu pun dah menemani saya selama 2 tahun ini.
- 𝗖𝗵𝗲𝗹𝗴𝗶𝘁𝘇𝟭: Atas bentuk terima kasih saya kepada anda kerana telah menemani saya selama 2 tahun ini, tepat pada pukul 3 petang ini, ada sebentuk hadiah dari saya kepada anda.
- 𝗙𝗲𝘇𝗲𝗹: Hadiah?
- 𝗖𝗵𝗲𝗹𝗴𝗶𝘁𝘇𝟭: Itu sahaja dari saya. Selamat tinggal dan terima kasih.
Hadiah? Selamat tinggal? Apa maksudnya?
Aku melihat jam tanganku yang berada dia pergelangan tangan kananku. Sekarang jam menunjukkan pukul 2:54 petang. 6 minit lagi nak pukul 3.
Lantak ah! Dah lambat dah aku ni! Baik aku gerak sekarang pergi jumpa 'dia'.
Ahh... Aku lupa nak perkenalkan diri. Dari tadi aku cakap tapi lupa nak perkenalkan diri.
Aku seorang pelajar biasiswa, Azel Felzeles, 22 tahun. Aku hidup seorang diri dan aku tidak mempunyai kawan. Lebih tepat lagi, aku tidak pernah mempunyai kawan selama 10 tahun selepas aku dikhianati kawan sendiri. Tapi, aku tidak pernah kisah dengan perkara itu.
Aku menjalani kehidupan yang malang di dunia ini. Aku bekerja sambil belajar di sebuah kolej yang cukup besar dan terkenal. Aku berusaha keras semasa bekerja dan pendapatan aku cukup untuk aku meneruskan hidup sementara waktu.
Aku juga seorang pembaca web novel. 'Pengorbanan Sang Puteri' adalah novel kegemaran aku dan sebentar lagi cerita tu dah nak tamat. Tak sabarnya!!
"Azel! Sini!" seseorang menjerit memanggil nama aku ditengah keramaian orang di tepi jalan.
"Maaf, lambat. Jadi, ada apa nak jumpa aku?" aku meminta maaf kepada dia kerana terlambat dan aku bertanya kepadanya ada urusan apa sehingga mahu berjumpa denganku.
"Ikut aku sekejap!" dia mengajakku lalu dia memegang pergelangan tangan kananku dan dia menarik aku supaya aku mengikuti langkah kakinya.
"Kau nak bawa aku pergi mana?" aku bertanya kepadanya.
"Aku nak bawa kau ke sesuatu tempat yang menarik tapi yang pasti, tempat itu jauh dari sini dan hanya kau seorang sahaja yang pergi kerana aku ingin bersenang-senang di dunia ini dahulu."
"Maksudnya?"
Pinnn!!!!!
"Arghh!" aku terkejut kerana dia menolakku ke tengah jalan dan ada sebuah kereta sedang menuju ke arahku dengan sangat laju dan tidak mahu berhenti seakan-akan dia memang ingin melanggarku.
Bum!
Aku terbaring di tepi jalan sambil berlumuran darah. Setelah hampir 3 tahun aku tidak merasai kesakitan dan hari ini, aku merasa sakit lagi dan keadaan bertambah lagi parah apabila sekarang, aku hampir mati. Aku merasa seperti sesak nafas dan aku mulai kedengaran suara yang samar-samar di telingaku seperti suara seseorang yang sedang memarahi aku tetapi aku memilih untuk mengabaikan suara itu dan perlahan-lahan mataku mula tertutup rapat.
'Apa yang terjadi? Aku dimana?' aku tertanya-tanya dimana aku sekarang kerana disini semuanya gelap dan jauh didepan sana, aku melihat sebuah buku yang mempunyai aura yang tidak biasa.
'Apa benda itu?'
Aku berjalan perlahan-lahan mendekati buku itu dan sesampainya aku disana, aku menyentuh buku itu.
Tiba-tiba sahaja aku terjatuh kebawah dan dibawah itu ada seperti sebuah pintu berbentuk pohon yang bercahaya.
'Pintu apa itu?'
Aku tidak tahu apa benda itu tetapi aku berjalan ke arahnya dan perlahan-lahan mataku mulai tertutup.
Aku membuka mataku perlahan-lahan dan aku telah sedar. Aku ingin bangun tetapi badanku terasa sakit seperti aku baru jatuh dari tempat yang tinggi.
'Dimana ini?'
Aku bangun perlahan-lahan dan aku melihat aku berada di satu tempat yang bagi aku terlalu asing. Aku terbangun di sebelah sungai yang berada di dalam hutan yang dipenuhi banyak makhluk menyeramkan yang sedang memerhatikanku dari jauh. Ketika aku bangun, aku melihat kaki dan tangan ku sangat kecil seperti seorang kanak-kanak. Aku berdiri dan berjalan ke arah sungai sambil menahan sakit.
Alangkah terkejutnya, apabila aku melihat diriku menjadi kecil seperti kanak-kanak yang berumur 3 tahun.
"Qayla!!" aku mendengar seperti ada seseorang yang sedang menjerit memanggil adiknya.
"Ay! Kau kat sini rupanya! Dari tadi aku cari kau!" dia berlari ke arah aku sambil membawa sebuah bekas untukku.
Aku menyengetkan kepala seperti tertanya-tanya siapa budak lelaki dihadapanku ini. Aku ingin bertanya tetapi mulutku seakan-akan terkunci. Aku tidak boleh bercakap. Aku pun tidak tahu kenapa.
Siapa dia? Qayla? Ay? Kenapa macam pernah dengan nama tu?
Aku jadi seperti kanak-kanak. Adakah aku sedang bermimpi bahawa aku berada di dunia lain dan aku menjadi seperti kanak-kanak semula? Apa yang terjadi pada diri aku? Seingatku... Aku dilanggar kereta dan aku terbaring di tepi jalan. Tapi... Kenapa dia menolak ku?
"Kenapa, Ay?" budak lelaki itu bertanya kepada aku.
Aku menggelengkan kepala aku yang bermakna aku tidak ada apa-apa. Aku tidak tahu kenapa aku menggelengkan kepala. Ada banyak persoalan yang sedang bermain di kepalaku saat ini tapi aku memilih untuk mengabaikannya sementara waktu.
Kalau aku sekarang sedang bermimpi, aku harap aku dapat mula hidup baru yang bahagia kat sini dan tak akan kembali ke dunia asalku.
𝟯 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻...
Benua Monight. Dulu benua ini, dikuasai 4 buah negara. Kerajaan Auswihl, Kerajaan Verwaltung, Kerajaan Haffen dan Kerajaan Red Blood.
Tetapi suatu hari, 3 buah kerajaan itu diambil alih oleh Kerajaan Red Blood, dan dia mengubah nama menjadi Empayar Monight.
Empayar Monight mempunyai 11 wilayah, kota Akademi dan ibu kota kerajaan. Wilayah Essen, Wilayah Handel, Wilayah Verwaltung, Wilayah Haffen, Wilayah Auswihl, Wilayah Kunst, Wilayah Verteidigung, Wilayah Forschung, Wilayah Brechen, Wilayah Landwins, Kota Akademi Weiser dan Ibu Kota Kerajaan Monight.
Sekarang, di dunia ini, nama aku ialah Qayla Riches Monight. Tetapi itu bukan nama sebenar aku. Nama sebenar aku adalah Qayla Ryan Shagon dan orang selalu panggil aku Ay. Hari ini, umurku genap 5 tahun.
Dunia yang aku tempati sekarang adalah dunia novel kegemaranku iaitu 'Pengorbanan Sang Puteri' dan aku telah menjadi karakter protagonis sekaligus antagonis.
Aku tak tahu bagaimana aku boleh masuk ke dalam dunia ni tapi yang aku tahu, aku ingin hidup bahagia disini. Itulah rancangan aku pada awalnya tapi sekarang aku rasa perkara tu sangatlah mustahil. Kemungkinan dapat hidup bahagia ialah hampir mustahil...
Lupakan tentang benda tu... Sekarang ni aku jadi puteri rahsia kerajaan Monight. Ayah tiriku ialah Yang Mulia Tuanku Raja Maziphile Riches Monight. Ibu kandungku ialah Yang Mulia Tuanku Permaisuri Miyazaki Zura.
Abang kandungku ialah Yang Mulia Tuanku Putera Raja Xayn Riches Monight tetapi nama sebenarnya ialah Xayn Ryan Shagon dan yang terakhir, kakak tiriku, anak pertama kepada Raja dan bekas permaisuri, Yang Mulia Tuanku Puteri Fura Riches Monight.
Maziphile berumur 75 tahun dan beberapa tahun lagi, dia akan mewarisi takhta nya kepada pewaris yang dipilih olehnya. Miyazaki pula berumur 10 tahun lebih muda dari Maziphile iaitu 65 tahun. Xayn berumur 19 tahun dan Fura pula berumur 23 tahun.
Disebabkan aku karakter protagonis sekaligus antagonis, jadi aku akan memainkan peran kedua-duanya. Jika korang tertanya-tanya macam mana, korang akan tahu nanti.