Chereads / tersentuhnya hati / Chapter 1 - tersentuhnya hati

tersentuhnya hati

bre_onna
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 669
    Views
Synopsis

Chapter 1 - tersentuhnya hati

Keluarga Shila baru sahaja berpindah ke johor.

Sebelum mereka pindah ke Johor mereka tinggal di melaka

Shila seorang budak perempuan berumur 14 tahun dia seorang yang pendiam, pandai dan suka melukis.

Inilah apa yang terjadi sebelum mereka sekeluarga pindah ke Johor..

Shila bersekolah di SMK XXX, Johor. Dia mempunyai ramai kawan.

Pada umur dia 13 tahun, di mana hari pertama dia bersekolah di SMK XXX, Johor.

Riiiinnnggg..! Lonceng sekolah berbunyi pada hari pertama Shila masuk sekolah..

"Alamak!, dah lambat. Harap-harap kelas belum mula lagi! ".ucap Shila sambil berlari menuju ke kelasnya..

*Shila terjatuh*

" ouchhhh, aduhhhh.. "Ucap Shila sambil duduk di atas lantai.

Shila melihat di depannya, ada seorang lelaki yang menghulurkan tangannya untuk membantu Shila..

" Awak okay? " tanya lelaki tersebut.

"Ouhhh...., tiada apa-apa". Jawab Shila

Shila memegang tangan lelaki yang ingin menolongnya untuk bangun.

Lelaki tersebut bertanya kepada Shila

"Awak siapa? Awak murid baru ke? "

"I.. I... Iya. Nama saya Shila" jawab shila dengan hatinya yang gugup.

"Ouhhh... , saya Faiz tingkatan 2". Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya kepada Shila.

Shila termenung sambil memandang Faiz.

"Kenap hati ini berdetak dengan laju? Seperti tidak lama lagi saya akn terkena serangan jantung kerana jatuh cinta". Kata Shila di dalam hati.

Faiz dengan heran melambaikan tangannya di depan muka Shila.

Lalu Shila berlari ke kelas. Tanpa dia sadari akibat terlalu lama memandang lelaki tersebut dia terlambat.

*Riiiiinnnggg* Waktu rehat

Shila pergi ke kantin sendirian. Dia belum menyesuaikan diri di sekolah barunya.

Sesampainya Shila di kantin,

Shila duduk di kerusi yang kosong. Faiz yang melihat Shila duduk sendirian pun berasa kasihan dan duduk di sebelah Shila.

Lalu ada sekumpulan budak perempuan sekelas dengan Faiz dengan Shila dipanggil kumpulan ZFL.

Singkatan dari nama Zulaika, Fazura dan Liana. Fazura seorang ketua dalam kumpulan dia. Zulaika pula pandai dalam sukan. Liana pula suka mendengar muzik.

Fazura sudah lama menyukai Faiz tetapi Faiz berhati dingin.

Sudah beberapa kali Fazura mengungkap perasaannya tetapi Faiz juga sudah beberapa kali menolak.

Fazura berbisik dengan Zulaika dan Liana " we... Tengok tu perempuan tu sibuk je rampas Faiz".

"Sabarlah, lagipun dah beberapa kali dah dia tolak kau". Kata Zulaika sambil menutup mulut untuk ketawa.

Fazura membawa sebuah gelas yang berisi air lalu menuju ke meja Shila. Faiz yang megetahui hal tersebut memegang tangan Fazura untuk menahan Fazura daripada membalinv air itubke Shila.

Fazura dengan terkejutnya lalu cuba melepaskan tangannya daripada genggaman tangan Faiz.

Setelah itu, Fazura dan rakan-rakannya pergi dari kantin.

Faiz memegang kedua- dua lengan Shila dan melihat keadaan Shila.

" Shila awak tidak tercederakan? ". Tanya Faiz sambil gelisah.

" mmm... Saya tidak cedera". Sambil senyum.

Faiz yang melihat Shila senyum dengan manisnya lalu berkatalah Faiz di dalam hati

"Adakah ini yang dinamakan cinta pandangan pertama? Mengapa hatiku berdetak dengan laju".

Shila dengan herannya bertanya kepada Faiz.

" Faiz.. Awak okay? ". Faiz mengalih pendangannya dengan segera.

" tiada apa-apa". Jawab Faiz.

"Faiz, tadi mereka bertiga itu siapa? "Tanya Shila.

" Ouhh.. Mereka pembuli di sekolah ini". Jawab Faiz.

*Keesokan harinya*

Shila pergi ke gelanggang bola keranjang. Dia datang bersendirian sambil membawa buku lukisannya lalu duduk di atas kerusi .

Secara tiba-tiba, dia terlihat Faiz yang sedang latihan bola keranjang.

Pada waktu itu, Faiz memasukan bola dalam jaring. Shila membuka bukunya untuk melukis Faiz.

Faiz yang menyadari bahawa Shila memerhatikannya . Lalu Faiz duduk di samping Shila.

Tanpa Shila sadari Faiz sudah tiada dia melihat sekeliling lalu berdiri dan meletakkan bukunya di atas kerusi.

"Awak cari siapa tu?.. " tanya Faiz. Lalu menarik tangan Shila.

Dengan tidak sengaja Shila memegang kedua-dua bahu Faiz.

Selepas itu, mereka bertatapan.

"Faiz...! " Jerit Fazura.

Shila mengalihkan tangannya dari bahu Faiz.

Fazura lari kepada Faiz sambil membawa botol.

"Nah, botol air. Awak pasti hauskan? ". Tanya Fazura. tetapi Faiz tidak menerima botol dari Fazura.

Faiz berkata "tak pelah tadi Shila dah bagi botol air untuk saya".

Lalu Fazura pergi dari situ.

" kenapa awak tipu dia? Dia suka awak ke? ".

Tanya Shila sambil menatap mata Faiz.

" Saya taklah suka dia sangat. Dah berapa kali dah saya tolak dia". Balas Faiz.

Shila hanya mengganguk.

Faiz melihat buku Shila di atas kerusi. Faiz membuka buku tersebut.

Shila berkata "kalau awak nak tengok boleh je". Faiz kagum dengan lukisan Shila. Apabila Faiz membuka muka surat seterusnya . Shila terlihat gelisah. Faiz membuka muka surat tersebut lalu melihat lukisannya yang sedang bermain bola keranjang. Faiz menyukai lukisan tersebut.

Itulah yang membuat Shila tidak gelisah lagi.

" Faiz, maafkan saya melukis awak tetapi tidak meminta izin". Tanya Shila.

"Kenapa awak minta maaf? Saya menyukai lukisan awak". Jawab Faiz sambil memandang lukisan Shila.

Beberapa minggu kemudian,

*ting tang ting tong. Tong tang ting ting. Perhatian kepada murid-murid, pada minggu ini pada hari rabu kita bakal mengadakan pertandingan melukis sambil menutup mata untuk murid yang bernama Shila sudah diisikan nama dan wajib datang pada hati tersebut. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sila berjumpa dengan guru disiplin untuk membuat pendaftaran. *

Shila dan Faiz berpegang tangan sambil berjalan bersama-sama. Shila rasa teruja kerana dia bakal memasuki pertandingan itu.

Pada hari rabu kemudian, Faiz memberikan Shila sokongan.

" semoga berjaya". Ucap Faiz.

Shila hanya mengganguk dan tersenyum.

*seterusnya kita akan memanggil Shila untuk melukis di atas pentas. *

Shila menutup matanya dengan menggunakan kain lalu melukis.

"Tamat".kata juruacara.

Shila membuka mata lalu menunjukkan lukisannya kepada juri.

Shila melukis hutan yang tenang pokok-pokok yang hijau dan rusa yang sedang minum air.

Lukisan Shila membuat para juri kagum.

Lalu Shila pun turun dari pentas.

Faiz berlari ke arah Shila dan membawa botol air.

" Shila awak pasti hauskan? Nah, ambil botol ni".

Pada penghujung acara.

"pemenang melukis sambil menutup mata ialah Ssshhiilla".

Shila gembira lalu pergi ke atas pentas. Dia memenangi tempat pertama.

Fazura dan rakan-rakannya cemburu.

Fazura menangis dalam tandas.

" ouuhh. Ya saya nak ajak awak ke kafe. Saya belanja. Kata Faiz.

"Ok" jawab Shila.

Mereka ke kafe lalu Shila segan kerana Faiz membeli banyak pencuci mulut.

Mereka belajar sambil makan.

Shila duduk di hadapan Faiz.

Shila mengantuk semasa belajar lalu tertidur.

Faiz melihat Shila tertidur. Faiz meletakan tangannya di sebelah pipi kiri sambil melihat Shila. Faiz berpindah tampat duduk. Dia duduk di samping Shila. Sambil duduk dia belajar. Dia merasa lebih mencintai Shila dan berkata "saya menyukai kamu".

1 jam berlalu, Faiz mengejutkan Shila.

"Shila, Shila.. Bangun".

" ya, saya dah berapa lama tidur di sini? ".

Shila bangun lalu membaringkan kepala di atas bahu Faiz.

" Faiz, saya baring di atas bahu awak dahulu . Saya penat. Semalam saya habiskan masa 3 jam untuk melukis awak. ". Kata Shila

" dipersilakan. Tapi boleh tak saya nak pegang tangan awak sebab saya sejuk". Ucap Faiz.

Shila hanya mengganguk.

Beberapa minit pun berlalu, mereka berpulang ke rumah.

Sesampainya Faiz di rumah, dia mandi lalu tidur. Dia terfikir tentang tadi.

"Dia membuat hati saya berdebar dan dia pun berani". Faiz berkata dalam hati sambil memukul bantal dan berasa malu mahupun gembira.

Rupa-rupanya apa yang dirasakan Faiz juga dirasakan oleh Shila.

Keesokan harinya, Faiz menemui kawannya Izal.

Tanya Faiz " we... Macam mana nak menyatakan perasaan ye? ". Sambil heran

" kau suka siapa? Tak sangka betul orang macam kau pun boleh menyukai seseorang".ucap Izal.

"Alahh... Aku suka Shila tapi entahlah dia suka aku ke tak". Ucap Faiz.

" Kau suka Shilla? Seriuslah! Kau tak tahu ke ada seorang lelaki ni sukakan Shila juga tau". Jawab Izal dengan terkejut.

"Hah?! Siapa? ". Ucap Faiz.

" budak popular di sekolah kita. Syafiq".

Faiz dengan terkejut dan harus cuba lagi untuk memikat hati Shila. Tetapi Faiz tidak tahu bahawa Shila juga menyukainya.

Setiap hari Faiz dan Shila semakin dekat. Fazura juga tidak menyukai Faiz.

Shila dan Faiz terlihat seperti pasangan. Tetapi ada sesuatu yamg menggangu

mereka iaitu Syafik.

"Shila awak sihat? Nak makan dengan aku tak? ". Tanya Syafik sambil menarik tangan Shila.

Tetapi Faiz menarik lagi tangan Shila.

" aku dah ajak dia dulu". Jawab Faiz.

Syafik melepaskan tangan Shila lalu menolak tubuh Faiz. Tetapi Shila melindungi Faiz.

"Syafik! Aku dah bagi kau amaran kalau kau sentuh Faiz lagi jaga tangan kau! ".

Syafik beredar dari situ.

tahun berganti tahun, hubungan Faiz dan Shila semakin akrab. Kini Shila tingkatan 5 dan Syafik tingkatan 6.

Mereka masih berkawan tetapi pada pandangan orang lain mereka seperti pasangan.

Setiap kali mereka berjumpa mereka pasti akan berpelukan. Lagipun Shila hanya mempunyai sahabat seperti Faiz. Faiz juga sering datang ke rumah Shila dan ibu bapa Shila sudah menganggap Faiz sebahgian dari alhi keluarga.

Sekolah mengadakan majlis perpisahan tingkatan 6.

Pada waktu itu, Shila mengajak Faiz ke atas atap sekolah . Shila ingin menyatakan perasaannya kepada Faiz.

" Faiz, aku dah lama nak cakap yang aku suka kau dari dulu tapi aku takut kau menolak aku kerana dapat merosakan persahabatan kita".

Faiz menarik pinggang Shila dan Shila meletakkan kedua-dua tangannya di dada Faiz.

Mereka berciuman di sana.

Air mata Faiz menitis kerana cintanya terbalas. Shila mengelap air mata Faiz dengan jarinya.

"Saya pun menyukai awak" ucap Faiz setelah itu memeluk Shila dengan erat.

* Tamat *

°nantikanlah tersentuhnya hati 2.😁