Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 109 - Episode 109 : Master Baru.

Chapter 109 - Episode 109 : Master Baru.

"Master...bila nak habisnya ni?"

"Bila apanya...kamu semua baru lari keliling padang 10 kali takkan dah tak larat?"cekak Marvin di tepi padang memerhatikan para pelajar Akademi Latihan Muda tahun kedua sedang berlari sekeliling dalam keadaan pelbagai ragam itu.

Ada yang berlari sambil berganding bahu, ada juga yang tertunduk-tunduk sebab tidak lari hendak berlari, ada yang batuk bukan main lagi berlebih seperti tersedak air liur sendiri.

"ArghhH!Master Marvin!Lepaskan kami!"

"Lari lagi...kamu semua masih ada 20 pusingan sebelum dapat berehat..."laung Marvin lagi sebelum menurunkan tangan dari terus mencekak pinggang. Budak-budak ni kan...bukan main liat kalau disuruh bersenam. Mana la badan tu tak berat!Disuruh berlari aje penat la apa lah...makan nak sedap, bersenam tak mahu!

Papan carta pembelajarannya di bawa ke depan muka, lantas Marvin meneliti setiap butiran di situ. Nampaknya kelasnya bersisa empat bulan sahaja lagi sebelum master baru akan masuk untuk mengantikan tempatnya nanti. Jadi dia kena selesaikan semua silibus yang ada sehingga la topik empat tersebut.

Kalau bukan disebabkan Marvin telah berdaftar untuk menjadi tentera di kem latihan dimana Ricardo berada selama tiga tahun, mungkin Marvin akan kekal mengajar di akademi ini. Menjadi tenaga pengajar disamping menambahkan pengalaman dan membantu ayahnya sedikit untuk menguruskan pentadbiran akademi. Sudah satu tahun setengah Marvin libatkan diri sebagai master dalam tempat itu.

Tamat saja belaja di akademi latihan muda, Marvin terus daftar menjadi tenaga pengajar. Dengan harapan dia dapat menambahbaikkan diri dengan terus berada dalam akademi ini. Dan sepanjang tempoh itu Marvin cuba hendak menjadi lebih baik.

Sebab itulah dia membuat permohonan untuk masuk ke kem latihan tentera. Dia mahu menjadi seorang lelaki yang gagah yang mampu pertahankan diri dan orang lain nanti.

Sudah tiga tahun Marvin move on dari terus mengingati Darra. Fikirannya sekarang terarah untuk menjayakan diri sendiri menjadi seorang lelaki berkaliber dan kuat.

Kalau ditanya rindu Mestilah. Tapi hendak buat bagaimana, sudah ditakdir bukan jodohnya.

"Selamat siang Master Marvin..."

Kepala Marvin tersentak memandang ke kanannya sebaik dengar. Dia ingatkan siapa sebab suara itu tidak asing buatnya. "Lord Alfareeze.."pandangnya dengan kagum kerana melihat lelaki berpakaian serba hitam itu sedang tersenyum mesra kepadanya.

Tolan di samping Alfareeze pandang akan Marvin dengan renungan dinginnya.

"Bila tuan ke sini?"soal Marvin memusingkan badannya kepada Alfareeze sebagai tanda hormat kepada pegawai besar di depannya itu.

"Saya baru balik dari istana...terus ke akademi ini memandangkan jarak antara dua tempat ini tidak sejauh mana.."ujar Alfareeze sebelum mengerling ke sekitar kawasan akademi dan padang itu. Sambil menyeluk tangan ke dalam poket kot labuhnya, dia menarik nafas dengan dalam. "Tempat ini masih sama nampaknya ya.."

Marvin ikut turut melihat sekeliling sambil tersenyum nipis. "Ya...sama saja. Tiada banyak yang berubah...."dia pandang semula ke Alfareeze. "Apa yang membuatkan tuan ke sini?"

"Saja...hendak melawat tempat dimana saya pernah turun menjadi tenaga pengajar di sini...adakah kamu kini menjadi seorang master juga?"Alfareeze melentokkan sedikit kepalanya sewaktu bertanya.

"Sementara saja...sambil tunggu master baru masuk bertugas, saya ambil alih seketika kelas yang tiada pengajarnya..."jelas Marvin.

Melihat penampilan Marvin yang masih sama seperti tiga tahun lepas buatkan Alfareeze teringat dimana Darra berambut pendek. Dua orang ini sentiasa bersama sewaktu belajar dulu. "Menganggu ke kalau saya minta sedikit masa dari kamu?"

"Tidak.."geleng Marvin serta merta.

"Kalau begitu marilah kita berjalan sambil berbual..."aju Alfareeze mengangkat tangan tunjuk akan satu arah.

"Baiklah..Tunggu sebentar kalau begitu."Marvin berpusing semula ke arah pelajar-pelajarnya. Dia memberi arahan kepada mereka semua untuk berhenti berehat dan pulang ke kelas. Setelah itu barulah dia mengikut Alfareeze.

Dilaluan deretan pohon renek kelihatan tiga lelaki lampai berjalan dengan derap perlahan. Seorang paling belakang, manakala dua lagi bersamping antara satu sama lain.

"Adakah lelaki di belakang ini lelaki yang sama bantu tuan sewaktu peperangan tempoh hari?"tanya Marvin.

"Bukan, yang bantu saya berperang tempoh hari adalah kesatria elit, Tolan merupakan orang kanan dan juga pengawal peribadi saya yang diupah oleh Raja Kayan sendiri.."jelas Alfareeze sambil memandang ke depan.

Marvin mengangguk. "Siapa sangka kan yang tuan adalah cucu kepada Grand Duke Coravia.."

Alfareeze mengetap garis nipis di bibir. "Bagaimana kamu di sini Marvin?"

"Hahah..biasalah...seperti yang tuan lihat."Marvin menggaru belakang tengkuk dek berasa segan dengan Alfareeze. Yalah dulu sewaktu Alfareeze seumurnya lelaki ini telah pun memperoleh pelbagai pencapaian yang membanggakan. Sementara dia masih di takuk yang sama. Jadi malu pula kalau nak bercerita mengenainya.

"Saya dengar kamu bakal menyertai Ricardo di kem latihan tentera...?"

"Ya..betul tu...dari mana tuan dengar mengenainya?"

"Semua tentang Cameron luar dan dalamnya ada di dalam tangan saya. Tak perlu la kamu tahu bagaimana saya mengetahuinya."

Ya tak ya kan!Marvin tunduk termenung memandang ke bawah. Dia dapat tahu sebenarnya Alfareeze adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal negeri ini termasuk penduduk di sini sejak penalukan terjadi. Jadi tidak hairan la sekiranya tentang dirinya pun turut diketahui.

"Mungkin tidak lama lagi kamu akan dengar khabar baik mengenai Raja Salas.."

"Hah?"

"Saya datang ke istana hari ini untuk menyampaikan titah Raja Kayan kepada tuanku raja."

Terangkat kepala Marvin. Dia pandang tepi muka Alfareeze dengan kening terangkat tinggi. "Tentang apa?"

"Penarikkan nama Cameron sebagai tanah jajahan takluk Coravia.."

"Lah...kenapa ditarik semula?"

"Sebab saya dah jumpa apa yang saya cari.."barulah Alfareeze pandang ke Marvin.

Untuk beberapa saat riak wajah ingin tahu Marvin kekal Namun berubah selepas dia sedar apa yang dimaksudkan oleh Alfareeze.

"Tuan telah menemui Duke Elijah dan Darra ke?"

Alfareeze mengangguk.

"Di mana?"

"Marlowe..."

Terhenti terus langkah Marvin selepas dengar kerana dia tidak dapat mengawal reaksinya. Berita penemuan Darra sedikit sebanyak mempengaruhinya.

Dan Alfareeze sedar mengenainya. Dia jelas dengan perasaan Marvin terhadap Darra selama ini. Dia tidak marah atau membencikan kenyataan itu. Namun begitu tiada apa-apa yang dia dapat lakukan untuk halang ia dari terjadi.

"Apa khabar dengan Darra serta Duke Elijah?"soal Marvin teragak-agak memandang Alfareeze.

"Syukur semuanya dalam keadaan baik. Sama ada Darra mahupun Duke Elijah. Mereka berdua gembira berada di situ."

Marvin tersenyum sambil mengangguk. "Baguslah.lega kalau mereka senang berada di tempat baru."

"Marvin.."pandang Alfareeze tepat ke air muka mendung Marvin.

"Hm?"

"Ini...ada sesuatu yang saya mahu sampaikan."serah Alfareeze dengan sendiri skrol jemputan kepada Marvin. "Ianya adalah undangan perkahwinan saya bersama Darra nanti."

Tersentak mendengarnya, Marvin diam kaku tidak menyambut skrol tersebut kerana kejung memandang Alfareeze. Apa dia?Perkahwinan?Dengan Darra? "Bi-bila?"gagapnya begitu bungkam.

"Bulan hadapan. Saya harap kamu dapat hadirkan diri. Darra pasti gembira dapat menemui kamu nanti.."beritahu Alfareeze masih menghulurkan skrol kepada Marvin untuk disambut.

Sekuat hati Marvin ketap gigi dan tahan diri dari kelihatan sedih di situ. Dia capai juga skrol itu dalam keadaan menggeletar lutut kaki. Seluruh badannya tiba-tiba terasa kebas. "Sudah tentu.."terimanya mahu tak mahu.

"Bawa la keluarga kamu sekali.."

"Saya akan maklumkan kepada ayah saya kalau begitu."

Alfareeze tersenyum nipis melihat wajah terkejut Marvin itu.

"Saya doakan yang terbaik untuk apa saja yang kamu rencanakan di masa depan kelak nanti Marvin."Alfareeze beri tepukan lembut pada bahu kiri Marvin bermaksud tanda maaf kepadanya.

"Baik..terima kasih."angguk Marvin dengan senyuman kelat kepada Alfareeze. Dia hendak bersedih pun tiada gunanya. Sudah memang jelas jodohnya bukan bersama dengan Darra. "Taniah tuan saya ucapkan..."

Alfareeze beri tundukkan kecil kepada Marvin menerima ucapan taniah tersebut.