Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 105 - Episode 105 : Nanti Tak Jumpa Dah

Chapter 105 - Episode 105 : Nanti Tak Jumpa Dah

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi tapak kasut berkilat Alfareeze bergema taktala ia menghentak permukaan lantai berjubin kilat dibawahnya sewaktu berjalan masuk ke dalam ruang tari menari dimana Darra menghilang tadi. Matanya meliar sekitar ruang ball room tersebut.

Memang jelas tiada tempat untuk Darra menyorok, hanya tiang dan langsir yang ada di situ saja yang sesuai untuk dijadikan tempat persembunyian.

Bersama senyuman meleret di bibir, Alfareeze perlahan-lahan berjalan merentasi ruang luas tersebut selangkah demi selangkah.

"Darra...."panggilnya dengan menyanyi. "Kau dekat mana?"

Di belakang langsir, Darra sudah menahan nafas dengan mata terarah pada kain langsir di depan mukanya.

"Kau keluar sendiri atau tunggu aku yang jumpa kau..pilih."Alfareeze selak sedikit kain langsir di situ dengan hujung jari telunjuk kiri. Tiada apa-apa di belakang. Dia meneruskan langkah ke langsir satu lagi. "Kau mesti terkejut aku ada dekat sini kan?"

Darra mengetap bibirnya sambil bawa kedua tangan di depan bibir kerana ingin menggigit kuku akibat keresahan dan takut pada masa yang sama selepas dengar suara Alfareeze bergema di ball room itu. Kenapa Alfareeze tak pergi lagi?Tak nampak ke dia ni tak nak bersua muka langsung.

"Janganlah macam ni....keluar la. Aku tak banyak masa untuk dibuang. Lepas ni aku kena pulang ke Coravia atas urusan rasmi diraja...dan mungkin kita takkan dapat berjumpa lagi..."

Hah?Mata Darra terbutang kaku memandang langsir. Hampir saja dia mahu menyahut kerana terkejut.

Tiba-tiba Alfareeze ternampak pergerakkan di langsir berdekatan dengan tiang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Tersenyum jahat terus dia waktu itu. "Okay la...kalau kau tak nak jumpa aku...aku minta diri. Jumpa bulan depan..."beritahunya sambil berjalan mendekati ke arah tiang tersebut.

Resah gelisah Darra di belakang langsir itu. Dia jadi tidak keruan. Apa maksud Alfareeze mereka tidak dapat bertemu?Lelaki itu hendak kemana?Tapi kenapa kena tunggu bulan depan baru nak jumpa?

Kenapa?

Kebingungan di situ tidak tahu sama ada patut dia keluar dan dapatkan Alfareeze atau membiarkan saja Alfareeze pergi begitu saja!

SRAPPP!

Sedang Darra bergelut dengan diri sendiri, lapisan luar langsir terselak dengan mengejut. Mendedahkan Darra di belakang lapisan kedua langsir berwarna putih di situ. Betul-betul menghadap antara satu sama lain, Alfareeze berdiri di situ memandang tepat ke Darra.

Tersandar ke belakang Darra kerana melompat terkejut dibuat tindakan Alfareeze itu. Sampaikan jantung dalam dada menghentak-hentak kuat tulang rusuknya.

"Jumpa pun..."senyum Alfareeze merapat ke Darra.

"Jangan dekat.."arah Darra serta merta memandang kelibat Alfareeze dari balik langsir putih see-through yang menjadi penghadang antara mereka berdua saat itu.

Terhenti Alfareeze sebaik dengar. Dia berdiri melangit dua langkah di hadapan Darra waktu itu. "Kenapa?Kau tak suka aku dekati kau?"

Darra menggeleng kepala.

"Kemudian?Kenapa kau sepertinya cuba mengelak dari aku?"

Mestilah!Darra berkerut kening marah. Dia mengelak kerana dia malu dengan Alfareeze. Takkan itupun nak diberitahu! "Kau dah jumpa aku kan...apa lagi kau nak?"ujarnya menyandar pada cermin kaca di belakangnya ketika itu. Berharap dapat menjarakkan mereka berdua saat itu.

"Tak cukup..."Alfareeze maju ke hadapan selangkah. Merapatkan jurang antara mereka di situ.

Apabila hujung kasut Alfareeze berlaga dengan hujung heel, Darra terus undurkan lagi dirinya ke belakang walaupun sudah tiada ruang lagi untuk dia berbuat begitu. "Kau jangan macam-macam ya. Aku jerit nanti kau dalam masalah."ugutnya merapu entah apa-apa kerana refleks akibat gemuruh.

Ucapan kelam kabut Darra itu mengundang tawa kecil dari Alfareeze. Lelaki tunduk ke bawah seketika sebelum pegang lapisan kedua langsir putih di depannya dengan erat. "Sayang...kau cabar kesabaran aku ke sekarang ni?"

Bergetar jantung Darra mendengar ucapan gelaran itu dari Alfareeze. Sudah lama dia tidak mendengarnya sejak tiga tahun yang lalu. Dan kali ini buat julang kalinya dia dapat mendengarnya semula. Tetapi kali ini efek panggilan itu membuatkan dia berdebar aneh.

"Siapa yang cabar kau...aku cuma tak nak berada dekat dengan kau...itu aje.."

"Kenapa?Sebab kau marahkan aku yang aku tak beritahu kenyataan orang yang kau akan kahwini adalah aku bukan Raja Coravia?"sengih Alfareeze sebelum menyengetkan kepalanya sedikit ke kanan saat merapatkan wajah ke depan muka Darra.

"Kau sengaja buat aku katakan semua tu kan....sebab itu kau diam kan diri bila aku tanya.."pandang Darra akan kelibat Alfareeze yang semakin hampir padanya penuh debaran.

"Sebab aku suka dengar kau merayu pada aku..."

"Tch!Dasar menjengkel-"

Bersama senyuman lebar dibibir Alfareeze mengucup bibir Darra yang berlapikkan kain langsir di depan muka itu. Walaupun tidak bersentuhan secara langsung, dia masih boleh merasai bibir itu.

Tidak menjangka hal itu, Darra terus terdiam dan memandang muka di depannya dengan mata terbuka kaku untuk beberapa saat. Apa yang-

Setelah itu Alfareeze menjauh dari bibir Darra.

"Boleh aku sentuh kau sekarang?"mintanya saat pandang muka Darra semula.

"Tak.."tegah Darra lagi bersama muncung tidak puas hati. Dia enggan membiarkan Alfareeze mempergunakan dirinya sekali lagi.

"Apa lagi yang tak bolehnya?"tanya Alfareeze.

"Minta maaf dulu."rajuk Darra menyilang tangannya ke dada tanda protes.

Alahai...merajuknya tak habis lagi ke?Senyumannya semakin lama semakin lebar. Alfareeze menghimpit badan Darra dengan memaksa gadis itu bersandar pada cermin tingkap dan kain langsir menutupi mereka berdua.

"Maafkan aku.."ucapnya meletakkan tangan pada tepi kepala Darra sebelum mengucup hujung hidung Darra walaupun terhadang dengan kain langsir. "Aku minta maaf..."ucapnya lagi sebelum tunduk mengucup bibir itu semula. "Aku minta maaf...."ucapnya lagi mengucup beberapa kali pipi itu pula.

Menggeliang geliut Darra dibuatnya dek kegelian. Dia ketawa kecil saat tolak dada Alfareeze dengan kedua belah tangan agar dapat menjauhkan lelaki tu darinya.

"Dah tak marah lagi kan?"Alfareeze hendak pegang pinggang Darra, tapi tak lepas kerana langsir di antara mereka menghadkan sentuhannya. Membuatkan dia semakin bengang. "Hm?Please...izinkan aku sentuh kau sekarang..."

Bersama senyuman tersipu Malunya, Darra pun mengangguk kepala.

Sekali selak sahaja, langsir itu teralih dan Alfareeze terus tarik Darra ke dalam pelukan dengan sebelah tangan sahaja sementara sebelah tangan lagi memegang tepi leher gadis itu untuk memberikan satu kucupan pada tepi mata itu dengan kuat.

"Terima kasih sebab cari aku Alfa.."ucap Darra dengan mata kirinya terpejam sebelah apabila Alfareeze mengucupnya di situ.

"Apa saja untuk kau Darra.."bisik Alfareeze membawa muka Darra kembali ke depan mata. Dia pandang dengan senyuman sedih kerana berasa lega dan bersyukur kerana akhirnya Darra kembali ke dalam pelukannya. Perjuangannya selama ini tidak sia-sia!Segala sakit yang ditanggung selama ini berbalas.

Darra balas tatapan Alfareeze untuk seketika. Menatap setiap inci wajah itu. Dari kening, mata, pipi, mata, hidung, bibir dan dagu. Semuanya sempurna. Menambahkan lagi rasa rindunya. Siapa sangka lelaki yang pernah dia musuhi selama bertahun lamanya, lelaki yang dia tolak berulang kali dan disakiti hati perasaannya dan lelaki yang dia paksa untuk lupakan perasaan terhadapnya ini cekal mencari dirinya dan berakhir menjadi bakal suaminya. Tanpa mengatakan apa-apa tangannya gerak melingkarkan pelukan sekeliling tulang rusuk lelaki itu dengan erat.

Alfareeze menarik Darra rapat ke dadanya dan merehatkan kepala Darra pada lehernya. "Patut ke aku tangguhkan keberangkatan aku ke Coravia hari ni?"tanya dia setelah itu.

"Kenapa?Bukan ke tadi kau kata nak pergi cepat?Beria ugut aku?"ketawa Darra.

"Aku cakap macam tu sebab nak pancing kau keluar..."

"Stay la kalau macam tu...kerja kau boleh tunggu..."dongak Darra memandang ke atas.

Ekoran itu Alfareeze terus tunduk memandang Darra. "Kau nak aku stay?" sengihnya dengan nakal sebelum melagakan hujung hidungnya ke hujung hidung Darra manja-manja.

"Tak adalah...aku nak kau pergi.."tipu Darra.

"Serius?Kau nak aku pergi pulak?"

"Yalah...kau tanyakan...aku jawablah.."

Alfareeze ketawa kecil. "Hahaha... just shut up and kiss me liar!"beritahunya.

Tanpa amaran Darra pun menjengketkan kaki dan mengucup sekilas bibir Alfareeze.

Membuatkan kening Alfareeze terangkat tinggi kerana terkejut. Dia double take ingin pastikan ianya benar-benar kiss atau hanya sapaan angin saja. "Serius itu kau panggil kiss?" sakatnya lagi.

"Dah la kau!"Malu kerana tindakannya, Darra sembamkan mukanya semula ke dada Alfareeze sambil mengeratkan pelukannya.

Sementara Alfareeze ketawa dengan perlahan saat memegang belakang kepala Darra. "Aku suka kita macam ni"beritahunya. Dengan ini dia bersumpah!Selepas ini tidak kira apa sekalipun yang terjadi, dia akan bersama dengan Darra!

Keningnya berkerut sedih. "Aku pun." balas Darra termenung memandang ke tepi dengan renungan berkaca kerana teringat akan orang pertama yang mungkin akan gembira sekira mendengar dia bakal berkahwin nanti.

Pearl...apa khabar agaknya sahabat baiknya itu?