Flashbacks
Setahun selepas Darra pindah....
Suara kecoh-kecoh kedengaran dari luar khemah sewaktu dia sedang tunduk mengemas barangan yang ada untuk dibawa keluar buat pindah ke tapak kem ketenteraan yang seterusnya. Malam tadi dia telah berjaya menawan Istana Utama Cameron dan menjadikan Raja Salas sebagai pemerintah di bawah naungan Coravia. Jadi tugas Alfareeze sudahpun selesai di situ.
"Apa yang kecoh-kecoh dekat luar tu?"pandangnya dengan kening berkerut. "Tolan pergi tengok.."
"Baik tuan.."Tolan meletakkan barang yang dia pegang tadi ke bawah lalu berarak keluar dari khemah.
Setelah itu Alfareeze kembali menyambung kerja mengemasnya. Namun tidak lama selepas Tolan keluar, bunyi langsir khemah diselak kasar-kasar kedengaran.
"Tuan..."
Alfareeze pandang sambil gulung skrol. "Kenapa?"
"Seorang gadis bernama Pearl Chang datang ingin bertemu dengan tuan.."maklum Tolan dengan perlahan.
Untuk beberapa saat Alfareeze kabur. Dia terfikir sekejap siapakah Pearl Chang. "Di mana dia?"
"Di luar..pengawal tidak izinkan dia masuk, di sebabkan itu dia buat bising semata mahu menemui tuan.."
Mendengarnya Alfareeze terus berjalan keluar dari khemah. Dan Setibanya dia diluar laman kawasan khemahnya dia melihat seorang gadis sedang berada dalam kekangan pengawal bertombak di situ.
"Lepaskan dia.."arahnya selepas itu.
Dalam keadaan menangisnya Pearl bungkam. Dia dengan kalut pandang ke Alfareeze sebaik mendengar suara itu. "Lord Alfareeze!" panggilnya semasa berlari ke arah lelaki itu.
Tidak bergerak atau menghalang, Alfareeze tunggu sehingga la Pearl berdiri di depannya dan mencengkam kuat kain bajunya.
"Apa kamu buat di sini Pearl?"tanya Alfareeze mendatar.
"Lakukan sesuatu untuk saya tuan...saya mohon.."sedu Pearl dengan air mata berlinangan di wajah. "Saya tak tahu apa yang saya perlu lakukan..saya cuba cari Darra...tapi tak jumpa dimana-mana...saya merayu...tolong temukan dia kepada saya"
Tolan disebelah Alfareeze pandang tepi wajah tuannya sebelum ke wajah sedih cik muda di depannya. Siapakah Darra ini?Kenapa tidak tuannya tidak cik muda ini begitu terdesak mahu mencari?
"Temukan saya dengan Darra...beritahu pada dia..saya tidak bencikan dia. Saya hanya mahu kawan baik saya kembali kepada saya...itu saja...Lord Alfareeze tolong saya.."minta Pearl saat air mata turun dari tepi mata jatuh ke tanah. "Temukan saya bersama Darra semula...itu saja permintaan saya."
"Kenapa aku perlu lakukannya?Bukan ini yang semua orang mahukan?Duke Elijah dan Darra tidak lagi berada di sini?"mendatar dan dingin saja nada Alfareeze.
Kening Pearl mencerlung kesedihan. Semakin lebat air mata yang berjuraian ke pipi. Sedu sedannya semakin menjadi-jadi. "Bukan saya...Raja sendiri yang inginkan semua ini...lelaki itu yang musnahkan persahabatan saya bersama Darra....Lord Alfareeze"
"Itu adalah imbalan yang kau perlu tanggung...dan kenapa kau fikir aku akan mencari Darra?"
Sambil mencengkam kuat tepi lengan baju Alfareeze, dia beritahu."Sebab Darra beritahu..Lord Alfareeze adalah kekasihnya. Saya yakin bukan saya sahaja yang ditinggalkan dengan Darra...tuan juga begitu...jadi janji pada saya yang tuan akan tunaikan permintaan saya supaya menemui Darra..."
Kasar-kasar Alfareeze turunkan tangan Pearl dari lengannya. Senang aje meminta!!Kenapa dia perlu beritahu semua orang jika dia menemui Darra?Kalau dia menemui Darra, dia akan simpan Darra untuk dirinya sahaja. Dia tidak berniat hendak berkongsi!
End of flashbacks
Sehelai tuala basah ditekap atas dahi dengan perlahan sebelum Tolan diam di tepi katil saat melihat wajah pucat dan berona merah Darra yang sedang terlena. Doktor yang memeriksa tadi beritahu yang Darra hanya mengalami demam panas biasa saja. Selebihnya tak apa-apa. Selepas diberi makan ubat, terus tertidur.
Alfareeze diam di kerusi depan meja kerja. Sedang menulis sesuatu atas sebuah kertas.
"Kau dah hantar orang ke Kediaman Duke Elijah?"tegur lelaki itu seakan tahu dirinya diperhatikan.
Tolan tidak tersentak kerana dia sudah biasa dengan sikap peka Alfareeze. "Sudah tuan."
Alfareeze pandang kertas yang terisi dengan tulisannya untuk kali terakhir. Ingin memastikan tiada yang kurang ataupun salah. Setelah berpuas hati baru dia lipas kemas-kemas kertas tersebut lalu dimasuk ke dalam sampul sebelum di stamp dengan wax warna hitam pada hujung bibir sampul tu.
"Kalau begitu berikan kepada posmen bergerak untuk ke Cameron supaya hantar surat ini dengan segera pada alamat yang aku dah sertakan dekat sini.."Afareeze bangun dari situ dan bergerak ke arah Tolan.
Sampul surat itu dipandang Tpolan untuk beberapa saat sebelum dia tunduk menyambut sampul tersebut dengan hormat. "Adakah ianya surat buat Cik Muda Pearl?"
Alfareeze angguk.
"Pastikannya ia sampai di tangan Cik Muda Pearl. Bukan orang lain."pesannya lagi.
"Baik tuan..."
"Lagi satu, kita akan bertolak petang nanti. Maklumkan kepada mereka semua pastikan tidak tinggalkan apa-apa sebelum bertolak..."Alfareeze naik ke atas katil lalu bersila sebelah kaki di sebelah Darra berbaring.
Kening Tolan terangkat tinggi. "Saya ingatkan kita akan bertolak dua hari lagi?"
Hujung bibir Alfareeze terjungkit. Dia topang siku pada silaan sebelah kakinya untuk memandang Darra. "Saya nak siapkan semua kerja secepat mungkin..."
Selepas semua persiapan selesai, akhirnya Alfareeze bertolak sama dengan Tolan untuk ke kediaman Keluarga Duke Elijah untuk menghantar Darra pulang. Mahu Alfareeze, lelaki itu ingin membawa Darra bersama dengannya. Tapi memikirkan dia bakal keluar berperang Alfareeze enggan mengambil risiko. Jadi dengan perasaan rela terpaksanya, Alfareeze akur juga untuk pulangkan Darra semula kepada penjaga gadis itu.
Hampir 20 minit perjalanan, pedate berkuda Alfareeze yang diiringi sekumpulan tentera berhenti tepat di hadapan laman Utama kediaman Darra. Beberapa orang pengawal dan juga butler berterabur keluar sewaktu kehadiran mereka di sedari.
Duke Elijah adalah orang pertama yang berdiri depan pintu pedati sebaik saja ia berhenti.
"Ya Tuhan...maafkan saya Lord Alfareeze;..."ucap Duke Elijah apabila begitu tergamam melihat Alfareeze mencempung Darra dalam dukungan semasa turun dari situ.
Alfareeze berdiri di situ menghadap Duke Elijah dengan renungan mendatar. "Tak apa-apa. Salah saya juga sampai buatkan Darra marah."ujarnya sewaktu menyerahkan Darra kepada Anthony. Lelaki itu pula yang mendukung Darra untuk dibawa masuk ke dalam.
"Sekali lagi..saya minta maaf. Saya sendiri tidak tahu yang Darra akan keluar dari rumah dan menunggang kuda sendirian ke sempadan sana."jelas Duke Elijah dengan segan.
Untuk seketika Alfareeze diam tidak mengatakan apa-apa kerana waktu itu dia terlalu fokus melihat pemergian Darra dari situ.
"Adakah Lord Alfareeze akan bertolak sekarang?"
Lantas Alfareeze pun memandang seraut wajah tua di hadapannya setelah kelibat Anthony menghilang di balik pintu. "Ya saya. Saya perlu selesaikan beberapa isu di luar Coravia.."
"Serius ke?"
"Tidak serius mana, kes biasa. Hanya sekumpulan pemberontak yang mahu merampas semula tanah."beritahu Alfareeze sewaktu membetulkan mantel di kolarnya.
"Kalau begitu bila majlisnya?"Duke Elijah bertanya.
Alfareeze berjeda pendek sebelum tersenyum nipis. "Mungkin dua minggu kemudian saya akan datang ke sini untuk membincang soal perkahwin kami berdua. Sekaligus menghantar barang perkahwinan..."
Terkedu Duke Elijah. Cepat sungguh!Itu yang lelaki itu rasakan. Dia bukannya enggan bersetuju cuma teragak-agak sedikit saja. "Adakah ibu bapa kamu akan ikut serta?"
Alfareeze mengangguk. "Sudah tentu. Mereka akan ikut sama dalam perbincangan itu nanti. Jadi saya minta Duke Elijah untuk menjaga kesihatan dan juga pastikan Darra dalam keadaan selamat. Jika apa-apa berlaku terhadap Duke Elijah dan juga Darra, saya tidak berjanji tentang apa yang bakal saya lakukan nanti."pesannya dengan hormat.
Tidak membalas kata-kata itu Duke Elijah sekadar diam memandang Alfareeze. Dia tidak bersedia hendak bertemu semula dengan Duke Marcel. Tapi sampai bila dia hendak begini. Sebaiknya dia berhenti dari berdendam. Bukannya dapat apa-apa jika dia terus begini.
"Lagi satu...tuan tidak beritahu Darra siapa yang bakal berkahwin dengan dia ke?"
"Bukan saya tidak beritahu...saya cuba beritahu tapi kamu kenal saja la perangai Darra itu bagaimana.."
Bersama gelengan kecil Alfareeze tersengih. "Darra tadi datang ke kem tentera semata mahu memarahi saya kerana salah faham mengenai dia bakal berkahwin dengan Raja Coravia. Kalau tuan tidak kisah, saya harap tuan dapat menjelaskan segalanya dari awal kepada Darra supaya dia tidak tertekan."
"Ya..sudah tentu. Saya akan beritahu kepada Darra nanti...terima kasih dan mohon maaf sekali lagi."
Alfareeze sambutnya dengan anggukan kecil.
"Jika begitu saya minta diri dahulu."
"Pulang dengan selamat Alfareeze. Kami tunggu di sini."
Alfareeze pun berpaling ke arah pedati dan naikinya tanpa menoleh lagi.
Duke Elijah di situ menghantar pemuda tersebut berangkat pergi dengan doa dan harapannya dimana Alfareeze akan sentiasa selamat dan pulang membawa kejayaan. Jadi dia tidak akan menyesal memberikan tangan anak tunggalnya kepada lelaki itu.