Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 91 - Episode 91 : Hampir Tak Ingat.

Chapter 91 - Episode 91 : Hampir Tak Ingat.

Darra perhatikan Duke Elijah sewaktu lelaki itu bersiap. Dia berdiri di situ sambil menatang dulang berisi sarapan pagi yang dia sediakan awal sebelum ke bilik tidur ayahnya itu. Malam tadi dia diberitahu ayahnya akan keluar awal kerana urusan rasmi menyambut kedatangan Raja Kayan ke Istana Marlowe nanti.

Sewaktu maid sedang mengenakan sut ke badan Duke Elijah, lelaki itu bersuara. "Sebaiknya kamu tinggal saja di rumah untuk hari ni Darra.."

           "Macam mana dengan kelas Darra nanti?"

           "Permaisuri Luana pasti faham...Lagipula hari ini hari penting. Baginda mungkin tidak kisah sekiranya kamu tidak masuk ke istana."ujar Duke Elijah membutang sut uniform rasmi pegawai diraja kemas-kemas.

Untuk seketika Darra perhatikan saja pergerakkan sibuk maid di situ menyiapkan ayahnya. Ada yang tolong mengenakan lencana di sut, ada juga yang meletakkan kasut di kaki itu, ada yang memegang pedang ada juga yang bantu membuang debu pada pakaian serba royal blue di badan itu. Dia hendak sampaikan sesuatu sebenarnya, tapi tak tahu la kenapa susah pulak mulut ni nak bertutur.

Tergigit-gigit la bawah bibirnya waktu itu semasa Darra diam termenung memandang ke lantai. Dia cuma nak tanya kalau-kalau ayahnya tahu mengenai Alfareeze. Atau mungkin ayahnya tahu apa yang berlaku pada Duke Marcel dan keluarga lelaki tu sekarang. Tapi dia tidak berani hendak menyatakan pertanyaan itu.

             Disaat Duke Elijah telah hampir selesai bersiap, dia terpandang wajah anak perempuannya itu. Serta merta dia boleh baca air muka bergelut Darra selepas melihatnya. "Kenapa?Ada sesuatu yang kamu perlukan ke?Jika kamu mahu keluar, pergi la keluar tapi pastikan ada yang berteman. Bawa Anthony atau Soul bersama kamu jika tidak mahu ramai yang mengiringi kamu."

             "Bukan itu.."dia tak kisah pun kalau duduk rumah hari ni. Darra menggeleng kepala.

             "Kemudian?"Duke Elijah berdiri menghadap Darra dengan renungan ingin tahu. "Apa yang buatkan kamu begini?Kali terakhir ayah lihat kamu begini adalah beberapa bulan selepas kita tiba di sini"duganya yang sudah hafal tingkah Darra.

            Darra teragak-agak memandang Duke Elijah. "Semuanya akan baik-baik saja kan?Ayah akan mengelak daripada peperangan berlaku masa berunding nanti kan?"soalnya.

Dengusan kecil lepas dari Duke Elijah selepas itu. Berasa lucu sendiri dengan sikap mengelat Darra. Dia tidak yakin yang itu adalah soalan yang Darra mahu bertanya kepadanya.

           "Semuanya akan baik-baik saja Darra. Jangan risau..."dia hampiri Darra sebelum mencapai cangkir dalam dulang yang ditatang Darra lalu dihirup perlahan air yang sudah suam-suam hangat sedikit demi sedikit.

Bukan itu yang dia nak tanya!Haish!Mulut ni pun!Darra mengetap bibir kerana geram dengan diri sendiri.

           "Kamu buat kek ni sendiri?"

            Darra pandang tangan Duke Elijah saat lelaki   itu memotong sedikit kek yang ada di atas pinggan kecil dalam dulangnya. "Ya..malam tadi. Saya tak dapat tidur jadi saya buat sedikit kek dan biskut.." beritahunya.

  

             Semakin yakin yang ada sesuatu menganggu fikiran Darra, Duke Elijah menarik senyuman nipis di bibir lalu mengusap perlahan mahkota kepala Darra. Apa agaknya yang menganggu fikiran Darra ni. "Kenapa dengan kamu sebenarnya ni?"

             Darra menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa...kenapa ayah tanya?"obvious sangat ke?

             "Kamu pasti?"

             Seriously!Darra speak up!Apa susah sangat nak bertanya ni! "Kalau Darra tanya,.ayah jangan marah tau."

             Dah agaknya. Duke Elijah tersenyum lagi. Dia menurunkan tangan dari kepala Darra selepas itu. "Apa dia?Ayah masih ada masa sekiranya kamu mahu bercakap dengan ayah."

             Haish!Peduli la tu!Dia nak tanya jugak sebab     kalau dia tak tanya, memang tak tenang hati dibuatnya. Punca kenapa malam tadi dia tak boleh tidur. "Ayah ada dengar khabar berita tentang Alfareeze?"

              Duke Elijah terkedip-kedip. Lah...ingatkan nak tanya pasal apa lah tadi. "Alfareeze?Hm.."dia berjeda seketika sebelum menggeleng kepala. "Sejak kita ke sini ayah tidak pernah ambil tahu keadaan Cameron dan orangnya. Kali terakhir ayah dengar mengenai Alfareeze adalah berita lelaki tu musnah kediaman keluarganya kerana marah pada Duke Marcel. Selepas itu ayah tidak tahu apa-apa. Kenapa?"

               Darra termenung memandang ke tepi dengan perasaan tidak enak. Dia tidak tahu kenapa dia merasakan semua ini selepas tiga tahun berlalu. "Saja tanya...."

              "Kamu masih belum melupakan lelaki tu lagi?"Duke Elijah menarik senyuman meleret. Dia tidak kisah tentang apa perasaan Darra terhadap Alfareeze itu. Hal peribadi anaknya bukan urusannya. Dia tidak akan mengokong pilihan Darra demi memastikan Darra tidak membencikan dirinya lagi. Jadi apa saja yang Darra hendakkan, selagi masih sah disisi undang-undang dan tidak meletakkan diri Darra dalam bahaya, dia akan turutkan.

Gila!Macam mana dia lupakan Alfareeze kalau setiap malam lelaki itu mengunjung dalam mimpinya. Perasaan serba salah dia pada Alfareeze menguasai rasa rindunya tau tak. Dia tidak terbayang sekiranya mereka berdua bertemu semula. Rasanya dia akan naik gila!

             "Dah la...ayah lambat pula nanti.lekas bertolak sana..."gesa Darra selepas itu.

Tidak menambah apa-apa, Duke Elijah kemudiannya berlalu keluar dari bilik tidur tersebut. Meninggalkan Darra bersama maid yang ada.

             "Cik Muda hendak bersiap?Kami sudah pun sediakan air mandian untuk cik muda.."tegur seorang daripada maid di situ tidak lama kemudian.

             "Saya akan minta tukang masak sediakan sarapan sekali..kalau cik muda mahu?"

              Darra menggeleng. "Tak apa..saya tak nak makan. Saya akan bersiap sendiri. Kamu semua lakukan la kerja masing-masing." beritahunya menolak permintaan mereka itu.

            "Baik cik muda."tunduk mereka di situ dengan patuh.

Ringkas dengan kemeja dress berenda putih dan skirt biru royal. Darra atur langkahnya ke luar rumah agam untuk duduk di laman bersama set melukisnya. Ditemani dengan Soul sahaja. gadis itu kemudiannya meluangkan masa di situ untuk beberapa jam.

Punyalah tekun dia melukis, berselerak helaian kertas yang siap dilukis di sekitarnya. Dari atas bangku hingga di atas rumput sendiri. Lukisan yang sama penuhi kertas di situ.

Dari mata, wajah, rahang, kening, tangan, susuk badan....

         "Serius la!"Darra pandang ke kertas kulit yang dijadikan sebagai alas untuk dia melukis tadi.

           "Ada apa cik muda?"tegur Soul di sebelah bangku itu.

Bersama muka kekesalan Darra pandang kesemua lukisan di sekitarnya. Kenapa hanya muka Alfareeze saja yang dia bayangkan?Semuanya salah Putera Malik. Kalau lelaki tu tak ungkit perkataan komando tu dia tidak akan begini!

Dia sedaya upaya alihkan perhatiannya sejak tadi.

Tapi masih gagal juga.

Hatinya meronta-ronta ingin melihat siapakah yang datang ke Istana Marlowe. Komando siapa yang dimaksudkan oleh Putera Malik tu!? Buat dia tertanya-tanya betul la!

           "Tak boleh jadi ni!Saya nak ke istana.."beritahu Darra bangun dari situ.

             "Tapi tuan minta cik muda untuk tidak masuk ke istana hari ni.."

             Memangnya muka dia ni jenis yang makan saman ke?Tak Nampak ke muka dia yang frust ni?Bolehnya cakap tentang peraturan. Buat dia makin geram pulak. "Saya nak pergi jugak. Sama ada kamu nak ikut atau tidak..terpulang situ."beritahu Darra mengemas semua sepah di situ tergesa-gesa.

           Soul mahu tak mahu mengangguk faham."Tapi...kenapa cik muda lukis semua ni tapi tidak lengkap?Memangnya siapa lelaki dalam gambar ni?"

Tangan Darra berhenti di sehelai kertas lukisan di situ dengan muka hendak menangis!Itu masalahnya sekarang! Tak kira la sebanyak mana dia cuba ingatkan semula, tapi tiada satupun yang dapat buatkan dia menggambarkan semula wajah itu. Dia hampir melupakan muka Alfareeze!Dia tak boleh nak ingat bagaimana rupa paras lelaki itu lagi! Memikirkan hal itu buat dia panik!

            "Kekasih saya.."akui Darra dengan perlahan. Dia cengkam kuat kertas dimana separuh wajah saja yang dapat dilukis.

             Soul terdiam di situ sebelum kembali membantu Darra mengemas. "Memangnya kalau cik muda ke istana..cik muda akan berjumpa dengan kekasih cik muda?"dia tanya sebab memang tugas dia. Nanti kalau Duke Elijah tanya boleh la dia jawab.

             Darra menggigit bawah bibir dengan kuat. Dia mengakui yang dia berharap Alfareeze adalah komando yang dimaksudkan oleh Putera Malik. Tapi sebahagian dari dirinya berharap bukan. "Saya tak tahu...saya cuma nak tengok je..kamu boleh tolong kan?"

             "Janji dengan saya cik muda takkan timbulkan masalah bila tiba di sana nanti."

             Janji?Haish!Jangan la suruh dia buat perkara yang dia sendiri tidak pasti boleh tepatinya ke tidak. "Okay."angguk Darra tanpa berfikir lama.