Flashbacks
Langsir yang menutupi laluan masuk khemah milik komando diselak oleh seorang tentera saat dia berjalan masuk ke dalam ruangan tersebut.
"Tuan Alfareeze...."
Dari kedudukan tunduk meneliti peta di meja, Alfareeze mengangkat kepala. Memandang tajam akan orang kanannya di depannya.
Terkedu sesaat pegawai kanan itu taktala mereka saling bertentang mata. Kalau tatapan mata itu anak panah, rasanya dah tembus melalui kepala agaknya jika Alfareeze pandang dengan dalam begitu.
"Kenapa?"Alfareeze berdiri tegak.
Lantas mata pegawai kanan Alfareeze tunduk memandang peta yang terbentang di atas meja. Penuh peta tersebut dengan tanda pangkah. Memberi tahu bahawa tempat yang dipangkah itu tidak lagi berguna.
"Pengintip dari Coravia menyampaikan berita mereka."
Haaa~
Akhirnya...
Setelah berbulan lamanya dia membuat operasi pencarian.
Tiba juga berita yang dia ingin dengari.
"Adakah mereka menemui dia?" Alfareeze menyilang tangan ke dada.
Pegawai kanan Alfareeze mengangguk.
"Ya tuan. Mereka telah membuat intipan selama seminggu di seluruh daerah yang ada sehingga bertembung dengan seorang daripada pekerja dari Kediaman Keluarga Kirk. Menurut mereka, Duke Elijah telah menempat di sebuah daerah bernama Marlowe. Dan seperti tuan mahukan Cik Muda Darra juga ada di situ."
Tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajahnya, Alfareeze kembali tunduk memandang ke peta yang mana dia telah tanda tempat-tempat yang dia kerahkan orang untuk mencari kekasihnya. Hampir penuh peta tu dengan tanda pangkah. Dan hanya peta dimana Kerajaan Slivalon yang belum berpangkah.
"Apa arahan tuan seterusnya?"
"Arahkan mereka pulang terlebih dahulu. Ada negeri yang kita perlu jarah. Sehingga masanya tiba, kita akan melawat mereka."beritahu Alfareeze mengambil pin penanda dari tepi bekas sebelum di tikam dengan dalam pada nama 'Slivalon'.
Lari dari dia ya!
Jangan risau!
Seperti yang dijanjikan.
Dia yang akan cari sampai dapat!
Dan doa la banyak-banyak supaya mereka tidak bertembung!
End of flashbacks
Tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar combat hitam tenteranya, Alfareeze membuat push up di atas lantai dengan sebelah tangan. Entah hitungan ke berapa Alfareeze tidak sedar. Lelaki itu terlalu fokus membuat senamannya sejak sejam lepas.
Peluh merintik-rintik deras sekitar bahu, lengan, kepala dan membasahi anak rambut yang menutupi dahinya. Seutas rantai yang diselit dengan cincin tergantung pada leher. Cahaya pagi menerobos masuk melalui celah jendela kayu yang tertutup rapat. Cahaya itu mengenai lengan kiri bertatu itu.
Knock!
Knock!
Tidak berganjak dari kedudukan push up itu, Alfareeze diam memandang lantai di bawahnya. Namun dari ekor mata dia boleh Nampak ada orang berjalan masuk ke dalam pejabatnya.
"Selamat pagi tuan.."sapa Talon orang kanan Alfareeze setelah berdiri di situ dengan tangan di belakang badan. Air mukanya serius dan sedingin wajah Alfareeze. Tiada riak emosi sama sekali.
Alfareeze gerak turun ke bawah sambil hela nafas. Peluh menitis jatuh ke lantai dari rahangnya setiap kali dia bergerak.
"Perutusan dari Kerajaan Marlowe telah tiba pada Raja Kayan. Seperti yang tuan rencanakan, Raja Aryyan telah menerima provokasi tuan tempoh hari..."
Makluman itu membuatkan Alfareeze berhenti. Dia melompat sebelum berdiri tegak dengan nafas naik turun memandang ke arah Talon. Peluh yang turun ke tepi muka tidak dihiraukan untuk diseka.
"Apa kata Raja Kayan?"
"Baginda beri titah untuk serahkan keputusan kepada tuan memandangkan tuan yang mengetuai penjarahan selama ini. Menurut baginda lagi hampir keseluruhan negeri telah berjaya dijarah...kecuali Slivalon memandangkan sistem ketenteraan mereka lebih maju dibandingkan kita....jadi terpulang pada tuan bagaimana langkah seterusnya hendak dijalankan. Apapun ia, Raja Kayan memberi sokongan penuh kepada tuan."
Sudah semestinya sepupunya itu akan menyerahkan kuasa penuh kepada dia. Selama tiga tahun ini dia yang bantu meluaskan kuasa Kerajaan Coravia dengan menakluk negeri di sekitarnya. Mana mungkin Raja Kayan akan persoalkan tindakannya ini. Tapi niatnya kali ini bukan hendak menguasai Kerajaan Slivalon.
Apa yang Alfareeze cuba lakukan adalah, dia hanya mahu provoke Raja Aryyan supaya lelaki itu berasa tergugat. Dan apabila Raja Aryyan berasa tergugat, pasti lelaki itu akan menghantar perutusan. Sama ada perutusan itu berbaur amaran atau rundingan. Bila hal itu terjadi, dia boleh buat permintaan untuk masuk ke Marlowe.
Dan nak tahu apa dia akan lakukan selepas tiba di Marlowe nanti?
Dia akan berjumpa dengan Duke Elijah sendiri. Berani sungguh lelaki itu membawa pergi kekasihnya begitu saja!?
Dia tidak peduli kesilapan lampau dan memori gelap yang berlaku antara ayahnya dan Duke Elijah. Masalah mereka uruskan dikalangan mereka la. Kenapa perlu libatkan Darra sekali!
Sakit hati dia tu kan...sampai terbawa-bawa hingga ke hari ini.
Tiga tahun ya.
Tiga tahun dia tidak menemui Darra hanya kerana ingin menjalankan pelan halusnya ini. Ikutkan hati memang dia dah langgar lama tembok Negeri Marlowe di hari yang sama dia tahu dimana Darra berada.
Tapi tidak... Alfareeze malaha ada pelan yang lebih menarik untuk itu!
Dan selepas ini Darra tidak akan dapat ke mana-mana lagi!
"Hantarkan perutusan kepada Raja Aryyan, Maklumkan kepada baginda saya akan datang menghadap.Tapi jangan gunakan nama saya...gunakan nama Raja Kayan."beritahu Alfareeze.
Dengan patuh Talon tunduk memegang dada kiri semasa berkata. "Baik tuan."
"Dimana Grand Duke berada sekarang?"
"Tuan Omar berada di Daerah Bruell untuk majlis pecah tanah."
Alfareeze mengangguk. Tak dapat dia nak bercakap sebentar dengan datuknya itu. Tapi tak apa lah. Kemudian pun boleh. "Baiklah. Itu saja. Sekiranya ada apa-apa saya di kediaman bersama ibu saya."maklumnya sambil berpusing mencapai baju dari kerusi sebelum disarung ke badan sebelum keluar dari pejabat itu.
Talon di belakang kemudiannya mengekori langkah Alfareeze sebelum tiga pengawal menyertai mereka di luar sesaat kemudian.
Berarak la mereka dalam dua barisan merentasi koridor istana tersebut.