Sambil perhatikan orang di depannya sibuk melakukan itu dan ini, Alfareeze di kerusi, duduk dengan gaya majestik dan aura gelap, menggigit hujung kuku jari tangan berglove hitam sedang membuat pertimbangan.
Pertimbangan berapa lama dia perlu menahan sabarnya.
Hampir dua jam dia dibazirkan semasa hendak menunggu Puteri Eiliana pilih kain dan perhiasan. Serius beritahu kalau tahap kesabaran dia ini boleh bertukar menjadi Darra, rasanya dah penuh bilik ni!
"Lord Alfareeze bagaimana dengan kasut yang ditunjukkan tadi?Adakah ianya kena dengan citarasa tuan?"muncul seorang Wanita bersanggul di tepi tidak semena. Dia dengan tertib tunduk sedikit hendak memandang wajah kacak bakal tunang puteri mereka itu.
Dan Alfareeze menjadi Alfareeze, renungan dingin dan riak muka tanpa emosi diberikan kepada Wanita bersanggul itu. "Ya."balasnya mahu tak mahu.
Apa aje la Darra sedang lakukan?
Rasanya kalau dia balik akademi, Darra ada kelas tak?
"Bagaimana dengan warna brooch ini tuan...boleh ke dipadankan dengan uniform tuan nanti?"seorang staf istana lelaki berdiri dengan satu bekas berisi dengan brooch khas untuk uniform tentera Alfareeze untuk majlis pertunangannya.
Masih menopang pipi dengan tangan yang disikukan atas arm rest, Alfareeze mengangguk kepala. "Boleh.."balasnya acuh tak acuh.
Sudah beberapa hari ini dia tidak dapat meluangkan masa bersama dengan Darra kerana terlalu sibuk. Kalau berjumpa pun, dia terus tertidur, tak dapat nak borak lama dengan Darra. Esok paginya Darra dah tiada kerana ada kelas perlu dihadiri. Dan begitu la seterusnya!Sama!Kalau bukan dia yang tertidur awal, Darra yang tertidur dulu.
Bila semua ni nak habis?
"Lord Alfareeze bagaimana dengan dress saya?"pusing Puteri Eiliana semasa berdiri atas pentas kecil. Busana indah berwarna merah merun diselangi dengan warna putih dan golden terpasang kemas di badan genitnya.
Kalau dia sempat belikan gula-gula untuk Darra nanti, dia belikan tiga balang sekali. memandangkan stok simpanan Darran semakin kehabisan. Alfareeze mengangguk kepala. Dia langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia terlalu fokus memikirkan Darra. Kekasihnya. Cinta hatinya. Hanya wajah indah itu saja yang bermain dalam fikirannya.
Patut ke dia batalkan saja pertunangan ni dan lari bersama Darra!?
Tapi Darra pasti tidak akan gembira dengan tindakannya ini!
Senyuman Puteri Eiliana serta memudar setelah dia nampak wajah dingin Alfareeze. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sikap bersemangat sepanjang masa tadi. Macam dia seorang aje yang syok sendiri dengan pertunangan mereka berdua.
Sambil menggigit bawah bibirnya, Puteri Eiliana melepaskan hela nafas kesalnya sebelum berkata. "Boleh tak tinggalkan kami berdua seketika.."arahnya kepada semua orang dalam bilik.
Tersentak semua kepala yang ada di situ selepas dengar. Mereka pandang seketika Puteri Eiliana dan Alfareeze di situ. Cuba hendak fahamkan situasi. Tapi tidak lama selepas itu masing-masing mengatur langkah ke arah pintu.
Dan dalam hanya sepuluh saat saja bilik luar itu menjadi lengang dan sunyi sepi. Hanya Puteri Eiliana dan Alfareeze saja di situ.
"Boleh saya tahu apa yang menganggu fikirkan tuan sejak beberapa hari ini?"
Alfareeze pandang tidak berminat akan Puteri Eiliana. Bukannya tidak cantik, cantik saja. Cuma masalahnya sekarang kalau di hati dia ada muka lain, muka depan matanya langsung tidak menarik perhatiannya.
"Kenapa tuan puteri tanya begitu?"Nampak sangat ke muka angau dia ni?Alfareeze pandang Puteri Eiliana dalam-dalam.
"Tak adalah...saya perasan yang beberapa hari ni tuan selalu saja termenung. Bila di tanya iyakan saja. Tak ada beri pendapat atau cadangan atau pertanyaan. Seakan semua ini tuan lakukan secara sambil lewa.."keluh Puteri Eiliana yang sebenarnya telah memendam rasa sejak awal minggu persiapan pertunangan mereka. Iaitu tiga minggu yang lalu. Disebabkan perasaan yang berbuku dalam dadanya sudah padat, hendak tak hendak Puteri Eilian ambil keputusan untuk luahkannya.
Kalau dah tahu ditanya lagi buat apa?
Hampir saja Alfareeze hendak menjuling mata menyampah kepada Puteri Eiliana. Tapi self control dia berjaya elakkan dirinya dari berbuat begitu.
"Tuan puteri nak dengar jawapan yang bagaimana dari saya kalau begitu?"soalnya mendatar.
Rahang Puteri Eiliana berketik. Dia pandang mencerun ke Alfareeze sebelum mencekak pinggang. "Adakah saya seorang sahaja yang bersemangat hendak meraikan hari pertunangan kita di sini?"
Alfareeze berdengus kecil.
Ya sudah tentulah!
Sejak awal lagi dia enggan meneruskan pertunangan ini!
Ikutkan hati sekarang juga dia membatalkan majlis membuang masa ini!
Tapi itulah...kenapa dia tidak lakukannya?Oh ya!Sebab dia tak ada alasan yang kukuh untuk membatalkannya!
"Saya tidak tahu apa yang tuan puteri cuba sampaikan.."nafinya dengan sikap yang boleh mengundang masalah sebentar lagi!
"Serius la?Tuan Alfareeze yang orang kenali sebagai komando peperangan dan master akademi bersikap seperti lelaki tidak guna dihadapan saya sekarang ni?"dengus Puteri Eiliana dengan dada senak dan sebu kerana sakit hati.
Dengan orang yang dia tidak berkenan saja. Kalau orang yang layak terima layanan baik dia, dapatlah tengok perangai menyenangkan dia. Tapi dekat sini...tiada siapa la yang dia pernah layan dengan baik. Semuanya hanya hipokrasi dari dia saja.
Kecuali kekasihnya la.
Darra Emerson.
Gadis itu saja yang boleh lihat sisi lain dia.
Orang lain, mungkin tunggu hari kiamat baru rasa!
"Kalau saya cakap yang saya memang tidak berminat dengan pertunangan ini...apa yang tuan puteri hendak lakukan?"balas Alfareeze akhirnya kerana sudah menyampah hendak menghadap semua ini lama-lama. Dia cuba nak balik aje sekarang!Nak jumpa Darra sebab dah rindu sangat ni!
Apa dia tadi?Puteri Eiliana turun dari podium kecil dan berarak ke depan Alfareeze. "Kalau tuan tidak berminat sejak awal lagi kenapa tuan terima perjodohan ni?"sakit betul hati dia!Tidak sangka pula yang dia akan menghadap sikap sebenar lelaki yang dia minati selama bertahun ini. "Kenapa nak buang masa sehingga menunggu di saat akhir begini?"
"Tuan puteri nak tahu?"Alfareeze melentokkan sedikit kepalanya semasa pandang muka marah Puteri Eiliana. "Asalnya saya terima perjodohan ini kerana ingin membalas dendam kepada seseorang yang menolak cinta saya...tapi kami telah berbaik semula. Dan sekarang saya sedang buat pertimbangan sama ada nak teruskan ataupun tidak..."
"Apa?"Puteri Eiliana ternganga.
"Betul...saya sendiri pun bingung sebenarnya. Kalau saya putuskan pertunangan ni saya tetap tidak boleh bersama dengan dia...tapi kalau saya tak putuskan pertunangan ni saya tak boleh terima yang saya tidak bersama dengan dia..."beritahu Alfareeze dengan mendatar.
Renungan di mata Puteri Eiliana terhadap Alfareeze waktu itu seakan dia mencarut dengan matanya kepada lelaki itu.
"Tuan bergurau ke sekarang ni?Tuan sedar tidak dengan siapa tuan sedang bercakap sekarang!?"tegurnya sedikit keras kerana berasa bengang.
"Saya sedar...tapi hendak buat bagaimana. Bukan saya yang aturkan semua ini. Tapi sebaliknya Duke Elijah. lelaki itu yang membuatkan saya menerima pertunangan ini...jika saya tidak menerima pertunangan ini, saya tidak akan dapat menemui orang yang saya cintai sehingga kini...saya kena yakinkan kepada beliau...sebab itu saya masih teruskan juga perjodohan ini sekalipun saya begitu terdesak untuk membatalkannya"hujung bibir Alfareeze terjungkit selepas dia mengatakan isi hatinya.
Membulat mata Puteri Eiliana hinggakan dia hampir hendak terduduk di situ kerana begitu terkejut. Entah kenapa dia merasakan dirinya dipergunakan dengan Alfareeze. Lagak tenang dan dingin lelaki itu membuatkan dia semakin menyirap marah. Bolehnya Alfareeze katakan semua itu tanpa berasa sedikitpun rasa serba salah atau kasihan.
Kejam sungguh!
"Jadi awak gunakan saya hanya untuk menyamarkan hubungan rahsia awak?Dengan kekasih sebenar?Memangnya siapa orang tu?Sampaikan awak berani mempergunakan saya begini?!"memang nak kena betul Alfareeze ni!Puteri Eiliana pandang dengan hidung kembang kempis menahan sabar.
Alfareeze menjungkit bahu. "Sekiranya saya beritahu adakah tuan puteri akan mencari orang tu? Kalau ya maaf, saya tidak boleh izinkannya.."
"Kalau begitu batalkan pertunangan ini serta merta!Saya tidak ingin meneruskannya sekiranya tuan bersikap menjengkelkan seperti ini!"marah Puteri Eiliana dengan kasar menarik perhiasan yang tersanggul di gulungan kepalanya lalu dicampak kasar ke lantai. Dada naik turun menahan sabar.
Hampir hendak mengenainya, Alfareeze sedikit pun tidak berkedip mata mahupun tersentak. Dia malah dengan tenang bersahaja duduk di situ memandang Puteri Eiliana. "Sudah tentu tuanku...jangan risau. Saya akan batalkan pertunangan ni bila tiba saatnya. Buat masa sekarang, tuan puteri jadi seorang puteri yang baik dan duduk diam. Okay?"pesannya dengan sikap mesra yang dibuat-buat.
Bibir Puteri Eiliana menggeletar kerana dia mula berasa sebak hendak menangis. "A-apa maksudnya..?"jadi dirinya ini hanya sebagai alat saja?Untuk dipergunakan!?Lelaki jenis apa Alfareeze ni!?
Sebenarnya dia berniat hendak memalukan ayahnya. Memalukan lelaki yang menjadi punca kenapa hubungan dia bersam Darra tidak berjalan lancar. Bila tiba masanya dia akan batalkan pertunangan ini!Sebagai membalas dendam kepada ayahnya sendiri.
"Tuan puteri dengar apa saya katakan tadi. Jangan buat saya ulang buat kali kedua."pesan Alfareeze dengan renungan penuh amaran kepada Puteri Eiliana. "Teruskan saja drama persiapan pertunangan ini okay...jangan buat perkara yang tidak sepatutnya."
Tidak dapat mengatakan apa-apa kerana dia begitu terkedu dan tidak percaya, Puteri Eiliana ambil keputusan untuk menurut. Sebab dia tak nak pertunangan ni dibatalkan!Dia mahu bersama dengan Alfareeze.