Chereads / I'M A CHEF'S CUISINE / Chapter 2 - BAB 1

Chapter 2 - BAB 1

Tak guna. Dasar perempuan tak guna. Nak kurus konon. Setelah 13 tahun aku mencuba untuk kurus, akhirnya hanya turun satu kilogram sahaja? Cis. Kuat betul nafsu makan aku.

 Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat Danisha kerana makanan. 

 "Sudahlah tu makannya Dani, oiii... Asyik makan aje. Mana tak gemuk." Dah membebel dah dia. Apalah salah aku. Nak makan aje pun. 

 "Alah, ibu. Sikit aje, nanti Dani dietlah." Kataku malas. Pagi-pagi lagi dah kena ceramah. Bosan betul.

 "Yelahlah, Dani. Kau tu dari dulu lagi cakap, nak diet. Tengoklah! Sampai sekarang pun tak kurus. Bila aku tegur, asyik nk menjawab aje kerjanya." Ibu bagi aku sedas. 

 Aku tak faham sekarang ni, perlu ke ibu persoalkan kenapa badan aku jadi macam ni? Dulu ibu tak pernah marah aku nak jadi apa pun. Tapi, bila dah besar, dah umur 28 tahun, ibu mula membenciku.

 "Ala, ibu ni. Nan-" 

 "Kau tengok kakak kau tu! Cantik, langsing tubuhnya. Bijak pandai, sedangkan kau? Sakit mata aku tengok kau ni." Kata-katanya menusuk tepat di hatiku. Entah kenapa aku rasa tak mahu menangis pun. Mungkin sudah biasa dengan layanan ibu kepadaku sejak dua tahun lalu. Tiba-tiba, pintu bilik kakakku terbuka.

 "Selamat pagi semua." Katanya sambil tersenyum manis.

 Delysha Erwina Darwilia 

 Dia kakakku. Dia baik, dan macam yang ibu cakap tadi, dia cantik dan bijak. Dia berumur 31 tapi masih awet muda tau! Kami sering dibandingkan oleh ibuku. Dan semestinya kakanda ku ini yang dimenangkan oleh ibu. Di mata ibu, semua salah ku.

 "Makan lagi, Dani? Haih.." katanya sambil tergelak kecil dan mengusap kepalaku lembut. Aku hanya sengih padanya. Bila aku cakap yang kakak ku ini baik, aku memang maksudkan apa yang aku cakap. Kak Dely tak pernah merendahkahkan aku macam yang ibu selalu buat. 

 "Dely pergi kerja dulu, ibu, ayah." Kata kak Dely sambil mencium tangan kedua ibu bapaku. 

 "Kerja elok-elok, Dely. Banggakan keluarga kita. Jangan jadi macam budak seorang tu. Tahu makan aje." Kata ibu menyindirku. Aku tahu memang salah aku. Sebab dah 28 pin masih tak dapat kerja lagi. Dari dulu tak dapat nak sumbangkan kewangan untuk ibu dan ayah. Mungkin mereka merasakan yang aku ini beban kepada mereka. Ataupun cuma ibu. Sebab layanan ayah kepadaku baik-baik sahaja. Tak ada memaki aku itu ini. Ayah baik denganku.

 "Haish, apa ibu ni cakap macam tu? Tak baiklah. Dani tu kan anak ibu jugak? Ni pun nanti nak pergi interviu kerja." Kata Kak Dely sedikit tak selesa diwajahnya apabila ibu mula membandingkan kami.

 "Ha, yelah, yelah. Dah, pergi kerja. Nanti lambat karang." Kata ibu.

 "Yelah. Dely pergi dulu! Dani, good luck for interviu! Bye!" Kata Kak Dely sambil mengambil kunci keretanya.

 "Bye, akak! Love you!" Kataku sambil melambai tangan kepadanya. 

 "Bye! Love you too!" Katanya sambil menutup pintu. Aku bangun untuk membasuh pinggan. 

 "Ha, dah makan tu, jangan nak makan lagi kat luar tu. Baik sambil kau jalan ke stesen bas tu kau baca apa-apa in interviu tu nanti. Kau kalau tak makan sehari tu mat-"

 "Ros." Kata-kata ibu dipotong begitu sahaja oleh ayah. "Apa cakap macam tu kat anak tu? Kesian dia, hari-hari kena hina dengan awak." Kata ayah.

 Selain Kak Dely, ayahlah yang selalu membelaku apabila kak Dely tak ada di sisiku. Memang pun. Ayah tak pernah berpihak kepada ibu. Sama seperti Kak Dely. Dikala ibu mahu memenangkan Kak Dely, ayahlah yang selalu membidas dan membelaku. 

 "Anak abang tu. Saya dah banyak kali cakap diet, diet. Tak diet juga. Entah sampai bila nak badan macam tu." Kata ibu tak mahu kalah.

 "Inikan anak awak juga. Lagipun abang tengok, cantik aje si Dani ni. Tambah lagi comel. Awak ni, kanapalah jadi tak puas hati sangat dengan Dani." Kata ayah. Kan kena sedas. Sekali ayah tembak, terdiam terus dibuatnya ibu. 

 Aku berlalu untuk bersalam dengan mereka. "Dani pergi dulu ya, ayah, ibu." Kataku sambil mencium tangan keduanya. Ayah menyambut tanganku bersama senyuman manakala ibu pula bersama jelingan. Aku salam ibu pun, nak tak nak aje dia sambut. Tak apalah. 

 "Dani pergi dulu. Doakan Dani ya, ibu, ayah." Kataku 

 Tanpa banyak kata, aku keluar dari rumah. Entahlah. Macam aku cakap tadi, tak pula aku rasa nak menangis huhuhu. Mungkin kilang air mata aku dah rosak kut, sebab tu tak rasa nak nangis. Pelik. Sebab, hati aku ni sakit. Tapi air matanya tak ada. Biarlah. Aku kan kuat! Buat apa nak menangis disebabkan hal remeh temeh cenggitu

 Apabila aku sampai di stesen bas, bas sudah bergerak meninggalkan stesen. 

 "Tu.... Tunggu! Tunggu woi!!" Kerutuk sambil berlari-lari bapak mengejar bas. Beberapa kali aku menjerit tetapi bas itu tetapi menonong ke depan. Aku terus-terusan mengejar tetapi keinginanku tidak kesampaian apabila terdengar bunyi hon yang nyaring di belakangku.

 Tak sempat aku berpusing aku sudah dilanggar oleh sebuah kereta Bugatti Veyron hitam. Tergolek aku tiga meter ke hadapan. Rasa sakit mula menyerbu ke segenap tubuhku. Kepala yang terhantuk kuat di jalan terasa berdenyut-denyut. Tangan diangkat untuk memengang kepala yang sudah dibasahi darah pekat. 

 Pemandu kereta itu keluar daripada keretanya dan mendekati ku. Orang ramai mula mengelilingi tempat kejadian. Aku 5ak pedulikan semua yang menyaksikan kemalangan tersebut. Yang aku tahu, sakit, sakit dan sakit. 

 "Cik okey?" Kata lelaki itu perlahan.

 "Sa-" Dan aku terus ke alam lain.