Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Watak Utama Itu Milikku!

Kokina_hime
--
chs / week
--
NOT RATINGS
1.3k
Views
Synopsis
Hanna telah dilahirkan semula menjadi salah satu karakter novel yang baru dibacanya sebelum mati. Namun begitu, karakter itu hanyalah watak sampingan yang mati selepas beberapa babak. Cuba untuk menukar takdir hidupnya, Hanna cuba menjauhkan diri dari karakter utama. Cubaanya itu bagaimanapun gagal kerana dia tetap menjadi sahabat baik karakter utama. Perlahan-lahan perasaan ingin melindungi menjadi cinta dan Hanna menginginkan Arien itu dirinya sendiri. Meskipun terpaksa menjadi watak jahat, Hanna takkan sesekali melepaskan Arien lagi!
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1: Arien Kallista

Hanna masih teringat rasa sakit yang dialaminya saat pisau tajam menusuk ke perutnya.

Malam itu bulan penuh mengambang sambil disinari cahaya bintang yang berkelipan. Sebaik saja turun daripada bas yang sering dinaikinya, Hanna seperti biasa singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli mi segera. Biasalah tengah bulan seperti ini hanya mi dan makanan ringan sebagai alas perut. Dalam dompetnya cuma ada duit not RM100 sahaja untuk Hanna meneruskan hidup sehingga gaji yang seterusnya.

Kalau diikutkan gaji sebagai kerani memang tidak cukup lebih-lebih dengan keadaan ekonomi masa kini. Sewa rumah pangsapuri sudah hampir mencecah RM1000 walaupun terletak di kawasan terpencil dan jauh dari bandar. Belum termasuk bil dan tambang bas setiap hari yang dinaikinya.

Hanna mengeluh. Sekali lagi dia membuka dompetnya.

Tinggal RM70 sahaja. 

"Patutkah aku puasa esok--"

Tsuk!

Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang tajam menikam tepi perutnya. Belum sempat dia berbuat apa-apa, badannya ditolak ke tepi dan dompet ditangannya dirampas kasar.

Jika tadi Hanna tidak merasakan apa-apa, sekarang rasa sakit itu mencucuk-cucuk dan pandangannya mula kabur.

Samar-samar Hanna melihat seorang lelaki yang berpakaian lusuh membuka dompetnya. Dalam kelam malam, dia tidak mampu melihat wajah lelaki itu kerana dia diserang saat Hanna melalui lorong kecil menuju ke pangsapurinya.

"Ini je?!"

Jemari Hanna menggeletar. Darah sudah mula mengalir membasahi pipinya yang kesejukan. Pakaian kerjanya kotor terkena lopak bercampur lumpur. Lelaki itu menarik tas tangannya dengan kasar dan menyelongkar isi dalamannya.

Telefon bimbit, kad pekerja, gula-gula kegemarannya dan sebuah novel yang baru saja dibacanya separuh berterabur di atas lantai yang basah.

Hanna hanya mampu memerhati tingkah lelaki itu dengan mata yang semakin kuyu. Apabila lelaki itu mengambil telefonnya, dia merintih kesedihan mengharapkan belas ehsan si penyerang. Hanya itulah hartanya yang dibeli setelah mengumpul gaji empat bulan. Sekelip mata saja ia hilang dicuri.

Hanna mahu menyerah.

Dia sudah merasakan degupan jantungnya yang semakin lemah. Luka di perutnya tidaklah berapa dalam tetapi dia sudah kehilangan banyak darah.

Derapan tapak kaki lelaki itu semakin menjauh. Hanna ditinggalkan sendirian menunggu malaikat maut menjemputnya.

'Beginikah pengakhiran hidupku?'

Ah, sejujurnya tiada siapa yang akan rasa sedih dengan kehilangannya. Dia hanyalah anak yatim yang berusaha untuk hidup dalam dunia yang penuh pancaroba. Rakan sekerjanya mungkin akan bersedih namun cuma seketika.

'Ah, penatnya...'

Tiga puluh empat tahun yang memenatkan. 

Dengan bersusah payah, Hanna mengukir senyuman. Dia mahu meninggalkan dunia ini dengan wajah yang ceria. 

'Selamat tinggal dunia --'

"Huk!"

Mata Hanna terbuka luas. Seakan baru sahaja timbul dari dasar laut, mulutnya tercungap-cungap mencari udara. Peluh membasahi dahinya dan mengalir jatuh ke telinga. Benda pertama yang dilihatnya adalah siling kayu berwarna putih.

Hanna mengerutkan dahi. Siling di biliknya sangat kusam dan catnya terkopak kerana dia tidak mempunyai duit untuk mengecat baru. Dia toleh ke kanan dan melihat sebuah almari kayu dan rak yang berisi ubat-ubatan.

'Aku di hospitalkah?'

Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringan. Mukanya terasa membahang terkena cahaya matahari dari jendela di atas kepalanya. Selain katilnya, ada dua buah lagi katil kosong dengan warna cadar yang sama. Putih seperti di hospital.

Tanpa sedar, Hanna meraup wajahnya dan cuba menahan tangisan.

'Aku masih hidup! Oh Tuhan, terima kasih kerana menyelamatkan aku!'

Apabila Hanna cuba untuk turun dari katil, dia sedar satu perkara.

Kakinya tidak dapat menjangkau lantai.

"Ah!" Hanna terjerit kecil apabila lututnya bertemu dengan lantai kayu dan dia hampir tersembam jika tidak kerana tangannya menahan tubuhnya.

'Apa ni? Kenapa tangan dan kaki aku menjadi pendek?'

Hanna memerhati dengan bingung keadaan fizikal tubuhnya yang jauh berbeza dengan kebiasaan. Kulit yang mulus tetapi masih lagi kurus. Hanna mencapai helaian rambutnya.

Warna coklat gelap. Memang warna rambutnya.

Jadi dia berubah menjadi kanak-kanak kembali?

'Adakah aku sedang bermimpi?'

Tapi kesakitan yang dialaminya ketika jatuh tadi membuktikan ia bukanlah satu mimpi.

Tiba-tiba pintu berwarna pink pucat itu terbuka dari luar.

Seorang kanak-kanak lelaki berambut perang berdiri sambil memandangnya dengan linangan air mata.

"Leia, awak dah sedar!"

Mata Hanna terkebil. Leia?

"Kenapa awak duduk di lantai? Kepala awak masih sakitkah?"

"Kepala?" Hanna menggumam seraya meraba-raba kepalanya. Dia merasakan permukaan kasar disekeliling kepalanya.

"Apa ni?"

Kanak-kanak lelaki melihatnya hairan. "Awak terjatuh dari tangga. Saya jumpa awak tak sedarkan diri."

"Oh? Bukankah saya cedera di perut?" 

Hanna meramas-ramas baju yang menutup perutnya cuba mencari pembalut luka namun tidak menjumpai, bahkan dia tidak merasa sakit pun. Tidak puas hati, Hanna menarik ke atas hujung bajunya untuk melihat keadaan perut tetapi tiada bekas parut yang kelihatan.

"Leia, apa awak buat ni?" Kanak-kanak itu menjerit melihat tingkah kurang sopan Hanna. "Awakkan perempuan, mana boleh buka baju depan lelaki."

Hanna cuma mengerling kanak-kanak itu yang sedang menutup matanya. Telinganya kemerahan menahan malu. Lama dia perhatikan dan cuba mencari dalam kotak ingatannya namun Hanna yakin dia tidak kenal kanak-kanak itu.

"Nama saya bukan Leia," beritahu Hanna.

Kanak-kanak itu menjatuhkan tangannya. Hanna baru nampak anak mata kanak-kanak itu berwarna perak. 

"Nama awak kan Leia Edith."

Leia Edith? Hanna seakan pernah mengetahui nama itu tapi ingatannya masih samar.

Tidak mahu terus berpura, Hanna menggelengkan kepala. "Bukan, saya Hanna Oh."

"Hah? Apa awak mengarut ni?" Kanak-kanak itu merenungnya dengan raut khuatir. "Adakah hentakan kepala awak begitu serius sampai awak lupa nama sebenar awak?"

"Jadi awak siapa?" rengus Hanna tidak puas hati. Dia belum lagi nyanyuk untuk lupa nama sebenarnya. Kanak-kanak itu yang tersilap!

"Saya kan Matthias, awak dah lupa? Kita dah kenal lebih dua bulan sejak saya sampai ke rumah ni," kanak-kanak itu - Matthias menerangkan sambil bercekak pinggang. Kemudian menggelengkan kepala. "Saya rasa Mama perlu memeriksa keadaan awak semula. Awak tunggu sebentar, saya panggil dia."

Belum sempat Hanna berkata apa-apa, Matthias terus berlari keluar dan menghilangkan diri.

"Ma...Ma?"

Oh, tidak. Adakah benar apa yang didengarinya?

Dia kembali semula pada saat dia tinggal di rumah anak yatim??

Mimpi buruk apakah ini?!

Tanpa berfikir panjang, Hanna mengetuk kepalanya berkali-kali. "Bangun! Hanna Oh, bangun segera!"

Pun begitu, dia masih lagi di posisi yang sama. Terduduk di atas lantai. Cuma rasa sakit dikepala dirasainya menandakan dia di alam realiti.

Dia memejamkan mata saat emosi negatif itu datang dan meracuni fikirannya. Degupan jantungnya serentak berdenyut kencang menyebabkan nafasnya tersekat-sekat.

Hanna lebih rela kembali ke pangsapurinya yang sempit dan usang daripada menjejakkan kaki semula ke rumah anak yatim itu.

'Aku tak mahu! Tolong, lepaskan aku. Tolong...'

"Leia!"

Hanna tidak mendengar. Dia masih terperangkap dalam memori pahit masa silamnya.

"--tarik nafas. Ikut suara saya, ya, bagus."

Hanna tercungap-cungap. Terasa dia lemas di lautan yang dalam tanpa dahan untuk berpaut.

"Awak buat yang betul. Tenang dan ikut suara saya... tarik nafas perlahan."

Suara yang didengarinya sangat lembut, tidak garang dan keras seperti dalam ingatannya.

"Bagus, bagus... awak dah kembali tenang. Matthias, tolong bawakan air."

Kedengaran seseorang berlari dan tangan yang hangat mengusap rambutnya. 

Hanna masih tidak mahu membukakan matanya tetapi kerana rasa ingin tahu, dia gagahkan diri jua.

Air mata yang membanjiri matanya mengaburi sedikit pandangannya namun Hanna nampak wajah wanita yang sedang mendakapnya. 

'Dia bukan Mama.'

Wanita itu tersenyum. Senyumannya lembut dan bersifat penyayang. Hanna tidak mengenali wanita itu seumur hidupnya. Rambutnya perang pucat tidak seperti Mamanya dulu berwarna hitam dan dihiasi uban.

"Awak okey, Leia?"

Hanna mengangguk. Dia tersipu-sipu malu bila menyedari dia masih terbaring dalam pelukan wanita itu.

"Jangan bangun dulu. Tunggu beberapa minit sebelum awak berdiri semula," tegahnya sambil menepuk lembut belakang Hanna umpama menidurkan bayi.

"Hm, nasib baik luka di kepala awak tidak berdarah semula. Leia, awak patut fokus bila turun tangga," wanita itu sempat meleterinya menyebabkan dia malu sendiri.

Hanna ingin menidakkan kata-kata wanita itu tetapi mendapati dia tidak mahu memecahkan suasana yang aman itu. Itu adalah kali pertama seseorang memeluknya dengan penuh kasih sayang. Sekiranya mereka menyalah anggap Hanna sebagai Leia, dia rela meminjam identiti itu untuk sementara waktu.

"Nah, huh...huh... air," Matthias muncul di muka pintu termengah-mengah. Gelas yang sepatutnya penuh berisi air tinggal separuh sahaja menyebabkan wanita itu memarahinya.

"Maaf, Leia mesti haus. Saya nak dia cepat minum," ujar Matthias sambil tersengih.

Hanna rasa terharu. Dunia apakah ini sehingga impiannya semasa kecil tercapai? Adakah dia berada di syurga? Hanna merasakan itu mustahil. Dia masih lagi bernafas dan merasakan keadaan sekelilingnya sangat jelas. Ia tidak seperti sebuah mimpi.

"Kenapa dengan Leia, Mama? Dia -" Matthias memandang Hanna dengan penuh kerisauan. Mata bundarnya mula berkaca. "-Sakit jantungkah? Leia akan mati?"

Wanita dipanggil mama itu ketawa perlahan seraya menggelengkan kepala. "Apa yang kamu fikirkan ni, Matthias? Leia cuma sesak nafas saja."

"Oh," kanak-kanak itu menggaru pipinya, tidak faham. "Tapi Leia tak mati, kan?"

"Saya okeylah, Matthias," Hanna mengeluh lalu bangun dari pembaringannya. Wanita itu membantunya duduk sambil mengusap rambut yang rupanya basah dek peluh. Mata Hanna melilau melihat keadaan sekeliling dan dia terpegun tatkala menangkap bayang beberapa kanak-kanak yang menginati di sebalik pintu.

"Maaf, um, mungkin kerana kepala saya terhantuk tapi saya tak ingat saya berada di mana sekarang," Hanna menukar ceritanya. Jika tadi dia beriya-iya mahu menegakkan kebenaran identitinya, sekarang Hanna mahu melihat di mana dia sekarang. Mungkin ia sebuah mainan tidur, mungkin juga dia diculik atau mungkin dia dalam fasa koma, tetapi dia yakin dengan emosi dan perasaan ingin tahunya yang membuak-buak bukanlah sesuatu yang palsu.

"Awak di Pusat Perlindungan Azskar."

Mata Hanna membulat. Rasa tidak percaya menguasai diri. Apakan tidak, Hanna kenal benar nama itu. Mustahil dia boleh terlupa kerana nama yang begitu unik itu hanya boleh ditemui di satu tempat saja. 

Dia baru sahaja membaca --

"Mama! Ada orang cari Mama!"

Mereka menoleh serentak ke arah suara nyaring yang menjerit seumpama semua yang disitu mengalami masalah pendengaran. Mama mendengus lantas bangun dari duduk. Matanya menjeling tajam ke arah kanak-kanak perempuan comel yang berikat kuda.

"Tolonglah Mirri, jangan menjerit."

"Maafkan saya, Mama," gumam kanak-kanak itu.

Hanna duduk terkaku. Susana ini, perbualan ini... Hanna tahu semuanya. 

Cepat-cepat Hanna bangun juga dan mengekori di belakang Matthias. Suasana suram di sepanjang lorong tidak diendahkannya. Bilik-bilik yang satu-persatu mula terbuka menunjukkan penghuninya juga tidak dipandang. 

'Ini adalah mustahil.'

Berkali-kali kalimat itu diulang dalam kotak fikiran Hanna. Dia enggan mahu percaya idea karut yang terlintas kerana itu hanyalah fantasi dan mainan sang penulis novel dan pelukis komik yang dibacanya.

Namun apabila kakinya mencecah lantai tingkat bawah rumah anak yatim itu dan kelibat seorang kanak-kanak lelaki sebaya Matthias berdiri dengan baju compang-camping dan rambut yang kusut, Hanna sudah tahu apa yang bakal dituturkan oleh lelaki yang membawa kanak-kanak itu.

"Cik Isolde, ini adalah --"

Hanna rasa nafasnya tersekat.

Rambut yang hitam pekat seperti malam tanpa bulan, kulit mulus dan cerah, pandangan mata yang tenang tetapi tersembunyi kebijaksanaannya. Dan yang paling menarik perhatian Hanna adalah warna anak mata biru laut seakan berkaca di dalamnya.

Mustahil.

"--Arien."

Arien Kallista. Watak lelaki utama dalam novel 'Hikayat Putera Yang Disumpah.'

Reviews