Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

The last counter

Solofish
--
chs / week
--
NOT RATINGS
938
Views
Synopsis
Baru sahaja berhenti daripada pasukan inteligen global sejak perang dingin berakhir, beliau dipaksa kembali dengan misi baru. Dristan Owein. Seorang ahli pasukan elit badan inteligen global dipanggil kembali untuk menjalankan misi sulit. Pada awalnya, Owein menolak tegas kerana tidak mahu lagi terjebak dengan perang dalam politik. Namun, apabila Kwan yeona presiden SIGMA (Special Intelligence Global Military Alliance) menyatakan bahawa misi ini berkaitan dengan kisah silam masa lalunya. Setuju. Kerana Owein tiada pilihan. Kerana kebenaran dibuktikan melalui tindakan.

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - Natus vincere

"Yeona tak main-main kali ni."

Genap tahun yang ke-5 secara rasmi aku bersara ,Yeona tanpa henti menghubungiku setiap jam dan lebih kurang 2376 mesej tidak kubalas. Jujur. Aku dah muak kerana dia mengganggu aktiviti harianku.

Kerana dialah aku terpaksa hidup dalam tergesa-gesa. Setiap kali aku bersiar diluar untuk healing, semua orang disekelilingku selalu memandangku dengan tatapan aneh kerana telefonku sering berdering di kawasan awam. Aku taknak fikir panjang dan rumitkan lagi, aku block dan buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, Yeona merupakan orang pertama yang aku block dari kenalanku.

Apa si Yeona ni tidak bekerja?

Orang seperti dia?

Mana mungkin tidak bekerja.

Sedangkan dia merupakan presiden badan inteligen global.

Menghela nafas. Aku memandang sekeliling. Kemas apa yang patut sebelum mengambil dompet dan langsung keluar tanpa mengunci Pintu utama.

Seperti biasa aku akan membeli nasi lemak bungkus dan kopi gantung ikat tepi dibeli sesuai dengan citarasa klasik di ChillCafe sebelah apartment aku.Tidak lama selepas itu, telefonku berdering. 

Aku behenti sejenak dan menghela nafas. Memandang sekeliling kesal tidak dapat menikmati hari dengan tenang.

Hatiku mengatakan dia tapi tidak mungkin dia. Mustahil Yeona.

Aku mengeluarkan telefonku dan melihat nombor yang tertera, terdiam sejenak. Tiada nombor hanya bahasa lama yang tidak dapat difahami.

Tak sangka dia akan mengambil keputusan begitu dalam cuba menghubungiku.

Aku lupa tiada perkataan mustahil dalam kamus hidup Yeona.

'SIGMA.' maksud bahasa lama yang merupakan nombor rasmi badan inteligen global tertera di atas. Dia menggunakan cara yang drastik. Bagus bagi pemimpin yang berfikiran radikal.

Biasanya seseorang akan menerima panggilan daripada badan inteligen global jika mereka adalah ahli anggota atau...

mereka yang ada dalam daftar dikehendaki.

Aku menarik nafas perlahan-lahan dan cuba menenangkan diri. Bermakna mereka akan sampai tak lama lagi.

Tak.

Mereka dah sampai. Aku berhenti berjalan.

Telefon masih berdering. Aku mengangkat telefon dan membalas. Aku tahu hanya Yeona saja yang mampu berbuat begini.

Kerana dia presiden.

dan SIGMA tetaplah SIGMA . 

"Kwan Yeona. Kenapa perlu terburu-buru menghantar pasukan ke sini selepas aku block kamu dari kenalanku?

Kamu tahukan yang kamu dah langgar sumpah taat badan inteligen global dan protokol dengan menghantar anggota global untuk kepentingan diri.

Berdasarkan sikapmu, kamu sendiri yang akan mengetuainya, bukan?"

Tidak kisah taktik apa yang dia pakai. Lambat laun para petinggi akan tahu juga.

"Menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri."

Aku menjeling kebelakang dan melihat seseorang yang dari tadi mengekoriku dari belakang. Tidak buruk jugak. Dari luar, dia memang kelihatan seperti orang awam. Berpakaian orang awam dan berbaur dalam masyarakat namun dalamannya masih kelihatan kaku dari segi kelakuannya kerana latihan daripada badan inteligen sangat ketat.

Aku bagi tujuh persepuluh untuk usahanya.

Dan untuknya...

"Kamu menghantar 'pisau yang belum diasah' lagi?" kosong.

Sangat jelas jika mahu membezakan seseorang itu anggota baru atau anggota lama. Lagi-lagi berkenan dengan pemilihan misi yang akan diberikan.

"Kenapa tak berbincang denganku dahulu sebelum mempromosikanku menjadi penilai segera?"

Kebanyakan anggota baru akan memulakan tugas barunya di fasiliti badan inteligen manakala mereka yang lama atau veteran akan ditugaskan di serata tempat. Sementara kes istimewa iaitu Adapter akan ditugaskan untuk operasi rahsia.

Kebanyakan daripada mereka merupakan petinggi. 

Dia membuatku sebagai alat pengukur kekuatan bergerak bagi mereka.

Ah. Jika difikirkan tentang anggota baru, selalunya yang akan dikerahkan setelah selesai lulus menjadi anggota adalah Maker atau Tester berbanding Tracker yang sesuai menjadi bantuan sokongan fasiliti badan inteligen.

Oh. Apa mungkin dia mengahantar Chaser? Tidak mustahil bagi Yeona menghantarnya.

Jika Yeona menghantar Chaser, dia benar-benar nekad dengan keputusannya walaupun Chaser tersebut merupakan ahli baru yang masih pemula.

Dia sama juga dengan Adapter, tapi Chaser merupakan salah satu daripada cabangnya. 

Sama juga dengan keputusan yang Yeona lakukan. Aku tak tahu kenapa Yeona bertekad mahu menyerahkan misi ini kepadaku berbanding Adapter yang lain, keputusanku tetap sama melainkan...

"Katakan saja ini rundingan terakhir antara kawan sebelum kita selesaikan secara profesional." Anggota badan inteligen mula menampakkan diri sementara Yeona masih berbicara denganku.

2 Maker, 1 Tester dan 1 Tracker. Satu pasukan dan combo yang ideal bagi para pemula.

Sudah mula.

Entah kenapa aku merasakan keanehan apabila mereka menampakkan diri namun dia masih belum muncul.

"Kamu tak akan terlibat kan?" Dari telefon, kedengaran gelak tawa yang membuatku nostalgia. Kali terakhir aku mendengarnya ketika aku memakan makanan yang telah diletakkan afrodisiak olehnya.

Budak ni... Dia pasti tidak akan ikut serta.

"Aku akan terima rundingan kau setelah aku kalahkan mereka."

Yeona berada di HelCarrier tepat di atasku. Tepatnya beratus meter sejauh mungkin yang dia boleh untuk menjauh dariku.

Kalau betul dia nak jadikan aku penilai, aku akan jadi. Tidak baik untuk menghampakan seseorang yang mengaharapkan keberhasilanmu.

"Hei kalian."

Nasi lemak diletakkan di pangkal pokok manakala kopi gantung ikat tepi disedut sedikit sebelum disangkutkan pada dahan. Ranting yang lurus kupatahkan untuk dijadikan senjata.

"Memandangkan hari ini merupakan hari pertamaku dipromosikan sebagai penilai, ujian akan dibuat sedikit kelainan."

"Dan ketua kalian tak kisah mengenai ini."

Memandangkan mereka masih baru. 

Aku akan ajar mereka yang kita lahir untuk menang. 

Bukan untuk kalah