Chereads / WISDOM'S SECRET / Chapter 2 - Bab 1

Chapter 2 - Bab 1

Pagi yang cerah,dihiasi dengan sinaran matahari yang memancarkan cahayanya ke muka bumi.

Burung-burung berkicauan dengan merdunya di atas dahan pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Jalan raya mulai dipenuhi dengan kenderaan. Ada juga yang berjalan kaki untuk pergi ke sekolah dan ke tempat kerja. Terdapat beberapa orang yang sedang membuat senaman di sebuah taman rekreasi.

Di sebuah rumah yang sederhana besar,seorang remaja perempuan masih nyenyak diulit mimpi. Jam dinding menunjukkan pukul 6.00 pagi.

"Gabriella! Bangun! Dah pukul 6.00 ni! Nanti kamu lambat ke sekolah!"kata puan Sofea iaitu ibu kepada Gabriella sambil mengetuk-ngetuk pintu.

Tiada sahutan daripada anaknya.

Sekali lagi dia mengetuk pintu bilik itu namun,hasilnya tetap sama. Puan Sofea berasa geram itu lantas membuka pintu bilik anaknya.

Dia bercekak pinggang melihat Gabriella yang masih nyenyak tidur. Puan Sofea mengumam sendirian.

"Gabriella Bethany Gilbert!"Puan Sofea memanggil nama penuh anaknya dengan lantang.

Lantas Gabriella tersedar dari tidurnya.

"Ada apa mama?"tanya Gabriella sambil menggosok matanya.

"Ada apa?Hey! Kamu tahu,sekarang dan pagi! Bangun cepat nanti kamu lambat ke sekolah!"kata puan Sofea dengan tegas.

Secara langsung Gabriella terduduk di katilnya.

"Ouh ya,sekolah!"lantas dia turun dari katilnya lalu mengambil tuala mandinya dan pergi ke bilik mandi.

"Kenapa mama tak kejut saya awal-awal?"tanya Gabriella sebelum masuk ke dalam bilik mandi

"Kamu salahkan mama?Hey,kamu tu dah 17 tahun! Takkan nak mama saja yang kejutkan!"kata puan Sofea yang berasa geram kerana dipersalahkan.

"Sorry!"laung Gabriella dari dalam bilik mandi

****

Sebuah kenderaan mewah berjenama Rolls-Royce berwarna putih meluncur laju di atas jalan raya.

Seorang remaja perempuan sedang khusyuk membaca buku The Secret History of The World sambil mendengar lagu Tornami a Vagheggiar yang berkumandang di radio keretanya.

Pakaian seragam sekolahnya kelihatan begitu kemas sekali. Wajahnya kelihatan sangat cantik dan mulus tanpa sedikit pun jerawat.

Bibirnya yang mungil dan berwarna merah jambu serta hidungnya yang mancung menambahkan lagi keserian wajahnya. Ditambah lagi dengan tubuhnya yang ramping.

Boleh dikatakan dia agak sempurna yang menjadi idaman para lelaki.

Kenderaannya telah sampai dia perkarangan sebuah sekolah yang agak besar dan kelihatan mewah. Dia lantas menutup bukunya lalu memasukkannya ke dalam beg sekolahnya.

Semua pelajar yang ada di situ terpegun melihat kereta mewahnya. Pemandunya membuka pintu kereta untuknya.

"Hari ni,cik muda balik pukul berapa?"tanya Charleston,pemandunya setelah remaja perempuan bernama Josephine itu keluar dari kereta

"Macam biasa"jawabnya tanpa memandang Charleston. Tanpa ucapan terima kasih,dia melangkah pergi meninggalkan Charleston.

Dia berjalan dengan elegan sekali masuk ke dalam bangunan sekolah itu. Pelajar-pelajar yang ada di situ menyapanya namun Josephine hanya memberikan senyuman segaris.

Dia melangkah menuju ke tempat lif berada.

Belum sempat dia menekan tombol lif,seorang lelaki berkaca mata bulat telah menekannya terlebih dahulu.

Penampilan lelaki itu sangat skema. Rambutnya disikat ke tepi sebelah kanan. Walaubagaimanapun,pakaiannya sangat kemas dan tali lehernya terikat rapi.

Josephine dan lelaki itu berbalas pandangan. Dia memandang tajam kepada lelaki itu. Lelaki itu berasa takut untuk memandang Josephine

"Kau lap tombol tu sekarang"kata Josephine dengan nada serius

"Ke...kenapa pula?Tak a..ada kotor pun"lelaki bernama Lewis itu berkata dengan terketar-ketar. Josephine melangkah ke hadapan sedikit untuk mendekati Lewis

Lewis menapak selangkah ke belakang.

"Orang miskin macam kau ni tak layak tekan tombol tu and tak layak guna lif. Jijik tau. Kau layak guna tangga"kata Josephine dengan sombongnya sambil tersenyum sinis

"Eh,salah. Kau tak layak guna apa-apa kemudahan pun. Lagipun,kau hanya membawa sial sahaja kepada orang lain bila kau guna kemudahan sekolah ni"tambah Josephine lagi

"Membawa sial?"Lewis tersenyum senget

"Kalau aku pembawa sial,kau pembawa kebodohan dalam sekolah ni"kata Lewis yang berasa marah dikatakan 'membawa sial'

Pelajar-pelajar di situ terkejut mendengar kata-kata Lewis. Sungguh berani dia melawan Josephine

"Apa?"Josephine berasa tergugat kerana dipanggil bodoh. Dia pantang bila orang memanggilnya bodoh

"Ya,membawa kebodohan sebab kau boleh nampak sendiri. Pelajar-pelajar di sini mengalami kebodohan yang sangat teruk sebab menyanjungi dan takut dengan orang macam kau termasuk guru-guru sekali"kata Lewis.

Dadanya berombak-ombak menahan kemarahan.

"Aku tau aku miskin. Tapi,biar miskin harta jangan miskin adab"tambah Lewis lagi

Josephine yang berasa terhina lantas menampar pipi kiri Lewis dengan kuat. Cermin mata Lewis terjatuh ke lantai. Pelajar-pelajar di situ terkejut akan tindakan Josephine

"Kau jangan nak nasihat akulah! Orang miskin macam kau ni tak layak menasihati aku!"kata Josephine,marah

"Josephine!"panggil seseorang dengan lantang. Semua orang di situ menoleh ke arah suara itu termasuk Josephine

Seorang perempuan berambut pendek bersama 4 orang rakannya berjalan menuju ke tempat Josephine berada

"Hai,Sherly"sapa Josephine dengan senyuman sinis

"Kenapa kau tampar dia?"tanya Sherly,serius

"Opps! Sorry tak sengaja"jawab Josephine dengan nada menyindir. Josephine ingin menapak ke hadapan untuk melawan Sherly namun salah seorang rakan Sherly yang bernama Nicole menarik tangannya yang membuatkan dia terhenti

"Josephine"Nicole memegang lengan Josephine. Nicole dan Josephine bertentangan mata

"Dia nak melawanlah guys"kata Elly

"Salah orang dia nak lawan ni"kata Bella pula

"Uuu! Beraninya dia!"ejek Hana dengan senyuman sinis

Josephine lantas melepaskan tangannya dari Nicole lalu memasuki lif itu. Sungguh dia berasa terhina hari ini.

Sebelum pintu lif tertutup,Josephine sempat menunjukkan jari tengah kepada Sherly dan rakan-rakannya.

"Kurang ajar!"Hana yang berasa marah ingin mendapatkan Josephine namun ditahan oleh Bella dan Elly

"Sabar,Hana"kata Sherly memegang bahu Hana.

Josephine tersenyum puas seorang diri di dalam lif

****

Gabriella dan ibunya telah sampai ke sekolah baharunya. Ya,dia berpindah sekolah kerana ibunya telah dipindahkan ke syarikat yang berprestij.

Puan Sofea merupakan seorang pereka fesyen yang cemerlang. Setiap hasil karyanya selalu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat terutamanya golongan atasan.

Gabriella dan puan Sofea terpegun melihat bangunan yang berdiri megah di hadapan mereka.

"Besarnya sekolah ni,mama"kata Gabriella yang terkesima melihat bangunan sekolah itu

"Bertuahnya kamu sekolah di sini,kan"puan Sofea turut terkesima.

Mereka pun keluar dari kereta lalu pergi ke pejabat sekolah untuk menguruskan perihal Gabriella. Semasa mereka memasuki sekolah itu,mereka sekali lagi terpegun.

Dalaman sekolah itu bagaikan istana. Terbeliak mata mereka melihatnya

"Puan Sofea dan Gabriella?"sapa seorang wanita lingkungan 50-an kepada mereka dengan senyuman manis.

"Ya,saya"jawab puan Sofea.

"Saya Annealie. Penolong Kanan Sekolah ini"puan Annealie memperkenalkan dirinya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman

Puan Sofea menyambut dalaman puan Annealie. Begitu juga dengan Gabriella.

"Mari"puan Annealie membawa mereka ke pejabat sekolah.

Setelah selesai mengurus dokumen-dokumen Gabriella,puan Annealie membawa Gabriella ke kelasnya. Sebelum Gabriella ke kelasnya,dia menyalami ibunya terlebih dahulu.

"Hati-hati,ya. Jaga adab tu. Jangan buat hal. Faham?"pesan puan Sofea

"Baik,mama"Gabriella memeluk puan Sofea. Puan Sofea mengucup dahi Gabriella dengan penuh kasih sayang.

Puan Annealie tersentuh melihat kemesraan puan Sofea dan Gabriella. Setelah itu,mereka pergi ke kelas Gabriella.

Sepanjang mereka berjalan,Gabriella mengamati setiap barang-barang mewah yang ada di situ. Begitu mewah sekali sekolah itu. Bukan itu sahaja,terdapat banyak kemudahan yang ada.

Dia meneliti setiap nama-nama kelas di sekolah itu. Nama-nama itu ialah Amanah,Bijak,Cekal,Dedikasi,Etika dan Fikrah. Sempat lagi dia melihat logo yang tersulam di baju kot yang dipakainya.

(Contoh logo sekolah baru Gabriella)

Dia berasa bangga kerana bersekolah di sekolah itu. Sekolah itu ialah Wisdom High School.

Wisdom High School merupakan sekolah yang paling berprestij. Sekolah itu telah melahirkan banyak insan-insan yang berjaya. Kiranya,Gabriella adalah orang yang bertuah kerana dapat bersekolah di sekolah itu.

"Baiklah,ini kelas kamu"kata puan Annealie. Gabriella melihat nama kelasnya.

"5 Cekal"kata Gabriella perlahan. Mereka memasuki kelas itu.

"Semua bangun. Selamat pagi,cikgu"ucap ketua kelas lalu diikuti yang lain.

"Selamat pagi. Mana guru kamu?"tanya puan Annealie setelah menyuruh para pelajar itu duduk.

"Belum masuk lagi,cikgu"jawab ketua kelas kepada puan Annealie. Puan Annealie hanya mengeluh kecil.

"Baiklah. Di sini saya ingin memperkenalkan kawan baru kami. Perkenalkan nama kamu"kata puan Annealie.

"Err...ehem..hello semua. Nama saya Gabriella Bethany Gilbert. Boleh panggil saya Gabriella"kata Gabriella dengan gugup.

"Kalau panggil sayang boleh?"kata seorang pelajar lelaki dengan senyuman miang. Gabriella berasa jijik dengan lelaki itu. Pelajar-pelajar lelaki bersorak.

"Hey,apa ni?!"marah puan Annealie. Kelas itu kembali sunyi.

"Kamu boleh duduk di sana"arah puan Annealie. Puan Annealie mengarahkan Gabriella untuk duduk di sebelah seorang pelajar perempuan di bahagian paling belakang berdekatan tingkap.

Gabriella menurutinya.

"Hai,nama aku aku Aurora"kata Aurora memperkenalkan diri setelah Gabriella duduk. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Gabriella"dia menyambut salaman Aurora. Mereka berbalas senyuman.

"Kau dari sekolah mana?"tanya Aurora dengan mesra.

"Rentap High School"jawab Gabriella. Aurora menganggukkan kepala.

"Kenapa pindah sini?"tanya Aurora lagi. Belum sempat Gabriella menjawab,seorang guru lelaki telah memasuki kelas.

Mereka semua memberikan salam kepada guru itu lalu setelah itu mereka duduk kembali. Guru lelaki itu mengelap peluh di dahinya menggunakan sapu tangan.

"Maaf lambat,semua"kata guru lelaki itu kepada pelajar-pelajarnya. Guru lelaki itu bertentangan mata dengan Gabriella.

"Ada pelajar baru ya?"kata guru lelaki yang bernama Daniel. Sesetengah pelajar dalam kelas itu melihat ke arah Gabriella

"Ya,cikgu"jawab ketua kelas bernama Marcus

"Ouh,begitu. Boleh perkenalkan diri kamu?Cikgu mahu berkenalan dengan kamu"kata cikgu Daniel dengan senyuman.

"Aish,ini yang aku malas ni"omel Gabriella sendirian dengan suara perlahan. Dia terpaksa menggagahkan diri untuk berdiri.

"Baiklah,kamu boleh perkenalkan diri kamu. Nama penuh kamu apa?Kamu dari sekolah mana?Kenapa pindah ke sini?"kata cikgu Daniel setelah Gabriella berdiri.

"Ehem..nama saya-"

"Gabriella"belum sempat dia memperkenalkan diri,lelaki miang yang mengganggunya tadi memotong kata-katanya.

Pelajar-pelajar di dalam kelas itu berasa geram terhadap lelaki itu. Ada yang melemparkan gumpalan kertas kepadanya.

"Joviansly! Saya bukan tanya kamu. Saya tanya dia. Tolong jaga tingkah laku kamu"kata cikgu Daniel,geram

Joviansly hanya tersenyum mengejek. Gabriella berasa annoying dengan Joviansly.

"Baiklah,sila sambung Gabriella"arah cikgu Daniel. Gabriella mula memperkenalkan dirinya sekali lagi.

"Baik. Err..nama saya Gabriella Bethany Gilbert"kata Gabriella

"Wow,cantik nama kamu!"puji cikgu Daniel. Gabriella berasa 'kembang' kerana dipuji. Dia hanya tersenyum.

"Saya bekas pelajar Rentap High School. Saya berpindah ke sini kerana ibu saya dipindahkan syarikat"kata Gabriella.

"Berh..Rentap High School. Salah satu sekolah berprestij tapi tak boleh lawan Wisdom High School"kata Kevin,kawan kepada Joviansly,separuh mengejek.

Rakan-rakan Joviansly tertawa.

"What the fish?!"kata Gabriella di dalam hatinya. Dia berasa geram kerana sekolah lamanya dikatakan seperti itu.

"Kevin! Stop it!"marah cikgu Daniel. Kevin hanya mengangkat jari jempolnya.

"Steady cikgu"kata Kevin dengan sisa tawanya

"Kenapa ibu kamu dipindahkan syarikat?"tanya cikgu Daniel kepada Gabriella tanpa menghiraukan Kevin

"Sebab ibu saya diambil bekerja di Harin's Company"jelas Gabriella

"Ibu kamu pereka fesyen,ya?"cikgu Daniel cuba meneka

"Ya"jawab Gabriella

"Uuuuu!"sorak pelajar-pelajar dalam kelas itu kecuali Aurora yang fokus mendengarkan Gabriella

Harin's Company merupakan syarikat yang berprestij dalam penghasilan fesyen. Semua pereka fesyen yang ada di syarikat itu hebat-hebat belaka. Kiranya,puan Sofea tersenarai dalam pereka fesyen hebat-hebat belaka

"Senyap!"arah cikgu Daniel kepada pelajar-pelajarnya

"Kamu boleh duduk,Gabriella"arah cikgu Daniel kepada Gabriella lalu dia pun duduk

"Baiklah,nama cikgu Daniel Leonardo. Boleh panggil cikgu,cikgu Dan. Saya ajar subjek matematik merangkap guru kelas kamu"cikgu Daniel memperkenalkan dirinya kepada Gabriella. Gabriella hanya mengangguk

"Keluarkan buku teks kamu. Buka muka surat 110"cikgu Daniel pun memulakan sesi pembelajaran

****

PAK!PAK!PAK!

Josephine menampar seorang budak perempuan tingkatan 3 di hadapan pelajar-pelajar lain. 2 orang rakan budak perempuan itu turut ditampar.

Mereka ditampar kerana salah seorang daripada mereka tidak sengaja terpijak kasut Josephine semasa mereka bergurau-senda

"Kau ingat,duit kau tu cukup untuk beli kasut ni?!"Josephine menghina budak yang memijak kasutnya

"Maaf"kata budak itu. Air matanya mengalir di pipi.

"Maaf? Kau tu sedarlah diri sikit! Dahlah miskin! Kau memang sengaja pijak kasut aku kan?!"Gabriella menengking budak itu.

Kemarahannya semakin menjadi-jadi. Budak itu menggeleng kepala

Pelajar-pelajar yang melihat kejadian itu berasa kasihan terhadap budak perempuan itu namun tiada satu pun yang berani membantu kerana mereka takut terhadap Josephine

"Sedarlah diri MIS..KIN BO..DOH"Josephine menunjal-nujal kepala budak perempuan yang memijak kasutnya. Budak itu hanya menundukkan kepala dengan tangisan

"Aku nak kau jilat kasut aku"kata Josephine. Budak perempuan itu terkejut lalu menggeleng

"Jilatlah!"Josephine menengking budak itu

"Apa yang jadi ni?!"kata seorang guru perempuan yang datang kepada mereka. Josephine lantas memeluk tubuh laki memaki guru perempuan yang dalam lingkungan 20-an di dalam hatinya

"Hey,miss Charlotte"kata Josephine dengan senyuman sinis. Miss Charlotte melihat keadaan budak perempuan yang ditampar itu

"Apa kamu buat dengan dia?"tanya miss Charlotte dengan serius.

"Saya cuma bagi pengajaran sahaja sebab pelajar 'Bantuan Persekolahan' cikgu ni pijak kasut MAHAL saya ni"kata Josephine. Sengaja dia menekan perkataan mahal itu.

"Mahal sangatkah kasut kamu tu?"suara miss Charlotte terketar-ketar menahan geram. Kalau diikutkan mahu sahaja dia menampar Josephine yang sombong itu.

"Ya. Sangat mahal. Gaji miss pun belum tentu boleh beli kasut saya ni"jawab Josephine dengan sinis

"Saya akan bagitahu ayah kamu"kata miss Charlotte. Dia sungguh berasa geram akan kesombongan Josephine itu. Mahu sahaja dia menggoyakkan mulut Josephine

"Bagitahulah kalau cikgu berani. I don't care" Josephine menepuk-nepuk bahu miss Charlotte lau pergi meninggalkannya

"Aww,Josephine. Are you okay?"rakan Josephine, Britney bertanya kepadanya dengan gaya 'pick me girl'

"Ada nampak aku okay?"Josephine menjeling kepada Britney

"Maaf"kata Britney

"Kalau bukan sebab cikgu bodoh tu,aku dah belasah budak tu cukup-cukup. Kurang ajar betullah budak tu"Josephine meluahkan rasa marahnya

"Betul tu betul"sokong Britney.

"Kau nak pergi mana?"tanya Britney. Josephine tidak menjawab sebaliknya dia memberikan jelingan kepada Britney

****

Gabriella dan Aurora rehat di kantin. Mereka di sertai oleh Marcus,Elviera si penolong ketua kelas,Emma,Silviana dan Serena.

"Pasal Joviansly dan geng-geng dia tu,kau jangan ambil peduli"kata Emma kepada Gabriella

"Betul tu. Perangai mereka memang macam tu"kata Elviera pula. Marcus yang duduk di sebelah Elviera hanya mengangguk

"By the way,kamu semua ada dengar khabar pasal Olivia?"tanya Silviana kepada rakan-rakannya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut

"Tak ada pula"jawab Serena

"Kenapa dengan dia,Sil?"tanya Marcus ingin tahu. Semua mata di meja itu memandang Silviana

"Dia dah sebulan tak sekolah"jawab Silviana

"Patutlah aku dah lama tak nampak dia"kata Emma, mengangguk-angguk kepala

"Macam mana kau tau dia dah sebulan tak sekolah?"tanya Elviera

"Sebab hari tu aku ada ke bilik guru. Aku hantar buku latihan Sejarah kepada cikgu Audrey. Pastu aku terdengar perbualan cikgu Audrey dan cikgu Marion"jelas Silviana

Gabriella hanya dia mendengar cerita mereka sambil menikmati makanannya.

"Kau curi dengar ya?"Marcus cuba meneka

"Eh,mana adalah!"Silviana menafikannya.

"Aleh,jujur sajalah Sil"kata Marcus dengan senyuman mengejek

"Ish,kau ni!"Silviana geram terhadap Marcus

"Kau tau dia ada di manakah Aurora?Kau kan rapat dengan Olivia"tanya Serena. Aurora hanya menggeleng lemah.

"Maybe,dia lari ikut boyfriendnya"Emma cuba membuat andaian.

"Mustahillah. Olivia tu baik orangnya"Elviera menyangkal andaian Emma

"Betul tu. Lagipun dia tu single"sokong Serena

"Dia pernah bagitahu aku yang dia tak berminat bercinta di bangku sekolah"jelas Marcus

"Kamu semua pasti?Dia tu cuma guna kebaikan untuk mengaburi mata orang"kata Silviana yang tidak bersependapat dengan Emma,Serena dan Marcus

"Ish,kau ni kan!"Serena memukul lengan Silviana

"Sakitlah"Silviana mengadu kesakitan.

"Kau pastikah Olivia macam tu Sil?Kau ada bukti dia orang yang macam tu?"Aurora memandang tepat ke mata Silviana dengan serius. Kecut perut Silviana melihat pandangan tajam Aurora.

"Bu..bukan macam tu Aurora. Aku cuma-"tak sempat Silviana meneruskan kata-katanya,Aurora memotong.

"Jangan cakap benda yang tak pasti kalau tak ada bukti"kata Aurora Lau menyambung semula makan. Silviana terdiam tidak berkata-kata.

"Aku kasihankan Olivia tu. Dahlah anak yatim piatu. Tak ada siapa tempat untuk bergantung melainkan diri sendiri"Elviera berasa kasihan terhadap Olivia

"Err..maaf menganggu tapi siapa Olivia?"tanya Gabriella yang hanya mendengar mereka bercerita

"Budak paling genius di sekolah ni"jawab Marcus

"Josephine yang bijak tu pun kalah dengan dia"kata Serena

"Uu berani kau kata dia macam tu ya. Cuba cakap depan-depan"kata Emma. Serena hanya ketawa kecil

"Josephine?"kata Gabriella. Nama itu mengingatkannya kepada seseorang yang dikenalinya.

"Ya,tapi haih tulah sayang. Harap saja bijak dan muka cantik tapi perangai mengalahkan hantu"kata Elviera. Gabriella mengangguk-angguk kepala

"Itu mungkin bukan dia"kata Gabriella di dalam hati.

"Aku nak basuh tangan dulu"kata Gabriella lalu bangun dari tempat duduknya dan membawa bekas makanan untuk dibuang.

Setelah dia selesai membuang bekas makanan dan membasuh tangannya,dia ingin kembali ke tempat duduknya

Namun,semasa dia sibuk mengelap tangannya di sapu tangan,dia tidak sengaja terlanggar bahu seorang perempuan yang membawa makanan dan minuman

Makanan dan minuman orang itu terjatuh semua ke lantai. Sesetengahnya terkena pada baju dan kasut perempuan itu. Pelajar-pelajar di situ terkejut dengan kejadian tersebut

"Ma..maaf"Gabriella terkejut dengan apa yang berlaku lalu menggunakan sapu tangannya untuk mengelap

"Saya minta maaf"ucap Gabriella lagi

"Habislah dia"kata Emma. Mereka hanya mampu melihat sahaja kerana mereka berasa takut terhadap perempuan itu

Mereka berdoa dalam hati agar Gabriella 'terselamat' dari perempuan itu.

"Maaf"Gabriella masih lagi berusaha mengelap baju perempuan itu.

"Bethany?"perempuan itu memanggil nama kedua Gabriella. Secara langsung Gabriella berhenti mengelap

Dia lantas melihat orang itu. Dia terlalu panik sehingga lupa melihat perempuan di hadapannya itu.

Hanya perempuan itu sahaja yang memanggilnya Bethany. Dia tidak menyangka akan bertemu perempuan itu lagi. Secara tiba-tiba,nama perempuan itu terpacul keluar dari mulutnya.

"Jo..Josephine?"

Bersambung...

Terima kasih kerana membaca cerita ini. Maaf jika ayat-ayat dalam cerita ini tidak tersusun.

Nantikan bab seterusnya...