Sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku lakukan. Mungkin menjadi yang terkuat di antara semuanya. Tetapi bukan sebagai Pahlawan keadilan atau Raja iblis yang menakluk dunia, malahan aku ingin menjadi seseorang yang bebas. Aku ingin melakukan semuanya yang ingin aku lakukan tanpa ada yang menghalangiku dan juga menyelamatkan seseorang dalam situasi yang genting. Ini bukanlah sebuah impian kanak-kanak semata-mata. Tetapi sebagai tujuan yang aku ingin capai dengan tanganku sendiri. Namun pada waktu ini aku hanyalah seorang menusia biasa bernama Kasumi Rein dan bekerja sebagai seorang doktor.
Tiba-tiba pada malam ini aku mendapat panggilan kerana ada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dariku. Oleh itu, aku menaiki kereta dan pergi ke tempat kerjaku.
"Mah... perkara ini pun sudah biasa terjadi sebelumnya..".
"Hmm..?".
Pada malam yang gelap itu aku melihat sebuah kereta melintasi aku. Aku melihat di dalamnya terdapat seorang wanita di belakang tempat duduk kereta tersebut sedang meronta-ronta kerana dipaksa oleh empat orang lelaki untuk mengikuti mereka seperti mangsa pencolekkan. Melihat situasi itu menjadikan wajahku tersenyum lebar kerana hanya memikir apa yang akan terjadi seterusnya membuatkan jantungku berdebar debar.
Aku dengan bersemangat mengikuti mereka secara sembunyi dan berhati-hati. Setelah mereka sampai ke tempat tujuan mereka, Aku meletakkan keretaku sedikit berjauhan sambil mempersiapkan peralatan yang diperlukan.
""_ ""
" Hehe kita dapat tangkapan besar hari ini!" Gembira seorang lelaki berkemeja hitam itu kerana dapat menculik seorang wanita yang tidak bersalah.
Wanita itu sangat ketakutan.
" Oi jangan terlalu menakutkannya" kata seorang lelaki berjaket hitam kepada lelaki berkemeja hitam itu.
" Ehh.... baik-baik". balas lelaki berkemeja hitam itu.
" Jadi beritahu kami rahasia ayah kau!" Lelaki berjaket merah mengugut wanita itu mengunakan pisau di tangannya.
"Heh sampai mati pun aku tidak mahu!". wanita itu berusaha menunjuk perlawanannya.
"Oi Perempuan, Ini bukan sebuah permainan! Kalau kau tidak mahu mengatakannya sekarang, bersedialah untuk kehilangan satu atau dua jari kau ataupun hilangnya keperawanan kau. ". Lelaki berkemeja putih itu serius mengancam wanita itu.
Ketiga lelaki yang lain itu menjadi teruja seperti ingin melakukan sesuatu pada wanita itu. Wanita itu sekali lagi berada dalam keadaan ketakutan.
" Malam ini cukup panas ya. ". kata lelaki yang tiba-tiba muncul secara mengejut di balik bayangan kawasan itu. Lelaki itu berpakaian serba hitam dan dia menutupi bahagian kepalanya sehingga susah untuk melihat wajahnya terutamanya di waktu malam.
"Kau siapa?". kata lelaki berkemeja hitam.
" Kau ingin berlagak menjadi pahlawan disini? Tetapi betapa malangnya kau kerana kami berempat adalah bekas angkatan tentera!". Kata lelaki berjaket merah.
" Tetapi kalian hanyalah seorang manusia jadi pasti mudah. ". kata lelaki serba hitam itu.
" Apa?". kata lelaki berjaket hitam itu.
" Dunia ini tersangat keras, jadi pergilah budak, aku tidak mahu ada orang yang mati sia-sia di sini. ".
Tetapi lelaki serba hitam itu tidak mendengarkan amaran mereka, malahan maju kearah mereka selangkah demi selangkah.
Bunyi yang dikeluarkan dari kasut lelaki berpakaian hitam itu semasa melangkah mengema di seluruh kawasan itu.
" Saksikanlah pesta yang sungguh mendebarkan ini!". lelaki berpakaian serba hitam itu berlari kearah empat lelaki itu.
Keempat lelaki tersebut mengeluarkan
senjata mereka seperti pisau, tonfa dan ada yang mengeluarkan pistol.
Pistol dilepaskan kearah lelaki yang menyerang mereka berempat itu. Empat perluru telah dilepaskan tetapi dihindari oleh lelaki serba hitam itu. Lelaki kemeja hitam itu menyerang mengunakan sepasang tonfa. Dia menyerang dengan segala tekniknya tetapi semuanya dihindari dengan mudah dan akhirnya serang yang terakhirnya mengenai lelaki serba hitam itu walaupun dapat di tahan dengan tangannya.
" Hmm, sungguh hebat bekas angkatan tentera. Serangan yang cukup hebat. Baiklah waktu bermain sudah habis" lelaki serba hitam itu mengeluarkan sebuah katana daripada bag yang di bawanya tadi.
"Kau ingin membunuh kami memakai pedang itu? Apakah kau sudah gila?!" kata lelaki berjaket hitam itu.
" Kau belum mengetahui kekosongan sebuah malam yang sebenarnya." Lelaki serba hitam itu memegang katananya dan mengarahkan pada mereka berempat.
Lelaki yang memakai tonfa itu menyerang dengan pantas namun ditangkis oleh katana itu sehingga tercampak daripada tangannya. Tonfa yang masih ada pada tangan lagi satunya itu digunakan untuk menyerang kepala lelaki serba hitam itu. Semasa serangan tersebut hampir mengenai bahagian kepalanya, serangan itu dihalangi oleh hujung mata katana itu.
"Apa? tidak mungkin! " Lelaki yang memakai tonfa itu merasa terkejut tentang perkara yang tidak terduga itu.
" Berakhirlah" lelaki serba hitam itu menebasnya tanpa lelaki memakai tonfa itu sempat untuk bereaksi keatas ayunan pedang tersebut. Banyak darah yang terpancut keluar dari badan lelaki itu kesan daripada ditebas oleh sebuah katana tadi.
Lelaki yang memakai tonfa tadi jatuh ke tanah dengan banyaknya darah yang keluar dari badannya.
" Namaku Xeno, ingatlah nama ini di dalam ingatan kalian.". kata lelaki serba hitam itu.
"Arghhh... ". Lelaki berjaket merah cuba untuk menusuk Xeno dengan pisaunya. Setelah Xeno mengelak, dia cuba untuk menendang dan memukulnya menggunakan seni bela dirinya.
" Apa kau tahu bentuk badan yang kekar bukanlah satu-satunya cara untuk menjadi kuat. Tetapi cara kita memanfaatkan dan memanipulasi otot serta pergerakan badanlah yang menjadikan diri kita kuat". kata Xeno sambil mengelak serangan lelaki itu.
Xeno membalas serangan lelaki itu dengan tendangan yang sederhana tetapi kesannya cukup untuk membuatkan tubuh mangsanya menerima pukulan yang kuat.
" Apakah kau mengetahui bahawa jika kau mampu memanipulasi otot dengan betul, seorang budak berumur 16 tahun pun mampu mengangkat beban walaupun seberat 100 kilogram". kata Xeno.
" Jangan mengatakan perkara yang merepek! Uhuk... Uhuk!" kata lelaki yang ditendang tadi serta batuk yang dikeluarkan itu mengeluarkan darahnya.
Semasa Xeno ingin menebas lelaki di hadapannya tiba-tiba muncul sebuah tembakkan yang diarahkan kepada Xeno. Xeno dengan segara berundur ke belakang bagi mengelakkan diri dari serangan itu. Lelaki berjaket hitam itu menembak Xeno tanpa henti. Xeno hanya mampu mengelak. Wanita yang melihat kejadian itu menjadi terkedu melihat aksi yang ditunjukkan oleh Xeno. Setelah kehabisan peluru, Xeno melempar sebuah pisau kecil kearah tangan lelaki berjaket hitam itu. Setelah pistolnya terjatuh, Xeno menyerangnya dengan pantas dan menebasnya. Xeno melihat lelaki berkemeja putih itu dengan tatapan yang tajam.
"Mustahil! Kau adalah orang yang menyerang secara mengila di malam hari yang sering muncul dalam beberapa bulan yang lalu!". Kata Lelaki sambil mencuba untuk melarikan diri.
" Kau tahu banyak juga ya? ". Xeno dengan pantas melempar sebuah pisau kecil pada kaki lelaki tersebut. Setelah lelaki itu kehilangan upaya untuk berlari mahupun berjalan Xeno menyerang leher belakangnya menggunakan bahagian belakang katana. Lelaki itu pun jatuh kerana pingsan. Xeno datang kearah wanita yang diculik itu dan melepaskan ikatannya.
" Lebih berhati-hatilah untuk seterusnya dan yang akan datang.". Kata Xeno.
"Tunggu! Apakah kau..?!".
Belum sempat wanita itu menghabiskan kata-katanya Xeno menghilang dari pandangan wanita itu.
Kemudian Xeno pergi ke sebuah kereta dan menggantikan pakaiannya. Lelaki itu tidak lain tidak bukan adalah Kasumi Rein.
"Ha... Menyedihkan kerana aku menerima beberapa serangan dari mereka." Rein mengeluh kerana terkena beberapa butir peluru dan sedikit tebasan dari empat orang tersebut.
""" _"""
Setelah itu aku menaiki kereta dan pergi ke tempat kerjanya. Setelah tiba di bilik rawatan Rein melihat beberapa orang polis yang sedang menunggu di kawasan tersebut.
"Kasumi Rein kamu ditahan atas tuduhan mencuba untuk menyerang ahli politik dan membunuh beberapa orang secara sembunyi, sila ikut kami." Kata polis itu kepadaku.
Pada akhirnya aku ditahan oleh mereka dan dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan menjatuhkan negara. Aku tidak mampu untuk melawan undang - undang. Sekalipun aku melarikan diri kehidupanku tidak lagi menjadi bebas. Malam tadi pun adalah penyerang antara ahli politik untuk mendapatkan kuasa, pangkat dan kekayaan yang lebih tinggi. Oleh itu mereka mengupah orang yang berkemampuan untuk melaksanakan kemahuannya seperti mempamerkan rahsia yang buruk pada saingannya. Itu adalah perbuatan yang tidak disukai olehku. Kerana itu aku tidak mahu terlibat dengan ahli politik. Kerana aku menghalang semua kegiatan mereka itu, mesti mereka pasti tidak akan duduk mesra begitu sahaja. Mereka pasti merancang sesuatu untuk memerangkapku. Mereka adalah ahli politik, sudah pasti tiada yang ingin menyalahkan mereka. Asalkan mempunyai kekuasa dan kekayaan kau mampu untuk melakukan apa sahaja. Tetapi aku tidak suka dengan konsep seperti itu.
Aku pun di bawa di bilik pengakhiran iaitu bilik perlaksanaan kematian. Ini adalah hati terakhirku.
("Kenapa? Mengapa menjadi seperti ini? Berikan aku kebebasan! Mengapa aku mesti berakhir disini. Tidak sudi aku mati seperti ini!") jeritan kecil di hatiku makin menguat.
"(Akhirnya kehidupku pun berakhir.... )".
Sepatutnya itulah yang terjadi.
Kenyataanya ,sekarang aku sedang berbaring di dalam sebuah hutan yang tebal. Setelah melihat dengan teliti aku pun sedar bahawa hutan ini bukanlah hutan yang biasa ku temui kerana melihat banyak binatang yang pelik. Akhirnya, aku sedar bahawa aku telah bereinkernasi atau berpindah ke dunia lain.