Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

The Void of Darkness

🇲🇾AnsatsuO_05
--
chs / week
--
NOT RATINGS
1.9k
Views
Synopsis
Berkisahkan tentang Seorang Lelaki bernama Kasumi Rein yang hidup dalam keadaan yang tidak dinikmati olehnya. Suatu hari setelah menyelamatkan seorang perempuan yang di culik, dia kembali ke tempat kerjanya dan didapati sekumpulan polis telah menunggunya di sana. Disebabkan tidak dapat menerima kehidupannya yang terus dikekang, akhirnya dia berpindah ke dunia lain. Adakah di dunia tersebut dia mampu mendapatkan kembali impian dan kehidupan diinginkannya?
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1 : Dunia Lain (Isekai)

" " = Dialog Rein dan lain-lain

"()" = Monolog Rein

Hutan yang dipenuhi dengan tumbuhan liar dan haiwan yang tidak aku kenali.

"(Aku Rein Kasumi secara kebetulan selamat dari kematian dan terdampar ke tempat ini! Apakah aku sudah mati dan dihidupkan kembali ke dunia ini? Hmm~ mungkin?) ".

Bermacam-macam fikiran yang difikirkan oleh Rein tentang situasinya ini.

(" Kalau ini adalah dunia lain pasti terdapat itu kan? Seperti alat pengukur data? Cuba aku melihatnya sebentar. ")

Semasa matanya menjeling-jeling untuk mencari sesuatu, dia melihat sebuah ikon kecil yang terletak di hujung atas sekali pada bahagian kanan pandangan matanya.

" Pastinya yang ini! ".

Kemudian Rein membuka ikon tersebut dengan menyebut, " Status Open ". Kemudian secara tidak langsung data tentang Rein terpapar seperti skrin di hadapan matanya.

" Baiklah, mari lihat apa yang aku miliki." Rein melihat dengan teliti data tersebut.

" Sudah pasti levelku adalah 1. Selain itu, standard skill, memanipulasi sihir dan mana? Hmm.. Sepertinya akan berguna, seterusnya terdapat juga kemampuan pandangan jarak jauh, melihat aliran sihir dan menganalisis. Semua kemampuan ini hebat ya. Selain itu, Ultimate skill? The Void. Apa itu? Kemudian yang lain adalah unik skill, Belahan Jiwa? Apa maksudnya? Apa aku perlu mendapatkan kekasih? Aku sama sekali tidak faham! ". Rein menutup statusnya itu dan berjalan menuju ke kawasan hutan yang lebih dalam.

" Penglihatan jarak jauh! "Rein memakai kemampuannya itu. Dia melihat berbagai macam hidupan liar yang pelik dan menakutkan berdekatan kawasannya itu.

" Baiklah mari memburu, setidaknya aku perlu menaikkan levelku sampai ke tahap yang tertinggi."

Setelah itu Rein menjelajahi hutan tersebut dengan lebih dalam sehingga badannya lenyap di selimut oleh bayangan pokok di waktu malam.

" ~~~"

Di kawasan hutan yang sama tetapi di situasi yang berbeza.....

Terdapat sebuah kereta berkuda sedang membawa dua orang wanita yang sedang dikurung dalam sebuah kotak besi mirip seperti penjara.

"Kenapa semua perkara ini terjadi padaku! Ini semua adalah salah kalian para hamba yang tidak berguna!" kata seorang pemandu kereta yang sedang dalam keadaan kesal.

Tiba-tiba kenderaan tersebut didatangi oleh raksasa yang ganas dan tingginya hampir sama dengan pokok-pokok di sana.

" Arghhhh! Tidak! Jangan bunuhku! ". pemandu tersebut dikejutkan oleh situasi tak terduga dan dibunuh oleh raksasa tersebut. Kenderaan itu akhirnya mengalami kemalangan yang tidak terduga. Situasi mereka menjadi sangat buruk.

"~~~ "

Di kawasan yang berbeza....

Terlihat makhluk berbentuk slime di bunuh satu demi satu. Pukulan demi pukulan dilepaskan oleh Rein demi mencapai tujuannya iaitu untuk menaikkan pangkat atau levelnya.

" Hah.... Kalau begini cara untuk meningkatkan levelku pasti memakan masa yang sangat lama. Kalau begini tujuanku untuk mencapai level tertinggi sebelum 1 tahun hanya akan menjadi mimpi sahaja." Rein berjalan di tengah hutan sambil memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya.

Tiba-tiba muncul seekor makhluk seakan beruang yang badannya dilapisi oleh besi berwarna hitam dan berduri. Rein menggunakan kemampuannya untuk menganalisis beruang tersebut.

"Hmm? Hehe..., ini dia!". Rein dengan gembira pergi memburu beruang itu.

Makhluk itu menyerang dengan kuku besinya tetapi Rein menghindari serangan itu dan bergerak ke belakang makhluk tersebut. Rein memukul makhluk itu tetapi ditahan oleh lapisan besi yang sangat keras.

" (Kerasnya.)". Rein berundur sedikit kebelakang. Makhluk itu dengan segera memusingkan badannya dan menyerang Rein dengan kuat dan pantas. Rein cuba untuk mengelak tetapi impak daripada serangan itu cukup besar mengakibatkan Rein menerima kesan calar pada wajahnya. Rein dengan segera berlari melingkari makhluk itu.

Tiba-tiba makhluk tersebut melepaskan ratusan duri besi daripada badannya seperti peluru dan diarahkan kepada Rein. Rein berlari sambil mengelak daripada terkena duri-duri tersebut. Rein pergi berlindung di belakang sebuah pohon untuk menahan serangan tersebut sambil bersembunyi disana. Makhluk itu tidak berduduk diam dan pergi menghampiri Rein.

Rein terlihat sedang memfokuskan sesuatu pada tangan kanannya dan kaki kiranya. Rein keluar situ dan bergerak menghampiri makhluk tersebut dengan kelajuan melebihi suara. Setelah itu, Rein mengeluarkan seketul duri yang ditembak oleh makhluk tadi dari tangan kirinya dan dilemparkan ke atas selaras dengan tangan kanannya yang sedang memukul makhluk itu dengan sekuat tenaga. Lapisan besi pada makhluk tersebut ditembusi kerana tidak mampu untuk menahan serangan tersebut sehingga terbentuk lubang yang besar melepasi perutnya. Banyak darah yang bercucuran dan makhluk tersebut dengan serta merta mati dan tumbang di situ.

"( Aku memfokuskan semua mana dan sihir pada kakiku untuk bergerak pantas dan tangan ku untuk serangan yang kuat. Rupa-rupanya ia berhasil! Memanipulasi sihir sememangnya sangat berguna walaupun ini pertama kali aku mencubanya. Duri pada beruang itu aku ambil semasa mengelak daripada serangannya tadi. Memanfaatkan duri tersebut merupakan sesuatu tindakan yang betul !) " Rein puas dengan dirinya itu.

" Ah! Sebelum aku terlupa... " Rein pergi ke arah makhluk yang di kalahkan tadi dan menyentuhnya. Secara tiba-tiba makhluk itu lenyap seperti diserap oleh Rein.

"( Untuk mendapatkan kemampuan tambahan kamu perlu menyentuh makhluk yang sudah dikalahkan, dan kemampuan yang aku cari adalah..) "

Rein mengambil besi daripada makhluk tadi dan secara semula jadi berubah menjadi sebuah pedang.

"(Benar, Kemampuan untuk membuat senjata! Berburu itu lebih bagus jika mempunyai senjata bukan?) "

" Arghhhh...!!!"

"Hmm?"

Tiba-tiba muncul suara jeritan dari dalam kawasan hutan tersebut.

" Suara jeritan? Siapa yang berada di tengah hutan pada waktu malam begini?"

Rein menggunakan kemampuan penglihatan jarak jauhnya. Rein melihat sebuah kereta kuda bersama dua orang perempuan yang sedang dikurung dan seorang pemandu di sana.

"(Manusia? Kenapa disini? Aku tidak peduli tentang mereka tetapi aku melihat binatang yang layak untuk diburu.) "

Rein pergi ke sana kerana melihat makhluk seperti harimau yang berbadan besar dan sekitar badannya dilapisi api biru yang membara.

"Tidak! Jangan memakan ku, tolong sesiapa sahaja selamatkan aku!" pemandu kereta kuda itu menjerit untuk meminta pertolongan.

"Aku tahu!" pemandu tersebut mengeluarkan kedua orang perempuan di dalam sangkar besi yang di bawanya itu.

"Daripada memakan diriku lebih memakan mereka berdua!" Pemandu lelaki itu menarik rantai pada leher perempuan tersebut dengan kasar dan memaksa mereka untuk mematuhi arahannya.

" Kalian harus mati dalam keadaan berbangga kerana bisa bermanfaat terhadap keluarga Jugde! HAHAHAHA!" Suaranya itu mengema seisi hutan tersebut. Sifatnya yang bengis itu semakin terlihat apabila makhluk yang ditakuti itu mendekati kedua perempuan tersebut.

Secara tiba-tiba binatang tersebut melompat dan menerkam pemandu kereta tersebut.

" Eh? TIDAK!!! " Dia menjerit sekuat hati. Tetapi usahanya itu sia-sia kerana binatang tersebut telah mengoyakkan lehernya sehingga terpisah daripada badannya.

Kedua perempuan itu ketakutan melihat kejadian di depan matanya itu. Binatang tersebut kembali menghadap kearah mereka berdua dengan pandang yang tajam seperti ingin mengancam mangsanya. Salah seorang perempuan tersebut terlihat sakit seolah-olah badannya tidak mampu bergerak dan hanya terbaring di situ. Seorang lagi perempuan hanya mampu berdiri dalam keadaan lemah sambil melindungi perempuan yang tidak berdaya di belakangnya. Makhluk seperti Harimau itu semakin mendekat kearah mereka. Tiada apa yang dapat mereka lakukan.

"To.....long, ka.....mi. "

Keluarnya suara sayu dari mulut perempuan yang masih lemah untuk berdiri itu.

Tetapi malangnya Binatang tersebut sedang melompat untuk menerkam mereka. Perempuan itu hanya memejamkan matanya kerana telah berserah kepada kehidupannya yang malang itu.

Tiba-tiba muncul suara seperti seseorang sedang menangkis sesuatu menggunakan sebuah pedang di hadapan perempuan itu. Apa dia membuka matanya kembali, dia melihat seorang lelaki yang memegang pedang sedang menahan serangan dari makhluk yang ingin menyerang mereka tadi. Akhirnya, perempuan itu jatuh pingsan.

" (Kenapa, tubuhku bergerak sendiri untuk menyelamatkan mereka? Padahal aku sudah letih berhadapan dengan manusia. )"

Semasa aku melihat wajah kedua wanita itu, terpicu sebuah ingatan lama di dalam kepalaku. Terlihat sebuah wajah wanita di dalam ingatan yang sedang gelak ketawa bersamaku.

"( Ha... Ini memang menyusahkan ya?)"

Dia pun bertekad untuk menyelamatkan wanita itu. Rein mengalihkan perhatian makhluk tersebut supaya menjauhi dari kawasan itu.

"Malam yang sunyi bersama dua makhluk hidup yang saling bertentang mata antara satu sama lain, iaitu di antara diburu atau memburu. Baiklah tuan harimau, mari kita mulakan persembahan yang mendebarkan ini!!! "

Aku dengan pentas menyerang harimau berapi itu dengan pedangnya dan secara langsung menebas keempat kaki makhluk tersebut. Semasa aku semula memandang kearah harimau berapi itu, aku terkejut kerana melihat kaki yang telah dipotong tercantum semula seperti sedia kala.

"(Kemampuan penyembuhan?)".

Harimau berapi tersebut kembali menyerangku dengan kelajuan yang luar biasa. Seolah-olah hanya terlihat seperti sebuah ungun api yang bergerak pantas di pelbagai tempat. Aku mencuba untuk melihat pergerakan makhluk itu mengunakan mataku.

Kemudian, makhluk itu dengan pantas menyerang bahagian belakang Rein mengunakan kukunya yang telah di selaputi oleh apinya.

Rein menoleh ke belakang dan dengan pantas berjaya menangkis serangan tersebut dengan pedangnya tetapi malangnya pedangnya patah akibat menangkis serangan makhluk tersebut.

"( Ha... Sungguh kuat! Baru kali ini aku menjumpai yang sekuat ini.)"

Rein menghulurkan tangannya kedepan seperti sedang mencengkam sesuatu.

"( Ini adalah pertama kali aku menggunakan sihir. Walaupun mempunyai risiko untuk tidak berjaya tetapi aku perlu lakukan kerana ini adalah pertarungan hidup dan mati!) "

" (Baiklah, aku akan membayangkan sebuah air) " Rein memfokuskan sesuatu pada tangannya sambil keluar sedikit peluh di wajahnya.

Secara tidak langsung keluar sebuah bebola air yang besar dari tangannya itu.

" (Kemudian akan ku padatkan sehingga maksimum.) "

Bebola yang sangat besar tadi menjadi sangat kecil sebesar ibu jari. Kemudian Rein melepaskan sihir tersebut kearah makhluk tersebut. Makhluk itu dengan pantas mengelak serangan tersebut dengan pantas.

"Kalau begitu, bagaimana mana dengan ini. "

Rein melakukan perkara yang sama seperti tadi tetapi Rein menambahkan sihir yang berbeza pada air tersebut kemudian melepaskannya dengan kelajuan penuh.

Harimau berapi tersebut bergerak pantas untuk menghindari serangan tersebut. Apabila sihir tersebut ditembak, serangan itu mengikuti kemana sahaja makhluk itu pergi. Akhirnya serangan itu terkena pada makhluk itu dan muncul sebuah letupan yang besar akibat serangan Rein itu.

Makhluk itu mengalami luka yang cukup banyak. Tetapi luka tersebut pulih dengan perlahan.

" Kau fikir akan ku biarkan kau memulihkan diri! "

Tiba-tiba muncul banyak titisan air di setiap setiap sudut makhluk itu. Titisan itu berubah menjadi tombak dan menusuk badan makhluk itu. Tempat yang ditusuk itu membeku sedikit demi sedikit pada badannya sehingga ia tidak mampu untuk bergerak semula.

" Inilah yang terakhir!"

Sebuah tombak api muncul pada tangan kiri Rein. Dia membaling sekuat tenaga ke arah makhluk itu. Terjadi sebuah letupan yang besar akibat serangan tersebut.

" Baiklah! Aku menyelesaikannya dengan mudah. Levelku pun meningkat dengan banyak!"

" Mari kita lihat berapa levelku"

Rein dengan gembira membuka statusnya.

" Hmm..?"

Wajahnya yang gembira itu berubah menjadi kusam seperti melihat sebuah mimpi buruk.

" Kenapa? Kenapa menjadi KOSONG!!!"

Betapa terkejutnya Rein kerana melihat levelnya menjadi kosong dan kesemua statusnya berubah menjadi ini (---) kecuali skillnya yang terlihat seperti biasa.

" Kenapa? Apa aku melakukan kesalahan?!"

Rein menjadi panik seketika.

"Ha.... Pasti kerana kesalahan server? Ya, seperti bug di game bukan?! "

Rein berusaha untuk memulihkan hatinya yang hancur itu.

Rein pergi kearah dua orang perempuan yang diserang oleh makhluk yang telah ia kalahkan tadi. Rein melihat sebuah gari yang telah dipakai pada leher mereka berdua.

"(Apakah mereka hamba? Para hamba yang dijual oleh bangsawan? Di dunia mana pun itu, yang berpangkatlah mempunyai hak atas segalanya daripada orang biasa. Tetapi kerana itulah aku ingin menjadi kuat! Supaya tidak terkekang oleh orang seperti mereka.) "

Tiba-tiba muncul sebuah ingatan lamanya. Terlihat seorang wanita yang sedang berjalan di sebuah pantai bersamanya.

" Rein, cubalah berbaik dengan semua orang. " kata wanita itu kepadanya.

" Ha? Apa maksudmu? Padahal kau sudah tau aku tidak ingin berurusan dengan manusia. Bukan, aku benci berurusan dengan mereka." balas Rein.

" Hahaha, padahal kamu itu manusia juga. "

" Bising! "

" Tetapi Rein, jika kamu secara tiba-tiba dihidupkan semula di dunia lain, cubalah untuk berbuat baik kepada mereka. Aku jamin perkara itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Tetapi jika ia sia-sia kamu boleh memukulku dengan kuat!. "Kata wanita itu.

" Mana mampu aku memukulmu selepas berada di dunia lain! " balas Rein

" Hahaha! Betul juga. "

Itulah akhir dari ingatannya itu. Kata-kata wanita itu secara tiba-tiba terlekat dalam fikirannya pada saat itu.

Rein membawa kedua perempuan itu ke tempat yang lebih selamat. Skill yang baru didapatkan olehnya selepas mengalah makhluk seperti harimau berapi tadi ialah pemulihan segera. Rein mengguna skill tersebut kepada kedua orang perempuan yang terluka tadi.

Setelah menganalisis tentang gari pada leher kedua perempuan itu. Rein mengguna sihir kegelapan yang baru sahaja dipelajari kepada kedua wanita itu. Gari tersebut terbuka oleh kekuatan kegelapan tersebut. Rein melepaskan gari tersebut dan membiarkan kedua wanita itu tidur dengan nyenyak.

Rein merasa sangat penat. Dia mencipta sebuah pelindung sihir di sekeliling kawasan mereka. Setelah menyelimuti kedua perempuan itu, Rein mencari sebuah tempat untuk tidur di kawasan berhampiran dengan mereka berdua.

"" "" "" ""

Keesokan harinya....

Salah seorang wanita itu membuka mata secara perlahan-lahan. Dia melihat cuaca di sekitarnya sudah terang yang menunjuk masa sudah menandakan waktu pagi. Dia melihat kearahku dengan agak lama. Samasa aku menoleh kearah nya, dia masih menolah kearahku tanpa berkata apa-apa. Aku yang baru selesai memasak sup pun menghidangkan makanan tersebut kepadanya. Dia melihat sejenak ke arah sup yang ku berikan padanya.

" Sebenarnya ada banyak yang inginku tanyakan, sebelum itu mari kita isi perut yang sudah kosong. Ini adalah sup daging, cubalah makan." Kataku.

Dia pun mengambil makanan itu dan menikmati sesuap sup itu.

" Hmmm, Sedap!" Katanya dengan mata yang bersinar-sinar.

" Kalau mahu tambahlah. " kata ku.

Dia hanya mengangguk setuju. Aku pun mengambil makanan untuk bahagianku. Tidak lama kemudian seorang lagi wanita berambut perang tersedar dan terus berada di sebelahku sambil melihat ke makanan yang aku masak tersebut.

" Kau mahu? ". Tanyaku

Dia hanya menganggukkan kepalanya sambil keluar sedikit air liur kerana lapar. Aku pun mengambil makanan untuknya.

Setelah selesai makan, aku mengemas beberapa barang. Mereka berdua juga terlihat puas dengan makanan telahku berikan tadi.

" Kalian berdua siapa?"

Perempuan berambut panjang perak dan bermata biru menghadap kearahku dan berkata. " Maaf lambat memperkenalkan diri, namaku Kizuna Hisumi, terima kasih banyak atas makanan tadi."

Kemudian perempuan berambut perang dan bermata hijau dan bertelinga panjang berkata padaku." Namaku Ria Sayuri, masakan kamu sangat sedap sehingga tiada ruang dalam perutku lagi."

" Terima kasih, jadi Sayuri telinga kamu itu?" Tanyaku saat melihat telinganya.

"Ah, Aku adalah bangsa Elf jadi telinga aku memang seperti ini sejak dulu. " jawab Ria

"(Jadi bangsa Elf juga ada ya? Hmm, memang seperti fantasy)"

" Jadi, bagaimana kalian boleh berada di sini?"

Kizuna : "Kami berdua sebenarnya bukanlah tinggal disini, tetapi kami tinggal di sebuah kerajaan bernama kerajaan Gaiden, kami juga bukanlah orang biasa disana.

Ria : " Tetapi suatu hari entah mengapa kami terperangkap dalam suatu bilik besi seperti penjara. Kerana sebuah gari dileher kami, kami tidak mampu mengeluarkan sihir dan kekuatan kami pun disedut sedikit demi sedikit."

" Hmmm, Eh?!" Semasa Ria memeriksa lehernya, dia terkejut kerana mendapati tiada gari yang berada di lehernya.

Ria :" Hilang?!".

Setelah melihat Ria, Kizuna pun memeriksa lehernya.

Kizuna : " Benar! Bagaimana? ".

Rein :" Aku yang melepaskannya. Bagaimana? Ada yang sakit? ".

Kizuna : "Hmm, tiada. Tidak, tunggu!? Bagaimana kalung ini dapat dilepaskan dengan mudah? Sepatutnya mustahil bukan?!".

Rein : "Hmmm".

Kizuna : "Hmm?".

Rein :"Ha!". Rein seperti mengingat sesuatu.

Kizuna pun bersedia mendengarnya

Rein : "Entah.".

Mata Kizuna yang penuh harapan menjadi kecewa.

Kizuna : "Jangan memasang ekspresi seperti sudah tahu sesuatu!" Dia marah padanya.

Rein : "Maaf.". Rein menjadi sedih.

Kizuna : "Eh? Tidak!.....Maaf. Aku bukan ingin marah.". Kizuna membaca menjadi sedikit bersalah.

"(Mereka berdua adalah orang pertama yang ku temui di dunia ini. Aku yang dahulu belum pernah merasakan perasaan manusia pada umumnya. Oleh itu aku ingin berubah. Di dunia ini, aku perlu mencari sisi kemanusiaanku kembali. Mereka berdua mungkin menjadi sebuah petunjuk. )"