Pada jam 4.00 petang waktu dunia sebenar. Guild StarFall yang berpusat di daerah EroFelia terletak di benua kekaisaran manusia sedang mengadakan mesyuarat. Semua ahli jawatan tertinggi guild dan ahli paling berjasa dijemput untuk membincang topik iaitu strategi dalam menghadapi guild war. Walaupun ini bukan kali pertama guild StarFall mengadakan Guild war namun untuk guild war kali ini guild StarFall akan menghadapi Guild White Tiger. Walaubagaimanapun nasib guild StarFall kini berada di strategi yang akan digunakan untuk melawan guild White Tiger akan membawa Guild ke arah Kemajuan atau kehancuran.
Yuliana Yuna selaku naik pengerusi Guild StarFall dan Amirul selaku permain paling aktif di guild dan paling berjasa di guild sedang mengadakan Mesyuarat bersama Top permain terkuat dan Ahli jawatan kuasa Guild yang lain.
"Maaf mencelah perbualan kamu semua. Aku nak bagi tahu kamu semua yang aku dan yuna ada minta tolong ke seorang player. Tapi jangan risau player itu ada di top rank, jadi kekuatannya pasti terjamin". Kata Amirul kesemua ahli mesyuarat yang hadir.
"Hei kami semua tahu kalau kau tu banyak berjasa untuk Guild. Tapi kalau nak minta bantuan orang luar, bukankah sepatutnya kalau kau nak minta bantuan luar kau kena bagi tahu kami dulu." kata salah seorang atasan Guild yang memegang jawatan Pertempuran.
"Terlalu bergantung kepada kekuatan player luar. Hanya membuang Sumber guild kita je. Ditambahpula player dari Guild lain akan memandang rendah Guild kita."
"Cukup Alex!!!" Kata pemimpin guild dengan nada menengking.
"Yuna. . . adik tersayang kakak. Boleh bagi tahu kakak kenapa adik sampai minta tolong ke player luar." Tanya kakak yuna selaku pengerusi guild.
"Ahhh. . . Yuna . . .ahh." pertanyaan yang dilontarkan oleh kakaknya yuna membuatkannya teragak-agak untuk mengatakannya.
"Sebenarnya Yuna dapat tahu yang guild rank 3 White Tiger nak memulakan guild war untuk rampas posisi kita yang berada di urutan pertama guild terkuat berturut turut. Mereka pasti akan gunakan cara keji diorang untuk kalahkan kita" kata yuna.
Pemimpin guild sekali gus kak yuna terdiam seketika menurut pengalamannya, guild WhiteTiger akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang mereka mahukan termasuk kemenangan.
Namun Guild WhiteTiger tidak pernah menang menghadapi guild StarFall milik kakak yuna ini. Dia masa yang sama mendapat bantuan dari top stronger ranked player adalah keputusan yang bijak.
Yuna melihat kearah kakaknya yang sedang berfikir sejenak membuatkan ia sedikit cemas. Baginya menjadi pemimpin bukanlah tugasan yang senang ia perlu mempertimbangkan pendapat semua ahli guild secara terperinci dan tiada unsur seperti berat sebelah.
"Tapi kak. . . Ahh ketua Yuna dapat tahu juga yang Guild White Tiger dan Guild SilverFish berkerjasama nak jatuhkan Guild StarFall kita. Bukankah alasan itu dah cukup buat kita ambil bantuan dari top ranker" hujah yuna ke kakaknya sambil
"Takpe perbuatan yuna kali ini kakak maafkan kali ni, lagi pula yuna buat semua untuk guild kan." kata kakak yuna, dengan nada sedikit lembut.
Yuna hanya menganggukkan kepalanya dan sedikit tersenyum. Di dalam hati ia percaya yang kakak pasti akan setuju dengan cadangannya.
"Jadi Yuna, Amirul siapa player bantuan yang kau minta tolong tu?" tanya kakaknya yuna.
Apa player itu ranker 2 blade killer ke sang sword Saint ranker 3 atau ranker 1.
"Itu izumi anak Uncle Iki dan Aunty Alia. Izumi sekarang top 1 ranking player terkuat" kata Yuna ke Ahli guild yang hadir.
"Izumi ?. Top 1 ? " Kakak yuna hanya tersenyum kecil.
Hahahaha ketawa semua orang di persidangan itu.
"Yuna kakak tahu Yuna punya niat yang baik nak bantu guild. Tapi jangan sampai nak memalukan dari kamu sendiri. Lagi pula anak uncle Iki dan aunty Alia kan lelaki. Manakala izumi top 1 tu pula jantinanya perempuan" kata kakak Yuna ke adiknya.
"Tak pe nanti kol 8 izumi datang kakak tanya dia sendiri" kata Yuna ke kakaknya.
Dan persidangan antara ahli guild tamat setelah membincangkan strategi untuk guild war selepas yuna menjemput ranker 1 izumi sebagai bala bantuan guild StarFall.
Setelah jam menunjukkan pukul 8 malam.
Semua ahli guild StarFall mula menyiapkan persiapan untuk menghadapi Guild War. Namun seorang player dengan job warrior tahap 3 berjalan menghampiri yuna diiringi dengan 3 orang player lain sambil mengeluarkan kata-kata sindiran dan player tersebut adalah alex sang jawatan pertempuran.
"Ohh !tengok siapa yang tengah berkerja keras kat situ. Hei miss naik pengerusi. tengah tunggu top ranker datang ke" sindiran player tersebut sambil ketawa ke Yuna.
Haaa. . .
Yuna yang merasakan perasaan malas dan jijik apabila berhadapan dengan alex sang pengawai pertempuran. Disebabkan perasaan jijik jugalah membuatkan yuna malas nak layan lalu menghiraukan setiap sindiran tersebut dan mengfokuskan kepada pekerjaannya.
Alex yang merasa kesal dengan sikap Yuna kerana mengabaikan nya. Lalu bergerak meninggalkan yuna yang sedang giat menyelesaikan tugas sebelum bermulanya Guild War.
Namun tanpa disangka kata-kata sindiran dari alex didengari kakak yuna. selama ini kakak yuna selalu memerhatikan adiknya. Kakak yuna tahu bahawa yuna sering diganggu oleh alex namun baru kali pertama melihat muka alex begitu kesal dengan sikap yuna.
Namun sebagai kakak ia mahu adik hidup dalam keadaan yang selesa. Tanpa ada sebarang halangan terutama dari alex. Kakak yuna menyimpulkan bahawa tujuan alex mengganggu yuna pasti ada tujuan. Dan kakak Yuna hanya boleh mengharapkan bahawa alex tidak menaruh Yuna ke dalam hatinya.
Di sisi izumi diperlihatkan Ancient Dragons yang baru menandatangai kontrak berubah menjadi seorang gadis remaja berambut unggul, tinggi 135, paras rupa yang cantik dan anggun.
"Izumi ! ! !." Jerit gadis tersebut sambil sambil melompat kearah izumi lalu memeluk dengan erat.
Izumi yang malu-malu terus membuka Inventori dan mengambil sehelai kain untuk menutup tubuh gadis itu yang tidak memakai apa-apa.
"R2 teleport kan kami ke dalam kapal angkasa." Kata izumi melalui jalur komunikasi.
"Baik ratu ku" balas R2 ke ratunya Izumi.
Setelah di teliport kan ke dalam kapal angkasa. R2 dan para robot mengucapkan "Tahniah Ratu kerana berjaya menjinakkan Ancient Dragons yang pertama".
Izumi membalas dengan senyuman manisnya.
"R2 kirimkan beberapa robot pelayan ke gadis ni dan minta robot itu untuk mencarikan pakaian yang sesuai untuk gadis itu pakai." Arah izumi ke R2.
" Baik ratu saya akan siapkan beberapa robot pelayan untuk melayani gadis tersebut dan apa ada lagi ratu." Kata R2.
Izumi menggelengkan kepalanya ke arah R2. Ia berfikir bahawasanya ia mesti menghadiri dalam Event Guild War ini. Ditambah pula Event ini diajak oleh sahabatnya yuna dan amirul.
Dalam kebuntuan izumi terdengar sebuah robot yang menyampaikan laporan ke R2 yang berisi "R2 ruang penyimpanan Artifact telah siap diselenggarakan dan dibaiki mengikut laporan kesemua Artifact masih dalam keadaan terkawal dan baik."
R2 menjelas tindakan yang perlu dilakukan oleh robot tersebut.
Lantas terlintas di fikiran Izumi untuk mencari Artifact yang dapat menyamarkan rase ia.
"R2 boleh saya tanya." Tanya izumi ke R2.
R2 yang mendengar pertanyaan ratunya terus menoleh lalu berkata "boleh ratuku silakan."
"Saya dengar di kapal angkasa ni ada bilik yang menyimpan Artifact kan?." Tanya izumi dengan nada yang lembut.
R2 tersenyum sedikit. Ia memahami maksud tersirat Ratunya dan R2 menganggap setiap makhluk hidup perlukan kebebasan dan sesuatu matlamat untuk dicapai contohnya ratunya izumi. Jadi R2 tidak menanyakan ke mana ratunya mahu pergi walaupun ia tahu ratunya akan ke benua manusia. Lalu menganggukkan kepalanya.
"Saya tahu ratu akan bertanya tentang ini. Jadi saya menyiapkan persiapan terlebih dahulu. Saya akan kirim Aly untuk memandu ratu. . . tidak kali ini saya akan membimbing ratu ke ruang Artifact. Mari ratu saya tunjukkan jalan." Kata R2 sambil menunjukkan jalan menuju ke ruang Artifact.
Setelah tiba di hadapan pintu besi R2 terlebih dahulu maju kedapan dan memulakan operasi verification dan meletakkan code keselamatan untuk membuka pintu.
Izumi melihat satu persatu verification dan code dapat menyimpulkan bahawa artifak yang tersimpan di balik pintu besi ini adalah artifak berharga.
Setelah R2 melepasi verification dan code keselamatan R2 terus menukar sistem izin masuk yang asalnya para robot ke kendali penuh izumi dan pemantau robot. Dengan ini izumi dapat secara bebas memasuki ruang artifak dan menggunakannya.
Zuffff tungg ! ! Bunyi pintu besi buka.
Reka bentuk dalam ruang artifak itu terlihat sangat simple. Didalam sana hanya terdapat rak digital yang memaparkan artifak dari class normal hingga ke class kuno.
"Ratuku disini tersimpan berbagai artifak dari zaman ke zaman dan terdapat juga artifak yang jarang sekali ditemui." Kata R2.
"Kalau macam tu R2 sediakan saya artifak untuk penyamar, block identiti dan pengubah rase." Kata Izumi dengan nada yang lembut sambil melihat ke artifak yang lain.
Lantas R2 menuju ke meja digital untuk mencari artifak yang ratunya Izumi minta.
"Ohh ye saya jam 8 malam nanti kena pergi ke benua kekaisaran manusia. Kalau boleh sediakan artifak sebelum jam 7 malam" pesan Izumi ke R2 sedang mencari artifak yang sesuai.
"Ratuku boleh saya bertanya" tanya R2 ke ratunya Izumi dengan sopan sambil menyelak satu demi satu layar digital di meja.
"Hmm. . . Ok" balas izumi.
Seketika R2 berhenti menyelak layar digital di meja dan mengalihkan pandangannya ke arah Ratunya Izumi.
"Apa ratu mahu mengambil semula hak ratu kembali" tanya R2 ke ratunya Izumi dengan nada yang sayu.
"Kenapa awak tanya begitu?" Tanya Izumi ke R2.
R2 hanya berdiam diri seketika lalu menyambung mencarik artifak yang ratunya Izumi minta. Dengan melihat perilaku R2 izumi dapat agak yang R2 mempunyai wasiat yang diberikan oleh rayu sebelum ini untuk ratu generasi sekarang iaitu Izumi.
Disebabkan R2 enggan untuk memberi tahu ke izumi. Izumi menganggap bahawasanya R2 masih tidak bersedia. Lalu izumi bergerak keluar dari ruang artifak dan menuju ke bilik peribadi izumi.
Pada 7.00 malam waktu dunia sebenar dan 1 jam sebelum guild War berlangsung.
Izumi kelihatan sedang melihat barang-barang miliknya di dalam inventori sistem. Tiba-tiba dari arah belakang muncul R2 dan Ally.
'Ratuku kesemua artifak yang ratu minta ada didalam kotak ini" lapor R2.
"Baik terima kasih" balas izumi sambil tersenyum.
"Sebelum aku berangkat. Aku perintahkan semua robot untuk menjaga kapal sehingga aku kembali. Termasuk ally" perintah izumi ke semua robot.
Setelah menyampaikan perintah izumi pun bergerak keluar dari blood space ship dan bergerak menuju lokasi guild war dengan menunggang mi.
30 minit sebelum Guild War bermula. Para ahli-ahli Guild StarFall dan WhiteTiger kini sedang menyiapkan persiapan akhir untuk Guild War di markas masing masing.
Guild StarFall yang berpusat di kerajaan EroFelia.
Menurut laporan dari Guild StarFall mereka sedang mengatur persiapan untuk menghadapi Guild WhiteTiger. Guild StarFall juga menyiapkan strategi yang sangat berkesan untuk menghadapi guild WhiteTiger. Mereka juga mengundang top rank 1 Izumi untuk bersama menentang Guild WhiteTiger. Semua maklumat ini telah dikeluarkan 2 sebelum guild war bermula melalui official Guild StarFall. Maklumat yang dikeluarkan tersebut mendapat comment positif dari netizen dan mereka berharap dapat melihat wajah top rank 1 dan kekuatannya. Menurut informasi yang beredar, identiti terperinci untuk top rank 1 tidak dikenal pasti kerana top rank 1 menyembunyikan Status identitinya namun status identiti seperti nama dan jantina sahaja ditunjukkan di status player.
Manakala untuk Guild WhiteTiger yang berpusat di kerajaan garshia Mountain.
Menurut laporan yang beredar dan belum pasti kebenarannya. Guild WhiteTiger telah berkerja sama dengan Guild SilverFish untuk menghadapi Guild StarFall. Mereka juga memanggil top rank 4 dan 5 untuk membantu mereka. Disebabkan gaya bersaing yang tidak sihat membuatkan kedua-dua Guild WhiteTiger dan SilverFish dihujani dengan comment negatif dari netizen dan ada yang paling teruk sehingga meminta Guild mereka untuk dibubarkan.
"Hello semua selamat datang semua di tayangan secara langsung yang dibawakan khas oleh syarikat NLO. Saya Liu Ziau selaku caster pertama anda untuk malam ini" Kat seorang lelaki yang muncul dari rancangan Guild War Anjuran NLO.
"Dan saya maria selaku caster 2 anda malam ini" kata seorang gadis yang duduk di sebelah Liu Ziau.
"Tanpa membuang masa mari kita saksikan Event Guild War ini" kata kata Liu Ziau.
Di sisi guild StarFall yuna dan kakaknya kini sedang mengadakan perbincangan bersama para 4 jawatan tertinggi salah satunya adalah yuna dan player Amirul. Mereka membincangkan plan B jika top 1 rank Izumi tidak dapat hadir. Di strategi tersebut menyebut 3 tertinggi kecuali yuna akan menentang top 4 dan 5 rank bersama Amirul manakala yuna dan kakaknya akan menentang ketua Guild WhiteTiger dan SilverFish.
"Ada lagi beberapa setengah jam sebelum Guild War bermula. Yuna kau dah dapat call Izumi belum kita ada setengah jam je lagi sebelum Guild war mula" tanya kakak yuna ke adiknya huna samb KL l mempertanyakan keahadjran izumi. Ke adiknya.
"Yuna belum dapat khabar lagi dari izumi sejak petang tadi. Tapi izumi ada kata yang dia akan datang" jelas yuna ke kakaknya yang sedang cemas separuh mati.
Yuna tahu kakaknya sedang sangat cemas.
Mana tak nya guild WhiteTiger dan SilverFish bawak 2 top rank sebagai bantuan. Manakala guild StarFall hanya mengharapkan izumi yang top 1 untuk mengimbangi kekuatan top 4 dan 5.
Kakak yuna yang semakin serabut kepala keluar mencari ketenangan sambil ditemani adiknya yuna.
"Kakak jangan risau. Yuna percaya yang izumi pasti akan sampai" pujuk yuna ke kakaknya. Walaupun yuna tahu pujukan nya tidak terlalu berkesan namun dapat mengurangkan sedikit bebanan fikiran yang ditanggung kakaknya sahaja sudah memadai.
Dalam menikmati suasana malam di game yuna terdengar suara yang agak familiar dari atas langit game.
Yuna!!!!
Adalah nama yang didengar dari atas langit itu.. lantas Yuna terus mendongakkan kepala keatas dan melihat izumi yang sedang jatuh ke arahnya. Izumi yang sedang jatuh itu akhirnya mendarat dengan selamat dihadapan Yuna dan kakaknya.
"Yuna aku sampai. Maaf sedikit terlambat" kata izumi ke yuna sambil mendongakkan kepalanya sedikit.
"Nasib baik ada 30 minit sebelum Guild War bermula. Kalau awak tak jadi datang saya tak tahu nak gantikan dengan siapa tempat awak" kata yuna sambil memarahi izumi yang datang lewat.
"Jadi ini lah izumi anak aunty alia dan Uncle Iki? Tapi kenapa agak lain sikit dan bukankah anak aunty alia dan uncle iki tu lelaki?" memintas pembicaraan antara yuna dan Izumi. Sambil mempertanyakan siapa gadis ini
"Ahh haa itu akan mengambil masa untuk menjelaskannya" kata yuna ke kakaknya.
"Sebelum tu mari kita perkenalkan diri terlebih dahulu"
"Izumi perkenalkan ini kakak aku Yuliana Yana dia adalah ketua Guild StarFall. Manakala aku adalah naik pengerusi Guild. Walaupun kita selalu berjumpa di dunia tetapi ini adalah kali pertama bagi kita untuk bertemu di dalam game" kata yuna sambil memperkenalkan yana kakaknya.
"Ohhh hallo saya izumi. Seorang solo player dan top ranked. Senang bertemu dengan kamu." Kata izumi sambil memperkenalkan diri.
Setelah izumi, yana dan yuna memperkenalkan diri mereka melanjutkan pembicaraan mereka dengan menceritakan tentang bagaimana izumi Jadi seperti sekarang ini serta beberapa bual singkat sebelum acara bermula.