BAB 1
Tok..Tok..Tok..
'Haih siapa pula ni' bisik hati Thea. "Thea, umi ni. Kawan papa kamu sampai, tolong hidangkan air bujang lepastu gorengkan karipap ya ? Umi ada kerja sikit dekat kebun, nanti umi datang balik" kata umi disebalik pintu. Aku hanya mampu menghela nafas, nak ke tak kena buat juga. Dengan itu, aku terus membuka langkah keluar dari bilik menuju ke dapur dengan memakai baju t-shirt warna hitam dan seluar adidas. Aku, Thea Amanda Binti Syahrizal, umur 18 tahun, baru aje habis spm. Anak yang ketiga dan mempunyai dua abang. Along aku namanya Rayyan Hareez Bin Syahrizal manakala angah pula Erize Haikal Bin Syahrizal.
Along berumur 21 angah pula 19 tahun. Aku ialah tempat pelempiasan ayah bila dia marah sebab kalah judi. Ayah aku seorang kaki judi dan kaki hutang. Umi pula bekerja di kebun dan bila malam, dia bekerja di kelab malam. Hufft.. penat ? Sangat penat. Penat dengan dunia. Tetapi adanya dua orang abangku ini, mereka lah yang memujuk, mengubat, mengembirakan aku bila aku sedih.
"Assalamualaikum Tengku, Datin. Jemputlah makan dan minum." Pelawa aku. "Waalaikumussalam, Thea. Terima kasih sebab dah buatkan ni, susah-susah aje. Tak usahlah panggil Tengku dan Datin, panggil uncle dengan unty je ya ?." Balas Datin Ratna. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Mataku terus melilau keluar rumah mencari dua orang anak lelaki Tengku dan Datin. Agaknya mereka perasan, terus menegur "Daniel dengan Emir tak ada, mereka ada kerja dekat Singapura. Esok agaknya dia balik" kata Tengku Zayden. "Err.. oh ye ke.. baiklah kalau begitu, umi dengan abi kejap lagi sampai. Mereka ke kebun sekejap, ada hal katanya lupa nak beritahu unty" kataku sambil senyum. "Tak apa, kalau Thea nak masuk bilik dahulu, masuk aje. Unty tau mesti kamu penatkan ? Rehatlah Thea." Balas Datin Ratna.
'Unty tau mesti kamu penatkan ? Rehatlah Thea' singkat tapi mampu membuatkan air mata jernihku bertakung. Dengan itu, aku terus berlalu ke bilik untuk solat dan membaca al-quran. 'Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku yang seluas langit Ya Allah. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku yang seluas langit, Ya Allah. Ampunkanlah dosa kedua abangku yang seluas langit, Ya Allah. Kau sucikanlah hati kedua ibu bapaku, Ya Allah. Aku memohon kepada-Mu, hanya engkau yang Maha Pengampun dan Maha Berkuasa. Aamiin.'
Baru sahaja mahu membuka telekung, Abi merempuh bilikku dan terus memukul ku dengan tali pinggangnya. "Kau dah tahu ada orang dekat luar, kenapa kau masuk bilik ?!. Pemalas. Bodoh. Aku tinggalkan rumah sekejap aje, apa yang susah sangat nak melayan tetamu tu Thea Amanda ?!" Meraunglah, menangislah sekuat manapun. Abi tak akan kisah.
Sakit ? Sakit sangat. Tetapi aku tahu, semua ini terjadi kerana ada hikmah disebaliknya. Aku percaya kepada takdir Allah. Sedang asik menangis, telephone Iphone 11 milikku berdering dan terpapar nama "Angah" disitu, terus aku mengangkat.
"Thea sayang, sabar kejap. Abang balik"