Tubuh Aryan yang sedang tidur di atas sofa membelakangkannya di amati puas-puas dengan perasaan rindu yang menggebu. Sudah lama dia tidak merasai kehadiran Aryan di sebelahnya di atas katil ini. Tapi mengenangkan segala perbuatan dan kata-kata yang telah di lampiaskan kepada Aryan hatinya tiba-tiba dihantui kesal yang tidak mungkin akan surut sampai bila-bila. Kerana ego dan kedegilannya, Aryan menjadi mangsa keadaan yang tidak sepatutnya ditanggung selama bertahun-tahun.
Tidak kira apa yang dia katakan, tidak kira kekasaran yang dia lakukan. Aryan tetap sabar menghadapinya malah melayani dia selemah lembutnya. Sementara dia, tanpa henti menyakiti hati suaminya yang selama ini telah menjaga dan melindungi dirinya bahkan satu kerajaan dan negerinya.
Matanya berkaca-kaca lagi. Begitulah keadaanya setiap kali mengenangkan semua itu.
"Tuanku sebenarnya Raja Aryan bukan anak kandung kepada Raja Eros dan Permaisuri Aries. Raja Aryan hanya anak angkat Raja Eros yang dibesarkan untuk menjaga kerajaan ini. Dia bukanlah anak yang dikandungkan oleh permaisuri Aries...semua khabar angin itu sama sekali tidak benar...Ia di cipta untuk selamatkan permaisuri Sophea dari terus bersama dengan Raja Eros....Raja Aryan tidak dapat memberitahu semua itu kerana dia mahu menjaga nama baik keluarga ini.jadi tuanku...saya mohon. Kasihani la Raja Aryan...baginda sudah cukup menderita menanggung semua ini sendirian...siang malam dia bekerja keras demi negeri ini dan Marlowe...sampaikan dia sakit sekalipun tidak pernah berhenti untuk berehat.bila tuanku, yakni puteri mahkota Marlowe bakal berkahwin dengan baginda. baginda tidak pernah senang duduk mengaturkan segalanya demi memastikan perkahwinan yang diadakan sempurna untuk tuanku...dari awal sehingga akhir,,,baginda tidak pernah berhenti cuba hendak menggembirakan tuanku...dan ini la kali pertama kami dapat lihat senyuman di bibirnya sejak tuanku berada di sini."
Kata-kata dayang tempoh hari bermain-main dalam fikirannya. Menambahkan lagi rasa serba salahnya.
Luana turun dari katil dan dekati sofa dimana Aryan berada. Air mata mula bergenangan dan dadanya sebu mahu menangis semula. Dia hendak minta maaf kepada suaminya. Dia benar-benar bersalah
"Tuanku...."disentuh perlahan tepi lengan tu sebelum gerak melutut di bawah sofa itu. "Aryan..."panggilnya sayu.
Aryan terjaga lantas gerak telentang terus duduk tegak dengan kening berkerut. "Ada apa ni Luana?Dah pukul berapa ni?" Diamati suasana sekitar. Sunyi dan sepi. Dikerling ke jendela di sebelahnya, masih gelap tiada cahaya. patutlah sunyi, di tengah malam rupanya.
Luana capai tangan Aryan dan di ramas lembut. "Saya nak minta maaf....jangan tinggalkan saya.."katanya penuh berharap.
Aryan semakin tidak mengerti kenapa Luana berkata begitu. Mimpi buruk ke isterinya ini?Ke mengigau. "Awak mimpi buruk ke?Sini bangun dulu.."ajaknya sambil memegang kedua-dua belah bahu itu untuk dibangunkan dari lantai sejuk di bawah itu.
Mencebik sedih, Luana bangun dan terus mendakap erat tubuh Aryan sebelum duduk menghempap kaki yang melunjur di sofa itu. "Jangan tinggalkan saya!"dia tidak mahu kehilangan suaminya ini.
"Hei...kenapa ni?Apa yang dah berlaku sebenarnya?Awak mimpi ke?Huh?"Aryan mula gusar. Tangannya mengusap lembut belakang badan Luana, Dia selesakan duduknya dengan gerakkan kakinya ke tepi supaya Luana dapat duduk di atas sofa itu.
Luana tetap juga memeluk tubuh Aryan sambil sesekali menghadiahkan kucupan hangat di dahinya."Saya tahu saya buat salah pada awak..pentingkan diri dan berperangai kasar kepada awak...saya minta maaf sekiranya kata-kata saya sebelum ini tidak patut di katakan kepada awak...saya minta maaf...saya tak nak berpisah...izinkan saya bersama dengan awak."luahnya setulus hati dan mata terpejam.
Pelukan terungkai. Aryan memegang kedua-dua belah tepi kepala Luana dan menatap wajah Luana dalam-dalam. Rasa tidak percaya terbit di raut wajahnya, Tapi melihat sendu di mata isterinya itu, dia dapat merasakan Luana tidak mungkin berperangai seperti ini.
"Janji pada saya yang awak takkan tinggalkan saya...."pinta Luana bersungguh-sungguh.
Aryan terdiam seketika. Berfikir jawapan apa yang patut diberikan pada isterinya yang gelisah itu. "Tapi awakkan tak sayangkan saya?Awak kata awak hendak berpisah dengan saya?Kenapa nak saya suruh jangan tinggalkan awak?"soalnya. Sengaja dipukul hati Luana. Seronok juga mempermainkan isterinya saat ini.
"No!!"sekali lagi tubuh Aryan ditarik ke dalam pelukannya. "Siapa kata saya tak sayangkan awak...saya sayangkan awak...cuma saya takut nak beritahu.."rengek Luana.
Aryan tersenyum lega. Air mata jantannya mahu tumpah lagi kerana tersentuh mendengar ucapan itu. Ucapan yang dia nantikan dari seorang wanita seumur hidupnya.
Luana lepaskan pelukan itu apabila tiada balasan dari Aryan. Dia pandang wajah suaminya dengan air mata berlinangan di pipi. "Maafkan saya okay?Terima saya semula.."
Dia seka air mata dari pipi Luana sebelum mengucup mata yang basah itu. "Sampai bila-bila awak akan jadi milik saya...saya janji saya takkan tinggakan awak, Princess Luana.."ucap Aryan setelah itu.
Luana tersenyum senang. Terima kasih Tuhan. Dia rehatkan kepalanya ke ceruk leher Aryan dan memeluk sekeliling tulang rusuk itu. "Tidur dengan saya malam ni.."ajaknya dengan mata terpejam.
"Malam ni je ke??"sakat Aryan.
"Isy!"Luana beri pukulan pada dada itu.
Bergetar dada Aryan ketika lelaki itu ketawa. "As you wish Princess Luana.."dia dukung Luana gaya pengantin setelah itu dan di bawa ke atas katil.
"Kenapa panggil saya Princess Luana pula?Saya Permaisuri okay..Queen.."
"Permaisuri untuk mereka di luar sana...bagi saya awak selamanya Princess Luana.."
-TAMAT-