🌷What You Give You Get Back🌷
Alunan muzik klasik memenuhi ruangan rehat itu.
Diselangi dengan bunyi kersikan kayu apa yang dibakar dalam perapian didepan kerusi goyang.
Tidak jauh dari situ, kelihatan Nadia dengan peralatan mengait di sebuah sofa sedang duduk mengait sesuatu dengan tekun.
Renungan wanita itu kelihatan letih dan tidak berseri seperti kebiasaan.
Sejak beritahu suaminya meringkuk dalam penjara, hidup Nadia tidak seperti dulu. Dia rasa sunyi kerana rumah itu sudah senyap dari suara marah dan bebelannya. Kalau suaminya ada, dia pasti ada saja topik yang mahu di bisingkan, kalau Hera, pasti dia ada alasan untuk membebel.
Namun begitu, Nadia merasakan segalanya sudah kosong dan tidak ada maknanya. Dia terasa ditinggalkan, sendirian, tidak berdaya, sunyi dan seorang yang begitu pathetic!
"Puan..."panggil seorang maid tiba-tiba di sebelah sofa itu.
Nadia yang dengar tidak menghiraukannya. Dia focus pada mengaitnya tanpa henti.
Maid tersebut mendekat sedikit lalu hulurkan satu sampul surat putih ke puan besarnya bila tidak di hiraukan. "Ada surat dari mahkamah untuk puan"
Perkataan itu buatkan kepala Nadia berpaling ke tepi, keningnya Berkerut sedikit. "Surat apa lagi?Bukan ke mereka sudah sita semua harta suami saya?"soalnya sambil mengangkat tangan dengan lemah mahu mengambil sampul tersebut.
Maid tersebut tidak mengatakan apa-apa. Dia sendiri tidak tahu hendak mengatakan apa lagi. Satu demi satu dugaan telah menimpa puannya ini. Kasihan pun ada.
Nadia pun membuka sampul surat itu, lalu tangannya mengeluarkan helaian kertas darinya. Sebaik kertas itu di talakan ke depan mukanya, kerutan di keningnya semakin menjadi-jadi.
Betapa mahu luruhnya jantung dia saat itu setelah membaca tajuk utama kertas tersebut.
"Tak mungkin!"lafaz Nadia dengan tergamam sekali. Matanya gerak kiri ke kanan silih ganti taktala membaca butiran yang terdapat di kertas tersebut.
"Ada apa puan?"tanya maid itu dengan resah melihat reaksi Nadia begitu.
Sambil menekap mulut dengan tangan, Nadia geleng kepala tak percaya dengan apa yang dia baru sahaja baca.
Air mata terus tumpah dari kelopaknya apabila mendapati Nathan menceraikan dirinya. Ibarat langit runtuh menghempap dirinya.
"Puan?"
"Nathan ceraikan saya, Aida."jawab Nadia dengan susah payah. Tersedu sedan dengan teruk.
Maid Aida capai kertas dari tangan Nadia lalu membacanya. Ingin pastikan apa yang disampaikan oleh puan besarnya betul atau tidak. Menyedari hal itu adalah sahih, Aida membutang mata saat pandang ke puan besarnya.
"Kenapa semua ni boleh terjadi?Apa salah saya?Anak saya bermasalah...suami saya bermasalah...dan sekarang semua orang pergi dari hidup saya!"raung Nadia dengan sedih.
Maid Aida cepat-cepat ambil tempat di sisi Nadia dan merangkul bahu wanita itu untuk memujuk. Keningnya mencerlung susah hati saat memerhati keadaan devastated Nadia. "bawa bersabar puan...saya pasti semuanya ada hikmahnya"
Dalam keadaan tersedu sedan, Nadia menekup muka dengan tapak tangan dan tunduk menangis di situ semahunya.
"Saya salah...semua ni salah saya sebab tak percayakan Hera sejak awal lagi...saya tahu Nathan itu hanya bakal membawa musibah dalam hidup saya...ayah saya selalu pesan pada saya mengenai Nathan...tapi tak..lepas Nathan rampas semua orang dalam hidup saya, buatkan saya buang ayah dan anak sendiri...lelaki tak guna tu ceraikan saya..tinggalkan saya"
Maid Aida menggosok belakang badan Nadia dengan perlahan-lahan. Sementara sebelah lagi memegang lengan Nadia memberi semangat. "Setiap manusia sentiasa lakukan kesilapan. Melalui kesilapan tu kita boleh belajar untuk tidak lakukan hal yang sama...saya yakin Cik Muda Hera akan maafkan puan...dia tahu puan salah buat keputusan kerana perasaan sayang terhadap tuan.."
Nadia mengangkat kepala, dia turunkan tangan dari mukanya lalu pandang Aida dengan muka basah dan kening berkerut sedihnya. "Mahu ke Hera terima mama dia yang jahat dan tak berhati perut ni semula?"tanya dia dalam keadaan tersedu-sedan yang teruk.
Maid Aida beri senyuman sedihnya. "Sudah tentu puan...baik buruknya ibubapa itu, mereka tetap darah daging anak mereka...saya yakin Cik Muda Hera tidak akan membencikan puan"
Begitu sebak dengan kata-kata itu, Nadia jatuhkan dahinya ke bahu Maid Aida menyambung nangisnya. Sungguh dia rasa menyesal yang amat sekarang!Gara-gara cinta mati dia terhadap Nathan. Karma datang menyapanya. Menyeksa dia dengan perasaan dikecewakan dan dikhianat seperti ini!