Chereads / That's Not My Problem / Chapter 70 - Bab : 70

Chapter 70 - Bab : 70

🌷Merayu 🌷

"Janganla macam ni Nadia...Hera anak kau..dia tengah sakit sekarang ni...jenguk la dia sekejap."minta Riana dalam panggilan sewaktu berdiri di depan pintu wad dimana Hera di tempatkan. Dia baru sahaja selesaikan urusan hospital. Kemudian jenguk Hera sekejap. Memandangkan anak saudaranya masih terlena, dia ambil masa itu untuk hubungi ibubapa Hera. Tapi yang hanya di capai adalah mama Hera. Itupun selepas beberapa kali cubaan. Baru panggilannya di terima.

"Sorry...aku busy. Lagipun pembedahan dia berjalan lancar kan?"tanya Nadia.

Kening Riana berkerut. "Kenapa kau macam ni Nad?"soalnya dengan perasaan kecewa. "Kenapa kau bencikan sangat pada Hera?Salah apa dia dah buat dekat kau?"

"Kau tak faham Rian..."keluh Nadia.

Ketika itulah, tanpa pengetahuan Riana atau sedarnya, muncul Kyle, Kayden, Noah dan Arion dari tepi selekoh koridor. Sepertinya Kayden dan Kyle yang pulang ke rumah mengajak dua lagi rakan mereka untuk melawat Hera selepas dapat tahu apa yang menimpa gadis itu. Disaat mereka berempat hendak belok ke arah Riana, mereka dengar suara marah-marah.

Kayden yang berdiri paling hadapan, cepat-cepat depakan tangan menghadang rakannya dari terus membelok. Dia undurkan dirinya dan mereka pada masa yang sama sewaktu Riana marah-marah.

Arion, Kyle dan Noah terus berdiri kaku di situ, memandang belakang kepala Kayden apabila mendengar hal yang sama.

"Fahamkan aku kalau macam tu.."lafaz Riana dengan geram. "Kalau kau tak beritahu aku..macam mana aku nak faham...kau tahu tak Hera struggle sendirian dekat sini.....sepatutnya gadis seusia dia masih membesar di bawah pantauan ibubapa supaya emosi dan perkembangan dirinya membesar dengan baik...bukan dengan mengasingkan Hera dan menerima layanan tak berhati perut seperti mana yang kau dan Nathan berikan.."

"Hera tak salah. Yang salahnya aku...sebab aku lahirkan anak kepada lelaki seperti Nathan tu. Pandang Hera buatkan aku teringatkan semua tindakan Nathan yang dia lakukan semasa hamilkan Hera...Nathan Bersama dengan perempuan lain masa aku tengah saratkan Hera...kalau aku tak hamil mungkin Nathan takkan cari perempuan lain!Sebab itu...aku rasa benci sangat kalau pandang muka Hera tu..."

Terpempan Riana mendengarnya, walaupun dia bukan Hera, dia sendiri rasa sedih dan sentap dengan kata-kata itu. "Sampai hati kau cakap macam tu...Hera tak salah..yang salahnya Nathan..suami yang kau cintakan sangat tu...kau dah tahu dia macam tu tapi kau masih berpihak pada dia..."lafaznya dengan sebak sewaktu air mata mula berkumpul di kelopak mata. "Kalau Hera dengar apa yang kau cakap tu...sedih dia tau tak.."

"Sudah la Rian...aku sibuk. Kalau kau call aku sebab nak bebel...better jangan call.."

Kayden yang dengar kata-kata Dekan Riana termenung memandang ke suatu arah sambil mengetap gigi.

"Tolong la jumpa Hera...Nadia..aku merayu. lawat dia..dia perlukan kau di sisinya pada waktu macam ni.."nangis Riana tidak semena.

"Aku kata aku tak boleh, aku ada event yang perlu di hadiri dengan Nathan nanti.. Dan event tu penting. Kita orang adalah host Utama, kalau tak hadir nak letak muka dekat mana.

"Ya Tuhan...Nadia!Apa yang kau hamak kan sangat dengan semua tu dari anak kau sendiri?Nak tunggu Hera mati ke baru kau nak jumpa dia!"marah Riana yang sudah hilang kesabaran. "Ibubapa jenis apa kau orang berdua ni?"

"Cukup Rian.."

"No!Aku masih marahkan kau!Sebab kau tak pertahankan anak kau sendiri dari suami kau yang gilakan harta tu...!"tengking Riana.

Keempat-empat orang yang berdiri di tepi tembok selekoh koridor itu masing-masing kerlingkan mata ke tepi sewaktu dengar.

Sambil menjegil mata dan mengetap gigi dengan marah, Riana cengkam kuat telefon di telinganya. "Kau ingat aku tak tahu selama ni Nathan yang cuba susahkan hidup Hera sebab nak burukkan nama baik anak kau orang supaya hak perwarisan ayah kau tu diserahkan kepada Nathan..bukan Hera...sebab dia gilakan harta...anak kau orang jadi pajakan kegilaan dia...kau tak sedar-sedar lagi ke jenis apa suami kau tu!Sebab semua ini la Hera jadi stress dan sakit macam ni!"teresak-esak Riana di situ.

"Cukup Riana!Jangan kau cakap macam tu pasal suami aku!Kau dengan Hera sama je!Suka tuduh Nathan cuba rosakkan hidup Hera...sudah!Aku tak nak dengar apa-apa dari kau!"

TUT!

Riana buka mulut hendak bersuara namun panggilannya di putuskan. Berasa berang dengan tindakan itu, dia pandang skrin telefonnya sebelum bercakung dekat situ dan menangis semahunya. Kenapa la kakak dia kejam sangat!

Kayden, Arion, Kyle dan Noah berdiri kejung di situ dengan reaksi bungkam masing-masing. Terkejut dengan apa yang diberitahu Dekan Riana tadi. Ada yang terbuka mulut kerana begitu tergamam. Ada yang menahan nafas tersentaknya. Ada yang menguak rambut kebelakang dengan kesal. Ada yang hanya berdiri saja tidak bergerak atau berbuat apa-apa kerana begitu tergamam.

Ketika semua orang tenggelam dengan perasaan masing-masing, di dalam bilik rawatan, Hera yang terlantar di atas katil lena dengan nyenyak bersama topeng oksigen terpasang di wajahnya. Tetapi, walaupun mata itu terpejam rapat, air mata jernih tanpa sedar mengalir turun dari tepi dengan deras di kedua-dua belah mata Hera.