"Se...sepertinya aku berada di dunia lain.Tidak kusangka aku akan pindah ke dunia lain.Selama ini aku hanya pernah membaca komik tenang dunia lain tapi tidak ku duga aku bakal ke dunia lain,tapi dari sudut terdalam dalam diriku mengatakan bahawa aku sudah pulang ke dunia asalku kenapa begitu ya?"(Rekadara)
Saat sedang mengamati kawasan sekeliling terdengar suara ketukan pintu dari luar biliknya tok tok
"Rekadara apa kamu belum bangun lagi ini sudah pagi dan sarapan sudah siap."(Suara di balik pintu)
Terdengar suara seorang wanita dari luar yang memanggil Rekadara dengan nada yang lemah lembut.
"Ya aku sudah bangun,sebentar lagi aku datang."(Rekadara)
"Baiklah cepat sebelum makannya dingin ya."(Suara wanita di balik pintu)
"Baiklah.Jadi di kehidupan ku yang sekarang nama aku tetap Rekadara kah,aku kira nama ku bakal berubah.Sebaiknya aku bersiap untuk sarapan."(Rekadara)
Rekadara pun segera bersiap lalu keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk sarapan.Sesampainya dia disana dia melihat Seorang lelaki dewasa sedang duduk di kerusi sambil meminum air dan seorang wanita yang duduk di sebelahnya sedang menunggu Rekadara turun makan.Rekadara beranggapan bawaha mereka berdua mungkin keluarga dia yang baru di dunia itu,lalu Rekadara pun pergi ke tempat duduk yang kosong lalu duduk di atas kerusi itu.
"Kamu sudah bangunkah,apa kamu bergadang ke malam tadi biasanya kamu bangun awal anakku."(Ayah Rekadara)
"Ti...tidak,saya tidak bergadang,saya hanya melihat pemandangan diluar sahaja sebentar."(Rekadara)
"Baik kalian berdua nanti-nanti saja sambung berbual nanti sarapannya sejuk."(Ibu Rekadara)
"Ba...baik."(Rekadara)
Rekadara pun menikmati sarapannya bersama keluarganya yang baru.Sesudah makan Rekadara pergi membasuh pinggan dan tanganya lalu bergegas kembali ke biliknya.
"Terima kasih atas makananya."(Rekadara)
"Ya sama-sama.Hmm,Suamiku apa ini hanya perasaan ku atau anak kita hari ini tingkahnya memang berbeza dari biasanya."(Ibu Rekadara)
"Hmm,itu perkara biasa bukan,lagipun dia terus tumbuh dewasa jadi tidak menghairankan kalau sikapnya terkadang berubah.Kita dulu juga kan sama."(Ayah Rekadara)
"Mungkin apa yang kamu cakap ada benarnya."(Ibu Rekadara)
"baiklah,aku keluar bekerja dahulu ya."(Ayah Rekadara)
"Baik, lhati-hati dijalan suamiku."(Ibu Rekadara)
Si ayah pun keluar manakala si ibu sedang membersihkan pinggan mangkuk yang tersisa sedangkan Rekadara masih sedang memahami situasi sekarang.
"Baiklah,sekarang ini aku sedang berada di dunia yang berbeza dari bumi,apa yang kutahu aku mati ditembak dan saat aku bangun tahu-tahu aku masih hidup dan terlahir sebagai kanak-kanak semula.Di dunia ini juga nampaknya memiliki sihir dan makhluk seperti didalam komik-komik yang pernah ku baca.Pasti suara yang muncul waktu itu ada kaitan dengan apa yang berlaku tapi suara itu belum muncul lagi sejak waktu itu."(Rekadara)
Rekadara tertanya apa yang dimaksudkan dengan crystal core kita bakal bersatu?Setelah berfikir sejenak Rekadara terfikir apakah dia boleh menggunakan sihir atau tidak kerana dia berada di dunia yang mempunya sihir jadi dia ingin mencubanya.
"Baiklah tapi sihir apa yang aku nak cuba dulu ya?mungkin aku akan mencuba sihir api dahulu."(Rekadara)
Rekadara mencuba menggunakan sihir api tapi tidak ada hasil lalu dia mencuba sihir elemen yang lain tapi semuanya tidak berkesan.
"huh kenapa sihirnya tidak mahu keluar.Apa
ada perkara yang kurang ke dariku."(Rekadara)
Sambil memikirkannya Rekadara membuat keputusan jalan-jalan diluar untuk melihat apa sahaja yang ada di dunia itu.Rekadara pun mandi dan bersiap-siap untuk keluar.
"Ibu aku ingin bermain diluar ya."(Rekadara)
"Jangan pulang terlalu lambat pulangnya."(Ibu Rekadara)
"Baiklah."(Rekadara)
Setelah mendapat izin Rekadara pun keluar dari rumah dan mula menjelajah kawasan sekeliling.Rumahnya berada di sebuah kawasan yang berdekatan dengan hutan dan sedikit jauh dari bandar.Disitu terdapat beberapa buah rumah yang tinggal disitu.Dia juga melihat adanya manusia dan ras separuh manusia separuh binatang.
"Woah aku memang berada dunia lain.Baiklah, sebaiknya aku mencari kawasan yang cukup sunyi untuk berlatih menggunakan sihir.Hmm kawasan dalam hutan itu sepertinya menarik."(Rekadara)
Saat Rekadara sedang menuju ke kawasan hutan itu ada seorang lelaki dewasa yang tegap yang mengenakan baju zirah biasa berwarna kelabu dengan pedang yang berwarna biru menghalang jalan Rekadara.
"Budak kamu tidak dibenarkan untuk masuk kesana,tempat itu cukup bahaya untuk budak seperti kamu."(Lelaki yang tidak dikenali)
"Kalau begitu baiklah pak cik."(Rekadara)
Kerana sudah diberi peringatan dan tidak ingin menyebabkan masalah Rekadara pun tidak ada pilihan lain selain mencari tempat yang cukup lapang dan jauh dari Hutan.
Rekadara pun pergi mencari kawasan yang cukup luas.Setelah lima minit mencari dia menemukan kawasan yang luas dan tidak ramai orang lalu lalang,lalu Rekadara pun mencuba menggunakan sihir tapi hasilnya tetap sama sihirnya tetap tidak muncul.Kerana sudah penat ia pun duduk disitu sambil menikmati keindahan alam.
selang lima belas minit,tiba-tiba ada anak haiwan yang berwarna hitam menghampirinya.Haiwan itu terlihat mirip dengan kucing tapi ia memiliki tiga ekor dan telinganya seperti telinga serigala.
"Woah makhluk macam apa kamu ini.Hmm kamu terlihat seperti kucing tapi dibahagian ekor dan telingamu cukup berbeza dengan kucing di bumi."(Rekadara)
Rekadara pun cuba untuk membelainya,makhluk itu sepertinya tidak keberatan lalu membiarkan Rekadara membelainya.Sedang asyik membelai makhluk itu,tiba-tiba ada suara budak-budak lelaki yang menjerit ke arah Rekadara.
"Kalian berdua ketepi!!"(Suara budak lelaki yang tidak dikenali)
Saat mendengar jeritan itu Rekadara segera mengarahkan pandangannya ke arah suara itu dan terlihat sihir api yang seukuran bola tenis menghampirinya tapi Rekadara tidak sempat mengelak kerana bola itu datang dengan cepat.Sebelum sihir api itu terkena Rekadara makhluk yang mirip kucing itu menggunakan sihir air untuk memadamkan sihir api itu.Rekadara pun lega setelah sihir api itu berjaya dipadamkan.
"Hampir saja,aku kira aku bakal cedera.Terima kasih ya kamu."(Rekadara)
Makhluk itu pun menyalak seperti serigala sebagai tanda sama-sama.
"Ma...maaf aku tidak bermaksud untuk menargetkan kalian.Ka...kalian berdua tidak apa-apa kan huh..huh."(budak lelaki yang tidak dikenali)
"Tidak masalah aku tidak memikirkannya lagipun makhluk ini sudah menyelamatkan aku."(Rekadara)
"I...ini kan serigala kainz dari hutan kegelapan dan ia masih kecil kenapa makhluk ini boleh berada disini?Apa ia terpisah dari induknya ke."(budak lelaki yang tidak dikenali)
"Kamu siapa?"(Rekadara)
"Hmm oh maaf,aku lupa perkenalkan diri.Aku Leron Derzin,selamat berkenalan."(Leron)
"Nama aku Rekadara,selamat berkenalan."(Rekadara)
Mereka pun bersalaman selepas memperkenalkan diri mereka masing-masing.
"Jadi apa yang sedang kamu lakukan disini Rekadara?"(Leron)
"Aku sedang berlatih sihir tapi aku tidak dapat menggunakannya walau sudah aku cuba berkali-kali.Kalau tidak keberatan boleh tolong ajar aku bagaimana menggunakan sihir."(Rekadara)
"Boleh saja tapi kenapa kamu tidak boleh menggunakan sihir sedangkan budak-budak seumuran kita sudah boleh menggunakan sihir."(Leron)
"Panjang ceritanya tapi ini hal peribadi."(Rekadara)
"Begitu,Baiklah jika kamu kata begitu.Hal yang penting untuk menggunakan sihir ialah pertama tubuhhmu mesti memilik energi sihir yang menjadi bahan utama dalam menggunakan sihir."(Leron)
"Hmmm?berarti ada juga manusia yang tidak memiliki energi sihir ditubuh mereka?(Rekadara)
"Ya tapi perkara itu jarang berlaku tapi sesiapa yang tidak memiliki energi sihir ditubuh mereka yah hidup mereka itu cukup malang."(Leron)
"Begitukah,jadi bagaimana aku dapat mengetahui tubuh aku ini memiliki energi sihir atau tidak?"(Rekadara)
"Jika kamu sudah mendapatkan jenis elemen sihir milikmu sudah dipastikan tubuh memiliki energi sihir didalam tubuhmu.Energi sihir ini sama seperti darah yang dipam keseluruh anggota badan.Kalau indera kamu cukup kuat kamu pasti dengan mudah dapat meraskannya atau cara lainnya adalah dengan menggunakan alat pendektesi sihir.Soal cara mengetahu jenis sihir kita itu kita perlu menyentuh sebuah kristal khusus yang merupakan sebuah alat perantara untuk dewa membagi berkah mereka kepada manusia,jadi selama kamu belum menerima berkah para dewa kamu tidak akan memiliki jenis elemen sihir.Didunia ini terdapat lima elemen asas iaitu api,angin,petir,air,tanah lalu ditambah dua jenis elemen yang saling menyaingi antara satu sama lain cahaya dan kegelapan.Setiap orang hanya dapat satu jenis elemen sihir sahaja.Meskipun kamu sudah mendapat berkahnya,bahagian yang susahnya saat kamu perlu mengendalikan energi sihir itu sendiri kerana jika kamu tidak mampu mengawalnya maka tidak ada sihir yang bakal tercipta "(Leron)
"Erhh,kita perlu mendaptkan berkah para dewa dulu sebelum dapat gunakan sihir.Kukira kita semua akan memiliki sihir dan boleh menggunakan semua jenis elemen sihir."(Rekadara)
"Kamu ni biar betul sampai perkara itu pun tidak tahu.Sudahlah,intinya setiap manusia minimal hanya boleh menggunakan satu jenis elemen sahaja.Meskipun begitu masih ada beberapa cara untuk seseorang itu menggunakan lebih dari satu jenis element.salah satunya dengan menggunakan alat sihir.(Leron)
"Jika kamu ingin mencuba merasakan sihir aku boleh ajar sejauh yang kutahu.Mula-mula kamu cuba menutup mata kamu kebiasaanya pancera indera yang lain akan meningkat saat indera penglihatan dibatasi.Lalu kamu cuba fokuskan pada indera pendengaran dan indera kulit kamu lalu rasakan suasana sekitar hingga kamu dapat melihat kawasan sekitar hanya dengan dua indera itu sahaja .Jika kamu berjaya pasti tidak akan susah untuk merasakan energi sihir ditubuh kamu lalu saat kamu sudah merasakannya,lalu kamu cuba kawan aliran energi sihirnya dan pusatkan aliran energi sihir itu ke telapak tangan kamu dan cuba kamu rasakan perbezaan antara tangan yang kamu pusatkan aliran energi sihir pada satu titik di telapak tangan kamu dengan tangan kamu yang kamu tidak pusatkan energi sihirnya."(Leron)
Rekadara pun memejam mata dan cuba melakukan apa yang Leron sarankan kepadanya.Memakan masa 15 minit untuk dia dapat merasakan kawasan sekitar.Lalu Rekadara cuba merasakan aliran sihir ditubuhnya.Setelah lima minit berlalu Rekadara sudah mula dapat merasakan energi sihir ditubuhnya.
"Baiklah aku sudah dapat merasakan energi sihir ditubuh ku jadi selepas ini aku perlu kontrol dan pusatkan aliran energi sihir ditubuhkukan?(Rekadara)
Rekadara pun memusatkan aliran energi sihir di tapak tangan kanannya sedangkan tangan kirinya dia biarkan seperti itu saja.Lalu Rekadara cuba merasakan perbezaannya.
"Woah,ia memang rasa sungguh berbeza.Aku merasa kalau aku cuba untuk menyerang sesuatu aku merasakan bahawa tangan kanan aku akan menghasilkan kerosakkan yang lebih besar dari tangan kiri aku."(Rekadara)
"Sudah tentu walaupun kamu hanya mempusatkan energi sihir pada satu titik sahaja kamu dapat menumbangkan satu pokok sederhana yah itu pun mengikut seberapa besar kekuatan sihir kamu.Semakin besar kekuatan sihir kamu semakin besar juga kerosakkannya."(Leron)
"Jadi sekarang bagaimana aku ingin tahu elemen sihirku?"(Rekadara.)
"Senang dekat sini ada gereja dan disana ada alat sihir yang mampu menunjukkan jenis elemen sihir seseorang."(Leron)
Leron pun langsung memegang tangan Rekadara dan menariknya pergi ke gereja.Serigala Kainz tidak mengikut mereka dan menunggu di kawasan itu.Setelah 2 minit mereka berlari,mereka pun tiba di depan gereja dan memasukinya.
"Woah kawasan dalam gereja ni sungguh cantik.Jadi dimana aku boleh memeriksa jenis elemen milikku?"(Rekadara)
Leron pun membawa Rekadara berjumpa dengan seorang pak cik yang umurnya sekitar 40 yang bekerja disitu.
"Selamat tengahari Pak cik Shirogane.Kawan saya ni dia ingin melakukan pemeriksaan melihat jenis elemennya."(Leron)
"Hmm,Leron kah.Tentu tidak masalah mari ikut pak cik."(Shirogane)
"Kamu sepertinya rapat dengan pakcik ini?"(Rekadara)
"Ya,pak cik Shirogane dengan ayah ku itu teman lama sebab tu lah pak cik Shirogane mengingat aku."(Leron)
Leron dan Rekadara pun mengikuti pak cik Shirogane menuju satu ruangan yang dalamnya terdapat beberapa buku dan peralatan sihir.Terlihat ada satu bola kristal berwarna putih perak yang berada ditengah bilik yang disinari cahaya yang datang dari tingkap yang berada di atas bumbung.
"Baiklah sila letak satu tangan kamu diatas bola kristal ini dan bola kristal ini akan mula mengukur sihir kamu dan aku menunjukkan hasilnya."(Shirogane)
Rekadara pun mendekat ke bola kristal itu dan menaruh tangannya di atas alat sihir itu.Lalu bola kristal itu mula merespon dan terlihat bola kristal itu berubah dari warna putih perak menjadi warna oren kekuningan dan terlihat bentuk petir petir yang menyambar dalam bola kristal itu.Lalu Rekadara pun melepaskan bola kristal itu dan bola kristal itu kembali ke keadaan asalnya.
"Tahniah untuk kamu elemen sihir kamu ialah elemen petir."(Shirogane)
"Woh tahniah Rekadara,jom kita lihat wujud elemen sihir kamu.Terima kasih pak cik Shirogane."(Leron)
"Ya,aku pun sudah tidak sabar untuk men;ihatnya.Terima kasih atas bantuannya pak cik Shirogane."(Rekadara)
"Hahaha,sama-sama itu bukan masalah yang besar pun.berhati-hati lah ya saat menggunakan sihir."(Shirogane)
Rekadara dan Leron pun pergi dari gereja dan kembali ke kawasan lapang tadi.Disana serigala kainz menunggu mereka dikawasan itu.
"Baiklah masa untuk me;ihat wujud sihirku."(Rekadara)
"Aku lupa memberitahu kamu satu hal lagi bahawa sihir itu sangat rumit.Bahkan untuk sihir yang asas sekalipun ia terkandung rangkaian formula yang cukup rumit didalamnya,jadi sekiranya saat kamu ingin menggunakan suatu mantera tapi kamu tersalah ataupun rangkaian sihirnya tidak lengkap sihir itu tidak akan muncul.Jadi waktu kamu ingin menggunakan sihir tersebut kamu perlu menyebutkan manteranya dengan betul dan menyusun rangkaian formula sihir itu dengan betul supaya kamu boleh menggunakan sihir itu."(Leron)
"Wah iyanya terdengar sangat rumit,Leron boleh tidak kau beritahu aku salah satu mantera elemen petir yang asas?"(Rekadara)
"Aku rasa kau lebih baik baca buku tentang elemen sihir milik kau kerana sihir aku ialah elemen api jadi aku tidak terlalu tahu tentang mantera sihir jenis elemen petir.Disitu juga sudah ada mantera sihir yang asas.Kalau sekedar nak lihat wujud sihirmu,kau tinggal memusatkan energi sihir pada satu titik dan alirkan energi sihirnya lalu elemen sihir kamu itu akan mucul di kawasan yang kamu pusatkan.Sebaiknya kita sudahi aja disini waktu pun sudah petang aku tidak boleh balik lambat."(Leron)
"Aku tidak sedar kalau waktu sudah petang.Kalau begitu aku pun balik dulu juga.Terima kasih atas bantuannya Leron."(Rekadara)
"Ya sama-sama itu bukan masalah besar,sampai bertemu lagi nanti."(Leron)
Akhirnya mereka berdua pun berpisah dan pulang kerumah masing-masing.Makhluk serigala itu pun menghilang tanpa jejak saat mereka berpisah.Setelah Rekadara pulang saat makan malam dia pun menceritakan ke ibu bapanya yang dia dapat sahabat baru dan menanyakan ke dua orang tuanya apakah di rumah ada buku tentang sihir elemen petir tapi ayah Rekadara mengatakan kalau hanya ada buku tentang asas-asas sihir sahaja.Rekadara pun tidak keberatan dan mengambil bukunya lalu malam tu ia pun membaca buku tentang sihir yang sedia ada dirumah.