Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Kuda Putih by ian

🇲🇾DaoistEbLC2O
--
chs / week
--
NOT RATINGS
1.9k
Views
Synopsis
Kisah tentang seorang anak muda dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis.

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - Akademi Polis.

Hari ini adalah hari yang bakal mengubah nasib imran, ini kerana hari ini adalah hari untuk imran melaporkan diri ke Akademi Polis. Peluang untuk menjejakkan kaki di akademi polis ini ada cita-cita imran sejak dari kecil lagi. Dibesarkan di dalam keluarga yang tidak mempunyai ahli keluarga yang menyertai pasukan polis, ayah imran merupakan seorang pemandu lori dan ibunya pula adalah seorang suri rumah. Bila dikenangkan kembali ke 20 tahun yang lalu, fikiran imran mula melayang ke masa silamnya. Imran mula berminat untuk menyertai pasukan polis apabila seorang pegawai polis yang datang ke sekolah imran untuk memberikan ceramah berkaitan jenayah di sekolah imran.

Maka bermula daripada detik itu apabila imran ternampak seorang lelaki yang mengenakan pakaian seragam polis imran mula meminati kerjaya itu dan terus menanam tekad bahawa dia akan menyarung seragam itu suatu hari nanti. Fikiran imran yang melayang jauh ke masa silamnya terus tersedar apabila terdengar suara seorang lelaki yang menyebut namanya berulang kali, lalu imran tersedar ke realiti dan terus bangun daripada kerusi yang di dudukinya. Kemudian imran terus menghampiri itu yang berada di sudut hujung dewan akademi polis tersebut. Jelas terpapar nama sani di kad pekerja yang disarungkan lelaki tersebut. Imran pun makin menghampiri lelaki yang bertubuh sasa itu dan semakin menghampiri lelaki tersebut yang duduk di suatu sudut dewan akademi polis tersebut. Imran mula melajukan langkah perjalanannya dan apabila sampai kepada lelaki tersebut. Imran terus memberikan salam dan memberikan senyuman. Tetapi jelas terpapar raut wajah lelaki itu sama sekali tidak membalas senyuman imran, malahan berkata dengan nada tegas dan lantang "kalau kau datang sini untuk bersenang lenang, kau boleh berambus sekarang! ini adalah akademi polis bukannya pusat latihan agensi kecantikan". lalu imran terus tersentap dan terkaku apabila mendengarkan perkataan tersebut, dirinya mula terfikir adalah betul ini yang dia mahukan?.