Radio: ....Hello?..... Hello?..... baiklah, kepada sesiapa yang mendengar pengumuman ini..... tahniah anda telah berada di tempat yang anda inginkan!...jadi....anda boleh bangun sekarang....*signal lost*
Err.....a-apa?.... tempat yang saya inginkan?.....saya berada di mana? *tersedar dari pengesan* Errgh....apa yang dah jadi?.... Kenapa saya berada.... di sebuah bilik besi?....r-radio? *saya cuba untuk meraihnya* Eh... radio ni...model lama?
Radio:...WAH! Nampaknya ada yang kembali sedar! Syabas!
*saya terkejut bila radio itu berfungsi sendiri* Kembali sedar?...Saya berada dimana sekarang!?
Radio:....k...kamu sendiri ya...yang inginkan tempat ini bukan?.....
Aku? tapi aku tak ingat pun nak berada dalam bilik besi ni!? dan kau siapa?
Radio:...Aku bukan manusia,bukan haiwan,bukan hantu dan juga malaikat.....
Hah!? Tolong jelaskan lebih jelas!! Saya boleh sabitkan perbuatan kau ni atas kesalahan menculik!!! Saya masih ada perkara lagi nak diselesaikan hari ni!!!
Radio:.... HAHAHAHA!....itu kau tak perlu risau.... sebab kau ada pengganti untuk menguruskan semua hal tu!...jadi kau boleh berehat tenang di sini selamanya!
Pengganti? Apa maksud kau pengganti hah!!!?
Radio:.....Buat sekarang kau masih tak faham....tapi kau akan tahu segalanya setelah melangkah keluar dari bilik tu.....
Keluar? *menoleh ke arah pintu*
Radio:.....Dan satu lagi perkara kau perlu ingat.... setelah kau melangkah keluar dari bilik tu....tidak semua yang kau nampak adalah nyata....
Nyata?....apa maksud semua ni?...
Radio:.....Kau kena bertahan...harus bertahan dari mereka! Bila-bila saja mereka boleh memburu kau!....
Mereka? Siapa mereka?!
Radio:...s... semoga berjaya....*signal lost*
Hey! Alah,benda ni rosak ke!? *aku cuba untuk membuka pintu* Tak berkunci? *aku jejakkan keluar dari bilik besi itu* Aku berada di mana!? Kenapa ada banyak lorong?....Aku kat bilik bawah tanah ke?....*aku diberi dua pilihan sama ada kanan atau kiri* Hmm... lampu masih menyala atas siling, maknanya disini ada generator! Aku kena cari dulu sumber elektrik ni!
Hey~
*aku mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggil aku*
H-hello?....
Nampaknya kau baru sampai ke sini? kalau tak silap aku lah~
Yeah.... dan aku tak tahu mana aku sekarang...tempat ni....kita dalam bilik bawah tanah ke?
Pftt...bilik bawah tanah? *ketawa kecil* terdengar seperti dalam kubur je kan~? *senyum*
K-k-kubur!?....awak jangan cakap benda yang bukan-bukan! Oh! atau...kau sendiri yang sumbatkan aku kat sini kan!? Kaulah penculik tu ye!
Huh?.... HAHAHAHA....*mengelap air mata kerana mendengar ayat yang dilontarkannya* Culik? culik kau? Hahaha! lawak apa kau bawa ni?*senyum lebar* Hey, kalau ye pun aku culik orang aku takkan culik kau lah!
Eleh,kau muka je cantik tapi penjahat! kan?
C-cantik?....*muka aku memerah seketika* i-ini baru pertama kali lelaki puji aku cantik....
Eh!? Kau malu apa hal? A-aku cuma cakap fakta je! *tapi dia memang cantik,tu je*
*senyum* terima kasih cakap aku cantik~ Aku Rena, selamat berkenalan!
A-aku.....*eh?aku....siapa? kenapa aku tak boleh ingat nama aku?....aku ni siapa?*
Hello~*sambil melambaikan tangan*
Aku...aku tak tahu aku ni siapa....
Eh~....kau memang tak kenal diri kau sendiri ke?
*mengangguk*