Chapter 2 - 1

"..."

Gwen berdiri di hadapan meja guru, dia memerhati guru Patria mengeluarkan dua beg plastik yang sepertinya mengandungi sesuatu, wajah gadis itu kekal seperti biasa, namun kedua tangannya bergerak mengikut gerak hati gadis itu. Matanya saling berganti antara guru perempuan itu dengan dua beg plastik yang dipegang oleh guru perempuan itu.

"Ini yang cikgu mahu bagi dekat kamu", kata cikgu Patria. Dia menunjukkan isi beg plastik itu. Satu beg plastik berisi dua baju formal. Dan keempat baju dari dua beg plastik itu bersaiz L. "Kamu punya saiz L, kan?", soal Cikgu Patria.

"a..iya cikgu..saiz L..", balas Gwen. Matanya melihat baju-baju di dalam kedua beg plastik itu, lalu memandang guru perempuan itu..

Guru perempuan itu menghulur kedua beg plastik itu kepada Gwen sambil tersenyum ramah. Gwen mengambil kedua beg plastik itu dengan lembut, dia memberi senyuman kecil yang hanya sementara, lalu kembali dengan muka kekal seperti biasa. "...terima kasih cikgu", kata Gwen dengan lembut.

"Belajar rajin-rajin ya, Gwen?".

Gwen mengangguk kepalanya. Dia sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Patria buat kali terakhir dan melangkah keluar dari ruangan guru dengan kedua beg plastik di tangan kanannya.

Gwen menarik nafas dan hembus, dadanya terasa sedikit sempit, tangan kannannya menggenggam sedikit kuat akan kedua beg plastik, dia mengekalkan wajah seperti biasanya, dia berjalan kearah kelasnya.

"..."

Gwen melangkah masuk kelasnya tanpa mengeluarkan suara. Dia duduk di tempat duduknya, kedua beg plastik yang diberikan sebentar tadi diletakkan di bawah meja, Gwen pastikan kalau kerusi atau kakinya tidak terpijak atau terkoyakkan dua beg plastik itu.

Gwen memerhati masa dan mendapati bahawa tinggal satu jam setengah sahaja lagi sebelum waktu pulang. Gwen melihat jadual, sekarang adalah masa kelas sastera, dan guru masih belum ada. Gwen melihat sekilas rakan-rakan sekelasnya, lalu mengeluarkan tablet miliknya dari laci meja.

Gwen membuka kata laluan tabletnya, dia mahu mengisi masanya dengan membaca e-novel sepanjang menunggu guru untuk masuk.

Gwen sudah mula hanyut dalam cerita yang sedang dibaca, cerita yang sungguh menarik kepadanya, sehinggalah suara penolong kelas, Amy memberitahu bahawa guru sastera, Cikgu Aiden tidak akan masuk kelas kerana ada mersyuarat antara guru-guru.

'...Maknanya tidak akan ada kelas kan? Boleh pulang awal....mana boleh..', Gwen menghela nafas, dia mengambil botol air masak di atas mejannya dan minum.

Makanya, sepanjang masa kelas sastera, Gwen menghabiskan masa dengan membaca e-novel. Tepat sahaja waktu pulang, Gwen menarik nafas dan menghembus lembut, dia menyimpan barang-barangnya seperti tablet, telefon pintar, dua pen biru dan buku nota ke dalam begnya. Gwen melihat rakan-rakan sekelasnya yang ada sudah melangkah keluar dan ada yang masih mengemas barang, Gwen menyikut begnya, dia menjinjing dua beg plastik lalu mengankat kerusinya untuk berada di atas meja seperti apa yang telah cikgu Bethny katakan pada waktu perjumpaan pagi, lalu dia melangkah meninggalkan kelas.

'..mau makan apa ya? Burger? Atau mie kari?'. Gwen memikir makanan apa yang dia akan makan di rumah.

"Gwen!"

Gwen menghentikan langkahnya, dia berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. DIa melihat seorang gadis seusianya yang melangkah dengan cepat ke arahnya dengan senyuman di wajah.

"Kau sudah mahu pulang Gwen? Jalan bersama-sama, mahu?"

Hujung bibir Gwen bergerak sedikit ke atas. Dia melihat gadis yang senyum ke arahnya, Valerie Lopez, seorang gadis yang masih bersama dengannya, sahabat yang Gwen akui. "Okay"

Gwen dan Valerie berjalan bersama-sama sehingga keluar dari gerbang sekolah. Valerie melambai ke arah Gwen. "Bye! Bye, Gwen! Hati-hati bila pulang, ye?", kata Valerie lalu pergi dengan ibunya yang datang mengambilnya.

Gwen melambai kembali. Dia melihat Valerie masuk ke dalam kereta ibunya. Dia juga melihat kebanyakkan pelajar akademi diambil oleh ahli keluarga mereka. Gwen menurunkan pandangannya.

.

.

.

.

Bunyi siren dari kereta polis kedengaran dari lorong yang berdekatan dekat supermarket, beberapa polis lelaki memberkas dua lelaki yang cuba melepaskan diri dari pegangan polis-polis keluar dari lorong itu, polis perempuan pula membimbing keluar seorang wanita yang sepertinya lemah keluar dari lorong yang sama. Orang sekeliling memerhati kejadian di hadapan mereka, ada yang membisik antara satu sama lain, ada yang mengambil gambar atau video atau ada yang hanya melihat lalu melakukan hal sendiri.

"..mm...". Gwen menurunkan kepalanya, dia menyimpan telefon pintar ke dalam poket bajunya, dia menjeling dua lelaki yang telah ditangkap itu. Melihat orang sekeliling mula bersurai, Gwen juga melangkah meningalkan tempat itu.

.

.

.

.

Jam menunjukkan sebelas malam, Gwen masih belum tidur, esok adalah hari jumaat, hari terakhir untuk pergi ke akademi untuk minggu ini.

Gwen duduk di depan tv, jari telunjuknya mengetuk-ngetuk pena di pahanya, dia menjeling jam di dinding. '...mau cuti ka, esok? Esok ada kelas sejarah, kan? Aku belum siapkan lagi kerja sejarah..'. Gwen mengatupkan bibirnya rapat-rapat.

'Boleh cuti kah? Tapi mahu bagi alasan apa? Sudahlah hari isnin dan juga isnin minggu lepas aku dah cuti dengan alasan sakit perut atau pening kepala... Kalau aku beralasan yang sama lagi, nanti...cikgu akan perasan lalu terus kecewa kan?'

Walaupun matanya masih tidak lari dari kaca tv, tapi dia tidak fokus dengan cerita yang ditayangkan. 'Mau cuti ka? Rasa macam tidak mau pergi ke akademi lah.... uhh...rasa nak nangis...'

TING!

Gwen segera mengalih fokusnya kearah telefon pintarnya yang berada di sebelahnya.

'Siapa yang mesej malam-malam nie?'

Gwen membuka app pesanan di telefon pintarnya.

Dahinya mengerut dahinya sabaik sahaja dia selesai membaca mesej.

".....haa.."