Hari masih gelap melihat waktu sudah larut malam rasa pening semakin segar Elin sudah pulih dari mabuknya ia melihat langit menghembus nafasnya.
". Veen hantarkan aku pulang..". Permintaan Elin setelah beberapa minit yang lalu susana hening . Lelaki di sisinya bersenyum lalu mengangguk bangun dari tempat duduk itu
.
". Baiklah..yuk". Balas kata Veen sementara Elin tidak berkata apa ia berdiri mula melangkah di ekori Veen di belakangnya.
Memasuki ruang vila menatap kosong tempat itu sekali lagi menghembuskan nafasnya gadis itu menuju peti sejuk mengambil botol air meneguknya sehingga bersisa separuh dalam botol menjeling surat cerai di atas meja terlihat juga sampul surat yang berisi duit tunai Elin memejam mata mengingatkan sekali lagi kepada diri kerana harus merelakan
Jelingan gadis itu membaling ke sisi lain meneguk sisa air dalam botol kemudian Elin melangkah naik atas menuju biliknya tanpa melihat isi surat cerai itu semenjak di hantar oleh secretary Joy.
Selama dua hari Elin di vila siang hari duduk di tepi kolam manakala sebelah malamnya hanya diam di ruang biliknya gadis merasa bosan di vila ia mula mencari cari tempat perkelahan di telefon pintarnya sedang duduk sudut ranjang menggores gores skrin telefon.
". Erm..ini okey ..erm..?". Bergumam gadis itu melihat gambar kawasan perkelahan di dalam telefonnya.
". Kerana ingin pergi beberapa hari harus cari yang lengkap segala keperluannya". Kata hati Elin sambil menatap skrin telefonnya. Sedikit senang di raut wajahnya menjumpai tempat yang sesuai dengan citarasanya lalu Elin memesan tempat itu selesai ia meletakkan telefon di atas ranjang kemudian menatap lemari pakaian.
Kaki melangkah menuju ke depan lemari pakaian Elin mula mengambil beberapa pakaian hanya cukup untuk dua atau tiga hari tidak ingin terlalu banyak bawaan memilih beberapa saja .
Gadis itu melihat jam di skrin telefon 10pagi lalu menoleh barang bawaannya mengangkat kedua dua kening lalu mengangguk kerana sudah selesai mengemas ia menarik buku dan pen yang dihadiahkan Sam di masukan dalam begnya .
Elin mengganti pakaian skny jeans dengan hoodie lalu bergerak keluar dari biliknya di tangannya memegang beg satu tanganya lagi sedang memasukkan telefon di saku sknynya kakinya melangkah keluar melewati ruang tamu meragut sampul surat yang berisi duit tunai terus ke pintu vila.
Elin menoleh kebelakang sebentar lalu berbalik meneruskan langkahnya pergi dari vila itu sepertinya Elin tidak ingin kembali ke vila itu lagi.
Taxi berhenti di sebuah pusat sewa kereta gadis itu membuka pintu taxi lalu keluar setelah membayar sewa taxi tanpa melihat kiri kanan Elin terus berjalan masuk ke kaunter pertanyaan selesai pendaftaran gadis itu membawa diri menuju kerata sewanya .
Perjalanan kali ini Elin berniat menandu sendiri kerana perjalanan ke tempat perkelahannya jauh ia boleh berhenti di persingahan juga ingin melihat tempat yang belum Elin lawati.
Gadis itu menghidupkan enjin kereta memasang keselamatan nya melihat begnya yang sudah tersimpan di sisi kerusi pemandu lentas mengerakan keretanya menuju jalan besar.
Memakai kaca mata hitam melihat pokok pokok yang dilewati sesekali melirik sisi cermin kereta lalu mata kembali menatap jalan raya .
Elin merasakan sedikit tenang melihat kawasan perkampungan di lereng bukit tanaman tanaman bunga bunga gadis itu menyandarkan belakang di sisi pintu kereta pemandu kerana penat memandu ia berhenti di tepi jalan terukir senyuman di sudut bibirnya melihat suasana itu Elin melirik matahari yang mula turun ia pun langsung masuk ke dalam keretanya memulakan perjalanan lagi.
Hari berunsur gelap bertukar malam serta hujan lebat gadis itu berhenti seketika di depan dua jalan melihat peta di telefon pintarnya Elin sedang menoleh jalan raya dari dalam keretanya bertanya tanya di fikirannya.
". Mana satu...peta hanya satu jalan tapi ini dua jalan.?". Rungut Elin terhadap petanya sesekali matanya melihat langit gelap tanpa berlama lama Elin menjalankan keretanya masuk salah satu jalan itu.
Keretanya melewati jalan di sekitarnya pokok tinggi di sisi lain curam jalan yang besar dua hala hanya bunyi hujan yang kuat membising jalan raya lampu kereta Elin menerangi jalan . Sementara Elin sedang melihat ke kiri ke kanan melalui cermin sisi secara tiba tiba bencana menimpa Elin.
Kini kereta itu terhenti di jalan akibat pokok bersama tanah runtuhan yang berada di atas kereta manakala gadis itu menahan kesakitan di kepalanya akibat hentakan yang kuat sekali lagi susulan tanah runtuh yang besar menimpa seluruh kereta itu gadis itu langsung tidak sedarkan diri lagi.
Berdiri Sam di sisi tingkap ruang kerjanya ia baru selesai menyiapkan laporannya menatap langit gelap hujan hujan yang berjatuhan tanpa hitungan lelaki itu melihat jam di mejanya 2 pagi ia menghembus nafas sambil memasukkan kedua tangannya di setiap saku sisi seluarnya.
Kedengaran langkah kaki menghampiri meja kerjanya Sam menoleh.
". Tuan muda ini beberapa cetakan laporan hari ini.". Ucap secretary Joy sambil meletakkan beberapa keping kertas di meja Sam.
Tuan muda itu hanya menjeling lalu berbalik semula menatap tingkap.
Sementara secretary sedang menarik telefonnya diri saku seluarnya melihat nama skrin keningnya mengerut lalu menjawab panggilan sambil berundur ke belakang menuju pintu keluar baru selangkah secretary Joy ia terhenti secepatnya mematikan panggilan lantas kembali ke meja Sam.
" Tuan muda.. isteri..erm ..nona Elin berada di hospital sekarang.". Ucap secretary Joy saat ini Sam yang masih menatap tingkap membeku semakin tajam matanya melihat air hujan. Lelaki itu menoleh ke wajah secretary Joy lalu melihat ke kiri ke kanan tidak berkata apa sambil duduk di kerusinya.
". Nona Elin tidak sedarkan diri..". Ucap secretary Joy lagi dengan nada suara yang serius kerana melihat wajah Tuannya tidak menunjukan kerisauan.
". Jalan !". Tukas Sam setelah memikirkan langsung bangun dari kerusinya berjalan mendahului secretary Joy.
Seorang doktor lelaki menyuluh mata Elin lalu menyuluh ke satu matanya lagi selesai doktor itu melihat jururawat yang berdiri di sisinya dengan tatapan wajah yang putus asa. Kelihatan Sam dari jauh menuju tempat Elin berbaring terus menatap doktor yang masih berada disitu menujukan reaksi wajahnya meminta penerangan mengenai keadaan Elin .
". Nona Elin mengalami hentakan kepalanya yang kuat sehingga hilang kesedaran kemungkinan akan sedar dalam beberapa hari harap bersabar pendarahan otak belum ada tanda tadan tetapi kami akan pantau dari masa ke semasa".
Kata kata doktor itu berkali kali di ingatan Sam sambil duduk melihat Elin yang berbaring di atas ranjang wad. Lelaki itu mengkilas balik saat kejadian di bar semenjak itu ia sering berfikir sesuatu yang penting ia lupakan sehingga kini Sam belum mengingatnya tetapi apa yang pasti di hatinya saat ini tidak ingin Elin pergi .
Sementara melihat ke sisi lain Sam di kejutkan kedatangan secretary Joy berdiri di belakangnya menghadap sisi tempat Elin berbaring.
". Tuan muda ini barang barang nona Elin". Ucap secretary Joy tangannya meletakkan beg Elin di atas meja .
". Dan ini di jumpai di tempat duduk penumpang". Secretary Joy menyurung buku catatan Elin . Lelaki itu menerimanya tanpa menatap ia memegang lama lalu membukanya lembaran pertama.
". Isteri parallel. ". Sam ?
***********