Chereads / KEKASIH PANGGILAN / Chapter 2 - chapter ~ 1

Chapter 2 - chapter ~ 1

Langkah kaki bergantian melangkah menuju pintu utaman klinik Mesra sembil memegang perutnya yang besar terasa sangat berat untuk bergerak tanpa di lupa senyum nya melihat jururawat kehamilan yang berada di kaunter.

"selamat pagi ibu Linalin" ucapan salah satu jururawat yang ada di kaunter ,

Linalin pun menyambut dengan senyumanya

"pagi sus Kity" ia menyerahkan buku pink nya kepada jururawat Kity untuk melihat jadual nya .

" Hari ini ibu bayi nya okey ?? Adakah bayi nya kurang aktif .."pertanyaan jururawat itu membuat Linalin terdiam seketika memandang dia wajah jururawat

"Emma..okey "

Dia mengalihkan pandangannya ke kiri ke kanan lalu melihat jururawat kity yang masih menunggu percakapan Linalin kerana tidak berpuas hati dengan jawapan nya sebentar tadi ,Linalin pun bertanya .

"Ada apa sus Kity ,apa ada masalah?.."

"Baiklah ...saya melihat ibu Linalin sudah 16 hari tidak mencatat pergerakan bayi di dalam kandungan ibu "jururawat kity memandang Linalin yang memandang kearah buku pink dengan tatapan kosong memikirkan bila terakhir kalinya bayi nya bergerak .

"Ibu Linalin pemeriksaan buku pink sudah selesai ,sebentar lagi bertemu dengan doktor pakar kehamilan ,silakan ibu Linalin tunggu di ruang tunggu "

Tatapan perempuan itu dikejutkan oleh ucapan jururawat Kity ,ia mengkedipkan mata dua kali dan berdiri perlahan mula melangkahkan kaki dan meninggalkan seyuman kepada jururawat kity lalu membelakangi jururawat itu berjalan ke arah yang di tunjuk kan oleh jururawat Kity ,Diri nya duduk di salah satu kerusi di bahagian depan yang menjadi kebiasaan nya duduk depan supaya mudah untuk keluar menuju ruang doktor.

Perempuan itu memandang sekeliling sambil meremas jarinya yang merasa sejuk dari tadi akibat pengawal dingin dalam ruang tunggu,dia menyentuh perutnya mengusap perlahan.

"ibu baru sedar yang sudah beberapa lama ibu tidak merasakan pergerakmu nak.."kata yang bermain di fikiran Linalin.

"Ibu Linalin Alex..!"Suara jururawat memanggil nama nya ia mencari suara itu berada ia pun bergerak perlahan memperlihatkan wajahnya.

"Ya !..Saya disini " balasnya ."

"Bilik no 3 ibu Linalin.."jururawat itu pun berbalik berjalan mendahului Linalin.

Perempuan itu membuka langkahnya secepat mengatur langkah untuk cepat ke pintu ruang doktor pakar kehamilan mengejar jururawat itu.

Dia menutup pintu dan berbalik ,

Doktor mengapa Linalin "selamat pagi ibu..silakan duduk ".Doktor Lisa seorang wanita yang baru kedua kalinya bertemu janji dengannya .

Linalin pun menarik kerusi agar tidak terkenan perut nya ke meja,dan duduk perlahan.

"selamat pagi Doktor"dengan senyum nya .doktor memandang sesaat ke wajah Linalin yang sudah selesai melihat buku pink miliknya ,melihat sekali lagi buku pink miliknya itu ,melihat kening nya mengerut seperti berfikir sesuatu yang mempunyai keraguan selepas itu memandang jururawat tadi.

"kita lakukan scan ultrasound". Ucapnya Jururawat mengalih mata melihat Linalin,

"ibu Linalin Doktor Lisa akan lakukan pemeriksaan bayi di dalam kandungan ya ,silakan ikut Saya ibu Linalin" Arahan nya lalu berjalan menuju bilik sebelah yang merupakan bilik scan kandungan.

Linalin pun mengekori jururawat itu , Linalin di minta untuk berbaring,satu bulan yang lalu ia sudah menjalani scan ultrasound pada masa itu dirinya merasa sangat bahagian kerana dapat mendengar bunyi denyutan bayi nya dan melihat bayi nya melalui skrin.

Doktor Lisa memulakan pemeriksaan nya, selepas mesapukan gel ke atas perut Linalin , doktor itu mengerakan alat scan di sorong nya ke tepi kanan dan sesekali ke bahagian kiri perut Linalin sambil melihat skrin ultrasound setelah itu ke bahagian pusat Linalin sebelum ia mengakat alat scan kerana merasa sudah mengetahui jawapan pasti dari keraguan nya yang sedang bermain di fikirannya sebentar tadi .

Doktor Lisa memandang jururawat itu lalu mengangguk dua kali yang bermaksud bahawa sudah selesai melakukan pemeriksaan,seperti mengetahui maksud , jururawat itu seperti memahami dengan cepat nya memulakan pergerakan melakukan tugasnya jururawat.

"Ibu Linalin ..di silakan duduk di ruang meja , ada yang ingin Doktor Lisa katakan"ucap jururawat itu sambil metadahkan kedua tapak tangan menunjuk ke arah kerusi.

Sesudah merebahkan punggungnya ke atas kerusi Doktor Lisa pun membuka mulutnya untuk berbicara,

"ibu Linalin ..sebelum saya menerangkan hasil pemeriksaan". Doktor Lisa memandang mata Linalin yang berkaca kaca terpantul cahaya lampu kerana teruja bahagia melihat bayi melalui skrin ultrasound semasa peperiksaan tadi.

Doktor Lisa merasa berat untuk meneruskan kata kata nya tetapi sebagai Doktor harus tegar dalam menangani masalah perkerjaannya yang melibatkan emosi walaupun sangat memahami perasaan sesama wanita,kerana Doktor Lisa tahu akan apa yang akan Linalin alami sebentar lagi .

"Menarik nafas dalam dan hembuskan"ucap nya , tanpa berfikir Linalin pun menarik nafas dan menghembuskan sesuai kata kata Doktor Lisa .

" Baik..lah...Saya sebagai Doktor meminta maaf sama ibu Linalin,hasil pemeriksaan tadi Saya mendapatkan bahawa bayi nya sudah tidak ada tanda denyutan nadi"

"Maksudnya Doktor...?"mengerutkan keningnya ia mengkedipkan matanya separuh tertutup seakan akan matanya kabur dan secepat nya membuka mata yang serasa jelas penglihatan.

Linalin merapatkan kedua bibirnya menunggu Doktor Lisa memberinya jawapan .

"Bayi ibu Linalin tidak bergerak dan tidak bernafas lagi ,ini bermakna bayi nya tidak dapat di selamatkan lagi ".ucap nya yang berat sangat di sampaikan.

Doktor Lisa merasa bersalah kerana harus menerangkan ucapnya yang tidak sesuai di dengari seorang ibu hamil.

Linalin memandang ke sisi sudut ruang bilik itu yang tiada putusnya arah pandangannya.

Fiikirannya kosong tidak berkedip kedip bola mata memandang terus kena arah sisi sudut ruang seolah tidak mendengar ucapan Doktor Lisa.

"Ibu Linalin, harap bersabar ya ...setelah ini kita akan lakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi nya ,ibu harus kuat menghadapi walaupun sukar menerima kenyataan ini ,tetapi kita harus melakukan proses pembedahan nanti ,kerana ini juga akan membahayakan nyawa ibu "ucap Doktor Lisa.

Jururawat sedang sibuk membuka laci mejanya mencari kertas yang bertulis borang perjanjian pembedahan lalu mengklik-klik keyboard komputer melihat data Linalin sambil menuliskan sesuatu di atas borang Jururawat yang dari tadi berada di ruangan itu ,terus melaksanakan tugasnya setelah mendengar perbicaraan Doktor Lisa dan Linalin.

"Ini dokumen nya Doktor "kata jururawat itu sesudah mengisikan data-data dalam borang perjanjian pembedahan."Baik lah.."ucap Doktor Lisa.

"Ibu Linalin..ini temujanji untuk pembedahan nya , ibu boleh melihatnya, tarikh dan masa ada tertulis di sini..serta perlukan tandatangan suami dan ibu Linalin..."Doktor Lisa menyerahkan borang itu sambil melihat arah gerak tangan yang sedang mendorong ke depan Linalin, doktor itu sangat kasihan terhadap Linalin kerana tidak sanggup melihat wajah Linalin yang dari tadi masih di alam pandangan kosong nya.

"Baik lah...."suara sayu yang keluar dari mulut Linalin seperti robot yang menerima perintah tuannya, suara yang tiada mempunyai emosi.

"Ibu Linalin,boleh pulang ke rumah dahulu rehat yang cukup...kita akan bertemu lagi masa pembedahan.. perjanjian ini akan di selesai kan waktu itu "Doktor Lisa bersuara mencuba untuk menyedarkan Linalin yang masih berada di alam tatapan kosongnya.

Kedipan mata Linalin sedikit melegakan Doktor Lisa kerana ia risau kondisi Linalin.

Linalin menangguk dua kali lalu mula berdiri tidak lupa juga borang yang di pegangannya dari tadi berjalan membelakangi meja doktor menuju pintu keluar, jururawat membantunya membuka pintu dan menutupnya kembali.

~~~~~~~~~~