Aulia pov
Nama aku Aulia Izzatunisa bt Kamal Affandi. Aku berumur 25 tahun. Selalunya umur yang sebaya aku ni, ramai yang dah mula berumahtangga.
Tapi bagi aku perkahwinan itu bukan bergantung pada umur. Tapi bergantung pada tahap kematangan diri seseorang. Aku tak nak cepat kahwin sebab nampak member aku yang lain dah kahwin. Kenapa nak rasa perkahwinan tu suatu perlumbaan? Kalau kahwin lambat nanti jadi anak dara tua. Ayat itu yang selalu aku dengar sejak kebelakangan ni. Semuanya dari mak cik-mak cik bawang yang pernah aku kenal. Macam tak ada topik lain nak tanya.
"Aduhh...aku dah lambat sangat ni masuk kerja. Jalan pulak jem. Habislah aku kena marah dengan Encik Zayd." Aku melihat jam tanganku yang menunjukkan pukul 8.57 pagi. Aku patut masuk kerja pukul sembilan. Ni semua sebab aku melayan video korea sampai pukul tiga pagi la ni.
Sedang aku memandu dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba ada kereta dibelakang merempuh keretaku. Kepalaku terhentak pada stereng kereta. Rasa berpinar-pinar sekejap. Apa pula nasib malang yang aku bakal terima ni.
Aku keluar dari keretaku lalu aku melihat sebuah kereta honda civic melanggar bontot kereta axia kesayanganku.
"Oh my baby..." Aku mengusap keretaku.
Kemudian aku menuju ke tingkap kereta di bahagian pemandu untuk berbincang dengan orang yang merempuh keretaku. Cermin keretanya tinted.
"Encik..tolong keluar, we need to talk." Kataku.
Kemudian, pemandu itu keluar. Aku jadi terkesima sekejap melihat seorang lelaki tampan dengan badan yang tinggi dan tegap sedang berdiri di hadapanku. Itulah lelaki yang paling kacak yang pernah aku jumpa.
"Encik..kenapa encik langgar kereta saya. Saya dah memandu dengan hati-hati dah tadi. Saya dah bagi signal tapi kenapa encik terlanggar jugak." Marah aku. Sudahlah lambat pergi kerja. Tapi tak apa juga, boleh aku beri alasan ni sebab aku lambat.
"Awak ambil ni...pergi bengkel." Lelaki itu menghulurkan aku duit yang agak banyak. Aku rasa dalam 1000 ringgit. Tapi aku tak boleh terus ambil duit tu. Aku tak tahu berapa kerosakan sebenar yang aku perlu tanggung. Bontot Axia aku kemek agak teruk juga.
"Tak nak...kes ni perlu buat report. Encik jangan cuba nak tipu saya. Mentang-mentang saya ni perempuan." Aku melawannya. Aku mengambil telefon bimbitku lalu aku menangkap gambar no. Plat keretanya dan tuannya sekali.
"Hey..sweety, don't worry I tak tipu you. Nah..ambil kad I ni. You bawa kereta ni ke bengkel dan nanti you bagitahu je i berapa ganti rugi yang you nak. I akan bayar." Dia menghulurkan aku kad bisnesnya.
'Dr. Fawaz Aidan...doktor gigi?' Aku membaca namanya di kad tersebut.
Sebelum dia pergi, dia sempat bagitahu aku ada darah di dahiku. Aku menyentuh dahiku dengan jariku. Aku melihat cecair pekat berwarna merah dijariku. Kemudian, aku rasa dunia aku gelap.
.
.
.
Aku membuka kelopak mataku. Aku melihat siling yang tak pernah kulihat sebelum ni.
'Aku kat mana ni?'
Aku memandang ke kanan kemudian ke kiri.
"Arrrrggghhh." Aku menjerit terkejut sebab ada seorang lelaki tersenyum sambil memerhatiku disisi kiriku.
"Awak buat apa kat sini?" Aku tanya dia.
Dia lelaki yang melanggar keretaku tadi.
"Awak pengsan..saya bawa awak ke hospital." Katanya.
Aku baru teringat aku pengsan tadi sebab takut darah.
Aku memberitahu Encik Zayd yang aku tak masuk kerja hari ni sebab accident. Petang tu aku dah boleh keluar. Kereta aku mamat tu dah hantar pergi bengkel jadi aku balik naik grab. Dia kata dia sendiri yang akan bayar pada orang bengkel tu. Aku hanya pergi ambil je kereta tu bila dah siap.
.
.
.
Beberapa hari kemudian, aku terjumpa mamat tu lagi kat tepi longkang. Aku nampak dia selamatkan anak kucing yang terjatuh dalam longkang. Kemudian, aku pergi tegur dia.
"Dr. Aidan kan?" Tegurku.
Dia memandangku tak berkelip. Kenapa? Muka aku ada comot sesuatu ke? Atau ada cili melekat kat gigi lepas makan tengahari tadi.
"Kenapa?" Aku tanya dia.
"Tak ada apa. Awak suka kucing?"
"Suka." Jawabku.
"Nah...awak jaga lah dia." Katanya lalu terus serahkan anak kucing tu pada aku.
Kucing kat rumah mak aku memang banyak. Tapi di rumah sewa aku, aku malas nak bela kucing sebab bila aku pergi kerja tak ada siapa yang tolong tengokkan. Tapi disebabkan mamat hensem ni dah bagi pada aku. Aku terima je lah.
.
.
.
Aidan POV
"Kalau aku jumpa kau lagi lepas ni..aku takkan lepaskan kau." Aku berjanji pada diri.
Aku menutup pintu wad dan berlalu pergi dari hospital itu.
Beberapa hari kemudian, aku ditemukan semula dengan gadis itu.
Aku memberinya anak kucing yang aku dapatkan dari dalam longkang tadi. 'Kau beruntung kucing...nyawa kau masih panjang'
.
.
.
"Fawaz..kamu kena kahwin dah ni. Umur kamu dah 28 tahun. Sampai bila kamu nak hidup single." Kata uncle omar padaku. Dia lah satu-satunya keluargaku setelah kematian ibu dan ayahku. Aku jadi yatim piatu sejak umur 6 tahun. Uncle omar saja yang mahu menjagaku seperti anaknya.
"Tak nak uncle..saya tak nak kahwin sampai saya tua." Aku tetap dengan keputusan aku.
"Uncle dah jumpa calon isteri buat kamu. Nah..kamu tengok gambar ni. Kamu pilih. Nak uncle masuk minang yang mana satu untuk kamu." Uncle omar masih tak putus asa suruh aku kahwin. Kemudian, mataku tertarik pada suatu gambar gadis. Gadis yang aku langgar keretanya tempoh hari.
.
.
.
Aulia pov
"Mak..siapa yang nak masuk minang Lia ni. Mak dah pastikan dia orang baik-baik ke?" Soalku.
"Dah..mak yakin dia baik. Sopan santun je mak tengok dia. Hormat orang tua dan humble orangnya." Kata mak aku.
"Kalau dah mak setuju..lia pon setuju je lah. Siapa nama dia mak?" Kata aku lagi.
"Fawaz Aidan." Terus bulu roma ku meremang. Tak sangka dia jodohku.
.
.
.
Dr. Aidan dah bersiap-siap untuk tidur. Aku pon dah bersedia untuk tidur. Malam ni, malam pertama aku tidur dengan makhluk asing. Eh..tak..orang asing. Eh, bukan. Seorang lelaki asing.
Kami tidur menghadap ke arah yang bertentangan. Aku teringat ustaz pernah cakap, isteri tak boleh tidur membelakangi suami. Berdosa. Aku pon mengalihkan badan menghadap belakang dia. Dia tetap pegun dengan posisinya.
'Dah tidur ke dia? Cepatnya tidur. Jadi malam pertama aku macam ni je lah. Bosan.' Aku pon melelapkan mata.
.
.
.
Keesokan pagi, aku buka mata aku lihat kepala aku rapat dengan dadanya. Tanganku merangkul pinggangnya. Aku dah buat dia macam bantal peluk aku. Aku terus bangun dari situ.
"Morning sweetheart...tidur lena malam tadi?" Dia menegurku. Dia dah sedar awal dari aku rupanya. Malunya aku sebab peluk dia tadi.
"Emm..awak dah solat?" Soalku.
"Belum lagi...tunggu awak bangun nak solat sekali." Katanya.
Okay..ini sweet. Aku dah ada imam untuk solat jemaah hari-hari. Banyak sikit pahala. Jadi dia ni jenis jaga solat la ek. Alhamdulillah..syukur aku dapat suami baik macam dia. Eh..baru sehari kahwin dah tahu dia baik.
.
.
.
Aidan pov
Aku merasa ada tangan melingkar di pinggang. Aku mengalihkan badanku ke kanan. Aku melihat isteri aku tengah sedap dibuai mimpi. Tapi badan aku jadi mangsa pelukan dia. Aku cuba alihkan tapi tangan tu datang balik pada pinggang ku. Tiga kali dah aku tepis tanganku. Dan pelukan ketiga jadi bertambah erat dan aku mendengar rengusan kecilnya.
Aku hanya biarkan saja. Aku cuba mengawal diriku. Aku lihat jam baru pukul tiga pagi. Aku hanya berzikir dalam hati. At least aku dapat pahala qiamulail malam ni.
Aku hanya melihat wajah isteriku di tepi. Wangian pada rambutnya buat aku tak keruan. Lenanya dia tidur. Tak sampai hati nak kejut. Aku terus dalam keadaan begitu sambil merenung siling sehingga ke subuh.
Aku setia menunggunya sedar. Kemudian, badannya mula bergerak sedikit. Dia terus bangun bila dia sedar yang dia tidur bawah ketiak aku.
Aku membuka lampu bilik. Aku lihat mukanya dah merah padam. Kemudian kami menunaikan solat subuh berjemaah.