Chereads / My Ex (melayu sabahan) / Chapter 7 - Kambing hitam

Chapter 7 - Kambing hitam

"Lara. Kau yang check semua material ikut spesifikasi yang diluluskan oleh konsultant kan? sebelum saya sign untuk proposed ke procument department!" Mr. Aron tenung muka ku dengan tajam. Aku terkedu dengan pertanyaan Mr.Aron. Cara dia cakap macam seolah-olah aku yang buat hal. Aku yang place order tidak ikut spesifikasi dari konsultan. Jason dan Mr.Jin pun tengok aku. Material yang dibeli harga mahal tapi kualiti tidak ikut spesifikasi yang disyorkan project consultant. Aku terdiam. Terkejut ada rasa terjerat pun ada.

" Tapi bos.. bukan semua saya yang checking bos. Ada yang direct dari bos juga tu.. as far yang saya checking dan submit ke procurement, semua yang ikut spesifikasi consultant" Aku cuba bantah.

" aik! kau tu assistant saya! every document yang saya perlu sign kau yang checking dulu sebelum proceed kasi saya sign. Itu tangungjawab kau. Apa yang saya tau.. semua request puchasing ikut standard yang dalam meeting kita" Tengking Mr. Aron. Masa tu aku mula sedar yang aku kena jadikan kambing hitam oleh Mr. Aron. Aku tiada bukti. Tapi memang ada banyak kali Mr.Aron sendiri yang request material direct tanpa perlu aku checking. Tapi dia bos aku hanya assistant manalah aku boleh bantah kalau dia tidak bagi aku check dulu. Semua mata tengok aku. Aku last-last tunduk. Jason tiba-tiba bangun. Dengan muka yang marah dia bersuara.

"So Lara, nampaknya kau salah satu punca project Hingland ni over budget! saya akan siasat benda ni.. kalau ada penyelewengan saya akan hantar orang yang bertanggungjawab tu ke jail" Kata Jason dengan suara berbunyi amaran. Berderau darahku dengar nada suara Jason. Semua yang lain terdiam dan suasana jadi tegang. Jail? Berpeluh aku jadinya.

" Saya..." Aku baru mau balas terus dia potong.

"Shut up!" bentak Jason. Aku tersentak.

" Saya paling pantang dengan staff yang lembab dan selalu buat silap.." Kata Jason lagi sambil tengok muka ku dengan pandangan menghina. Aku rasa terus diriku lebih kecil dari semut. Kena bentak depan ramai orang lagi tu!

" Ok from now on. Lara, kamu akan kerja under Joanna. Mr. Aron.. saya akan ambil seorang staff saya dari other company.. yang lebih efficient untuk jadi assistant kamu" Jasin tekankan ayat 'efficient' tu sambil mencebik ke muka ku. Semua terkejut, aku lah yang paling terkejut! Aku lihat Joanna tersenyum sinis, automatik dadaku berdebar. Rasanya aku macam masuk mulut buaya ja ni! Jonathan tengok aku dengan muka kasihan. Dari hari pertama jumpa Joanna pun aku sudah rasa nda sedap hati.

" Mr. Aron, Saya bagi tempoh 2 bulan untuk team kamu siapkan at least 80% main building atau team kamu akan dibubarkan.." kata Jason sambil tengok muka semua orang. Semua diam dan tunduk. Lepas tu bertubi-tubi Mr. Aron, Engineer dan semua project team kena bom oleh Jason.

Lepas habis saja meeting tu. Macam yang aku jangka, Joanna mula tunjuk dia punya 'power' dengan aku.

"Ms Lara, saya mau semua detail dalam files ni buat satu salinan untuk saya. Dan yang ini saya mau kena compile ikut kategory yang saya minta dalam list ni" Dengan suara garang dan muka dingin Joanna bagi arahan.

"okay" Sahutku ringkas tapi tidak lama tu dia datang lagi dengan arahan lain, belum siap satu dia datang lagi dengan tambahan kerja yang perlu aku buat, Joanna suruh aku buat kerja-kerja yang macam sengaja kasi susah aku. Dia suruh aku photocopy berbundle-bundle document sampai sakit kaki atu berdiri depan mesin photocopy. Dia suruh aku compile macam-macam data.

Aku tengok jam handphoneku. Tepat jam 5 petang. lepas tu aku tengok lagi bundle document yang aku perlu photocopy lepas tu compile dan buat listing ikut kemahuan Joanna. Aku tarik nafas panjang dan berat. Kalau aku skip makan dan kerja sampai jam 10 malam pun, aku rasa separuh pun belum tentu dapat aku siapkan. Lama juga aku berpikir sama ada aku stay back atau balik rumah saja. Last-last alu buat keputusan balik rumah. Bawa half dari document tu, mana yang aku boleh compile sedia datanya aku compile di rumah. Besok tinggal copy supporting document. Aku packing mana-mana file yang aku perlu dan cakap dengan Joanna

"Ms. Joanna, saya balik dulu" Punya tajam tu mata Joanna tengok aku bila dengar aku mau balik sudah.

" Kamu tidak stay back?! kerja kamu sudah siap? Kau patut stay back sebab semua kerja yang saya bagi tu urgent, Mr. Jason bagi masa sampai lusa saja tu!" muka Joanna masam. Lusa? gila!

" Saya bawa juga ni file-file mana yang saya boleh buat di rumah nanti" aku tunjuk beberapa file yang ada di tanganku.

" Sudah few days saya balik lambat sampai jam 11 malam lagi kemarin malam. I need some rest. Kalau saya jatuh sakit macam mana? saya mau rehat awal ini hari" Jawab ku lepas tu langsung nda peduli terus angkat kaki. Joanna tidak cakap apa-apa. Tapi aku yakin dia geram dengan aku. Tapi aku betul-betul penat jadi aku mau balik, mandi dan rehat! Nanti lepas dapat energy sikit baru aku sambung compile tu data- itu plan aku malam ni!

Tapi bila sampai di kawasan parking kereta tiba-tiba aku perasan tayar keretaku pancit. Terus aku rasa kakiku jadi lemah! untuk yang kesekian kalinya aku tarik nafas panjang yang berat.

" Oh shit"

Punya penat aku rasa ni hari. Stress! sudah la tadi jadi kambing hitam oleh Mr. Aron, kena tengking oleh Jason, kena buli oleh Joanna. Lepas jam 5 habis kerja, ingatkan boleh terus balik. Sekali tengok tayar kereta ku pula lagi pancit. Rasa mau nangis pun ada! lama aku termenung depan kereta tengok tayarku yang pancit.

" Kenapa Lara?" Suara Joanna dari belakang. Cepat aku menoleh. Ingatkan dia mau stay back. Tahu-tahu dia pun mau balik sudah!

" Tayar pancit" Jawabku sambil tunjuk tayar keretaku. Joanna mendekat dan ikut tengok tayar keretaku yang pancit.

" Oh.. kamu pandai juga kan tukar tayar?" Tanya Joanna. Berbasi-basi.

" Oh ok ba.. pandai" sahutku pun basi-basi juga. Aku tahu dia bukan concern pun dengan aku.

" bah.. saya balik dulu" Joana pun angkat kaki kasi tinggal aku. Aku lagi rasa lega bila Joanna cau! Aku lihat semula ke arah tayar keretaku dan mengeluh. Sekilas aku tengok langit. Awan mendung. Macam bila-bila masa saja akan menangis tu awan. Nda boleh jadi ni. Mesti mau cepat kalau tidak nanti aku kehujanan pula.

" Gedebum!"

Bunyi guntur di langit. Sekali lagi aku tengok langit. Gelap sudah tu langit. Aku jadi panik. Aku cepat-cepat ambil alatan untuk tukar tayar dari bonet kereta. Waktu aku sudah longgarkan nut tayar yang pancit tu tiba-tiba hujan lebat runtuh dari langit!

Astaga.. tidak cukup kesiankah aku ni! Rasa mau nangis aku rasa bila aku mula basah kuyup. Aku berhenti kejap. Tengok ke langit. sakit betul hatiku. Airmataku luruh di pipi dan bergabung dengan air hujan. Kawasan parking kereta sudah hampir kosong. Hujan kuat mencurah-curah, aku terkial-kial menukar spare tayar dengan tayar yang pancit tu. Air mula bertakung di sekitar kawasan parking, tiba-tiba sebuah kereta limpas di sebelah kereta ku melanggar air hujan yang bertakung tu!

" Splashhh"

Air yang kena langgar tu memercik terkena di badanku. Ah! Sialnya. Betul-betul bad day hari ni!!

" Heyyy" Aku jerit sama kereta yang lalu tu. Kalau ada tu batu. Aku mau baling tu kereta dengan batu. Aku perhatikan betul-betul kereta yang lalu laju di sebelah ku tadi yang menyebabkan aku mandi air lopak! habis kotor bajuku! Nasib tidak kena muka ku air tu tadi!

" Kereta Jason!" Kataku terkejut sendiri.

Rupanya kereta yang langgar air bertakung di sebelah kereta aku tu si Jason rupanya. Aku ketapkan gigi menahan geram. Dia sengajakah tu? Punyalah kejam!! Perlahan kelibat kereta Jason hilang dari pandangan. Aku menyumpah-nyumpah Jason dalam hati.

"arghhhh" Jeritku geram. Aku tendang tayar kereta ku yang masih belum lagi lengkap siap terpasang.

"Aduh!"

Sakit! kaki ku pula yang sakit. Aku meringgis kesakitan. Rasanya aku bukan saja jatuh ditimpa tangga, malah umpama lepas jatuh di timpa tangga kemudian digilis oleh sebuah lorry besar. Malang yang aku dapat hari ini bertimpa-timpa macam tidak mau habis! lepas satu, satu lagi datang. Airmataku jatuh lagi, kasihan pada diri sendiri. Hampir 5 minit aku menangis, akhirnya aku tenang semula.

Perlahan aku tarik nafas panjang. Bangun dan menyelesaikan kerja-kerja menukar tayar keretaku.

'Lara! calm down.. you can do this! tayar pancit ja pun...' aku bermonolog sendiri. I need this job! Kalau aku hilang kerja nanti aku hilang hak penjagaan anak! serta merta aku teringat Kaira yang sekarang tempat Andy. Rindu pula dengan budak tu. Tiba-tiba rasa bersemangat semula bila ingat Kaira. Aku percepatkan tangan mengeratkan nut tayar yang sudah ganti tayar spare. Tanganku kotor baju kotor dan basah kuyup. Lepas berjaya tukar tayar kereta ku aku masuk ke dalam kereta dan memandu pulang.

*****