Chereads / FANTAHOMO (BL MELAYU) / Chapter 4 - Obsesi: Part 3

Chapter 4 - Obsesi: Part 3

Kejadian Irfan, si tinggi itu menolak pelawaan Raziq meninggalkan kesan yang agak dalam untuknya. Raziq merasakan seolah di reject mentah-mentah.

Mana taknya, first move dia yang penyepit tu Irfan tak tolak, tapi yang makanan tu tolak pula.

Buat kali pertama Raziq sedih dan tidak boleh terima situasi tersebut. Dia kelihatan sugul dan muram apabila terserempak dengan mereka.

Raziq juga merahsiakan perkara ini daripada rakan baiknya, Alif.

Selepas kejadian itu, ada sekali sewaktu Raziq dan Alif keluar dari bilik dan terserempak dengan mereka bertiga, Raziq hanya berbalas senyuman dengan Afiq & Faris sahaja. Raziq langsung tidak pandang muka Irfan langsung. Agak sukar jika Irfan tak perasan mengenai perkara ini.

°•°•°•°•°•°

Selain Afiq, rakannya Faris juga seorang yang peramah. Adakala juga Faris menyapa Raziq.

Pada suatu petang, Raziq pergi ke tandas seperti biasa lalu ternampak sebuah gitar yang tersandar di dinding itu.

Selesai sudah Raziq dalam tandas, apabila dia keluar. Faris berada di situ sedang membersihkan gitarnya.

"Kau punya ke?" Soal pendek Raziq. Padahal dari awal dia mengetahui Faris membawa sebuah gitar.

"Haah. Bawak sini ingatkan nak main tapi busy sampai berhabuk pulak haha"

Raziq hanya membalas senyuman dan melangkah untuk pergi sebab Faris kelihatan sibuk membersihkan gitarnya. Lalu,

"Kau pandai main gitar?" Faris menyambung perbualan mereka.

"Oh sorry tak pandai main. Tapi kawan aku tu nama dia Alif pandai main gitar dengan nyanyi" Jawab Raziq.

"Alamak mati aku dengan Alif. Kenapa aku bagitau dia" Bisik hati Raziq apabila terlepas cakap.

"Oh yeke" Riak muka Faris berubah apabila menerima informasi tersebut.

Raziq hanya mampu tersengih dan ketawa kecil.

Kemudian Irfan turun dan menegur rakannya, "Jom lepasni pi makan? Aku lapar"

Raziq cepat-cepat pergi dari situ dan langsung tidak pandang Irfan yang berada di situ.

"Eii semak je dia kat situ. Aku nak berbual dengan Faris pun tak senang" Getus Raziq dan dia kelihatan marah.

Faris pelik melihat Raziq yang terus beredar walaupun dia masih ingin berbual dengannya.

°•°•°•°•°•°

Selain menonton BL, Raziq menghabiskan masa dengan main game, PUBG. Tapi dia jarang main sebab terlalu banyak masa yang terbuang kalau dah mula untuk main game.

"Woi kau main game?" Sergah Alif apabila dia memasuki bilik Raziq secara mengejut dengan pintu yang tak berkunci.

"Hahaha nantilah study. Aku stress" Jawabnya walaupun mata fokus pada skrin fon.

Subjek elektif yang mereka ambil itu mempunyai kuiz. Esok pada 10 pagi kuiz tersebut akan diadakan dan Raziq masih belum study lagi.

"Jomlah, diorang ajak study group ni. Aku dah bersiap nak pergi ni. Nak ikut tak?" Pelawa Alif untuk study group di perpustakaan terbuka bersama rakan kelasnya yang lain.

"Ala tapi aku baru mula main ni. Lama nak habis" Raziq mengeluh.

"Aku drive la, kau main je sampai habis. Mana barang kau nak bawak? Meh aku bawakkan" Alif mula meletakkan nota di dalam beg Raziq dan membawanya. 

Raziq masih fokus bermain game, lantas curi masa untuk kunci biliknya dan keluar untuk menuju ke kereta.

"Lama lagi ke?" Soal Alif dengan nada yang memerli.

"Eh babi! Bodohnyaaaaaa" Raziq mencarut dan akibat terlalu asyik main game tersebut dia tidak menjawab persoalan rakannya.

Akibat dia tidak pandang ke hadapan, dia hampir terlanggar orang namun terhenti.

Sosok tubuh yang berada di hadapannya itu ialah Irfan.

Dia baru sahaja pulang dengan Faris dari membeli burger. Selangkah sahaja lagi kalau mereka bergerak, Raziq dan Irfan akan berlanggar.

Raziq memandang sesaat Irfan dengan muka yang marah sebab dia tension dengan skuad game yang sedang dimainnya lalu meneruskan langkah untuk berjalan.

Faris dan Alif pula sambil bertukar senyuman.

"Wehhh!! Irfan jeling kau! Dah kenapa dia tu? Period ke!" Kata Alif apabila dia dapat tangkap riak wajah Irfan apabila kejadian tersebut berlaku.

"Seriously? Pehal dia nak marah pulak. Bukan aku langgar pun. Babi !" Carut Raziq lagi pada game itu dan terus bermain.

"Faris pulak senyum kat aku. Dah kenapa? First time dia senyum kat aku" Alif agak blushing.

Namun Raziq tidak mengendahkannya.

°•°•°•°•°•°

'TUK TUK TUK'

Pintu Alif diketuk.

Alif yang terlelap itu terjaga dan membuka pintu. Lalu dia agak terkejut apabila melihat Faris berada dihadapannya.

"Siapa punya baju kat luar tu. Kau punya ke? Dah mendung ni baik angkat" Kata Faris sambil menyerlahkan sifat prihatinnya itu.

"Ohhh haah aku punya. Terima kasihhh" Balas Alif sambil terkedu.

Alif terus menuju ke ampaian tersebut sambil Faris juga berada di situ.

Oleh kerana baju Faris juga berada di situ, dia juga prihatin terhadap baju yang belum diangkat apabila melihat hari sudah mendung.

Alif agak malu untuk bertentangan mata meskipun hatinya ingin meledak apabila kebaikan Faris itu mencairkan hatinya.

"Kawan kau kata, kau pandai main gitar, betul ke?" Soalan Faris sambil dia selesai mengutip pakaiannya di ampaian itu.

Mata Alif terkebil dan dia hampir menjerit nama Raziq sekarang ini.

"Hahaha takdelah, sikit sikit je. Memandai je Raziq tu" Sengih palsu si Alif.

"Ohh sebab aku ada bawak gitar. Mana tau boleh main sekali ke?" Pelawa Faris.

Berdebar jantung Alif apabila mendengar pelawaan itu, namun dia hanya mampu menjawab, "InshaAllah hehe"

Selesai mengangkat baju di ampaian, Alif terus mengetuk pintu bilik Raziq, kerana kali ini pintunya berkunci tidak seperti biasa.

Kedengaran Raziq mamai tapi menjawab, "Siapa tu?"

"WE NEED TO TALK!" Nada suara Alif agak tinggi namun dia tidak terlalu menjerit.

Raziq pun bangun dan menuju tombol pintunya.

Dalam masa yang sama, Faris ternampak Alif masuk ke dalam bilik rakannya.

"Weh wehhhhhhhh kau jahat tau!"

"Apa aku buat?" Pelik Raziq dalam keadaan mamai.

"Dah buat pastu lupa? Kau pergi bagitau si Faris yang aku boleh main gitar pastu nyanyi sekali!!!" Teruja Alif.

"A.. aku… terlepas cakap" Raziq terjaga sepenuhnya dari mamai.

"Lepastu dia kata dia nak ajak aku main sama wehh!!" Alif tidak memarahi Raziq langsung dan berterusan teruja.

"MAIN? As if nak fuck ke?" Raziq terkejut.

"Bukan main tu bodoh, tapi main gitar tu la bangang!" Kata Alif sambil menepuk kepala Raziq.

"Untunglah crush yang ajak. Aku ni? Dia tu langsung tak initiate pape, after all aku yang dah buat! Pastu tetiba nak jeling aku pulak. Rasa macam reject pastu dibenci tanpa sebab!!" Keluh Raziq.

Yang Raziq tak tahu ialah dia la punca suasana tegang selepas peristiwa makanan di reject itu. Sebab dia yang mengelak dan ekspresi mukanya tidak dijaga dan terlalu menonjol di hadapan Irfan.

Alif yang keliru dengan amarah yang ditunjukkan lalu mengendahkannya sahaja kerana dia terlalu gembira.

°•°•°•°•°•°

Raziq apabila terlalu kecewa, dia suka membawa diri. Tiba-tiba dia mengingati ex bf nya lalu seluruh mood baiknya pada haritu itu tidak lagi bermakna.

Selepas Asar, dia bersiap sedia untuk joging pada waktu petang di sekitar kawasan universiti nya itu.

Dia melakukan sedikit stretching di luar sebelum bergerak untuk jogging.

Irfan dalam pada masa yang sama ingin bermain bola sepak bertembung dengan Raziq yang sedang membuat stretching.

"Pergi jogging ke?" Soal Irfan sambil senyum. Dia ingin mencuba nasib untuk melihat sama ada Raziq masih bad mood dengan dia ke.

Raziq terhenti dan menjawab, "Haah".

Dengan sepatah jawapannya itu tidak mampu sembunyikan kegembiraan yang terpancar di wajah Raziq.

Irfan terus memasuki kereta.

Ledakan soalan yang bermain di fikiran Raziq sambil dia mula untuk jogging. Satu yang Raziq gagal untuk kawal ialah ekspresi mukanya itu.

"Omg dia cakap dengan aku??"

Irfan dapat menyaksikan keterujaannya melalui side mirror sebelum bergerak.

Irfan turut tersengih apabila melihat Raziq terlalu jelas dalam tindak tanduknya.

"Dia dah tak menyampah dengan aku ke?"

︿‿⁠ ︿‿⁠︿‿⁠︿

Hai readers, kalau korang kat tempat Raziq apa yang korang fikirkan?

Cer komen sikit.

Jangan lupa vote tau. ★